My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] • Until the star in the galaxy dies, you have me • Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 52

22.9K 689 26
By MySerraa

Serabut. Fikirannya serabut. Hatinya berkecamuk. Daripada tadi hatinya tak tenang, fikiran mula bercelaru. Bermacam-macam fikiran negatif muncul di mindanya.

Bagaimana kalau wanita itu meninggalkannya apabila dia tahu perkara sebenar?

Masihkah wanita itu ingin melihat wajahnya lagi?

Adakah wanita itu akan terus mencintainya seperti sebelum ini?

Seketika dia mengeluh berat. Air mata mula bertakung di tubir mata. Dalam fikirannya kini muncul segala perbuatan kejamnya terhadap wanita itu. Tetapi sekalipun Raysa tak pernah membalasnya malah melayannya seperti seorang raja. Mengapa dia tak menghargai pengorbanan wanita itu? Mengapa, Heriz?

Setitik air mata Heriz mengalir, cepat-cepat diseka kasar.

Baru sahaja dia hendak bangun dari duduk, pipi kanannya ditumbuk kuat dari tepi. Terjatuh dia kembali ke kerusi. Terus dia palingkan wajah melihat gerangan yang berani menumbuknya.

"Kau memang lelaki paling tak guna aku pernah jumpa, Heriz!" Dadanya berombak ganas. Nafas dilepas kasar. Tangan dikepal gaya penumbuk, bersedia untuk melayangkannya lagi.

"Apa masalah kau ni?!" Heriz sudah bangun dari duduk.

"Kau tanya, apa masalah aku?! Kau masalah aku! Aku dah dengar cerita dari mama!"

Heriz mengeluh berat.

"Eh Heriz, apa ada dalam kepala kau eh bila kau buat macam tu?! Kau tak ada hati perut ke?! Kau tahu tak, kau dah hancurkan seluruh hidup perempuan tu!"

"Aku dah pesan kan, kalau kau rasa kau tak mampu nak jaga dia dengan baik, biar aku yang jaga! Aku lebih dari mampu!"

"Eh, dia isteri aku lah, gila!" Kolar baju Haireez dicengkam kasar.

"Ouh, baru sekarang kau nak cakap dia isteri kau?! Sebelum ni kau pernah anggap dia isteri kau ke?! Pernah?!" Ditarik kuat tangan Heriz di kolar bajunya, akhirnya terlepas.

"Kenapa ya Raysa perlu jumpa dan cintakan lelaki macam kau? Kau tak layak dapat walau secebis rasa cinta dia! Kau tak layak untuk dia, Heriz! Perempuan sebaik Raysa, layak dapat lebih baik dari kau!"

"Siapa yang lebih baik tu? Kau?" Sinis nada Heriz. Walaupun kedengaran seperti dia tidak peduli, hatinya sungguh terasa dengan kata-kata Haireez. Dia tahu dia bukan suami yang baik bukan lelaki yang hebat untuk memiliki Raysa tetapi jauh di sudut hatinya, seperti dihiris dengan kata-kata Haireez. Air mata mula penuh semula di tubir mata.

"Kalau ya kenapa? Kau rasa tercabar?" Ditarik senyum sinis.

Heriz mengepal penumbuk kuat. Rahang diketap.

"Heriz..." tiba-tiba seseorang memanggilnya membuatkan Heriz memalingkan kepala.

"Fakhrul..."

"Raysa macam mana? Dah sedar?"

Heriz tunduk kepala sebelum menggeleng perlahan. Dia duduk semula di atas kerusi.

Haireez meraup kasar wajahnya.

Aleeya hanya menjeling Heriz tajam sebelum melangkah masuk ke wad ICU untuk melihat keadaan Raysa.

"Dah bro, tak ada guna kau nak sedih. Benda dah jadi. Ni kau dah solat belum? Waktu maghrib dah nak habis."

Heriz menggeleng kepala lagi.

"Pergilah solat dulu, biar aku dan Aleeya yang tengok-tengokkan Raysa."

Heriz mengangguk kepala sebelum bangun dari kerusi. Mata helangnya menjeling tajam Haireez lantas beredar pergi.

Fakhrul terus mengalihkan pandangan ke arah Haireez.

"Dia abang kau, Haireez. Hormat dia."

Haireez berdecit sinis. "Aku hormat dia? Dia tak layaklah dapat kehormatan dari aku! Aku tak ada abang macam dia!" Bentak Haireez kasar.

"Seteruk-teruk dia, dia tetap abang kau. Darah daging kau. Manusia sentiasa membuat kesilapan, Haireez. Cukuplah dia dah menyesal dengan perbuatan dia."

"Macam mana kau tahu dia dah berubah? Aku tak pernah percaya lah lelaki tu."

Fakhrul menghembus nafas berat.

"Ikut kau lah nak percaya atau tak. Yang kau perlu tahu, setiap manusia layak diberi peluang untuk membaiki kesilapan." Dia bangun dari duduk lalu masuk ke wad ICU meninggalkan Haireez keseorangan.

Lelaki itu mendengus kasar.

•••

Hampir 10 minit dia berteleku di atas sejadah selepas memberi salam selepas solat. Alhamdulillah, hatinya sedikit tenang daripada tadi. Wajah diraup seketika sebelum tangan ditadah untuk berdoa.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kau ampunkanlah segala dosa dan kesilapanku. Sesungguhnya aku sudah terlalu jauh dengan-Mu. Aku terlalu lalai dengan duniawi sehingga aku lupa untuk berserah hanya pada-Mu, Ya Allah. Aku takut untuk masuk ke neraka-Mu tetapi aku tahu aku tidak layak untuk mejadi sebahagian daripada ahli syurga-Mu juga. Maafkanlah segala salah silapku sebagai hambaMu, Ya Allah. Aku hanyalah hamba yang khilaf, yang hina. Aku terlampau mengikut perasaan sehingga sanggup melanggar suruhanMu. Aku hamba yang berdosa, Ya Allah."

Air matanya mengalir lesu ke pipi.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa isteriku, Ya Allah. Sesungguhnya dia seorang isteri yang baik. Kau berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang baik untuknya. Kau permudahkan lah segala urusannya. Kau kuatkan lah dirinya untuk menempuh setiap dugaan yang kau beri. Kau berikan lah kami kekuatan untuk sentiasa bersabar dan berserah hanya padaMu."

"Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih atas anugerah yang kau telah pinjamkan pada kami walaupun seketika. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang pada kami untuk merasa menjadi seorang ayah dan ibu walaupun hanya sementara. Terima kasih atas takdir yang kau telah susun cantik ini. Sesungguhnya, aku reda Ya Allah, atas ketentuan-Mu."

"Hanya padaMu ku memohon dan hanya padaMu ku berserah. Amin ya rabbal alamin." Doa diaminkan. Air mata diseka perlahan.

Tipulah kalau dia kata dia tak menyesal dengan apa yang dia telah lakukan. Hatinya seperti dicengkam kuat dengan perasaan bersalah. Fikirannya diselubungi bayangan seseorang. Seketika, ada satu rasa yang hadir dalam jiwanya setelah bayangan wanita itu muncul di benak fikiran.

"Raysa..."

'Apart of me still thinks that if I find the right words, it will save us.'

Continue Reading

You'll Also Like

575K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
459K 19.1K 29
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 | 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐀�...
514K 23.1K 73
[ Book 4 ] • 𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐦𝐲 𝐚𝐧𝐬𝐰𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐝𝐮'𝐚 • Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas...
928K 40.2K 63
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...