TeenFiction : Hadi & Hana ✓

Por dsyaf_

184K 12.3K 639

Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengeja... Mais

AKAN DATANG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
S1 ✓
S2 | B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
E-BOOK PUISI
B12

Bab 52

4.1K 168 12
Por dsyaf_

HANA memandang setiap satu wajah yang berada di hadapannya. Syara dan Eil hanya tersenyum sebelum menganggukkan kepala. Irsyad turut menunjukkan simbol ibu jari kepadanya.

"Hana nak cakap apa?" Soal Hadi.

"Hadi tahu soal Hayla?"

Hadi tersentak. Hayla. Lama gadis itu menghilang. Puisi juga sudah tidak update seperti selalu. Ada juga dia ucap goodluck spm pada Hayla namun tak terbalas.

"Hana tahu siapa Hayla?" Soal Hadi semula.

Baru sahaja Hana mahu membuka mulut, muncul Faim dan Arsyad bersama dulang makanan.

"Eh makan-makan. By the way nah kad kau. Jangan risau tak cecah seratus pun!" Arsyad menghulurkan kad bank Hana.

"Tak sampai seratus?" Berkerut dahi Hana.

"Pangeran kau pun bagi kad dia juga. Nah senpai!" Faim menyerahkan semula dompet kepada Hadi.

Hana hanya mengangguk. Wajah Syara, Eil dan Irsyad dipandang. Mata mereka jelah menyuruhnya menjelaskan perkara itu sekarang.

"Pasal Hayla tu..."

"Hayla? Awek puisi yang kau cerita tu ke?" Sampuk Faim sebelum memandang Hadi.

Hana lepaskan keluhan. Rasa macam nak halau Faim duduk meja lain sekejap.

"Apasal kau orang diam? Hayla awek puisi tu kau kan?" Terkedu Hana apabila Faim menunjuk ke arahnya.

Syara, Eil dan Irsyad sudah tidak sedang duduk. Semua memandang reaksi Hadi.

"Hahahahah! Apa kau mengarut bangang?" Bahu Faim ditepuk kuat oleh Hadi.

"Apa aku mengarut pula, Syad yang emppp!!" Belum sempat Faim habiskan ayat, tangan Irsyad sudah menutup mulutnya.

"Dah, makan. Tak payah nak mengarut." Suara Hadi membuatkan kesemua diam dan makan.

"Kalau betul Hana ni Hayla?" Soal Syara tiba-tiba.

Hadi memandang wajah Hana dan Syara bersilih ganti. Sebelum dihambur sekali lagi gelakan.

"Hahahah jangan buat lawak lah."

"Tak lawak." Eil yang dari tadi diam mula bersuara.

"Kau nak kata Hana ni yang chat dengan aku selama ni? Kau nak kata Hana ni juga yang menulis puisi di instagram tu? Jangan nak buat kelakar lah. Hayla tu terlalu jauh beza dengan Hana." Tanpa sedar ayat itu laju sahaja keluar meluncur dari mulut Hadi membuatkan semua tergamam.

"See? Tak mungkin Hana ni Hayla. Sudah sudah lah nak gula-gulakan aku. Makan."

Seperti dihiris, itu yang Hana rasakan. Tak sedarkah Hadi yang dia masih di hadapan lelaki itu? Bahkan apa yang membezakan dia dan Hayla? Dia Hana Hayla. Sama ada Hana atau Hayla adalah orang yang sama.

"Kau bodoh simpan boleh tak? Nama Hana, Hana Hayla! Jadi Hana dan Hayla tu orang yang sama." Tegas Syara apabila melihat Hana sudah menunduk kepala.

Hadi yang masih tidak mahu menerima memandang tajam ke arah Syara.

"Hana nak menulis puisi? Tak sesuai dengan karakter dia Syara. Hana adalah Hana dan Hayla adalah Hayla." Tegas sahaja suara Hadi mahu menegakkan benang yang basah.

Pap!

Lemparan buku puisi di atas meja oleh Eil membuatkan suasana tegang itu sepi.

"Kau buka buku tu. Tengok siapa penulisnya dan apa instagram. Kau direct message sekarang. Aku nak kau tengok dengan mata kepala kau notification telefon Hana."

Hadi mendengus sebelum buku puisi itu diselak. Bahagia penulis meninggalkan username instagram. Itu instagram Hayla.

Tak tunggu lama chat titik noktah dihantar.

Ting!

Hana pantas menyeluk poket baju sekolahnya. Tanpa sedar Hadi memandang tajam.

