My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] β€’ Until the star in the galaxy dies, you have me β€’ Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 51

22.8K 683 49
By MySerraa

"Raysa..." diseru nama itu sayu. Kakinya perlahan melangkah ke katil yang diduduki seseorang. Tubuh itu hanya kaku tidak bergerak. Mesin-mesin yang berbunyi makin menyesakkan dadanya.

"Anak mama..." diusap lembut ubun-ubun Raysa. Wanita itu kelihatan sangat pucat. Wajahnya seolah-olah tiada seri lagi.

"Bangun ya sayang." Air matanya menitis lagi ke pipi.

Dato' Zikri mengusap lengan Datin Haila, meenyalurkan kekuatan buat isterinya. Dia nampak, sangat jelas, isterinya itu amat menyayangi menantu perempuan mereka. Mungkin kerana mereka tiada anak perempuan. Jadi, Raysa dilayan seperti puteri di hati mereka. Hati tuanya juga sedih mengenangkan nasib yang dihadapi gadis kecil itu. Sungguh berat dugaannya. Jika dia berada di tempat gadis itu, belum tentu dia dapat menjadi kuat seperti Raysa.

"Mama sayangkan Raysa. Raysa bangun ya?" Dicium lembut dahi dan kedua-dua pipi Raysa. Air matanya menitis di pipi gadis itu namun diseka perlahan olehnya.

"Maafkan anak mama, sayang. Mama gagal didik dia menjadi suami yang baik. Mama gagal didik anak mama dalam menghormati perempuan."

"Maafkan mama, sayang." Berat. Sangat berat yang dia rasa kini. Setiap ibu akan berasa tidak tenang apabila anak mereka sendiri melakukan kesalahan kepada orang lain, sehingga sanggup menjadi pembunuh. Sehingga sanggup menyeksa kehidupan orang. Tambah lagi, wanita yang bersifat lembut seperti Raysa. Dia tahu menantunya ini berperwatakan kasar tetapi dia juga tahu dalam kasar ada lembutnya. Dia perempuan dia tahu itu.

Tanpa disedari, air mata Raysa mengalir perlahan walaupun matanya tertutup rapat.

•••

"Heriz..."

Didongak kepalanya memandang wajah gerangan yang memanggilnya.

"Heriz tak nak tengok Raysa?"

Heriz terkaku seketika sebelum melemparkan senyuman hambar. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Kenapa?" lembut sahaja nada suara Puan Rita.

"Heriz tak sanggup nak tengok wajah dia, umi. Heriz banyak buat silap dengan dia."

"Heriz..." dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Tangan lelaki itu dicapainya lembut.

"Pergilah jumpa Raysa. Dia mesti tunggu Heriz. Walaupun dia belum sedar, mesti dia sangat mengharapkan kedatangan suami dia."

Air mata Heriz mengalir lagi.

"Maafkan Heriz, umi." Dia memohon maaf lagi. Kepalanya ditunduk ke bawah.

"Tak apa, nak. Umi dah maafkan. Dah, pergi jenguk Raysa ya?"

Heriz merenung lama wajah Puan Rita sebelum senyum tipis diukir. Kepala tergeleng perlahan.

"Baik, umi." Puan Rita tersenyum kecil lantas tangan Heriz ditepuk perlahan, menyalurkan kekuatan buat lelaki itu. Dia tahu jika orang lain berada di tempatnya, sudah tentu Heriz dipaksa untuk melepaskan Raysa, namun, hati ibu mana yang ingin melihat rumahtangga satu-satunya anak yang dia ada runtuh sekelip mata. Mereka terlalu muda untuk melalui semua itu. Terutamanya Raysa.

Kaki Heriz perlahan melangkah ke wad ICU dengan wajah sayu.

Masuk sahaja ke dalam bilik khas diletakkan isterinya, Heriz mengetap bibir perlahan. Tangan dikepal kuat. Mata merenung sayu ke arah sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak.

'Ya Allah, aku tak kuat...' rintihnya dalam hati.

Dengan langkah yang perlahan, dia melangkah ke katil wanita yang bergelar isterinya itu. Air mata mula berair penuh di tubir mata apabila dia dapat melihat wajah pucat Raysa secara dekat. Sayu sekali dirasakannya. Hati seperti dijerut rasa bersalah. Jiwa terasa dihurung perasaan pilu.

