Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 10

517 52 2
By coffeloff

Tahun berganti tahun. Hari demi hari. Masa yang berlalu takkan kembali. Segala masa dan waktu yang aku korbankan tiada guna. Benarlah kata orang, masa itu emas. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Jangan sia -siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Seperti aku.

Segalanya musnah hanya dengan satu patah perkataan. Putus. Semua orang bencikan perkataan ini. Lagi -lagi bila keluar dari mulut orang yang kita cintai.

Bunyi sudu berlaga dengan gelas menghentikan lamunanku.

“Shal. Termenung apa lagi? Makanan untuk penghantar makanan hantar dah siap. ”kata Raudah. Ayatnya menyedarkan aku ke realiti.

Bungkusan makanan diambil. Diletakkan di atas kaunter.

Why you look so sad, Fatima? ”Terselit nada keprihatinan dalam pertanyaan Muqris.

Muka diangkat untuk memandang wajah kacaknya.

Mukanya nampak... Risau?

Long story. ”kataku malas.

Pendekkan. ”

Aku mengeluh pendek. Nampak sangat Muqris beria ria nak tahu cerita aku. Muka dia jangan cakaplah. Muka minta simpati. Ini yang aku tak boleh. Mudah kesian!

“Hantar makanan dulu. ”

“Okay! ”Begitu semangat suara Muqris setelah aku memberi lampu hijau. Jarang -jarang aku melayan perangai hyperactive dia.

Kepala digeleng kecil. Macam budak budak!

Aku lihat Muqris beredar untuk menghantar makanan.

10 hari.

Lagi 10 hari Muqris akan berkhidmat sebagai penghantar makanan. Selepas itu dia akan berhenti.Apa yang dia buat lepastu? Aku pun tak tahu. Tapi lepas dia berhenti, adakah aku dan dia masih akan berjumpa? Mungkin ya. Atau mungkin tidak. Aku sendiri tidak dapat buat kesimpulan.

Dulang diletakkan di atas meja dengan berhati hati. Muqris membantu aku memindahkan pinggan yang berisi makanan ke atas meja. Sempat aku memasak spaghetti aglio olio. Satu untuk aku. Satu untuk Muqris.

Setelah selesai aku meletakkan dulang di tepi.

Sengaja aku mengajak Muqris duduk di tempat ‘healing ’ yang sememangnya menjadi pilihan aku. Meja kayu yang terletak sedikit jauh dari kedudukan pelanggan yang lain. Kedudukan meja ini agak tersorok dan tak ramai nampak. Lagi menambahkan kesukaan aku adalah pemandangan dari meja kayu dapat melihat pantai. Cantik gila! Makan pagi, makan petang aku memang wajib di sini. Waktu aku rehat pun memang di sini.

“Cuba cerita sikit. Tak sikit. Tapi nak tahu banyak. Ha macamtulah. ”Muqris mengambil americano. Dihirup sedikit demi sedikit.

Aku membuat muka bosan. Cakap jelah nak tahu semua. Kan senang!

“Saya dan Ezul dah putus. ”

Muqris tersedak.

Lantas aku menghulurkan secawan air. Nasiblah aku bawak air masak. “Macam mana boleh tersedak? Minum tu hati -hati lah. Jangan minum gelojoh. Eish! ”Aku membebel.

Muqris meneguk air. Mukanya sedikit merah.

“Kenapa putus? ”Perlahan pertanyaan Muqris.

“Dengar macam pelik tapi saya sendiri tak ada jawapan untuk soalan awak, Muqris. ”Aku berkata jujur.

Soalan yang aku sendiri tak ada jawapan. Apakah penyebab aku dan Haizul putus. Adakah disebabkan salah aku? Atau salah Haizul? Aku tak pasti. Atau, ada orang ketiga yang masuk campur dalam hubungan kami?

“Kalau tak ada jawapan untuk soalan, tanya hati.”

Huh?

Only our heart will give the right answer. No matter how difficult the question, our heart is able to answer. Instead of reason and mind.”kata Muqris lembut.

Tanya hati? Tapi...macam mana? Adakah jawapan yang diberikan dari hati betul? Adakah jawapan tersebut dapat memuaskan aku?

“Dah. Tak payah fikir. ”potong Muqris.

Spoil betul sepet ni!

“Memanglah tak nak fikir. Awak tanya tu kenapa? ”balasku sedikit geram. Aku bukan main tak nak fikir. Alih -alih Muqris tanya.

