Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 9

483 51 3
By coffeloff

“Cepatlah Timoh! ” Ayesha menggesaku. Di tangannya penuh dengan makanan untuk sarapan pagi di dalam plastik besar.

Cuba teka apa? Selepas menghantar Husna, minah gedik sebelah aku ni ajak jalan -jalan. Punya syok jalan -jalan sampai tak sedar waktu dah bergerak ke malam. Nak dijadikan ceritanya, aku dan Ayesha pun tidurlah kat homestay Angah. Sekali lagi. Husna pula tahu aku belum balik, dia terus oder makanan pagi sekali dengan kawan -kawan dia yang lain. Haaa eloklah! Dorang buat aku ni macam grab. Grab Car dan Grab Food. Elok lepasni aku jadi pengganti  selepas Muqris berhenti.

Pintu dewan ditolak.

Suara arahan kawad bergema satu dewan. Pelajar lelaki mahupun perempuan yang berada di dalam senang diri, mengikuti arahan yang diberi. Suruh pusing ke kanan, pusing. Pusing ke kiri, pusing. Nasib tak terpusing -pusing je.

Tentera jangan cakaplah. Memang ada. Bersepah di dalam dewan. Aku mati -mati ingatkan tentera -tentera ni dah balik. Sampai je terletak cantik trak askar di depan dewan. Alahai! Hancur harapan aku dan sekarang berharap agar tak berjumpa dengan Muqris.

“Ash! ”Husna seperti tahu aku mencarinya, dipanggilnya nama aku. Nasib tak bergema satu dewan ni. Kalau tak, mahu aku lari balik. Malu!

Makanan bertukar tangan. Mata Husna bersinar -sinar melihat kuih kegemaran dia. Ops! Jangan ingat aku yang beli. Ayesha yang belikan. Tarikh lahir sendiri pun kadang -kadang aku lupa inikan pulak nak ingat makanan kegemaran orang lain.

“Orientasi tak habis lagi ke? ”Ayesha terlebih dahulu bertanya. Sebelum keluar kereta ada jugak sesi membawang  seround dua pelajar yang baru masuk.

“Belum. Minggu ni last orientasi. Kelam kabut sikit sebab minggu ni ada event apa entah. So, pihak universiti jemput askar ni semua pergi event tu. Ni pun Una kena set up untuk event. ” cerita Husna.

Aku melilau melihat keadaan dewan yang sedang dihias. Pelajar lelaki sibuk mengangkat barang -barang. Pelajar perempuan pula sibuk memeriksa barang -barang sebelum diberikan pada pelajar lelaki.

Harapan aku untuk lari dari berjumpa Muqris hancur. Hancur seperti biskut yang lupa dikeluarkan dari beg.

Bagaikan magnet, aku dan Muqris berpandangan dari jarak jauh. Dia nampak segak dengan memakai baju askar lengkap. Pelajar perempuan pun tak lepas dari memandangnya.

Muqris mengangkat keningnya. Seperti ingin berkomunikasi melalui isyarat jauh.

Dahiku berkerut seperti bertanya ‘Apa? ’.

Muqris mengenyitkan sebelah matanya. Senyuman versi penggoda dihadiahkan.

Aku menggulingkan biji mata. Menyampah! Acah hot. Rasa nak muntah.

“Kat luar tu macam ada pentas. Ada persembahan ea? ”teka Ayesha. Banyak pulak mulut minah ni.

“Ada. Malam ni. Menyanyi macamtula.”

Ayesha pun apa lagi? Digoncang bahu aku macam coconut shake. Sampai pening aku dibuatnya. “Jom kita pergi! Jom Timoh. Please. Pleaseeee. ”

Sengaja aku mengeraskan badan. Tak memberi respon.

“Uih! Dia pi goncang badan kawan dia macam ayaq kocok yang pernah viral dulu tu. ”tegur satu suara.

Tak payah tengok pon dah tahu siapa. Dengar loghat pun boleh cam tu Sofean. Takkanlah Sofean mari sorang. Macam biasa Ajwad beku di sebelahnya. Dan Muqris sepet sibuk mengintai dari belakang Sofean. Main sorok -sorok pulak dah!

“Esha nak pergi konsert apa entah malam ni. Nampak gayanya, Ash malas layan. ”Husna ringan mulut beritahu ke Sofean.

“Memang malas. Aku dah penat. Kau tau penat? ”Ni tak tipu. Memang aku penat. Tak tahu kenapa. Sejak dua menjak ni, badan aku cepat penat. Buat kerja sikit penat. Tak buat kerja pun penat.

Sofean menepuk bahu Ajwad.

Senyuman menghiasi bibir Sofean. “Takpe. Kalau malas nak teman, Ajwad sukarela nak teman. Kan, Ajwad? Kan? ”

Muqris di belakang Sofean mengemam bibirnya menahan ketawa.

