ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 6
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 9
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 10
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 17
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 23
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 29
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 33
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 38
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 42
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 55
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 61
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 63
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 69

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12

10.2K 807 118
By starryglossie

Eima menutup daun pintu biliknya. Pusing tubuh, terbuka kecil bibir melihat Altaf yang sedang menyarung baju di hadapan mata. Dalam masa yang sama, Altaf juga turut kaku memandang ke arah Eima.

Melihat Eima yang lekas membalikkan tubuh menghadap muka pintu, buat Altaf kembali sedar dengan keadaan. Cepat-cepat Altaf menarik hujung bajunya supaya menutup kawasan perut yang terdedah.

Eima nampak ke?

"Sa— saya keluar dulu lah." Tangan kembali memulas tombol pintu. Ingin memberi ruang kepada Altaf. Dia pun nampak yang lelaki itu masih bertuala.

"Sekejap Eima." Suara lelaki itu memberhentikan Eima. Dengan anak mata yang masih dipakukan ke arah Eima, lekas-lekas Altaf menggapai seluarnya pula sebelum disarung.

Beberapa saat selepas itu, Altaf sudah lengkap berpakaian tidur. Tekak dibasahkan dengan deheman beberapa kali.

"Dah." Katanya sepatah. Rambut lebatnya yang agak lembap disebak kebelakang.

Mendengarkan itu, dengan teragak-agak Eima berpusing. Bebola matanya naik turun melihat Altaf. Tubuh lelaki itu tersarung tshirt hitam dan seluar track cotton yang berwarna kelabu. Nak tidur pun kacak. Untungnya Eima.

"Ma— maaf. Saya lupa awak ada dalam bilik." Sisi kepala yang berlapik tudung sarung Eima garu. Sungguh dia lupa dengan kewujudan Altaf di dalam biliknya. Sedangkan dia sendiri yang memberi ruang kepada lelaki itu untuk membersihkan diri.

"Tak apa. Ini bilik kau." Altaf menapak ke arah Eima yang sudah berdiri di birai katil.

Sampai di hadapan wanita itu, iris hitam milik Altaf jatuh memandang Eima yang hanya separas dadanya. Kecil sungguh Eima. Atau dia yang terlajak tinggi? Altaf pun tak tahu.

"Kita memang nak berdiri sampai esok ke?" Eima memecahkan kesunyian di antara mereka. Tidak selesa apabila ditatap Altaf sebegitu rupa. Sudahlah semerbak bau tubuh Altaf menusuk rongga hidungnya ini. Bau yang fresh dan seductive.

Ish, nakalnya kau Eima.

Altaf senyum tipis. Duduknya dilabuhkan ke tilam katil milik Eima yang bersaiz queen itu.

"Duduklah." Tempat duduk sebelahnya yang kosong ditepuk berkali-kali. Mengarahkan Eima supaya duduk.

Eima memandang seraut wajah yang agak manis di matanya itu. Selepas sekali lagi mendapat signal daripada Altaf supaya duduk disebelah lelaki itu, akhirnya Eima patuh juga. Masih ada ruang di antara mereka.

"Mengantuk tak? Atau letih?" Soal Altaf.

Kalau boleh, dia nak selesaikan hal yang patut dengan Eima malam ini juga. Itupun jika Eima tidak keberatan.

Eima yang hanya mengutilkan kuku itu menggeleng perlahan. Dia tidak letih cuma berdebar. Takut juga.

"Memang dalam bilik pun bertudung ke?" Altaf mengintai Eima yang sedari hanya kekal menunduk tanpa melihatnya. Malunya wahai isteri.

Anak matanya bergerak melihat tubuh genit Eima yang tertutup dengan kaftan kelawar itu. Comel.

Eima gigit isi bibir bawahnya. Sebelum ini memang dia tidak bertudung, tetapi sekarang ada Altaf. Tetapi Altaf kan sudah halal untuknya. Mereka sudah tiada batas aurat.

"Aw— awak tak kisah kalau saya buka tudung?" Eima tahu soalan dia ajukan kepada Altaf itu boleh dikategorikan sebagai soalan yang bodoh, tetapi dia nak bertanya juga.

Terbit tawa halus Altaf saat gegendang telinga memukul soalan Eima.

"Tak. Bukalah. Kita kan dah halal." Jawab Altaf lembut. Lagipun, kasihankan Eima. Pasti rimas. Seharian tertutup kepala itu. Tak akan dalam bilik pun mahu bertutup.