Dengan tangan yang menggigil, dia perlahan-lahan mengusap wajah suci itu. Diusap lembut pipi mulusnya wanita itu. Terus tangisannya pecah perlahan. Bibir diketap perlahan, mengelakkan diri dari mengeluarkan bunyi. Dia tak mahu Raysa mendengar suaranya yang sedang menangis. Raysa tidak sepatutnya lihat wajahnya yang lemah tanpa wanita itu di sisinya.

"Maafkan aku, Raysa. Maafkan aku." Sayu suaranya kedengaran.

"Jangan tinggalkan aku, Raysa. Aku perlukan kau." Tanpa melihat mata itu terbuka sahaja sudah membuatkan hati Heriz tidak tenang. Dia terasa jauh benar dengan wanita itu. Hatinya dipagut perasaan pilu melihat mesin-mesin dan wayar-wayar yang membelit tubuh isterinya.

'Ya Allah, aku betul-betul tak kuat...' ditundukkan wajahnya ke lantai seketika. Dia tak sanggup melihat keadaan Raysa ketika ini. Sangat memilukan sekeping hatinya.

"Raysa..." walaupun dia tahu wanita itu takkan menyahut panggilannya, dia tetap menyeru nama itu, sampai bila-bila.

"Kau nampak cantik walaupun dalam tidur." Senyumnya mula terbit. Tidak dinafikan, wanita itu masih kelihatan cantik walaupun sedikit pucat dan bibirnya kering. Wajah wanita itu bersih dari sebarang jerawat.

"Raysa, buka lah mata kau. Aku rindu nak tengok mata bulat kau yang sentiasa bersinar bila bercakap dengan aku." Sepasang mata Raysa tang ditutup rapat itu diusap lembut oleh Heriz. Air mata lelakinya turun lagi mengalir ke pipi.

"Bangun lah, Raysa. Aku rindu nak bergaduh mulut dengan kau." Kini bibir gadis itu pula diusap lembut. Bibir wanita itu pucat kemerahan dan sedikit kering.

"Kalau kau sayang aku, kau bangun okay? Aku tunggu kau. Aku akan sentiasa tunggu kau."

"Macam kau tunggu aku." Bibir diketap lagi. Tangan menutup matanya yang mula mengeluarkan lebih banyak cecair jernih. Mudah benar air matanya mengalir sekarang. Wajah diraup perlahan, air mata diusap seketika sebelum dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Raysa.

Dikucup lembut dahi putih Raysa. Matanya ditutup rapat. Inilah kali pertama dia betul-betul ikhlas mengucup dahi wanita itu. Inilah kali pertama dia rasa cinta wanita itu mengalir laju ke tubuhnya. Seterusnya, bibir Heriz turun ke sepasang mata Raysa diikuti hidung mancung wanita itu. Dia mengusap lembut pipi Raysa sebelum pipi itu juga menjadi mangsa kucupannya. Dan akhir sekali, dia mengucup penuh sayang bibir pucat Raysa. Lama. Mata Heriz dibuka perlahan sebelum dia tersenyum kecil melihat Raysa.

"Cepat bangun ya sayang." Tangan kiri wanita itu digenggam erat seolah menyalur kekuatan. Sesekali kekura tangan Raysa dikucup lembut.

Dia tahu dia tak boleh berlama melawat wanita itu memandangkan Raysa masih berada di wad ICU tapi dia akan sentiasa pantau keadaan isterinya.

"Aku minta maaf aku tak boleh teman kau kat sini. Tapi aku akan ada kat luar untuk kau. Aku tunggu kau sedar, sayang. Bangun demi kita. Aku tahu isteri aku kuat." Akhir sekali, dia mengucup ubun-ubun kepala Raysa sebelum diusap lembut.

Dengan langkah yang berat, dia meninggalkan wad ICU itu.

Tanpa disedari, ada air mata yang mengalir di sepasang mata yang tertutup rapat itu. Bibirnya seakan-akan mengukir sebuah senyuman.

'You weren't ready to love, and I wasn't ready to be hurt.'

Continue Reading

You'll Also Like

926K 40.2K 63
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 β€’Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...
116K 4K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
185K 7.3K 25
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...