Jodoh Tersalah Alamat (COMPLE...

By amyDorry

395K 20.2K 1.8K

Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
TEASER
PROMOTE
Special Chapter

Bab 1

31.3K 740 74
By amyDorry

BUNYI ketukan pintu membuatkan Marsha terjaga. Pasti papanya yang mengetuk pintu biliknya.

"Ya pa... Marsha bangun niii... Bising laa." Marsha mencapai bantal di sisinya lalu menerkup telinga.

"Bangun lah... Dah pukul 10 pagi. Kamu tak pergi kolej ke?" Marsha masih membisu. Malas dia menjawab soalan papanya itu.

"Marshaaaa!! Kamu ni kenapa degil sangat ni? Bangunlah!!" jerit Dato Mukriz sambil mengetuk pintu bilik anaknya bagai mahu roboh. Pintu bilik itu berkunci. Jadi dia tidak berpeluang untuk memiat telinga satu-satunya anaknya itu.

"Iyaaa... Orang dah bangun ni. Ish, papa ni bising betul lah. Marsha mengantuk lagi ni pa." Marsha menguak pintu biliknya sambil menguap luas. Wajah papanya yang garang terpampang di muka pintu.

"Kamu mengantuk sebab malam tadi kamu pergi clubbing kan? Papa dah cakap kan jangan pergi tempat macam tu. Kalau musuh bisnes papa ambil kesempatan untuk jatuhkan bisnes papa macam mana? Nanti keluar berita yang anak Dato' Mukriz seorang yang sosial dan liar. Pergi berfoya-foya dengan lelaki di club. Mana papa nak letak muka ni?" Panjang lebar Dato' Mukriz membebel pagi itu.

Marsha pandang dengan muka bosan sambil menggaru kepala. Rambutnya kelihatan kusut. Wajahnya masih dihiasi dengan make up. Disebabkan terlalu mabuk malam tadi, dia terus rebah ke katil tanpa mencuci muka terlebih dahulu.

"Papa rasa papa kena kahwinkan kamu cepat."

"A-pa pa?" Terbeliak mata Marsha. Mindanya yang tadi separa sedar, kini sudah sedar sepenuhnya.

"Papa nak kamu kahwin dengan Darwis Aryan anak kawan papa."

"Darwis Aryan anak Tan Sri Adam tu?" Dato' Mukriz mengangguk sambil berpeluk tubuh.

"Tak nak lah pa... Dia tu jahat. Kaki perempuan."

"Habis, kamu tu baik sangat? Sesuai lah kamu dengan dia."

"Sampai hati papa cakap anak papa yang cantik dan comel ni jahat. Anak papa ni baik tau... Papa takkan jumpa anak yang sayang papa dia sangat-sangat." Marsha memeluk lengan Dato' Mukriz erat. Kepalanya disandarkan di lengan papanya.

"Busuklah bau kamu ni. Tak mandi. Air liur basi pun masih ada. Habis kotor baju papa." Dato' Mukriz menunjal dahi Marsha. Marsha mencebik mulut.

"Dah lah... Papa nak pergi office ni. Kamu tak pergi kolej ke hari ni?" Marsha menggeleng lalu tersengih.

"Hmm... Tahu dah. Kalau muka begini mesti nak ponteng kelas kan. Lantak kamu lah. Yang penting papa tahu kamu takkan dibuang kolej lagi. Jaga pointer akhir kamu. Pastikan kali ni kamu dapat tunjuk sijil diploma kamu tu pada papa. Nanti kamu kena ambil alih company papa. Takkan nanti kamu nak jadi bos yang tiada pengiktirafan dalam bisnes."

"Aipp aipp captain!! Saya menurut perintah!" Marsha berdiri tegak sambil tangannya menabik hormat. Dato' Mukriz berlalu pergi. Malas nak membebel lagi. Nanti dia juga yang terlambat sampai office.

MARSHA melihat banyak kenderaan yang terparkir di depan halaman rumahnya. Ada lebih kurang tiga buah kereta.

"Siapa pula yang datang rumah aku ni? Ada party ke? Papa buat party apa pula tengahari rembang ni? Party patut buat malam baru syiokk." Marsha membebel sendiri sambil melepaskan kasut Vans di kaki.

"Ha... Dah balik pun kamu. Mari duduk sini, Marsha. Papa ada hal nak bincang dengan kamu," panggil Dato' Mukriz dari ruang tamu. Di situ ada beberapa orang tetamu yang hadir. Marsha mengambil tempat di sebelah papanya. Dia hanya tersenyum nipis kepada tetamu tersebut.

