Jodoh Tersalah Alamat (COMPLE...

By amyDorry

410K 20.5K 1.8K

Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
TEASER
PROMOTE
Special Chapter
🎁

Bab 7

9.9K 516 38
By amyDorry

"SHA jalan dulu...abang jaga belakang." Arshad dan Marsha jalan terhendap-hendap menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

"Abang la jalan depan..."

"No...lady first!"

"Eh, dia ni." Marsha terpaksa beranikan diri. Nasib lah dapat suami tak gentleman macam Arshad ni.

Marsha dan Arshad menyorok di sebalik dinding. Kedengaran bunyi ketung-ketang seperti ada yang sedang memasak di dapur. Rajin pulak hantu nak masak malam-malam macam ni.

Marsha mengintai di sebalik dinding. Marsha nampak sekujur tubuh papanya dari belah belakang.

"Laa...papa rupanya." Marsha dan Arshad keluar dari sebalik dinding. Kaki dihayun ke arah papanya yang sedang mengacau makanan diatas dapur.

Papanya menoleh ke belakang. Muka papanya terlihat putih dan berkedut.

"Arrgghhhhh!!" terjerit Marsha dan Arshad serentak. Sekali dengan papanya terjerit sama.

Marsha dan Arshad berpelukan erat seraya mata mereka tertutup rapat.

"Papa dah jadi zombii!!!" jerit Marsha.

"Aauzubillahiminasyaitonirojimm...bismillahirahmanirahim...Allahu lailaha illah huwal haiyul qaiyum...latak khuzuhu sinatu wala naum...lahu ma..." Arshad sudah mengangkat tangan berdoa minta perlindungan diselamatkan dari gangguan jin dan syaitan.

"Korang ni dah kenapa?" soal Dato' Mukriz ke anak menantunya.

Arshad dan Marsha mula membuka mata. Mereka melihat Dato' Mukriz sedang berdiri bercekak pinggang sambil memegang senduk.

"Pa...paa... ke tu?" soal Marsha dengan ragu-ragu.

"Bukan papa...ni momok. Hihihii..." Dato' Mukriz mengilai. Sengaja dia nak takutkan mereka lagi.

Tapi kali ini Dato' Mukriz tak berjaya menakutkan mereka kerana lakonannya terlalu kaku.

"Papa ni... buat terkejut orang je tau. Kenapa lah memasak pakai masker. Malam-malam pula tu." Marah Marsha.

"Habis tu...takkan papa nak pakai pagi-pagi waktu pergi office. Lagi tak masuk akal."

Marsha dan Arshad ketawa.

"Papa buat apa ni malam-malam kat dapur?"

"Tak nampak ni? Tengah masak lah...takkan tengah main piano."

"Papa ni...." Marsha semakin geram. Ada saja papa dia nak loyar buruk dengan dia.

"Papa tengah masak maggi ni. Tadi papa dah tidur. Lepas tu terjaga sebab dengar kamu berdua terpekik terlolong dalam bilik tu. Jadi papa pun turun lah bawah masak maggi sebab perut ni tiba-tiba lapar pula."

"Sorry papa.." ucap Arshad sambil tersengih.

"Tak apa...ni korang ni tak mengantuk ke sampai pukul satu pagi berjaga?"

"Tadi kami dah nak masuk tidur tapi disebabkan dengar bunyi bising kat dapur tadi, kami turun lah tengok. Takut juga kut ada pencuri masuk rumah ke tadi." jelas Arshad.

"Hahaha...kasihan korang kena prank dengan papa. Nak join papa makan sekali tak ni? Papa masak lebih ni."

"Tak apa lah pa...kitorang nak masuk tidur. Papa makanlah dengan momok." Marsha menarik tangan Arshad untuk dibawa ke bilik. Sempat dia jelirkan lidah pada papanya.

Maggi yang sudah disuap separuh ke mulut, jatuh semula ke dalam mangkuk. "Tak guna punya anak." balas Dato' Mukriz.

Marsha dan Arshad sudah hilang dari pandangan Dato' Mukriz. Bulu romanya mula meremang apabila teringatkan momok.

"Aku bawa juga maggi ni ke bilik karang."

.

