Mr Vader (OG)

By coffeloff

33.4K 2.4K 134

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53

Bab 12

655 52 2
By coffeloff

   "8 hari! "

   Terkejut aku dengan jeritan Muqris. Nasib baik tak melayang bungkusan nasi lemak di tangan aku. Kalau tak, sama -sama berputih mata melihat nasi lemak selamat berciuman di lantai.

    "Ris! "marahku. Geram.

    Muqris ketawa kuat. Kelakar dengan reaksi aku.

     "Sorry. Sorry. "

     Bibir diketap geram. Sabar jelah!

     Tangan menghulurkan bungkusan nasi lemak. Bersinar sinar mata Muqris melihat bungkusan.

     "Ashik emak! Dap erm! "Bulat mata Muqris melihat nasi lemak. Wajahnya tersangatlah ceria.

    Aku ketawa kecil. Comel!

    "Jom makan." Aku menyediakan pinggan. Nasi lemak diletakkan di atas pinggan. Satu untuk aku. Satu untuk Muqris.

    Buka sahaja bungkusan nasi lemak, bau sambal menusuk ke dalam rongga hidung. Kecur air liur aku. Doa dibaca. Terus disuap ke dalam mulut.

    "Mana yang lain? "tanya Muqris. Mulutnya penuh dengan nasi lemak.

    "Sekarang baru pukul 8:15 pagi. Yang lain datang pukul 9:00 pagi. Lupa ke? "Aku mengingatkan Muqris. Sejak dua menjak ni aku dan Muqris orang yang terawal di kafe.

    Muqris tersengih.

   "Lupa. "

    Sambil menyuap nasi lemak, aku melihat Muqris. Leka sangat dengan nasi lemak sampai tak perasan aku perhatikan dia.

    Kenapa naluri saya katakan ada sesuatu yang awak sembunyikan dari saya? Kenapa awak selalu ada dengan saya? Awak ni siapa sebenarnya Muqris?

    "Apa maksud awak tadi? 8 hari lagi? "What the heck, Fatima Ashal! Lain yang kau fikir, lain yang kau tanya.

    "8 hari lagi lah sebelum saya nak pencen. "

    Muqris menghabiskan nasi lemaknya. Sempat dia sendawa.

   "Tak sopan, Ris. Lepas makan kena ucap apa? "Aku menegur.

   "Alhamdulillah. "ucap Muqris. Dia menggosok perutnya.

    Tak senonoh!

    "Ei! Perut buncit. "ejekku.

    Muqris mencebikkan bibir. "Biarlah buncit. Asalkan bahagia. "

    Aku mengutip sisa makanan. Pinggan Muqris diambil. "Dah. Dah. Sambung kerja. "

  "Aip! Aip! Kapten! "

  Sakit. Hati aku sakit sekarang ini. Melihat Haizul datang ke kafe sebagai pelanggan. Bukan seorang diri. Tapi dengan seorang perempuan. Wajahnya nampak bahagia. Sampai ketawa dengan perempuan itu.

    Haizul seakan akan tidak terkesan dengan apa yang berlaku pada kami berdua. Reaksinya sewaktu aku mengambil pesanan seperti kami saling tidak mengenali antara satu sama lain.

    Auch!

    Sabar Ashal. Move on. Cari lelaki lain untuk buatkan Haizul cemburu.

   "Fatima bushuk! "

    Hm. Tak payah teka pun dah tau siapa.

    "Macam mana delivery? "Sambil mengelap di bahagian kaunter aku bertanya.

     Muqris mengeluh.

     "Panas! Tapi best sebab pergi hantar kat rumah orang kaya. Best uuu tengok rumah besar. Lagi -lagi bila rumah tu rumah amoi. "cerita Muqris rancak.

    "Eloklah. Apek dan amoi. Boleh kahwin tu. "Aku berkata tanpa memandang ke arah Muqris.

    Muqris menggeleng kepala. "Toksey! Nak kahwin dengan awak. Oleyh tak?"

     Aku membuat muka bosan. Dah mula dah. Muqris dah mulakan perangai 'budak -budak ' dia.

    "Tak oleyh."

    "Alaaaa! Nape tak oleyh? Oleyh laaaa. "minta Muqris. Mata dikelipkan beberapa kali.