Eima angguk kecil. Dengan tingkah yang agak gugup, Eima mencabut perlahan tudung sarung di atas kepala. Usai meletakkan tudung ke tepi, jemari halusnya turut membetulkan rambut yang mungkin serabai.

Matanya yang tadi kuyu membesar secara perlahan melihat mahkota milik Eima yang tersimpan elok selama ini. Sehingga ternaik alis lebatnya.

Melihat rambut Eima yang terlepas dari ikatan automatik jemari Altaf naik menyentuh di situ.

Darah gemuruh menderu pantas ke tubuh saat jemari kasar milik Altaf berlanggar dengan dahinya. Jari telunjuk lelaki itu menyangkut rambut Eima ke celah telinga. Bibir diketap seraya dagunya bergetar menahan debar.

Altaf masih terpana. Liar anak matanya bergerak menjamah Eima. Dari ekor kuda yang tidak terlalu panjang dengan hujungnya yang ikal lalu jatuh ke leher milik wanita itu. Tidak semena, ada satu rasa yang menjalar di hati. Tubuhnya turut meremang kecil.

Sedar dengan dirinya yang kian hanyut, lekas Altaf menghalau rasa yang berkelubung tadi supaya menjauh. Nafas diambil panjang. Bahaya.

"Sorry."

"T— tak apa..." Jawab Eima perlahan. Entah mengapa, muncul sedikit rasa kecewa mengenangkan Altaf yang sudah berhenti separuh jalan.

Altaf berdehem beberapa kali. Menghilangkan kecangguan diantara mereka. Jemari yang menyentuh wajah Eima tadi digenggam. Sisi wajah Eima kembali ditatap.

"Eima. Kita tidur asing dulu, boleh?"

Zap!

Laju Eima angkat kepala dan memandang Altaf. Riak wajahnya terkejut habis. Lagian mendengar aksara yang ditutur oleh Altaf. Meskipun dia dengar ayat yang diajukan oleh Altaf tadi sekadar persoalan, tetap dia nampak tekad disebalik air muka itu.

Tak nak, Altaf. Saya nak tidur dengan awak. Sebilik. Sekatil. Mahu sahaja Eima membantah seperti itu. Tetapi melihat wajah Altaf, tidak sampai hati pula. Mungkin Altaf perlukan masa.

Altaf yang mahu bersuara, keanehan melihat Eima yang sudah berdiri.

"Okey. Awak tidurlah sini. Saya tidur bilik lain." Sehabis baik Eima berusaha untuk menyembunyikan rasa sakit di hati.

Orang tak sudi, tak akan Eima nak memaksa, kan? Altaf mahu ambil dia sebagai seorang isteri pun, Eima sudah lebih pada syukur.

Eima makin hiba. Rasa sakit kian hadir. Dia sudah sampai depan pintu pun, Altaf tidak menghalang. Jangankan bersuara, menahan Eima pergi pun tidak.

Tidak tertahan, Eima mengeluh. Tombol pintu dipulas. Kuak sahaja daun pintu, kekuranya ditindih. Terbeliak besar biji matanya saat satu tangan sudah berlabuh di sebelah kepalanya dan menolak daun pintu itu supaya kembali tertutup. 

Terperanjat habis Eima kala tangannya di tombol pintu tadi sudah berada dalam genggaman tangan Altaf seraya dibawa turun. Bahunya turut dicengkam lembut.

"Aku minta maaf, Eima." Tutur Altaf senada. Kesal dan marah dengan diri sendiri yang sudah menyakiti hati isteri. Meskipun Eima bersetuju, sudah terang lagi bersuluh Eima tidak suka akan cadangannya tadi.

Eima ketap bibir. Tubuhnya dipalingkan menghadap Altaf. Kepala dilangutkan sembari melihat Altaf yang lebih jauh tinggi berbandingnya. Melihat seraut tampan itu, Eima senyum. Selesa genggaman jemari Altaf dibalas.

''Saya okeylah awak. Saya tahu awak penat. Rehatlah.'' Lagipun Eima tidur buas. Habis satu katil mahu dikongkongnya. Takut juga Altaf tidak selesa. Katil dalam biliknya ini kecil sahaja.

''Tapi sebelum tu, saya ada satu permintaan. Itupun kalau awak tak keberatan.'' Jari telunjuknya diangkat tinggi.

Alis Altaf terangkat. Permintaan?

''Cakaplah Eima. Selagi mampu, aku tunaikan.''

