My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] • Until the star in the galaxy dies, you have me • Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 46

18.9K 660 48
By MySerraa

"Tak! Saya takkan gugurkan anak ni!" Lantang suara Raysa.

Heriz sudah bangun dari duduk. "Apa masalah kau ni?! Aku nak kau gugurkan juga anak tu! Lagi satu, aku suruh kau makan pil, jangan skip kan?! Kau tak ikut arahan aku kenapa?!" Suara Heriz sudah menengking Raysa. Naik pening dia dengan situasi sekarang. Salahnya juga sebab tidak memakai protection ketika bersama. Argh, kau memang bodoh, Heriz!

"Apa salahnya kalau saya mengandung? Kita suami isteri yang sah, Heriz!"

"Eh, lantaklah semua tu! Sekarang ni, kau dah menyusahkan aku tahu tak! Aku dah pesan awal-awal kan, jangan biarkan benih aku jadi budak, kenapa kau tak boleh nak ikut arahan aku ni?! Aku tak nak anak aku membesar dan keluar dari rahim kau! Kau faham ke tak?!"

"Kenapa saya tak boleh mengandung dan melahirkan anak awak?! Saya mampu, Heriz!"

"Sebab aku jijik dengan kau!"

Raysa terdiam. Air matanya sudah mengalir sepi ke pipi.

"Perempuan macam kau tak layak jadi ibu kepada anak-anak aku. Kau pun aku tak pernah anggap sebagai seorang isteri, inikan pula nak anggap sebagai ibu kepada anak-anak aku!"

Raysa sudah mengetap bibir kuat menahan tangis.

"Aku tak peduli, Raysa! Yang aku tahu kau gugurkan budak tu juga walau apa jua keadaan. Kalau tak, biar aku sendiri yang buat!"

"Awak kejam! Awak sanggup nak bunuh anak sendiri! Bapa jenis apa awak ni?!" Dipukul kuat bahu kanan Heriz sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Heriz yang sedang menahan amarah.

"Raysa!" Wanita itu tidak mengendahkan panggilan Heriz. Kedengaran pintu dihempas kuat.

Heriz sudah meraup muka kasar. Ingin sahaja dia menjerit sekuat hati. Pregnancy test yang berada di atas sofa dibaling ke dinding dengan kuat.

•••

"Raysa Amanda!"

Terhenti langkah Raysa untuk menuju ke pintu rumah. Tubuh dipusing menghadap Heriz.

"Kau nak pergi mana?" Lelaki itu terlihat melangkah perlahan ke arah Raysa dengan tangan yang disilang ke dada.

"Keluar."

"Pergi mana?" Tanyanya lagi.

"Klinik."

Heriz mengerut kening. "Untuk?"

"Saya nak pergi check up baby lah. Saya nak tahu berapa bulan dah kandungan saya." Jelasnya.

"Kau masih terfikir nak simpan budak ni ke?" Perut Raysa dipandang jelek oleh Heriz.

"Apa awak merepek ni, Heriz? Halanglah saya macam mana sekalipun, saya tetap akan simpan kandungan saya. Saya masih ada hati perut!" Lantang Raysa menjawab.

"Kau nak cakap aku ni tak ada hati perut ke?" Soal Heriz tak puas hati.

"Kenapa? Awak terasa ke? Eh Heriz, binatang pun tahulah nak sayang anak dia macam mana. Walaupun dia tak ada akal. Tapi manusia, walaupun dah dikurniakan akal dan cukup sifat, masih berperangai macam binatang!"

Belum sempat telapak tangan Heriz hinggap di pipi Raysa, bunyi hon kenderaan di luar rumah menyentak mereka berdua. Terus terhenti perbuatan Heriz.

"Awak paksalah saya macam mana sekalipun, saya tetap dengan pendirian saya. Lagipun dia anak saya juga, saya ada hak ke atas dia."

Heriz hanya mengetap gigi kuat.

"Saya pergi dulu." Terus pintu dibuka dan ditutup perlahan. Walaupun figuranya sudah hilang di sebalik pintu, hati Heriz masih panas dengan kata-kata Raysa. Ditumbuk kuat pintu rumah itu. Kekura tangannya yang sakit tidak dipedulikan.

"Tak apa, cara kasar tak jalan, kita guna cara halus." Senyum diukir cukup sinis.

•••

"Sorry Leeya, aku lambat." Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta. Memang dia yang meminta tolong gadis itu untuk bawanya ke klinik memandangkan Aleeya ada masa terluang. Nak harapkan Heriz? Sampai bersalin pun belum tentu dia kisah.

"Tak apa, ni kau nak ke klinik buat apa? Kau sakit ke?" Soal Aleeya. Pelik dia apabila Raysa memberitahunya semalam bahawa gadis itu hendak ke klinik. Sakitkah?

