THE KAPLA'S CINTA HATI

By nynaalyz

178K 12.7K 5.9K

" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " A... More

Chapter 0 - A/N
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
ANNOUNCEMENT !!
Chapter 29
Chapter 30
ANNOUNCEMENT !! ( again )
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
ANNOUNCEMENT : RAYAA !!!
S2 - Chapter 1
S2 - chapter 2
S2 - Chapter 3
S2 - Chapter 4
S2 - Chapter 5
S2 - Chapter 6
S2 - Chapter 7
S2 - chapter 8 - The End

Chapter 22

2.3K 177 42
By nynaalyz

Pintu dibuka . Aireen berpusing ke belakang dan ...

Pang !!!
______________________________________

Satu tamparan yang amat kuat hinggap di pipi kanannya . Kelihatan darah di hujung bibirnya .

Kahar turut terkejut . Dia menatap wajah si pengetua dengan amarah . Dia mengetap rahang .

" Kau ni memang anak tak guna ! Aku masukkan kau ke sini bukan untuk main-main . Aku hantar kau ke sini untuk belajar . Amirr elok je jadi orang . Tapi kau ?! Entah siapa punya perangai kau ikut . Keputusan exam kau teruk nak mampus . Kenapa math kau boleh dapat 92% je ?! " Abah si Aireen menengkingnya .

Aireen hanya memandang tepat ke dalam mata abahnya dengan pandangan amarah .

" Sekarang ni ada pelajar report pada warden yang kau pergi fly pula . Apa benda ni ? Jawab , Aireen ! " Abahnya menengkingnya sekali lagi .

" Ke Kahar yang hasut kau ? " Dia memandang Kahar .

" Tak . Aireen yang ajak Kahar untuk teman Aireen pergi fly . Kahar tak nak tapi Aireen yang paksa . " Aireen membuat pengakuan palsu .

Terbeliak mata Kahar . Dia memandang ke arah Aireen .

" Oh . Dah pandai eh ? Kau rasa kau masuk Kudrat ni , kau dah pandai ? Huh ?! Kau ingat kau dah pandai sangat macam Amirr ke yang kau boleh buat kerja-kerja bodoh ni , Aireen Khairina ?! " Abahnya menamparnya sekali lagi .

" Abdul Kahar . Keluar . " Pengetua mengarahkan .

Aireen memandang ke arah Kahar . Dia memberi signal kepada Kahar untuk keluar .

Perlahan Kahar mengatur langkah ke luar pejabat . Dia kaku .

" Ini semua salah aku . Kalau aku tak ajak dia malam semalam , tak kan jadi macam ni .... Amirr ." Kahar terus berlari , mencari Amirr .

Di dalam pejabat , abahnya sudah mengamuk dengan teruk . Aireen hanya berdiri tegak dan memandang ke arah abahnya dengan riak wajah kosong .

" Kau memang dah melampau , Aireen . Masa dekat Aspuri , dalam banyak-banyak jawatan , Kapla juga yang kau nak jadi . Dekat sini ? Apa pula ? Pelanggar peraturan sekolah ? Kau memang dah menconteng arang ke muka aku , Aireen . " Abahnya membaling buku ke kepala Aireen . Tepat di dahinya . Dahinya berdarah .

Darah menitis ke bawah dengan laju . Aireen hanya menahan sakit , menunggu masa untuk melawan .

" Kau ni pembawa sial ! " Abahnya mencapai tali pinggang dan melibas belakang badan Aireen dengan kuat banyak kali . Aireen mengetap rahangnya .

Abahnya menendang rusuknya hingga dia terjatuh , terbaring . Dia memegang rusuknya , mempertahankan badannya sewaktu abahnya menendang-nendangnya .

" Abah ! " Amirr berlari ke arah abah , menahannya dari memukul Aireen lagi .

Aireen terbatuk-batuk kesakitan . Satu badannya sakit sekarang ni . Pedih . Air mata sudah bertakung . Bukan air mata kesedihan , tapi air mata kemarahan dan kekecewaan .

" Abah ! Cukup ! Jangan pukul adik lagi ! " Amirr menahan abahnya .

" Kau tengok adik kau . Kenapa dia tak boleh nak jadi macam kau ? Dia ni ... Tak layak hidup , tahu ?! " Abahnya cuba melepaskan diri dari pegangan Amirr .

Aireen tertawa . Cukup kuat untuk abah dan Amirr untuk dengar .

" Biarkan dia , Amirr . Biar dia cakap apa yang dia nak cakap pada aku sekarang ni . " Suara Aireen serak .

Dia cuba untuk bangun namun rusuknya sakit sangat sekarang ni .

" Kau ni , memang bawa sial ! Kau bukan anak aku pun ! Aku tak patut jadikan kau anak angkat aku lah , babi ! " Abahnya hampir menyerangnya lagi .

" Yes ! Itu yang aku nak dengar ! " Aireen bangun , tapi tak boleh tegakkan badannya kerana sakit .