Lawak sebab Sofean kenakan Ajwad di hadapan kami. Lagi bertambah lawak dengan reaksi Ajwad yang tengok Sofean macam nak telan.

“Hm...Boleh. ” Lambat -lambat Ajwad bersuara. Tak boleh nak tarik balik apa yang Sofean cakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Pandai -pandai la sambung.

Muqris pun apa lagi? Ketawa macam kena geletek.

“Hai! Seronok ketawakan orang. Tak ada kerja ke? ”Ajwad menjeling ke Muqris yang ketawa tak ingat dunia.

Ketawanya mati. “Aku ada something nak buat. ”Muqris menghantar isyarat mata. Dipandang ke arah aku.

Aku pula sengaja buat -buat tak faham.

Mereka semua seperti tahu Muqris menghantar isyarat mata kepada aku. Pandangan tertumpu 100% pada aku.

“Apa? ”Aku membuat muka innocent.

Ekeleh! Main apa -apa pulak. Pergi jela. ”Ayesha menolak- nolak badanku.

Separuh rela, aku mengikuti langkah Muqris sehingga ke luar dewan. Pandangan dilontarkan ke arah lain.

“Apa? ”

Tiba -tiba ada sekotak air teh bunga berada di depan mukaku.

Kepala didongak untuk melihat Muqris. “Apa ni? ”

“Cincin tunang. ”jawab Muqris selamba. Loyar buruk dengan aku.

Huluran air kotak diambil. “Terima kasih. ”

Muqris tersenyum. Puas hati  aku mengambil air kotak tanpa sebarang bantahan.

“Saya baca kebiasaannya, perempuan suka teh bunga. That's why I gave it to you. Most welcome. ”kata Muqris.

Mulut aku sedikit ternganga.

Dia baca? Sanggup jumpa nak bagi air kotak?

“Jangan kerap minum air kotak. Nanti kencing manis. Minum bila saya bagi je. Jangan beli kat kedai. Faham? ”Muqris menyelitkan sedikit amaran.

“Kenapa? Awak letak minyak pengasih ke sampai tak bagi saya beli kat kedai? ”Sebelah kening diangkat. Saja nak tanya.

Muqris mengemam bibirnya.

“Kenapa? Nak minyak pengasih? Bomoh sekarang dah maju. Kat Shopee pun dah ada. Boleh, ”Ayat tergantung.

Muqris mendekatkan diri dengan aku. Aku mengundurkan diri ke belakang sehingga badan aku terlekat di dinding. Kedudukan aku dan Muqris sangat dekat sehingga aku dapat bau minyak wanginya dengan kuat.

Jantung berubah rentak. Semakin laju.

“Kita kahwin dengan mudah. Kan? ”sambungnya. Hujung bibir naik.

Perlakuan Muqris bukannya buat aku takut. Tapi aku rasa macam rama -rama berterbangan dalam perut. Eih? Ada ulat membiak dalam perut aku ke?

Sedar dengan jarak kami yang terlalu dekat, Muqris mengundurkan dirinya. Tiba -tiba matanya liar melihat keadaan sekeliling. Mungkin dia risau dengan tindakan dia kalau pihak atasan tentera nampak.

“Awak ni dekat -dekat dengan saya nanti orang ingat kita buat maksiat. Tak takut kena marah dengan pihak atasan ke? ” Syukur sangat suara aku tak bergetar.

Muqris mengangkat bahu. Muka selamba ditayang.

“Buat apa takut? Hadap jela. Lagipun boleh kahwin free. Best apa kahwin percuma. Tak payah keluarkan duit. ” Semudah ABC Muqris cakap. Aku rasa nak tarik telinga dia. Geram.

Whatever. Tak ada kerja ke? Orang lain tak marah ke? ”

Tenang semacam aku tengok Muqris. Tak risau ke kalau pihak atasan nampak dia duduk senang lenang macam ni? Aku pulak yang risau.

“Siapa yang berani marah Sheikh Fahad Muqris? ”Muqris mengangkat sebelah kening.

Bosan!

Belum sempat aku ingin membidas ayatnya, ada orang memanggilnya. Muqris meminta diri untuk pergi. Nasib baik! Aman sikit hidup aku.

Angin pantai menampar lembut pipiku. Tudung dibaiki. Haizul menelefon untuk berjumpa dengannya. Akhirnya, setelah sebulan tidak berhubung Haizul memulakan langkah untuk berjumpa. Penat pulang dari universiti Husna belum hilang. Demi Haizul sanggup aku gagahkan jua. Kalau tak hargai juga, memang tak tau nak kata apa.

Aku punya geram sampai rasa nak libas kepala Haizul dengan handbag. Selagi kepalanya tak berbenjol selagi itulah aku libas. Biar dia rasa apa yang aku rasakan selama ni.