"Letak telefon atas meja sekarang." Arah Hadi.

"Telefon kau yang lagi satu Hana." Tegur Syara.

Lekas-lekas Hana mengeluarkan sebuah lagi telefonnya. Semua memandang Hadi dan Hana bersilih ganti.

Ting!

Skrin telefon Hana yang menyala membuatkan Hadi tidak puas hati. Dihantar spam untuk memastikan Hana dan Hayla merupakan orang yang sama.

Bunyi notification dari telefon Hana membuatkan Hadi membaling telefonnya. Dia tak dapat terima kenyataan itu.

"Jadi kau dah faham? Aku dekati Hana untuk dia siapkan buku puisi ni. Buku yang arwah abang aku tinggalkan." Jelas Eil.

"Hana betul ke?" Suara Eil bagai angin yang lalu. Dia mahu penjelasan dari mulut Hana. Dari empunya badan.

"Hana betul ke Hana dan Hayla orang yang sama?" Suara Hadi mula tinggi.

Takut-takut Hana memandang wajah garang Hadi. Habislah dia. Matilah dia. Mana nak lari?

"Err.. suprise?"

Tiba-tiba Hadi tergelak. Semua turut tergelak dan tiba-tiba sahaja gelakan Hadi mati.

"Hana bodohkan Hadi macam tu je kan?" Selama ini dia menyukai orang yang sama cuma perwatakan berbeza.

Bahkan orang itu juga orang yang sama dia jumpa ketika kecil. Kesian sungguh.

"Tak Hadi. Hana tak bermaksud untuk tipu Hadi. Kita ada minat yang sama, jadi.."

"Jadi sebab tu Hana bodohkan Hadi dan mengaku diri Hana sebagai Hayla? Macam tu?"

"Bukan.. Hana tak maksudkan macam tu." Walaupun hakikatnya ya. Memang itu niat Hana pada awalnya.

Syara yang perasan akan wajah pucat Hana membuatkan dia tidak senang duduk. Hana sudahlah tidak sehat lagi.

"Hebat Hana. Jadi Hayla pun boleh buat Hadi suka. Jadi Hana pun boleh buat Hadi suka. Puas hati Hana sebab dapat bodohkan Hadi? Mesti Hana bangga kan sebab dapat tipu Hadi hidup-hidup?"

"Di, sudah lah." Tegur Irsyad apabila suasana semakin tegang.

"Sudah? Kau sebenarnya dah tahu kan dia Hayla. Kenapa kau tak pernah nak bagitahu aku? Seronok tengok aku diperbodohkan?" Bahu Irsyad ditolak. Hatinya rasa sakit. Selama ini dia bermain teka-teki dan rupanya Hayla adalah Hana.

"Ya! Aku dah tahu lamaa dah tapi aku tak nak kau sedih. Aku tak nak kau sakit. Aku tahu Hana akan bagitahu kau bila waktu dah tepat."

"Sampah. Semua ni sampah!" Hadi terus mengambil beg sekolahnya dan cuba untuk keluar namun ditahan oleh mereka yang lain.

"Di, rilek do. Jangan macam ni." Pujuk Faim.

Hadi menepis semua tangan yang menghalangnya. Tubuh Hana yang berdiri kaku didekati.

"Hadi harap Hana tak pernah muncul dalam hidup Hadi. Hadi menyesal kenal Hana dan tolong jangan muncul lagi dalam hidup Hadi." Perlahan sahaja suara Hadi bersama mata yang merah.

Tanpa menoleh terus tubuhnya keluar dari McDonald itu.

Hana yang mendengar perlahan ucapan terakhir itu terus tersenyum. Silap dia, dia akui. Dan mungkin kita memang tak akan pernah bertemu lagi Hadi Ehsan.

"Hana!" Hanya suara Syara yang sempat Hana dengar sebelum semuanya kelam.

***


Continuar a ler

Também vai Gostar

2.9M 98.4K 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwina...
194K 10.9K 71
Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke t...
329K 9.4K 45
Kita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuan...
5.7K 166 33
ᴹᵃᵐᵖᵘᵏᵃʰ ᵃᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ᶜᵃʰᵃʸᵃ ᵈᵃˡᵃᵐ ᵈᵘⁿⁱᵃ ᵍᵉˡᵃᵖᵐᵘ? ᴄʜᴀʜᴀyᴀ ᴍᴀyᴀ & ꜰᴜʀqᴀɴ ᴀʟ-Qᴀᴍᴀʀ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...