''Hurm...'' Eima menggumam. Dia sudah terlajak meminta, bantai sahajalah Eima. Lagipun Eima tidak rasa permintaan yang bakal diungkap ini melampau.

Altaf sekadar menunggu. Agak terhibur juga melihat Eima yang berfikir panjang ini. Sehingga tertanya-tanya Altaf. Permintaan apa yang begitu susah nak sampaikan?

''Saya nak peluk awak boleh? Sekejap saja. Saya janji." Suara Eima perlahan.

Altaf termangu sendiri mendengar permintaan Eima. Iris bundar yang bercahaya itu ditatap dalam.

Melihat Altaf yang seakan termenung ke arahnya, Eima naik malu. Rahangnya digaru halus. Rasa macam nak tampar mulut sendiri. Laju sungguh.

Merasakan Altaf meleraikan tangan mereka yang bersulam tadi, rasa segan makin membuak-buak dalam diri. Kepalanya menunduk lemah. Tak apa ke kalau Eima tumpahkan air mata sekarang? Ta—

''Argh!'' Eima menjerit kecil. Berkelip laju kelopak mata Eima melihat wajah Altaf yang dekat dengannya. Matanya turut bergerak melihat diri sendiri yang sudah berada dalam cempungan gagah Altaf. Biarpun ini bukan kali pertama dia didukung oleh Altaf, Eima tetap segan.

Sekali lagi Eima pandang Altaf yang tersenyum ke arahnya. Tanpa kata, lelaki itu menapak ke arah katil. Eima gugup. A— Altaf nak buat apa ni?!

Altaf membaringkan Eima di atas katil sebelum dia turut ambil tempat di sebelah wanita itu.

Eima pandang Altaf dan Altaf pandang Eima. Mereka berbaring mengiring menghadap masing-masing.

''Peluklah."

''Ha?"

Melihat wajah Eima yang penuh kekeliruan dan tanda tanya, terletus tawa kecil dari bibirnya. Tadi tika Eima meminta izin untuk memeluknya, wanita itu tidak ubah seperti anak kucing. Comel.

''Kata nak peluk. Peluklah...''

Eima kebam bibir. Kedua belah tangan diramas sendiri. Rasa teruja sudah hadir. Tidak sangka Altaf izinkan. Terharu.

Mendapat persetujuan daripada Altaf, perlahan-lahan Eima mengengsot tubuhnya ke arah lelaki itu. Malu-malu lengannya berlabuh di sisi Altaf. Ubun-ubunnya menyentuh baju Altaf di bahagian dada.

Altaf yang menunduk sedikit dan memerhati setiap tingkah dan perbuatan Eima ini mengulum senyum. Eima malu. Nak peluk pun macam tidak peluk.

''Eh!" Bagai ingin terkeluar biji mata Eima kala pinggangnya ditarik lembut oleh sesuatu. Wajahnya sudah tersembam penuh pada dada Altaf. Bahkan tubuhnya juga berlaga dengan tubuh Altaf. Bagai bersatu.

Seluruh tubuh Eima menegang. Tangan Altaf di pinggangnya menjalar ke belakang menjadikan seluruh kawasan itu dililit oleh lengan gagah Altaf.

''Ada permintaan lagi tak?" Belum habis sakit jantung dengan kelakuan tiba-tiba Altaf, bertambah pula dengan suara Altaf yang berbisik di tepi telinganya. Kenapa seksi sungguh?

Eima telan liur kesat. Kerongkongnya terasa berpasir.

Tangannya yang hanya di sisi pinggang Altaf turut bergerak memeluk kemas tubuh tegap itu. Habis lekuk tubuh Altaf dapat dirasanya. Tegap, keras dan berotot. Eima suka!

''Boleh ke?" Tenggelam timbul suara Eima kedengaran.

"Boleh... Untuk Nur Eima kaunter permintaan tak pernah tutup.'' Seloroh Altaf. Bak kata omputih, available and open 24/7.

Eima menggeletis suka. Ayah! Tolong Eima. Eima dah cair meleleh ni!

''Tapi saya malu..." Eima menggedik. Tanpa sedar, dia kian selesa dengan Altaf.

"Tak naklah malu dengan suami sendiri. Kena biasakan." Tegur Altaf lembut. Eima terlalu segan dengannya, sedangkan Altaf ini suaminya. Tetapi Altaf mengerti. Mereka belum sempat kenal hati budi masing-masing.

''Nak apa-apa, cakap. Kalau tak setuju dan tak puas hati pun kena cakap, bukan simpan sendiri.'' Sehingga boleh memakan hati. Altaf tidak mahu hubungannya dan Eima jadi sebegitu.