Sebatang tubuh setia tercegat berdiri di tepi pokok. Susuk tubuh yang cukup aku rindu.

Sampai sahaja aku berdiri di hadapannya. Jarak dicipta beberapa langkah. Pandangan langsung tidak dialih untuk melihatnya. Rindu. Tapi aku dapat rasakan seperti Haizul sedang merenungku. Renungan tajam.

“Kenapa nak jumpa? ”Tanpa membuang masa aku terus bertanya tentang tujuan utama dia memanggil untuk berjumpa. Hati masih terasa dengan tindakan Haizul.

Haizul membersihkan buaian yang sedikit berpasir. “Duduk. ”

Mulut dikunci. Arahan Haizul diikuti. Aku melabuhkan punggung di atas buaian yang dibersihkan Haizul.

Salah satu sikap yang aku suka tentang Haizul. Dalam apa jua keadaan dia cuba membuatkan aku selesa. Sentiasa mendahulukan aku. Dia buat tanpa aku pinta.

“Kita putus. ”Satu ayat yang aku tak ingin dengar seumur hidup akhirnya meniti di bibir Haizul.

What?

Aku tak salah dengar kan? Haizul minta putus?

“Kita putus, Shal. ”Sekali lagi Haizul ulang kata -katanya. Mungkin disebabkan reaksi aku seperti blur.

Serta merta aku berdiri. “Kenapa kita kena putus, Ezul? ”

Putus?

A big no! Semudah ABC dia nak putuskan persahabatan. Macam mana dengan masa yang kami berdua habiskan selama ni? Kosong? Sia-sia?
Memang taklah aku nak ungkit pasal janji yang dia berhajat untuk membawa aku berjumpa dengan keluarganya. Dah minta putus. Buat apa nak jumpa.

“Aku,” Haizul terdiam. Reaksinya seperti dia tidak mempunyai alasan kukuh kenapa dia ingin memutuskan hubungan.

Hatiku berasa sedikit geram dengan Haizul. Mata Haizul ditenung seperti hendak ditelan. “Kenapa? Tak ada alasan? Ke ada perempuan lain? ”Aku mula menuduh Haizul.

No! ”keras suara Haizul menafikan tuduhan.

Aku ketawa kecil. Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Tiba -tiba minta putus. Takkanlah dia minta putus tanpa sebab. Nonsense!

"Saya tanya sekali lagi, Ahmad Zaheen Haizul. Apa alasan awak untuk kita hentikan hubungan ni? "Nama penuhnya aku sebut. Kalau dah sebut tu,  faham -faham jela.

"Kalau aku cakap, kau takkan faham."

"Macam mana saya nak faham kalau awak tak cakap? "

Keluhan terbit di bibirnya. Dia memandang ke dalam anak mataku. Lama.

"Kita tak boleh. "

"Kita boleh, Ezul. "Aku meyakinkannya. Aku takkan biarkan Haizul pergi begitu saja.

"Tapi macam mana? "Haizul mengemam bibirnya.

"Tapi macam mana? "

"Ezul, "

Haizul berura ura untuk melangkah pergi.

One step more we are over Ahmad Zaheen Haizul. ”Aku memberikan amaran. Perbincangan aku dan dia belum habis lagi. Senang kerja dia nak lari!

Really over. ”tekanku.

Dalam hati aku berdoa agar dia tidak pergi.

Air mata bergenang di kelopak mata. Aku cuba menahan diri dari menitiskan air mata. Tak! Aku tak lemah. Aku kena tunjukkan yang aku kuat.

We're over. ”Haizul berjalan meninggalkan aku sendirian. Sedikit pun dia tidak berpaling ke arah belakang.

Dunia aku seakan akan terhenti. Cuba untuk menghadam situasi yang sedang berlaku. Semakin rapuh hati aku. Ingin saja aku menahannya dari pergi. Haizul tinggalkan aku. Seorang diri. Dia pilih untuk putuskan hubungan kami dengan cara sebegini.
Pergi tanpa sebarang penjelasan. Tanpa sebarang ayat. Hanya perkataan ‘we're over’ meniti di bibirnya.

Selama bertahun tahun aku menunggunya. Pelbagai cara aku buat untuk dapatkan perhatiannya. Pada hari dia terima aku untuk menjadi perempuan yang dia sayangi adalah hari yang paling bermakna dan berharga dalam hidup aku.

Hakikatnya aku dan Haizul tiada apa apa lagi hubungan. Dan semuanya berakhir pada hari ini. Dan pada hari ini juga aku percaya,

Don't fall in love with your friend or you will lose both. Your friends and someone you love.’

Continue Reading

You'll Also Like

2M 88.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
857K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
1.5M 92.4K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
509K 17.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...