Jodoh Tersalah Alamat (COMPLE...

By amyDorry

410K 20.5K 1.8K

Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
TEASER
PROMOTE
Special Chapter
🎁

Bab 43

7.3K 361 29
By amyDorry

ARSHAD yang mendengar jeritan Humairah, pantas menyarungkan tshirt lengan pendek ke tubuhnya lalu dia keluar dari bilik.

"Ya Allah... Sha!!" Arshad berlari menuruni tangga apabila melihat sekujur tubuh Marsha terbaring di hujung anak tangga.

Kepala Marsha dia pangku di ribanya. Mujur tiada luka di kepala isterinya. Tetapi Marsha masih pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Awak buat apa pada dia??" Bentak Arshad.

"Saya tak buat apa. Dia yang tersilap langkah. Lepas tu dia jatuh." Humairah cuba membela diri. Dia takut Arshad akan persalahkan dia.

.

Arshad masih setia menunggu Marsha sedar. Marsha dibawa ke hospital untuk diperiksa agar tiada masalah kecederaan dalaman yang serius.

Tak berapa lama kemudian, Marsha mula sedar. Dia mencelikkan mata. Dia melihat wajah Khaulah di sisi kirinya.

"Umiii..." Khaulah menerkup pipi Marsha. Marsha tersenyum melihat wajah comel anaknya itu.

"Sayang dah sedar?"

Tiba-tiba Marsha mendengar suara Arshad dari arah sisi kanannya. Dia pantas menoleh. Berkerut dahinya. Kemudian dia mula perasan keberadaannya. Dia kini berada di sebuah hospital. Wajah Arshad disebelah dia renung tak berkedip.

"Tadi sayang pengsan. Alhamdulillah sayang sedar juga." Arshad mengucup dahi Marsha. Marsha masih terpinga-pinga.

"Abang nak tanya. Macam mana Sha boleh jatuh tangga tadi? Ada yang tolak Sha atau Sha jatuh sendiri?"

Marsha menggeleng. Dia tak tahu harus menjawab apa.

"Abang..." Mata Marsha mula berkaca. Marsha pantas memeluk tubuh Arshad. Dia menangis teresak-esak di bahu lelaki itu.

"Abang... Jangan tinggalkan Sha. Sha sayang abang."

Arshad mengusap lembut belakang Marsha.

"Tak. Abang takkan tinggalkan Sha. Tapi abang yang risau Sha tinggalkan abang tadi." Tangan kanan Arshad naik membelai kepala isterinya.

Khaulah yang melihat adegan peluk memeluk itu, dia pun pantas bangun memeluk abi dan uminya. Mereka bertiga saling berpelukan. Pipi Khaulah menjadi mangsa ciuman Marsha dan Arshad.

Marsha masih lagi keliru dengan situasinya. Macam mana dia boleh berada di hospital? Kemudian, Marsha menerkup mulut. Dia baru teringat yang dia baru sahaja dilanggar sebuah kereta. Patutlah sekarang dia berada di hospital.

"Abang! Ibu mana?"

"Ibu? Ibu ada lah kat rumah dia."

"Ibu okey tak? Ibu tak apa-apa?"

"Ibu okey aje? Kenapa Sha tiba-tiba tanya pasal ibu?" soal Arshad pelik.

Marsha menghela nafas lega. Ini bermakna ibu mertuanya selamat dari dilanggar kereta. Tapi dia pelik dengan soalan Arshad tadi. Sejak bila pula dia jatuh tangga?

"Sekejap, tarikh hari ni berapa?" soal Marsha.

"21 Mac. Kenapa?"

"Tahun?" Soal Marsha lagi.

"2023."

"Maksudnya abang belum..." Ayat Marsha terhenti.

"Belum apa sayang?"

"Tak ada apa. Sha nak pergi toilet sekejap." Marsha bingkas bangun dari katil lalu dia meluru ke bilik air.

Di bilik air, dia memegang kepalanya. Dia mula sedar yang dia sudah dua bulan lebih tak sedarkan diri. Tapi macam mana Arshad boleh layan dia seperti sebelum ini. Arshad langsung tak marahkan dia sebab tinggalkan lelaki itu selama dua tahun.

"Apa yang dah berlaku ni? Kenapa aku tak ingat?

"Sayang, buat apa lama sangat dalam tu? Pengsan lagi ke?" Suara Arshad kedengaran di luar bilik air.

Marsha menguak pintu bilik air. Terkejut dia melihat sekujur tubuh Arshad berdiri tegak di depan pintu.