Eima gigit bibir bawahnya. Eima mengerti. Altaf maksudkan perihal tadi.

''Saya minta maaf. Saya cuma tak nak memaksa awak." Ucap Eima lirih. Menyesal pun tiada gunanya. Perkara dah jadi.

Altaf geleng. Jika Eima tidak setuju sekalipun, Altaf tetap faham. Cuma Altaf punya sebab dan alasannya tersendiri sehingga dia boleh utarakan cadangan mengarut seperti itu. Altaf takut dia tidak dapat menahan diri daripada merajai nafsunya.

Dia lelaki normal. Punya nafsu dan keinginan yang tidak dapat ditegah. Selepas melihat Eima tanpa tudung pun, dia hampir hanyut. Altaf tidak mahu menyentuh Eima hanya berasaskan nafsu serakahnya semata.

Altaf tidak akan ulang perkara sama yang Abinya pernah buat pada arwah Umi.

''Tak apa. Aku faham. Kita terikat terlalu awal." Eima mengiyakan dalam diam. Turut bersetuju.

Tetapi sedikitpun dia tidak menyesal. Eima mahupun Altaf, tiada mana-mana pihak pun rasa terbeban.

Lama melayan perasaan, Altaf menunduk dan mengintai Eima yang kian selesa dalam dakapannya. Walhal tadi dia sendiri dapat rasakan gementar wanita itu. Bukan main kemas Eima genggam bajunya.

''Selesa tak kalau tidur macam ni?" Soal Altaf prihatin.

Tidur macam ni? Maksud Altaf tidur berpelukan ke?

"Selesa..." Dalam diam, Eima menendang bantal peluknya supaya jatuh ke karpet.

Eima tidur buas. Selalu bertukar posisi. Dan dia juga selalu akan cari bantal peluknya yang panjang itu ditengah-tengah malam. Jadi, kalau Eima beralih nanti, akhirnya dia akan cari Altaf juga untuk dipeluk. Kan untung, dalam keadaan tak sedar pun dapat peluk Altaf. Yuhu!

Eima dan akalnya. Grrr.

Altaf angguk. Kalau itu dikata Eima, dia turutkan sahaja. Meskipun ini perkara yang sangat asing untuknya. Tetapi setiap kali melihat Eima, dia tidak dapat menolak kemahuan gadis itu. Altaf tidak tahu kenapa dan mengapa.

Melihat Eima yang tersenyum dengan kelopak mata yang tertutup, Altaf menyelesakan kedudukan. Sebelah tangannya lagi turut memeluk bahu Eima. Ditepuk-tepuk perlahan disitu bak mendodoikan seorang bayi.

Sedang kedua pasangan itu hampir lena, di sudut lain ada seorang penunggu. Yang menunggu dan menghendap dalam diam. Tidak habis si penunggu itu menghulurkan kepala ke arah luar tingkap.

"Aku rasa tadi aku dengar bunyi Eima menjerit. Buat apa dua ketul tu?" Zaril a.k.a si penunggu tadi bercakap seorang diri.

Sejak tadi dia tidak dapat duduk diam, memikirkan kedua sahabatnya. Apalah yang dibuatnya sampai menjerit tu? Mujur Zaril innocent. Jadi dia sudah dapat rasa yang Eima sedang mengajar Altaf mengaji. Eima kalau ajar orang mengaji memang macam tu, suka rotan dan menjerit kepada anak muridnya.

Tetapi kenapa tadi bunyi jeritan Eima tu macam agak lain? Entahlah, Zaril pun tak tahu. Esoklah dia tanya Altaf. Itupun kalau Altaf memilih untuk jujur dengannya.

Dasar Zaril!







Tbc...

Tolonglah kutip si bengap ni. Saya penat. 😭😭

Btw macam biasa cringe dan cliche itu memang tak asing lagi dalam story saya. Jadi hadap jelah ye? sob, sob. ❤️😭

Continue Reading

You'll Also Like

20K 3.3K 31
Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, l...
386K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
126K 425 4
❝𝒅𝒆𝒔𝒕𝒊𝒏𝒚 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒕𝒆𝒓𝒎𝒊𝒏𝒆𝒅 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕 𝒐𝒖𝒓 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚❞ 📌 Complete || Sperated Version 📌 known as The Destiny...
1.7K 168 6
"Time has brought your heart to me, I have loved you for a thousand years." Nadhir Al Khaf Nadeerah Nour Zahra