"Ni Marsha anak saya. Cantik kan?" soal Dato' Mukriz.

'Apa papa ni... Puji aku depan orang. Malulah aku. Aku tahu aku cantik. Tak payah cakap, dia orang pun tahu.' Marsha tersipu malu.

"Cantik. Saya rasa saya berkenan lah nak jadikan dia menantu. Rasa sesuai sangat dengan anak saya si Darwis tu."

'Hah?? Menantu?' Terbeliak mata Marsha. Marsha menjegilkan bola matanya ke arah papanya. Meminta penjelasan.

"Datin Mariam ni nak merisik Marsha jadi menantu dia. Marsha mesti happy kan dapat kahwin dengan Darwis Aryan?" soal Dato' Mukriz.

"No!! Marsha tak setuju!" Marsha pantas bangun berdiri. Terkejut semua para tetamu termasuk papanya sendiri.

"Marsha!!" bentak Dato' Mukriz. Berani betul Marsha meninggikan suara padanya di depan tetamu yang lain.

"Pa... Apa ni pa? Marsha tak nak kahwin lagi. Kalau kahwin pun Marsha tak nak kahwin dengan Aryan. Marsha tak suka dia."

"Kenapa Marsha tak suka anak auntie? Dia handsome apa? Kaya berharta. Apa lagi yang tak sempurna pada dia? Semua dia ada."

"Auntie tak kenal anak auntie tu siapa. Saya kenal dia macam mana. Dan saya rasa saya takkan bahagia kalau kahwin dengan dia."

Marsha tidak menyukai Aryan kerana lelaki itu seorang playboy. Lelaki itu sering melayan perempuan di kelab malam.

"Marsha! Jangan nak kurang ajar sangat. Dengar cakap papa. Kamu kena kahwin juga dengan Darwis."

"Marsha tak nak lah. Dah lah, Marsha nak naik atas." Marsha menggapai beg sandangnya lalu berlari menuju tangga.

"Biadap!" Dato' Mukriz berang. Marsha sempat menoleh ke belakang semula. Dia menjeling papanya lalu bergegas memanjat tangga.

MAJLIS perkahwinan Marsha dan Darwis Aryan akan berlangsung hari ini. Hati Marsha meronta-ronta untuk melarikan diri dari majlis tersebut.

"Aku kena lari dari sini. Aku tak nak nikah dengan Aryan." Marsha mencari jalan untuk meloloskan diri dari majlis tersebut. Marsha memandang ke bawah melalui balkoni biliknya. Kalau terjun nanti boleh patah riuk. Jadi, satu-satunya cara adalah turun menggunakan tali.

"Mana ada tali dalam bilik ni. Langsir aje la yang ada." Marsha pantas mengambil langsir biliknya lalu diikat ke jeriji besi balkoni biliknya. Perlahan-lahan dia turun dari tingkat biliknya tanpa disedari sesiapa. Marsha mula menyusup keluar melalui pintu belakang rumahnya. Dia terpaksa memanjat tembok pagar belakang kerana pintu pagar tersebut berkunci. Dengan berbaju kurung pahang, dia memanjat tembok pagar yang agak tinggi. Sedang dia memanjat keluar, seorang pekebun rumahnya menegur.

"Cik Marsha... Cik Marsha buat apa ni?"

"Saya nak pergi dari sini Pak Din. Saya tak nak kahwin."

"Mana boleh macam tu Cik Marsha... Nanti Dato' marah macam mana?"

"Biarlah dia nak marah pun. Saya dah cakap saya tak nak kahwin tapi dia paksa saya kenapa? Sekarang terima lah akibatnya. Biar dia tanggung malu seorang diri."

"Cik Marsha, kalau iya pun bincang dulu dengan Dato'. Jangan terus lari macam ni. Pihak lelaki dah sampai tu."

"Kalau macam tu saya kena pergi dah Pak Din. Jangan risau. Nanti saya balik semula ke sini. Okay bye... See you soon Pak Din..." Marsha sudah berjaya melepasi pintu pagar belakang rumahnya. Dia terus berlari ke arah jalan yang akan menghubungkan dengan jalan raya.

"ADUH, orang-orang papa pula kejar aku. Aku nak menyorok kat mana ni?" Marsha mencari jalan untuk bersembunyi. Kebetulan pula dia ternampak ada tudung yang tersidai di ampaian rumah seseorang.

