The HighSchool Killer ( Slow...

By qtkent

63.1K 5K 615

Satu storyline yang banyak gila carutan. Bagi yang tidak suka & tidak tahan, tolong jangan read. Btw, ni hasi... More

Highschool?
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
Qtkent is back! ❤️
0 9
1 0
1 1
1 2
13
1 4
1 5
16
17
18
19
20

21

137 11 13
By qtkent


SOALAN yang ditanya dibiarkan sepi. Adakah cara untuk merungkai semua misteri yang terjadi kepada mereka dan sekolah ini?  

''Sebenarnya dulu aku bukan manusia. Lebih tepatnya, aku adalah serigala yang datang dari dunia bunian. Macam dunia khayalan tu. '' Ujar Arfa perlahan memulai kata. 

''Aku bertemu dengan Ad masa peperangan tahun 1485 dimana Ad merupakan ketua serigala yang paling digeruni pada abad itu. Peperangan itu telah mengorbankan lebih 10 ribu orang bunian dan serigala dan motif peperangan tersebut adalah merebut taktha, harta dan kuasa. Aku dan Ad tewas dalam peperangan tu. Tapi yang lebih mengejutkannya, kami bangun pada tahun 1889. Bangun sebagai roh manusia. Roh yang tak akan mati. Eh silap, tak boleh mati.'' Ujarnya panjang satu persatu. Air liur diteguk. Oh macam tu ceritanya. 

''Kenapa tak boleh mati?''Tanya Ezzam hairan. Adeline tersenyum sinis. 

''Tak tahu. Kitaorang dah pernah cuba tikam diri sendiri. Ah boleh kata macam-macam cara kitaorang dah cuba untuk matikan diri sendiri tapi gagal. Ianya akan sentiasa berubah kepada bentuk badan asal kami.'' Jawab Adeline. Mereka mengangguk faham. 

''Jadi, aku dan Arfa buat keputusan untuk hidup macam biasa. Macam manusia biasa. Tak mati, tak tua. Sampai lah ada satu masa tu kitaorang seakan mati tapi bernyawa. Sejarah silam dahulu kala keluar memberikan kebenaran dan petunjuk kenapa kitaorang tak boleh mati.''

''Kenapa?" Tanya Esyraf hairan. Ezzam turut menggarukan kepalanya tanda tidak faham dengan situasi yang terjadi sekarang. 

''Sebab Raja Rimba. Urusan sejarah Raja Rimba yang telah muncul sejak zaman dahulu kala di dalam peperangan telah kembali lagi dan korang adalah 'masalah' yang sepatutnya kami selesaikan.'' Terang Fawaz pula. Semakin pelik penerangan yang diberikan oleh mereka. Apa semua ni? Masuk akal ke? 

Ranting-ranting yang bersepah di tanah dikuis dan dipijak. Fikirannya semakin buntu. 

''Okay stop. Aku taknak dengar dah cerita karut zaman purba korang ni. Just bagitahu aku apa perlu aku buat? Selesaikan masalah Ezzam dan Arfa ni dahulu. Lepastu kita buru Sri.'' Beritahu Esyraf. Sekarang ni dah tak ada masa nak borak panjang-panjang. Cerita ni dah nak habis dah pun. 

''Kalau kau nak singkat sangat, okay. Bagi aku satu per lima darah campuran kau dan Ezzam untuk Arfa minum. Dan masalah mereka akan selesai begitu sahaja.'' Ringkas Adeline berkata. 

Ezzam yang mendengar memandang Arfa. Sebenarnya dia lebih rela untuk mengahwini gadis serigala itu akan tetapi tok kadi pun tak ada kan. Apa boleh buat? Baru malam-malam nak feeling peluk isteri. Hehehe

Tanpa membuang masa, Esyraf mencapai kayu di sisinya dan dipatahkan. Hujung pokok diasah menggunakan batu untuk menjadikannya tajam. Mereka hanya memandang kosong terhadap perbuatan Esyraf. 

Esyraf menghulurkan satu kayu yang sudah diasah sebagai penukar pisau dan dihulurkan ke arah Ezzam. Ezzam mengambilnya dan sekali lagi menoleh memandang Arfa. 

''Muka kau tu dah la buruk. Jangan pandang aku la.'' Kata Arfa seakan marah. Tetapi lain pula isi hatinya. Sungguh, dia juga rasa terbeban dengan situasi itu. 

Ezzam tersenyum, ''Kau sebenarnya takut kan tengok aku toreh badan sendiri dan keluarkan darah untuk diberi minum kepada kau?"' 

Arfa terdiam. ''Benda ni memang akan selesaikan masalah, tapi ianya akan jadi sakit yang sangat sakit untuk kau dan Esyraf.'' Esyraf mendekat. 

''Aku sebenarnya taknak fikir dah. Aku cuma nak jumpa Sri dan stopkan permainan bodoh ni. Takde siapa di antara kita yang mati dan perlu mati.''Kata Esyraf tegas. 

''Ezzam, aku tak takut. Aku pernah makan darah banyak gila masa aku jadi serigala dulu. '' Gulp, Ezzam menelan air liurnya. Salah target sobat. 

''Banyak sangat la borak. Cepat sikit. Kang aku pulak haus.'' Bicara Fawaz pula. 

Mereka semua mengangguk setuju. Kayu diangkat... 

''Bismillah.'' 