"MARSHA...jom lepak malam ni?" ajak Liyana.

"Mana boleh tho...aku ada kelas mengaji dengan laki aku. Kalau tak aku kena rotan weh." beritahu Marsha sambil mengemas buku nota untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Serius lah...dia pukul kau? Itu dah dikira kes dera bini." Liyana menayang wajah terkejut.

"Ishh, bukan pukul yang sampai lebam berdarah tu. Dia pukul untuk mengajar. Sebab otak aku ni lembab sangat. Tu yang dia rotan tu." jelas Marsha supaya tidak berlaku salah faham.

"Kasihannya kawan aku ni. Dah lah kena pura-pura baik depan mak mertua. Depan suami pun kena jadi baik. Dia tahu tak kau free hair kat kelas ni?" soal Liyana.

"Of course lah dia tak tahu. Kalau tahu...matilanak! Tak tahu nak jawab apa pada dia. Dia dah beli banyak tudung untuk aku. Kau nak satu?"

"No thanks..." balas Liyana.

Marsha dan Liyana sudah melangkah keluar dari bilik kuliah. Mereka ingin menapak ke cafe fakulti untuk makan tengahari.

Dalam perjalanan mereka ke cafe, mereka disapa seorang lelaki.

"Marsha...yana...tunggu!"

Kelihatan Aryan sedang berlari ke arah mereka.

"Eh si Ryan Bakery ni...ada pula dia kat sini." bisik Liyana perlahan namun masih didengari Marsha. Marsha hampir tertawa. Teringat akan Ryan Bakery dengan bedak tertempek di muka.

"Korang nak pergi lunch ke? Aku nak join..." pinta Aryan.

"Kalau kitorang kata tak boleh?" Marsha sengaja menduga Aryan. Lelaki itu masih belum berputus asa lagikah untuk mengganggu dia.

"Kalau tak boleh pun aku nak join juga."

"Ikut kau lah kalau rasa tak malu..." Marsha menarik tangan Liyana untuk menuju cafe.

Aryan tersenyum sambil membontoti mereka berdua.

Mereka bertiga makan semeja. Marsha jadi hilang selera apabila Aryan ada bersama.

"Makanlah sayang...kenapa tenung wajah I je dari tadi? Nak I suapkan ke?" soal Aryan sambil tersengih.

"Kau ni kenapa Ryan? Aku dah cakap kan aku dah kahwin. Kenapa kau masih gilakan aku?"

"Eh...perasannya dia. Sejak bila aku tergilakan kau? Aku cuma nak ada dekat dengan kau je...salah ke?"

"Yes. Salah. Salah disisi undang-undang suami aku. Aku dah kahwin. Nanti suami aku cemburu macam mana?"

"Suami kau bukan tahu pun kau berkawan dengan siapa kat kolej ni kan? Takkan dia boleh cemburu pula."

"Ryan...kau boleh tak hormat privasi orang? Kalau dah Marsha tak suka kau dekat dengan dia, kau angkat kaki dan silalah blah." Liyana yang sejak tadi disebelah Marsha mula bersuara.

"Sibuklah bear kau ni Marsha."

"Kau panggil aku bear? Sikit punya langsing tubuh aku ni kau panggil aku bear?" Liyana mula bengang.

"Iya lah... 'marsha and the bear'. Korang kan kawan baik. Dah dia nama Marsha...kau pula bear dia lah." balas Aryan sambil tertawa.

"Alah kau tu...Ryan Bakery." kini giliran liyana pula membalas.

"Dah lah korang...kalau korang nak bertekak, silakan. Aku nak berambus dari sini." Marsha sudah mengangkat punggung untuk beredar. Namun, tangannya pantas ditarik Aryan.

"Sorry sayang...aku janji tak gaduh. Duduklah teman aku makan."

Marsha merentap pergelangannya yang disentuh Aryan. Terasa jijik disentuh lelaki itu. Lelaki itu banyak kali cuba mengambil kesempatan terhadapnya.

"You ruined my mood, ryan!" Marsha sudah berlalu pergi meninggalkan Liyana bersama Aryan.

