rain ; if it is you.

By mintytxt

93.6K 10.5K 3.5K

"akan ada pelangi selepas hujan," 2022 | @mintytxt - h. More

sunrise
0.0 - suara dari hujan
0.2 - enchanted
0.3 - untuk hujan, ya?
0.4 - "jatuh,"
0.5 - strawberries
0.6 - risalah hati
0.7 - new circle
0.8 - suka yang mana?
0.9 - janji hujan
1.0 - noktah, kata dan rasa
1.1 - dearest, renjana
1.2 - all of the girls you loved before
1.3 - airdrop sessions in the coffee place
1.5 - at 3:00 A.M
1.6 - it is really you.
sunset

1.4 - emails i can't send

3.3K 373 57
By mintytxt

DI SINI, Haikal ingin membuat satu pengakuan.

6 tahun lalu, ketika ia berusia 10 tahun, bukanlah merupakan kali pertama ia bersengkang mata dengan yang namanya Humairah Aliesya. "diperkenalkan oleh Ummi Alis pada umur 10 tahun," — merupakan satu ungkapan yang tidak sahih. langsung tidak, kerana seorang lelaki yang punya ingatan kuat sepertinya mampu mengingat setiap memori penting, baik yang manis ataupun pahit.

Haikal bukanlah tipe laki laki yang dikatakan sempurna. hidupnya cuma berlandaskan musik, bola basket dan cinta, yang bertepuk sebelah tangan. penampilannya tidak sekemas atau seganteng Hujan, bahkan, akademiknya juga tidak sepandai tokoh tokoh pelajar di sekolahnya. dia cuma laki laki biasa yang punya rasa dan cita cita. sama seperti manusia lain yang inginkan rasa kasih sayang dan cinta.

12 tahun lalu, Haikal menemui seorang gadis kecil yang sedang berjalan di tepian pantai, bermain main dengan pasir putih dengan deru angin yang membadai. Haikal bergeming, kiranya aneh saja kerana seperti gadis itu tiada pengawasan, lalu bersuka ria bermain di tepi laut yang luas terbentang itu. waktu itu, Haikal baru tiba dengan keluarganya. ingin berkelah di bawah pohon kelapa di pantai bersih nan indah itu. namun, sepertinya, atensi itu teralih kepada gadis yang bermain di tepi pantai itu. kerana setelah puas ia bermain di pantai, gadis itu hilang dari pandangan. Haikal pada mulanya beranggapan gadis itu telah pulang.

namun, ia tertangkap sosok itu sedang menolong seseorang di sebuah kawasan taman yang berdekatan dengan pantai itu. membuatkan Haikal lagi lagi penasaran, dan jatuh suka, dengan baik dan lembutnya seorang gadis yang baru ia jumpa beberapa minit yang lalu.

Haikal fikir, itu merupakan pertemuan pertama an terakhir dia dengan gadis itu. namun, Tuhan sepertinya ingin menunjukkan sesuatu kepada Haikal. dua tahun setelah itu, keluarganya berpindah pada kawasan perumahan yang berdekatan dengan tepian pantai itu. dan lagi lagi, Haikal bertemu dengan sang gadis.

padanya, itu bukanlah satu kebetulan. Haikal menyebutnya dengan sebutan takdir. 

takdir yang menyedihkan, sebenarnya.

Haikal ada menonton sebuah siri K-drama berjudul Goblin, bersama dengan Alis beberapa tahun yang lepas. berbekalkan keropok buatan Ummi Alis, dan brownies buatan Ibu Haikal, keduanya duduk bersimpuh sambil melayan cerita itu di kaca televisyen.

"no sorrow lasts forever. not even love lasts for 10 0000 years."

"i vote to disagree."

"which one. sorrow or love?"

"sorrowful love," kata Alis, sembari mengunyah keropok udang itu dengan bersahaja. Haikal mengerling ke arah gadis yang berada beberapa jarak sahaja dari sebelahnya. memandangnya dengan tatapan aneh.

Alis yang berasa dirinya diperhatikan itu, turut menoleh semula. menaikkan alis sembari menatapnya jengkel.

"pahal?"

"cerita ni pelik." luahnya.

"dih? tiba tiba?" balas Alis.

"sorrowful love. benda tu sakit je." luah Haikal. kembali menatap kepada layar televisyen yang memainkan drama tersebut.

"sebab benda tu sakit la jadi lebih bermakna. eh, kau ingat, cinta ni sekadar suka sama suka jeke? no, it's more than that. dia ajar kau life lessons yang kau takkan pernah terbayang." balas Alis.

Haikal terdiam cukup lama selepas itu. kerana, di umur 11 tahun, ia belum benar benar mengerti lagi tentang bagaimana dunia berputar, rasa cinta yang tumbuh dan perihal takdir semesta berkerja. dia masih mentah dalam hal hal sebegitu.

lalu, dengan gaya acah bagus, Haikal hanya mencebik. "dih, sok tau lu, geulis."