"Tak lah! Aku sihat je."

"Habistu?"

"Saje. Nak melawat klinik."

Lengan Raysa ditepuk kuat oleh Aleeya.

"Main-main kau jawab ya?"

Raysa ketawa kuat. "Nanti aku bagitahu lah kenapa. Tugas kau sekarang bawa aku ke klinik. Tu je."

"Betul ni?"

"Iya."

"Okay."

•••

"Tahniah, Puan Raysa hamil 9 minggu." Dengan senyum lebar doktor yang bernama Farhana itu beritahu berita gembira itu.

Mulut Raysa ternganga seketika sebelum tangannya menekup mulut.

"Alhamdulillah."

"Apa?!" Kuat suara Aleeya yang berada di sebelah Raysa sehingga terhinggut bahu Doktor Farhana. Perempuan ni ada tertelan mikrofon ke waktu kecil?

"Ish, Leeya! Kawal suara." Tegur Raysa.

Aleeya menutup mulutnya seketika.

"Tak, serius lah Raysa? Kau... pregnant?" Soalnya lagi untuk mendapat kepastian.

Raysa mengangguk dengan senyum lebar.

"Serius?"

"Lagi sekali kau tanya, aku tak jamin kau balik dengan selamat, Leeya."

"Ish, aku cuma nak kepastian je." Mulutnya sudah mencebik.

"Iya betul. Puan Raysa hamil 9 minggu." Sekali lagi Doktor Farhana memberitahu. Kalau tak faham juga, kena hantar sekolah balik budak ni.

Mulut Aleeya sudah ternganga luas. Lagi luas dari Raysa tadi.

"Alhamdulillah! Aku bakal jadi kakak!" Teruja dia sebelum memeluk Raysa dengan erat. Raysa mengerut kening sebelum menolak tubuh Aleeya.

"Kakak? Sejak bila aku ada anak lain ni?"

"Ya lah, anak kau nanti panggil aku kakak."

"Banyaklah kau kakak! Mak cik!"

"Eh, aku muda lagi lah!"

"Ah tak ada, banyak cantik muka kau nak dipanggil kakak. Aku tak ada anak lain tau!"

Mulut Aleeya sudah memuncung. Tangan disilang ke dada. Merajuk pula dah mak cik ni...

Doktor Farhana tersenyum kecil melihat telatah Raysa dan Aleeya sebelum berkata, "di awal kandungan ni, Puan Raysa kena betul-betul dapatkan rehat yang cukup dan jangan buat kerja-kerja yang berat, ya?"

"Baik, doktor."

"Itu sahaja. Saya akan beri vitamin untuk Puan Raysa. Nanti Puan Raysa ambil di kaunter ya?"

"Baik, doktor. Terima kasih."

•••

Keluar sahaja dari bilik pemeriksaan...

"Jom."

"Pergi mana? Aku nak ambil vitamin dulu."

"Beli barang baby lah."

Terus lengan Aleeya ditepuk kuat oleh Raysa.

"Apa kau ni? Kandungan aku baru 9 minggu kau dah ajak beli barang baby. Tunggu lah 7,8 bulan."

"Ish, lamanya! Aku dah tak sabar tau!" Daripada tadi senyumannya langsung tak pudar, berseri sahaja. Seronok betul ya bakal jadi mak cik?

"Nak tak nak kau kena sabar juga, Leeya. Lambat lagi anak aku nak keluar." Aleeya mengeluh perlahan. Raysa hanya menggeleng kepala melihat telatah Aleeya sebelum matanya terhala ke arah sesuatu.

"Alhamdulillah sayang, terima kasih sangat-sangat mengandungkan anak abang. Thank you sayang! I love you so much!" Kata si suami.

"Abang gembira?" Tanya si isteri.

"Mestilah gembira. Kita bakal ada anak bersama. Abang akan jadi ayah." Tawa mereka kedengaran di segenap klinik itu.

Berair mata Raysa melihat pasangan bahagia itu. Hatinya tiba-tiba dipagut rasa sayu. Seketika dia mengusap perutnya perlahan.

'Alangkah bagusnya kalau reaksi papa macam tu bila tahu awak wujud, sayang.'

Dia mengukir senyum hambar.

"Raysa, aku ambil vitamin kau ya?"

Terus dipaling wajah ke arah Aleeya. Dia mengangguk kecil. Mata yang hampir mengeluarkan cecair jernih diseka lembut.

'Sometimes we create our own heartbreaks through expectations.'

Continue Reading

You'll Also Like

458K 19.1K 29
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 | 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐀�...
928K 40.2K 63
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...
2.3M 94.3K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...