"Marsha...tunggulah aku. Ish, dia ni." Liyana kelam kabut pergi mengekori Marsha. Aryan masih tidak berpuas hati dengan sikap Marsha yang dingin terhadapnya.

"Kau tunggu lah Marsha...aku akan buat kau jadi milik aku juga satu hari nanti." Aryan menggenggam penumbuk.

.

MARSHA merokok secara sembunyi di dalam tandas bilik tidur. Takut diketahui suaminya.

"Fuh...terlepas juga gian aku kat rokok ni." Marsha membuang puntung rokok ke dalam tong sampah bilik air. Tong sampah itu jenis bertutup. Jadi takkan nampak isi dalamnya. Kotak rokoknya pula disimpan dicelahan pad yang disusun di atas rak bilik air. Pasti Arshad takkan sentuh barang peribadinya yang seperti itu.

Selesai dia memberus gigi dan pastikan tiada kepulan asap yang tersisa, dia menapak keluar dari bilik air.

Terkejut dia melihat wajah Arshad terpampang depan mata di depan pintu bilik air.

"Kenapa ni? Terkejut macam abang ni hantu pula. Sana lah...nak masuk bilik air."

Marsha memberi laluan kepada Arshad. Pintu bilik air ditutup rapat. Arshad sudah berada dalam bilik air.

"Harap-harap dia tak bau apa-apa." Marsha mula gelisah. Ditunggu suaminya keluar dari bilik air. Agak lama juga Arshad di dalam.

Tak berapa lama kemudian, Arshad keluar dari bilik air. Dia melihat seperti ada sesuatu yang tak kena dengan isterinya.

"Kenapa ni?" soal Arshad lalu melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan Marsha.

"Tak ada apa...abang dah makan?"

"Dah...kat masjid tadi ada makan-makan lepas solat isyak. Sayang dah makan belum?" soal Arshad pula.

Marsha menggeleng. "Sayang tunggu abang nak makan sekali."

"Kan abang dah cakap...kalau abang lambat balik masjid, jangan tunggu abang. Sayang makan je dulu."

"Tak ada selera nak makan sebab tak ada abang." Marsha memeluk pingganv suaminya. Bibir sengaja dicebik.

"Manjanya isteri abang sorang ni. Jom lah abang teman sayang makan. Mak Leha masak apa malam ni?"

"Tadi tanya Mak Leha...dia cakap masak tom yam. Jom lah makan sekali lagi. Tom yam Mak Leha power tau abang." Marsha sengaja ingin memancing.

"Gemuklah abang nanti...sayang..."

"Tak apa...biar gemuk. Janji happy.." Marsha kenyitkan mata.

.

"MARSHA!...tu bukan suami kau ke?" beritahu Liyana seraya menunjuk ke arah sekujur tubuh seorang ustaz berkopiah sedang bersandar di luar kereta.

"Ha'ah lah...suami aku. Omaigad...tudung! Tudung!" Marsha gelabah. Lekas-lekas dia menyarung instant shawl yang berada dalam beg dia.

Liyana sedaya upaya cuba cover line sahabat baiknya itu.

"Kau rasa dia nampak tak?"

"Tak...tak...aku rasa dia tak nampak. Kau pergi lah. Good luck beb!" ucap Liyana seraya melambaikan tangan.

"Okay...thanks.." Marsha membalas lambaian Liyana. Dia menapak anak tangga untuk menuju ke arah suaminya.

"Abang...kenapa abang datang sini?" soal Marsha pelik.

"Abang nak bawa Sha pergi honeymoon. Jom cepat. Tiket flight pukul tujuh malam ni."

"Honeymoon? Kat mana? Tapi baju sayang..."

"Abang dah packing kan semua. La taqlaq (jangan risau). Bisur'ah! (cepatlah)." Arshad membukakan pintu keretanya. Marsha hanya menurut.

Ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dan menimbulkan rasa tak puas hati di jiwanya.

Kalau nak baca lagi vote cepat2

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 296K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
5.8K 346 16
Pergi saja kekasih pertamanya Hariz, separuh jiwa Tiara turut pergi bersama Hariz. Hariz pergi meninggalkan Tiara depan matanya sendiri tanpa sempat...
77.3K 6.7K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
255K 12.8K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...