     "Tak oleyh. " Aku menjelirkan lidah.

    "Nak jugak! "kata Muqris.

    "Tak nak! Dengan panda warna pink kat depan tu. Apa tu? Macam perempuan. "Aku mengejek patung pandanya.

    Mulut Muqris terlopong. Begitu juga dengan matanya. "Don't you dare to hina my baby pink panda. "Muqris memeluk patung panda yang terlekat di depan badannya.

    Mengekek aku ketawa. Senang hati dapat menyakat Muqris. Buat seketika, aku dapat lupakan perasaan sedih yang bersarang di hati.

    Muqris menunjukkan jari ke arah Haizul. "Tu bukan ke-"

    "Ha'a. "Laju aku memotong ayat Muqris.

     Seperti dalam kiraan 3, aku dan Muqris memandang ke arah Haizul yang sedang bergelak tawa dengan 'pasangan' barunya. Dagu ditongkat.

    "Cantik jugak perempuan tu. "pujiku ikhlas.

    Muqris menggeleng kepala. "Tak. Pakai tudung tapi nampak leher. Baju singkat. Lengan baju terselak sampai ke siku. Aurat. Aurat."komen Muqris selamba.

    Erk!

    Aku menilik pakaian yang dipakai aku. Lengan baju dibaiki.

    "Tapi cantik! "Aku masih memuji perempuan itu.

   "Ceh! Tak ada lah cantik sangat. Awak cantik lagi. "

    Aku mengalihkan pandangan ke arah Muqris. "Yeke? "Aku menginginkan kepastian.

     Muqris membalas pandangan. "Ya. Betul."

    Awwww! Terharu aku dengar pujian Muqris. Cair nak mampus.

    "Shit! Mamat tu nak datang kat sini!"kata Muqris gelabah.

     Haizul dan perempuan bersamanya sedang berjalan ke arah kaunter. Dan kami berdua je yang ada kat kaunter tu!Aku pun apa lagi. Muqris gelabah, aku turut sama gelabah. Itulah mengumpat depan -depan. Kan gelabah bila tuan badan datang.

     Muka selamba ditayangkan. Bibir cuba diukir senyuman. "Ya? Ada apa yang saya boleh bantu? "

     "Nak bungkus dessert. "kata Haizul tanpa memandang ke arah aku.

     Ceh! Ingat aku hamak sangat nak tengok dia ke? Kalau bukan pelanggan, dah lama aku terajang sampai ke underground.

    Aku mengambil bekas untuk meletakkan makanan untuk dibungkus pulang. Sempat aku mengerling ke arah Muqris.

    Muqris berpura pura membaca surat khabar. Kat mana dia rembat surat khabar tu pun aku tak tau.

    "Psst! Surat khabar terbalik. "Aku membisikkan perlahan agar tidak kedengaran terlalu kuat.

   "Benda dah buat. Enjoy jela. "kata Muqris pasrah.

     Perhatian dialihkan pada pelanggan. Senyuman diukir. "Nak bungkus yang mana? " Wah! Bukan main lembut aku tanya. Macam bukan diri aku sendiri ni.

    "Yang mana? "Haizul bertanya pada perempuan di sebelahnya.

    Perempuan itu membuat muka comel. "Hmmm... Nak eclairs tu 3. Twiated Vanilla Chocolate tu nak 2. "

    Laju tangan aku mengambil manisan yang disebutnya menggunakan penyepit. Diletakkan dengan berhati hati di dalam bekas.

     "Lagi? "Aku bertanya.

     "Tak apa ke saya ambil banyak -banyak? "Manja suara perempuan itu bertanya.

      Tekak aku tiba -tiba loya. Kalau aku muntah hijau atas makanan dia ni tak apa, kan?

      Haizul tersenyum. Kepala digelengkan. Menunjukkan dia tak kisah.

     "Hmmm... Tak apa lah. Nak yang tu je. Nanti makan banyak -banyak, jadi gemuk. "kata perempuan itu.

      Kau gemuk ke kurus tak ada kaitan dengan aku. Jangan buat perangai budak 6 tahun kat kaunter ni. Banyak lagi pelanggan aku nak layan.

     "Dah puas merungut? "sampuk satu suara.