"Sekarang abang nak tahu macam mana Sha boleh jatuh tadi?"

'Aduh...soalan ni lagi? Aku nak kena jawab apa?' Getus hati Marsha. Dia risau kalau dia salah memberi jawapan.

"Sha... Jatuh sendiri." Marsha melabuhkan punggung di birai katil.

"Betul ni? Bukan Humairah yang tolak Sha?"

Humairah? Cikgu Humairah ke?

"Tak. Buat apa dia nak tolak Sha."

"Betul ni?"soal Arshad lagi inginkan kepastian. Marsha membalas dengan anggukan.

"Abang..."

"Hm?"

"Betul ke abang akan berkahwin dengan Humairah?" Wajah Marsha bertukar muram. Dia teringat kejadian sebelum dia kemalangan di mana dia ternampak Arshad masuk ke sebuah butik pengantin.

"Betul lah. Kan Sha dah setuju."

"Bila masa?"

"Minggu lepas kan Sha dah sign borang tu. Sha tak ingat?"

"Oh ya...Sha ingat. Lupa pula." Marsha berpura-pura ingat. Padahal dia langsung tak ingat apa-apa setelah kemalangan itu.

Ini bermakna pernikahan Arshad dan Humairah masih akan diteruskan. Arshad dah tak cintakan dia seorang. Sudah ada nama perempuan lain di hati suaminya.

.

Marsha cuba menelefon Liyana bagi mengetahui cerita sebenar.

"Yana, kau tengah buat apa? Jom jumpa. Aku nak tanya kau macam-macam ni."

"Weh, betul ke ni kau Marsha? Kenapa kau tak panggil aku mak cik?" balas Liyana.

"Apa hal pula aku nak panggil kau mak cik. Kau bukan mak cik aku."

Tiba-tiba Marsha mendengar Liyana menjerit. Sakit telinganya mendengar jeritan Liyana dari corong telefon.

"Kau ni apa hal menjerit pula? Kena sampuk ke?"

"Kau dah ingat aku Marsha? Alhamdulillah... Ya Allah, kau dah kabulkan doa aku selama ini."

"Kau boleh tak explain kat aku. Apa yang jadi pada aku sebenarnya? Macam mana aku boleh tinggal dalam rumah papa aku ni?"

"Macam ni lah... Apa kata kita jumpa petang ni. Aku ambil kau kat rumah."

"Okey...datang cepat tau."

.

"WHAT? Aku hilang ingatan?"

"Iya... Kau jadi diri kau sewaktu umur lapan tahun. Kau dah tak ingat aku, Acad dan family dia," beritahu Liyana.

"Jadi, perangai aku macam budak umur lapan tahun?" Marsha mengambil tempat duduk di sebelah Liyana.

Liyana mengangguk.

"Patutlah..."

"Patutlah apa?"

"Patutlah Arshad layan aku baik. Kalau aku tak hilang ingatan, mesti dia marahkan aku lagi."

"Tak baiklah buruk sangka dengan dia."

"Satu lagi masalah. Aku dah setuju untuk beri kebenaran dia nikah lagi satu. Dia akan kahwin dengan Humairah."

"Kau sign ke borang nikah tu?"

Marsha mengangguk.

"Tapi mana lah aku sedar masa tu. Masa tu yang sign adalah diri aku yang berusia lapan tahun. Semuanya dah terlambat."

"Kau janganlah putus asa. Selagi Arshad belum kahwin dengan Humairah, kau masih ada peluang untuk betulkan keadaan."

"Tinggal dua minggu saja lagi, Yana. Seminggu selepas raya terus mereka menikah. Aku tak sangka raya aku tahun ni lebih menyedihkan berbanding raya dua tahun lepas." Marsha menyandarkan kepalanya di bahu Liyana. Liyana mengusap bahu kawan baiknya itu. Dia amat bersimpati dengan apa yang jadi pada Marsha.

.

MARSHA meneruskan lagi wataknya sebagai budak yang berusia lapan tahun. Dia takut jikalau dia beritahu bahawa dia sudah ingat semula, Arshad akan menjauhi dia.

"Ermm... Abang, raya tahun ni tema baju raya kita warna apa?" soal Marsha.

"Warna biru lembut. Kan Sha yang nak warna tu."

"Oh, iya lah. Lupa pula. Mesti cantik kan baju raya Sha!!" Marsha menayang wajah teruja sambil bertepuk tangan.