KAKI kanan yang terluka digosok halus. Nasib tak teruk, kalau teruk? Hm 

''Kau okay tak Ad?'' Tanya Arfa. Dihulur satu botol air yang diambil dari tasik yang mereka jumpai sebentar tadi. 

''Okay je. Sial punya burung gagak. Ni mesti kerja Sri. Kalau aku jumpa perempuan bodoh tu mati dia aku kerjakan. Dia nak cabar sangat Adeline Humairah kan? Sampai lubang kubur aku cari dia."Marah Adeline. 

Mana taknya. Selepas upacara penguburan...

Salah salah.. 

Selepas kejadian sebentar tadi berlaku. Mereka telah diserang oleh lebih seribu burung gagak yang beterbangan membawa batu dan ranting kayu. Tak henti burung-burung tersebut melempar sehingga mencederakan anggota badan mereka semua. Nasib masatu otak Esyraf dan Ezzam berfungsi dengan cepat. 

Ditariknya tangan mereka semua menuju ke sebuah gua yang berada di tepi pokok besar. Agak asing keberadaan gua tersebut tetapi yang anehnya sebaik sahaja mereka memasuki gua itu di  dalamnya terlihat sangat indah. Dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang sangat hijau, buah-buahan yang teramat banyak dan juga tasik yang penuh dengan ikan segar. Ianya bagaikan mimpi. 

''Aku rasa kita dah selesaikan 75% dari teka-teki yang Sri bina sendiri ni. Kita cuma kena cari dia, settlekan masalah makhluk separa manusia yang mahukan darah Raja Rimba dan juga musnahkan perjanjian abadi syaitan ni. Kita kena cari jalan penyelesaiannya.'' Terang Arfa. Adeline mengangguk setuju. Sabar Sri. Sikit sahaja lagi dan aku akan musnahkan permainan bodoh kau ni. 

''Tapi Arfa, hati-hati. Darah Raja Rimba masih belum sebati dalam diri kau. Sebelum ianya sebati, kau kehilangan 50% dari tenaga asal kau jadi duduk rapat-rapat dengan aku dan Fawaz. Jangan terfikir untuk buat yang bukan-bukan.'' Adeline menasihati Arfa perlahan. 

''Kita adalah satu bayangan. Sakit kau, sakit lah aku dan Fawaz. Mati kau, mati lah aku dan Fawaz.'' Katanya panjang lebar lagi. Arfa tersenyum. 

Berpuluh dekad dia hidup bersama gadis bernama Adeline Humairah, baru kali ini dia merasai adanya sebuah ikatan yang sangat istimewa terjalin antara mereka. 

''Yay, aku dah dapat ikan. Penat siot mancing.'' Ujar Ezzam yang entah datang dari bahagian mana menyampuk perbualan Adeline dan Arfa. Mereka menoleh lalu tergelak. 

''Buruk la gila pegang ikan dengan muka kau yang macam tu. Rupa kau tu dah tak hensem macam dulu.'' Marah Arfa. Ezzam seperti manusia separa syaitan yang kelaparan. Tetapi version syaitan 5 tahun sebab dia pegang ikan. 

''Kau tak payah nak menipu, ikan kat belakang tu tinggal kaut je. Takyah nak memancing sangat. Nyalakan bara, aku nak makan. Lapar siot.'' Esyraf berkata sambil berjalan menuju ke arah mereka dengan membawa lagi 6 ekor ikan.  Ezzam tersengih malu. Cis, kantoi. Baru nak tunjuk macho. 

Mereka bangun dan mengumpulkan kayu dan ranting yang berada disekitar mereka. Diletakkan ditengah-tengah dan tanggannya mencapai batu. Esyraf yang sudah handal dan memang pakar menghidupkan api bara menggunakan barang yang diperoleh. Perkenalkan, i Esyraf. Kerja? Raja Rimba. Kalau nak ngorat boleh drop you number here kehkehkeh.

''Arfa, tadi kau cakap muka aku sekarang tak hensem macam dulu kan? So maksudnya dulu aku hensem la eh? Kau suka aku ke?'' Bertalu-talu soalan yang diberikan Ezzam, saja mengusik Arfa. Adeline pura-pura hendak termuntah melihat pasangan gagak sejoli itu. 

''Taklah, biasa je.'' Jawab Arfa

''Biasa maksudnya.'' Tanya Ezzam sambil menyengetkan kepalanya ala-ala abang bananadibs. hihihi. 

''Dah makan cepat.'' Arah Adeline tegas. 

''Eh kejapppp. Mana Fawaz eh? Dia dah tak penting ke?"Soal Esyraf. Hairan, takkn tangkap ikan lagi? Nak duduk sini setahun ke? 

''Fawaz. Cepat la makan.''Laung Adeline kuat. Bergema suaranya di dalam gua itu. 2 minit kemudian mereka ternampak kelibat Fawaz berlari tercungap-cungap ke arah mereka. 

''Aku dah jumpa jalan keluar.'' Bicara Fawaz. 



- I mohon sepuluh jari ampun maaf  dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terlalu busy sampai takda masa langsung nak update. So i decide nak cepatkan cerita ni dan completekan terus. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca yang aktif ataupun tak aktif atas curahan kasih sayang korang yang masih setia menunggu i update The Highschool Killer. I sayang korang sepenuh bulan dan sepanas matahari. Iloveyouall xoxo - 

Continue Reading

You'll Also Like

HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

21.7K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

182K 12.1K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
866K 114K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
2.2M 61.4K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...