"Pakai tudung labuh macam ni okay kut. Mesti dia orang tak boleh cam aku." Marsha menyarungkan sehelai tudung labuh berwarna krim ke kepala. Elok sangatlah baju kurung pahangnya berwarna krim dan dipadankan pula dengan tudung berwarna krim. Marsha berjaya melepasi orang Dato' Mukriz. Kemudian, dia menghubungi rakan baiknya Ain Liyana.

"Yana, kau kat mana tho... Kau tak datang majlis aku eh? Penat aku tunggu kau."

"Aku on the way ke rumah kau lah ni. Tapi tayar kereta aku pula pancit."

"Aduhh, kau ni. Macam-macam hal lah. Aku dah berjaya lari dari rumah aku ni. Sekarang kau tolong datang ambil aku."

"Serius lah beb? Kau lari? Papa kau tak marah ke?"

"Tak lah. Dia seronok aku lari." Marsha menggulingkan bola mata.

"Mestilah dia marah. Kau ni..."

"Okay okay... Sekarang kau kat mana? Nak aku datang ambil kau kat mana?"

"Kau datang ke cafe tealive dekat dengan rumah aku ni boleh? Aku tunggu kau kat sana."

"Boleh tapi kau kena sabar kejap. Tayar aku ni tengah diganti."

"Okay, take your time."

Marsha meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju keluar dari kawasan perumahannya. Tudung labuh yang dia berjaya rembat masih di kepala agar dia tidak bertemu dengan orang suruhan papanya. Telefonnya dimatikan buat seketika supaya papanya tak dapat mengesani keberadaannya.

Sedang Marsha melintas jalan, ada seorang mak cik yang turut melintas dari arah seberang jalan. Beg plastik yang berisi buah limau yang berada di tangan mak cik tersebut terlepas dari pegangan dan mengakibatkan buah limau jatuh bertaburan di atas jalan.

'Wah banyaknya limau mak cik ni. Aku tengah lapar ni sebab dari pagi aku tak makan. Nak ambil satu boleh tak? Aku nak tolong dia kutip buah lah, boleh lah aku curi satu.' Marsha membantu mak cik itu mengutip buah limau yang bertaburan di atas jalan. Tanpa sedar, dia sedang diperhatikan oleh seseorang.

MARSHA menunggu ketibaan Liyana di cafe tealive. Dia menyedut rakus minuman di hadapannya. Tekaknya sangat haus akibat terpaksa berjalan jauh untuk menuju keluar ke kawasan bandar yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan berjalan kaki.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba Marsha disapa oleh seorang lelaki yang bertubuh tinggi lampai. Pakaiannya agak kemas dengan kemeja lengan pendek dan berseluar panjang berwarna khakis. Di kepalanya ada kopiah putih.

"Waalaikumusalam, maaf bang. Saya tak berminat nak berinfak apa-apa buat masa sekarang," balas Marsha.

Lelaki tersebut hampir melepaskan tawa namun dia tahan. "Marsha ke?"

"Ya, saya Marsha. Kenapa?"

Lelaki itu terus mengambil tempat duduk di hadapan Marsha. Wajahnya kelihatan tersipu malu. Matanya tunduk memandang meja.

'Siapa pula mamat ni? Macam mana dia tahu nama aku Marsha? Dan kenapa dia tiba-tiba duduk kat sini?'

"Ana... Arshad Mokhtar."

"Asad Motah?"

Lelaki itu akhirnya tergelak. "Enti ni kelakar lah."

'Apa ni? Ana enti? Tahulah kau ustaz, tak payah lah ber ana enti dengan aku. Rasa macam dekat negara padang pasir pula.'

"Kita per...." Belum sempat Marsha ingin bertanya, lelaki itu menyampuk.

"Ana tahu... Ana tak patut ajak enti keluar dating macam ni. Tapi ana cuma nak kita saling kenal wajah masing-masing. Kalau sebelum ni kita hanya bermesej saja. Satu gambar pun kita tak pernah berkongsi." kata Arshad.

'Dating? Kita? Bercinta? Dia salah orang ni...' Marsha berteka-teki sendiri.

"Rasanya...."

"Ana rasa kita kena halalkan hubungan kita. Ana tak nak lagi kita dalam hubungan yang tidak diredhai Allah. Sudi tak enti jadi surihati ana?"

Continue Reading

You'll Also Like

530K 18.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
770K 25.1K 76
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
19.1K 1.3K 24
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ DellyRose ~Hubungan kita terlalu rumit untuk diceritakan, namun terlalu bahagia untuk disembunyikan~ Dia suka pada abang angkatnya sendiri...
101K 4.4K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...