Arshad dah rasa seram sejuk. Janganlah Marsha ingat janji dia untuk belikan isterinya baju gaun princess sebagai baju raya.

"Err... Baju raya Sha abang dah belikan. Nanti pagi raya, baru Sha boleh tengok. Saja abang nak buat surprise." Arshad dah belikan sepasang baju kurung pahang untuk Marsha.

.

PADA pagi satu syawal, Marsha siap memakai baju rayanya. Dia tersenyum melihat dirinya di dalam cermin. Sudah sekian lama tak nampak senyumannya itu. Sejak dia dapat hidup bersama Arshad semula, dia mula merasa bahagia.

"Umi... Tantik." Khaulah menegurnya. Khaulah juga sudah siap memakai baju kurung pahangnya. Comel!

Marsha mendukung Khaulah yang sedang berdiri di sisinya.

"Abi mana?"

"Cana..." Khaulah menunding jari kearah pintu bilik.

Kelihatan Arshad yang sedang lengkap berbaju melayu dan bersamping sedang bersandar dibingkai pintu bilik. Marsha dan Arshad berbalas senyum.

"Jom turun sarapan. Lepas ni nak pergi masjid pula untuk solat sunat hari raya," ajak Arshad. Marsha mengangguk. Mereka bertiga turun ke tingkat bawah bersama.

Pada hari itu, Arshad mula berasa sangsi terhadap Marsha. Sewaktu Marsha bersalaman dengannya, Marsha menangis teresak-esak seperti sedar dengan kesilapannya selama ini. Perkara kedua yang Arshad pelik adalah apabila Marsha langsung tak mengungkit tentang hal baju raya princess dia.

Marsha dan Arshad berkunjung ke rumah Encik Mokhtar. Dato' Mukriz dan Datin Mariam juga turut sama ke sana. Marsha seronok apabila dia mendapat tahu yang mama papanya sudah bersatu semula.

Sedang mereka berbual mesra di rumah Encik Mokhtar, tiba-tiba ada suara tetamu yang datang memberi salam.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam...eh, Humairah. Masuklah. Kamu datang seorang aje ke? Mak abah kamu tak datang sekali?" soal Puan Rozita.

"Mak abah ada tetamu di rumah. Mak ada kirim lemang dengan rendang ni."

"Susah-susah aje datang bawa semua ni. Tak apa lah. Mari masuk... Makan Mi kari ibu buat," pelawa Puan Rozita.

"Wahh... Mesti sedap mi kari ibu. Tak sabar nak rasa." Humairah melangkah ke arah meja makan bersama Puan Rozita.

"Haa...Acad. Humairah datang ni," beritahu Puan Rozita.

Arshad tersedak kuah mi kari. Terkejut dia apabila Humairah datang ke rumah pada waktu yang dia rasakan tidak tepat. Sudahlah ada ibu bapa mertuanya di sini. Wajah Datin Mariam jelas kelihatan tidak suka.

"Eh, Humairah pun ada kat sini?" tegur Marsha. Dia berpura-pura senang dengan kehadiran Humairah. Humairah masih rasa bersalah dengan kejadian tempoh hari. Dia masih belum berkesempatan untuk meminta maaf kepada Marsha.

.

HUMAIRAH menghampiri Marsha yang sedang bermain kejar-kejar dengan Khaulah di halaman luar rumah.

"Marsha."

Marsha menoleh ke arah Humairah.

"Saya minta maaf pasal hari tu?"

"Pasal apa?"

"Sebabkan saya, awak jatuh tangga. Awak tak ingat ke?"

"Oh..." Marsha baru tahu. Dia ingat dia yang jatuh sendiri.

"Betul ke awak masih belum ingat apa-apa?" duga Humairah.

Marsha terkedu. "Belum. Marsha belum ingat. Humairah nak main kejar-kejar sekali tak? Jom main sama-sama."

"Marsha yang berumur lapan tahun takkan cakap macam ni dengan saya. Dia akan panggil saya mak cik. Tapi awak panggil saya Humairah. Sebenarnya awak dah ingat balik kan? Tapi kenapa awak berpura-pura tak ingat?" soal Humairah sambil berpeluk tubuh.

"Err..." Marsha menggigit bibir.


Continue Reading

You'll Also Like

11.3K 504 22
بسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat b...
3.6K 245 16
[SAMBUNGAN 'HAWA UNTUK SANG ADAM'] Adam Al-Fateh. Sebut saja nama itu, tentu mereka mengenali walaupun berada di bumi New York. Antara salah seorang...
281K 18.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
126K 10.9K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...