“Silap lah tu! Hok aloh! ”Muqris ingin membela dirinya.

“Ha! Kalau salah dia, ok. Tak apa. Salah orang, membebel macam tak ada hari esok. ” Aku teringat kes semalam.

Raudah tersilap packing order. Mak ai! Muqris membebel mengalahkan mak nenek. Pot pet. Pot pet. Tersilap sikit je. Huh! Nasib aku tak ada. Kalau tak, mau Muqris kena dengan aku.

“Kerja kena laksanakan dengan penuh amanah. Itu tanggungjawab kita. Dengar macam remeh tapi sebenarnya tak. Jangan pandang remeh pada kerja walaupun sekecil kecil pekerjaan. ”kata Muqris.

“Ok. ”Malas mahu bergaduh mulut. Sentuh sikit je. Dia punya buka syarahan sampai esok tak habis.

Baru sahaja tangan aku ingin mencapai sudu dan garfu, Muqris lebih pantas mengambil. Sebelah kening terangkat.

Apahal pulak ahboy ni ambil sudu aku? Macam tak ada sudu dekat dengan dia.

Diam. Aku memerhati tindak tanduk Muqris.

Muqris mengambil sehelai tisu. Dia mengelap sudu dan garfu sehingga dia tersenyum puas hati. Diletakkan kembali di atas pinggan di hadapan aku.

“Jemput makan. ”Muqris mengelap sudu dan garfu miliknya pula.

Garfu dicapai.

“Lepas awak berhenti, awak nak stay kerja tentera ke? ”tanyaku. Saja ingin tahu.

“Yup. Khidmat saya bakal berakhir. Jadi saya akan balik ke pangkalan. ”jawab Muqris. Ringkas.

“Khidmat? ”Aku sedikit pelik dengan jawapannya.

Tangan Muqris terhenti dari menyuap spaghetti. Wajah diangkat untuk memandang ke arah aku.

“Khidmat. Betul lah. Apa yang salah? ”Muqris kembali menyambung suapannya.

Aku melihat Muqris dengan pandangan pelik. Weirdo. Hari demi hari aku dapat rasakan Muqris bukan orang biasa. Seperti banyak rahsia yang dia sedang simpan.

Lampu dan kipas ditutup. Setelah memastikan tiada suis yang tertinggal, aku mencapai beg tangan. Pintu kafe ditutup. Sempat aku meregangkan badan. Penat! Penat melayan pelanggan. Penat melayan kerenah manusia lain. Lagi -lagi kerenah Muqris. Sakit otak!

Nasib baiklah lepas sahaja aku dan dia berborak, ada pesanan yang perlu dia hantar. Dapat aku tarik nafas. Pelik jugak aku dengan perangai Muqris macam budak -budak. Kalah anak saudara aku.

“Pelik betul sepet tu. ”gumamku perlahan.

“Sepet mana satu ni? ”tanya satu suara garau.

“Sepet mak kau ahboy! ”Aku melatah.

Muqris ketawa kuat. Kelakar melihat aku melatah. Sampai pegang perut. Kelakar sangat tuh!

Aku pun apa lagi, terus jeling tajam. Ingat kelakar ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, mau ‘jalan’ ke underground terus.

“Tak kelakar, Ris. ”Aku memberi amaran melalui jelingan.

“Kelakarlah. Nampak comel! ”Muqris masih dengan sisa ketawanya.

Langkah dibuka menuju ke kereta. Malas nak layan.

“Eih! Janganlah merajuk. Pergi pantai jom. Jomlah. Alah sayang buchuk! Uchuk asham. ”Muqris membuat muka comel.

“Kotor. ”kataku dingin. Ingat comel ke? Rasa macam nak lempang.

Muqris mengangkat kedua tangannya ke atas. Tanda mengalah.

Aku membuat isyarat agar masuk ke dalam kereta. Muqris patuh. Aku pula masuk di bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan.

“Wow! Kerja kafe je tapi dapat pakai Volkswagen Golf GTI. Buka bishe -bishe. ”Mata Muqris meliar di segenap kereta.

Jelingan tajam diberikan sekali lagi.

Muqris membuat muka tak bersalah. “Apa? Ingat saya tak tahu model kereta ke? ”

Aku berdehem.

“Kereta abang. ”

Muqris mengangguk kecil. Tapi aku tahu sangat reaksi dia. Nampak sangat macam dia tak percaya dengan jawapan aku. Heh!

Setibanya di pantai, aku mahupun Muqris sekadar duduk di tepi kereta. Badan disandarkan di kereta. Wajah Muqris dari tepi dilihat sekilas.