"sudah. sinetron mana pulak kau tengok ni?" soal Alis. menyampah dengan kata kata Haikal yang ibarat laki laki bermulut manis seperti Dilan.

"mengata la aku. aku doa kau dapat jodoh yang acah acah cakap Indonesia jugak macam aku." kutuk Haikal.

Alis hanya terkekeh. "HAHAHA, AMIN DEH!"

ada banyak perihal yang belum sempat Haikal ungkapkan kepada dunianya itu. tentang bunga matahari yang ia petik di kebun datuk sebelah rumahnya. tentang bagaimana Haikal selalu memujuk Ibu untuk membakar brownies kerana ia tahu, Alis sukakan manisan itu, lebih dari segalanya. tentang rasa yang ia pendam setiap kali bersua muka dengan si cantik itu. si geulis yang bermaksud cantik dalam bahasa Sunda. perihal kata kata yang ia tulis di ruangan e-mail setiap kali pulang dari sekolah, tetapi tidak pernah dihantar kerana rasa yang tak pernah sampai.

Haikal fikir, sudah jauh ia berjuang. tetapi rupanya, Haikal masih saja berdiri di tempat sama yang ia berdiri. tidak berganjak sedikitpun walau sekuat mana ia cuba melangkah.

Haikal ingin ikhlas. benar benar, ingin ikhlas. tetapi proses mengubati luka lebih lama dari menghasilkannya sendiri.

Haikal menatap lamat lamat skrin layar komputernya. nafas berderu sembari dengan kata yang tersusun rapi. kata yang hanya tinggal kata, yang tidak akan pernah terhantar dan dijadikan realiti makna disebaliknya.

these emails that i can't send, will always remained unsend. along with these feelings.

di suatu pagi yang indah nan cerah, Haikal duduk di samping sahabatnya. menghabiskan masa bersenandung perlahan, diikuti dengan alunan gitar yang dipetik oleh yang namanya Hujan. menikmati setiap detik yang berlalu, meninggalkan fikiran kosong ke dalam ruang yang paling belakang.

"Hujan. kalau dipilih, berjuang dan berhenti, yang enaknya apa?" soal Haikal.

petikan gitar itu terhenti. lalu, tanpa berpaling, sang empunya nama memeluk alat musik itu sambil menghela nafas perlahan.

"berjuang."

"tapi kan, sakit." balas Haikal semula. Hujan tersenyum kecil.

"memang. tapi hasilnya bakal memuaskan. kalau berhenti, ya cukup sampai situ. sesalnya tetap ada kalau hatinya tidak ikhlas." kata Hujan. Haikal terbungkam, membenarkan kata kata Hujan dalam diam.

"hey. sorrow or love?" soal Haikal lagi. Hujan berpaling sedikit, masih dengan senyuman kecilnya.

"sorrowful love."

"why would you choose something, so, pathetic like that." bantah Haikal. tak habis fikir dengan cara orang di sekelilingnya berfikir.

Hujan mulai melepaskan pelukan di gitarnya. lalu kembali memetik gitar coklat tua itu perlahan.

"because, sometimes, pathetics things are the one who teach you life lessons more than you expected."

Hujan mungkin selama lamanya akan menidakkan perihal takdirnya yang hakikatnya, sangat menyedihkan. his whole life is actually, indeed, sorrowful. namun, akal sihatnya masih mampu mengerti dan mencerna cara takdir berkerja. bagaimana Tuhan sentiasa menggantikan sesuatu yang pahit dengan sesuatu yang manis pada akhirnya. kerana Tuhan tidak pernah kejam. Allah selalu menyayangi hamba-hambanya, dan tidak akan membebani mereka dengan sesuatu yang tak mampu mereka tanggung.

kali ini, Haikal tekad. ingin melakukan hal yang selamanya akan meninggalkan impak kuat dalam hidup, namun dengan hati yang terbuka, Haikal akan sentiasa menerimanya. ia ingin melangkah dengan ringan, tersenyum lebih cerah, bahagia lebih lama. Haikal benar benar tekad.

_____


this was the only email that i can send, Ra.
in a perfect world, i'd kill to love you the loudest. but the world isn't perfect enough. and so was i.
selamat tinggal.
i'm sorry, i loved you.

_________

Continue Reading

You'll Also Like

73.2K 9.5K 57
D E V I L ' S F L O W E R Lee Heeseung Fanficfion Flower of Evil . The Devil need his flower . Dia melindungi gadis kesayangannya dengan caranya sen...
4.7K 449 23
" We will always together no matter what " - ateez + ggs - โ˜† Agent Spy ใ€ŠSeason 1ใ€‹ โ™ง start : 26 April 2020 โ™ง end : 30 April 2020 โ˜†Help ใ€ŠSeason 2ใ€‹ โ™ง st...
3.5K 655 19
Segalanya bermula tanpa ku jangka. Kehidupan tenang setenang air di sungai seorang ISMA ZAHRA berakhir dengan hadirnya ZAHARIN ISMAIL. Lelaki tak cuk...
160K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...