     Perhatian dialihkan di tepi kaunter.

     Muqris melipat surat khabar. Sebelah tangannya diletakkan di atas kaunter. "Kalau dah siap, cakap. Lepas cakap, bayar. Tak ada orang nak dengar bebelan kurus gemuk, gemuk kurus. "

     Haizul mengerutkan dahinya.

    "Apa masalah kau? Ada kaitan dengan kau ke? "tanya Haizul.

    "Masalah kau ke masalah aku yang buatkan kau nak marah? "Soalan dibalas dengan soalan.

    Muqris dan Haizul berlawan pandangan. Aku boleh rasakan aura tegang sekarang.

    "Kau-"

    "Jumlah semua sekali RM 30. Tunai atau kad? "Aku mencelah untuk menghentikan perbalahan yang 'bakal' berlaku. Kalau tak hentikan, memang bertumbuk jawabnya.
 
    Haizul menghulurkan sekeping not RM 50. Baki aku hulurkan sekali dengan bungkusan.

    "Sila datang lagi. "

    "Macamlah aku nak datang sangat. "Perlahan sindiran Haizul tapi mampu didengari di telinga aku.

     Aku menepuk kaunter. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

    Akibatnya, Haizul dan perempuan di sebelahnya terkejut.

    Senyuman diukir. "Kalau tak nak datang, tak apa. Kami, pihak pekerja kafe tak kisah. Sebab bukannya Encik dan Cik yang tentukan rezeki kami. "Lembut tutur kata yang keluar dari mulut aku. Kalau Ayesha dengar, mau dia bantai gelak macam orang gila.

    "Excuse me? Macam ni ke pekerja kafe ni? Bos tak reti ajar bahasa elok sikit ke? Mana bos? I want to see him right now! "Perempuan itu bercekak pinggang. Mukanya bertukar merah.

     Eih minah ni! Dah lebih kaitkan dengan bos.

    "Saya, Fatima Ashal selaku bos atau owner pada Ashness Cafe. I have a I don't give a fuck attitude. So watch your mouth when you said about my workers. Before the worst happens, please go and watch your stupid mouth. Thank you." Tangan aku hulurkan ke arah pintu keluar.

    Perempuan itu melihat Haizul dengan pandangan tidak puas hati.

    Aku dan Haizul bertentang mata. Takkanlah Haizul lupa? Dia ingat aku ni lemah macam perempuan kat sebelah dia ke? I'm independent women!

    "Jom. "Haizul mengajak perempuan itu untuk pergi. Mengalah. Sempat perempuan itu menjeling ke arah aku.

     Hembusan berat dilepaskan. Dahi dipicit lembut. Pening! Kalau semua pelanggan macam ni memang mati la aku jawabnya.

    "Ris? "Baru aku teringat Muqris juga turut berada di sini.

     Kepala Muqris menunduk ke lantai. "Awak tak cakap yang awak bos kafe ni. Selama ni saya tanya siapa bos kafe ni, awak tipu saya Fatima. "

     Lidah aku kelu.

     Ya. Banyak kali Muqris tanya tentang pemilik kafe ni. Aku jawab aku tak kenal sangat dengan pemilik kafe ni. Sekadar jumpa -jumpa macam tu je. Tak lebih dari pekerja dan majikan. Muqris percaya.

    Muqris mengeluh. "Awak tak suka saya menipu awak, tanpa awak sedar awak pun menipu saya. Dan betul apa yang saya katakan. "

     "Ris,saya-"

     "Kita berdua tak setaraf. "Muqris berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.

     Ini adalah salah satu sebab kenapa aku merahsiakan latar belakang aku.

    Kaki aku seakan akan melekat di tanah. Tidak mampu untuk mengejarnya. Tapi hati aku menjerit menyuruh aku mengejarnya. Berikan penjelasan. Akhirnya aku hanya melihat Muqris keluar dari kafe tanpa membuat apa -apa.
   
   

Continue Reading

You'll Also Like

12.8K 882 33
Hygge A feeling of warmth and cosiness as you enjoy life's simple pleasures. "Dengan Nama Allah Abisha perasaan ini hadir tanpa dipinta" -Noah Al Ha...
42.4K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
364K 22.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
368K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...