“Nak main teka teki tak? ”

“Apa? ”Muqris menunjukkan muka berminat.

“Dalam banyak -banyak pin, pin apa yang tak pernah hilang? ”Aku memberikan teka teki pada Muqris. Biar dia rasakan macam mana cara Fatima Ashal main teka teki. Muahahahaha!

“Pin tudung? ”jawab Muqris.

“Salah. ”

Muqris diam. Dahinya berkerut memikirkan jawapan.

“Pinsau? ”

“Apa yang kau mengarut ni Sheikh Fahad Muqris? ”Apa punya jawapan dia bagi.

“Bagi jela jawapan. ”Muqris mengalah.

Bibir aku tersenyum jahat. “Jawapannya, pintu. ”

What?! ”Suara Muqris naik. Tidak percaya dengan jawapan yang diberikan.

What kind of food we eat during raining day? ”Aku memberikan teka teki kedua. Puas hati melihat muka Muqris yang tidak dapat menerima kenyataan.

Tea. ”jawab Muqris yakin.

Wrong! It's pisang go-rain. ”Selepas aku memberikan jawapan, aku ketawa. Kelakar melihat reaksi Muqris.

Jelas muka Muqris tidak mampu menerima kenyataan. “Dahlah! Bosan main macam ni. Huh! ” Tubuh dipeluk membelakangkan aku.

“Merajuk la kau. Maleh aku layan. ” Langkah dibuka meninggalkan Muqris seorang diri. Ingat aku rajin nak pujuk orang? Diri sendiri tak terpujuk inikan pulak nak pujuk orang.

Telinga aku menangkap suara Muqris sayup -sayup memanggil namaku. Laju sahaja Muqris menyaingi langkahku. Tengok la kaki dia panjang mana. Kaki dia saja separuh ketinggian aku.

“Ingat awak sorang je ke ada teka teki? Saya pun ada lah. ”Muqris membuat muka berlagak. Ekeleh!

“Apa? ”Aku memberi Muqris peluang. Kalau dia bagi teka teki mengarut, aku selam kepala dia dalam pasir nanti.

“Apa yang mampu menurunkan ego seorang lelaki? Haaaa jawablah. ”Kening diangkat berkali kali.

Nampak sangat Muqris tak nak mengalah. Dia ni memang tak faham erti mengalah ea?

“Duit? ”Aku meneka.

Muqris menggeleng kepala.

“Pangkat? ”

Sekali lagi Muqris menggeleng kepala.

Aku diam seketika untuk berfikir. Apa yang mampu menurunkan ego seorang lelaki? Kalau bukan dua benda ni apa?

“Jawapan? ”Aku mengalah. Malas nak fikir lama -lama. Kalau aku bagi jawapan betul, bukannya Muqris mengiyakan pun.

“Panahan mata. ”

Erk!

Aku melihat Muqris meminta penjelasan dengan jawapannya.

Sebaliknya, Muqris mengukir senyuman. “Panahan mata mampu menurunkan ego seorang lelaki. Itu jawapannya. ”

Aku memandang tepat ke dalam anak mata Muqris.

Mata dia... cantik!

I love your eyes Fatima. Beautiful. ”puji Muqris.

Aku tersenyum. “Awwww! Tapi saya suka mata sepet awak. Rasa macam nak sepak. ”Senyuman dimatikan.

Lelaki. Huh! Mulut manis. Eiuw!

Muqris ketawa kecil. “Jangan mempersoalkan lelaki kalau dia memuji. Persoalkan orang yang memuji sama ada ikhlas ataupun tak. ”

“Habistu awak puji saya ikhlas ke tak?”

“Semua tentang awak, saya puji dengan ikhlas Fatima Ashal. ”jawab Muqris lembut.

Dengar suara lembut Muqris, jantungku mula memainkan peranan. Berdegup seperti baru lepas maraton! Pipi pun terasa panas.

Blushing ke tu? ”sakat Muqris.

Mataku sedikit membulat. “Diamlah! ”Pandangan dilarikan ke arah lain.

So cute, Fatima. I like when you get blushing. ”Semakin kuat Muqris menyakat aku.

“Diamlah! ”Aku menjeling ke Muqris.

Rasa nak hempuk guna kuali. Eish! Sabar jelah.

Continue Reading

You'll Also Like

267K 8.5K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
1.4K 199 9
Cover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Ki...
508K 17.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
810K 32.7K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...