" Kenapa lambat sangat nak mengaku yang aku ni anak angkat kau , setan ? Jenuh aku tunggu . " Aireen berkata sambil tersengih sinis .

" Apa kau cakap ? Apa kau cakap , sial ?! " Abahnya mula berapi semula .

" Apa ? Kau cakap yang aku ni bukan anak kau , kan ? Anak angkat je kan ? So .. kita sekarang ni memang dah tak ada sebarang pertalian lah kan ? Kira kau ni hanya seorang orang tua yang berpangkat pengetua . " Aireen melawan .

" Itu pun ... Kau rampas dari seseorang . " Aireen menyambung .

Kelihatan reaksi terkejut muncul di wajah abahnya .

" Kenapa ? Terkejut ? Macam mana aku tahu ? Hei . Aku dah lama tahu lah yang kau bunuh bapa aku . Maleeq . Maleeq Khairin . Kawan baik kau sendiri . Kawan baik Dato' Abu Yamin . Macam mana kalau Dato' tahu pasal ni ? Pasal yang selama ni , kemalangan yang menimpa Maleeq tu sebenarnya dirancang oleh kawan baiknya sendiri ? " Aireen tersengih jahat .

Macam mana dia tahu ? Dia dah desak Mak Ngahnya untuk bagitau . Dia banyak buat penyelidikan tentang sejarah keluarganya selama ni . Guess what ? Dekat surat beranak , nama dia ber-bintikan Maleeq Khairin bin Azuan Aziz . Tapi dalam IC , ber-bintikan binatang ni .

And guess what again ? Dato' Abu Yamin , bapa si Kahar , adalah kawan baik Maleeq dan Yusof .

" Well . Betul cakap orang . Trio never works . It's never work sebab wujudnya manusia dengki macam kau dalam kumpulan tu . " Aireen melepaskan segalanya pada saat ini .

" Maleeq bagi kau amanah . Maleeq suruh kau jaga isteri dia dan jaga anak dia . Tapi kau ? Kau bunuh Maleeq , kahwin dengan isteri dia yang dah jadi balu , bunuh isteri dia pula , at the same time , kau curang , kau jadikan anak dia anak angkat , kau dera anak dia , at the same time , kau dera anak tiri kau secara mental ." Panjang Aireen meluahkan . Dia dah tak kisah apa-apa lagi sekarang .

" Kau sebenarnya nak kan harta Maleeq kan ? Kau dengki . Ingat sikit . Kalau Maleeq tak mati , kau tak kan dapat nama , dapat jawatan dan dapat pangkat dalam Kudrat ni . Jangan harap , bangsat . " Aireen berkata , dia menarik Amirr bersamanya sebelum berpusing untuk berjalan keluar .

" Woi , anak jahanam . Kau jangan berani-berani nak jejakkan kaki dekat rumah aku lagi lepas ni . Kau berambus ! " Yusof menengking .

" Rumah kau ? Tch . Jangan risau . Aku dah tak akan balik rumah tu lagi . Aku tak kan jejakkan kaki dekat rumah kau lagi . " Aireen berjalan keluar dari bilik itu dengan Amirr .

++++

" Dik , kau okay tak ni ? " Amirr mengangkat muka Aireen . Berdarah-darah .

" Amirr . Tolong bawa aku pergi dorm . Teman aku . Aku dah rasa terhuyung-hayang dah ni . " Aireen berkata , memandang ke bawah .

Amirr meletakkan lengan Aireen melingkari tengkuknya sebelum berjalan bersama Aireen ke dorm .

" Macam mana kau tahu semua tu ? " Amirr bertanya .

" Aku ada call Mak Ngah aku sebelum ni . Aku desak dia . Dia kata , nanti aku balik Melaka baru dia cerita yang full . " Aireen berkata , perlahan .

" Siapa yang panggil kau , bang ? " Aireen baru teringat untuk tanya .

" Kahar . Dia tercungap-cungap masa jumpa aku . Dia macam gelabah . Dia kata kau dalam bahaya dekat pejabat . Aku pun apa lagi , dah macam marathon aku berlari ke pejabat tadi . " Amirr menceritakan .

Selama perjalanan , Aireen tiba-tiba senyap . Dia dalam diam sedang bertarung dengan perasaannya sendiri . Dia tak mahu menangis . Tapi air mata sudah bertakung .

Tiba di dorm ...

" Aireen !! "---

----

Continue Reading

You'll Also Like

17.9K 1.3K 53
STRAY KIDS AF: COMPLETED [✔] Saya takkan pernah lupakan apa yang awak buat dekat saya. Saya takkan pernah lupakan segala kata-kata manis awak. Saya t...
7.4K 699 131
[Vol. 5] Moonlight Soldier Konflik yang berlaku menyebabkan sebuah kumpulan yang sudah lama terkubur aktif semula sehingga mengundang kepada pengkhia...
1.2K 63 9
Short story gaiss🔥😂 START:11.4.2020 END:16.4.2020
40.6K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...