My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] β€’ Until the star in the galaxy dies, you have me β€’ Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 45

19.2K 639 63
By MySerraa

Hari ini genap 4 bulan perkahwinannya dengan lelaki itu, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia kerana sehingga ke saat ini dia masih bersama dengan lelaki yang dia cinta. Syukur dia masih mampu mengharungi dugaan yang menimpanya bertubi-tubi walaupun hampir putus asa. Setiap hari harapannya tetap sama, lelaki itu dapat menerimanya sebagai seorang isteri dan dengan itu dia tidak akan putus asa untuk meraih cinta lelaki itu.

Klik!

Bunyi pintu dibuka dari luar kedengaran. Laju Raysa melangkah ke pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta.

"Awak baru balik?" Dia menghulur tangan untuk menyalam tangan Heriz namun hanya dibalas sepi oleh lelaki itu. Heriz terus melangkah melepasi Raysa meninggalkan wanita itu dengan beg tariknya. Raysa hanya senyum sebelum menarik beg tarik Heriz.

"Awak dah makan?" Dia masih ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Heriz hanya diam sahaja. Itulah Heriz Zayyan sejak 4 bulan lalu. Selepas sahaja dia meninggalkan Raysa di rumah seorang diri, balik sahaja dari kerjanya, dia terus bersikap dingin dengan wanita itu. Jangankan bercakap, pandang pun tidak. Lelaki itu seolah-olah menganggap Raysa tidak wujud di dalam rumah itu. Akan tetapi, apabila dia ingin Raysa melayaninya, dia akan berlembut dengan wanita itu. Apabila pagi menjelma, dia kembali bersikap dingin. Walaupun sakit, Raysa sudah terbiasa sehingga dia merelakan semuanya. Mungkin kerana dia terlalu cintakan lelaki itu, dia sanggup menutup matanya dari melihat kesalahan mahupun keburukan Heriz. Sungguh kuat kuasa cinta.

"Heriz..." panggil Raysa.

"Apa lagi, Raysa?!" Suara Heriz naik seoktaf.

Raysa terdiam seketika sebelum menggeleng kepala tanda tiada apa-apa. Heriz mendengus kasar sebelum meninggalkan Raysa seorang diri.

Niatnya ingin memberitahu lelaki itu tentang hubungan mereka yang sudah menjelang 4 bulan, namun melihatkan wajah Heriz seperti tidak mahu ambil tahu, dia hanya mampu menggeleng kepala. Mungkin lelaki itu penat...

•••

Tok! Tok! Tok!

"Heriz... saya dah masak makan malam. Mari makan." Pelawa Raysa. Memang menjadi rutin hariannya untuk memanggil lelaki itu turun makan, ada hari Heriz akan turun, ada hari lelaki itu hanya mengabaikan panggilan Raysa tapi wanita itu tidak mengambil hati pun.

Klik!

Pintu dibuka dari dalam. Raysa tersenyum manis.

"Jom makan."

Heriz hanya memandang sepi ke arah Raysa sebelum melangkah melepasi Raysa. Raysa hanya tersenyum sahaja.

Sampai sahaja di ruang makan, Raysa menyeduk nasi untuk Heriz. Tiba-tiba Raysa rasa mual. Mulut ditekup seketika.

Heriz yang melihat kelakuan Raysa sudah mengerut kening.

"Awak nak lauk apa?" Soal Raysa.

"Aku boleh ambil sendiri." Dingin Heriz membalas. Raysa hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum tiba-tiba dia berlari ke dapur. Heriz terkejut melihat gelagat Raysa namun dia hanya mengangkat kedua-dua bahu ke atas sebelum sambung menyeduk lauk.

Sementara di dapur...

Bluek!

Raysa memuntahkan semua isi makanannya pagi tadi ke dalam singki. Tekaknya betul-betul rasa mual sekarang. Mulut dicuci perlahan apabila sudah selesai muntah.

Seketika keningnya berkerut. Dia rasa dia tiada salah makan apa pun. Tiba-tiba dia rasa ingin muntah lagi.

Bluek!

"Kau kenapa ni?" Terhinggut bahu Raysa apabila suara seseorang menegurnya dari belakang. Dicuci cepat mulutnya sebelum air paip ditutup.

"Tak ada apalah, saya salah makan kot." Raysa hanya senyum manis.

Heriz hanya memandang sahaja wajah Raysa sebelum kembali ke ruang makan.

Seketika Raysa memegang perutnya yang nipis. Entah mengapa dia terasa sesuatu yang tak kena dengan perutnya. Bibir digigit perlahan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan sebelum melangkah ke ruang makan semula.

•••

'Positif'

Ini sudah kali kesepuluh Raysa melihat pregnancy test di tangannya. Selepas sahaja makan tadi, tiba-tiba dia terasa ingin membuat pemeriksaan memandangkan dia sudah lewat tiga bulan period dan mual yang dirasakannya dari pagi hingga malam membuatkan dia bertindak untuk tahu jika betul apa yang difikirkannya.

Berair matanya melihat pregnancy test itu. Ada nyawa yang sedang membesar dalam perutnya kini. Anaknya dan Heriz. 'Alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah!' Dia sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh Allah untuknya dan Heriz.

Mengingatkan tentang Heriz, wajahnya kembali muram. Senyuman yang tadi lebar selebar-lebarnya, mula kendur sedikit demi sedikit.

'Adakah Heriz akan terima kandungan ini?' Soalnya sendiri sambil mengusap perut nipisnya itu. Hatinya mula berdebar-debar. Bagaimana kalau lelaki itu menyuruhnya mengugurkan kandungannya ini?

Cepat-cepat dia menggeleng kepala.

'Tak mungkinlah! Takkan Heriz nak aku gugurkan anak dia sendiri kan?' Soalnya lagi dalam hati.

'Insha Allah dia akan terima, Manda. Belum cuba belum tahu. Apa kata kau surprise dia, mungkin dia suka.' Seketika senyumnya lebar semula. Dalam fikirannya sudah timbul idea-idea yang menarik untuk lelaki itu.

•••

Sedang asyik dia melihat skrin televisyen, deheman seseorang menyentaknya, terus dipaling wajah melihat gerangan yang mengganggunya itu. Dihembuskan nafas kasar.

"Kau nak apa ni?" Tanyanya kasar.

Raysa hanya tersengih sebelum duduk di sebelah Heriz. Heriz sudah mengerut kening melihat gelagat wanita itu.

"Sengih-sengih apa kau?"

"Cuba awak tutup mata."

"Hah?!" Apalah masalah wanita ini sebenarnya nak suruh orang tutup mata pula.

"Ish, tutup je lah banyak mulut betul!" Marah Raysa.

"Eii iya lah!" Ditutup kedua-dua mata dengan telapak tangannya.

"Meh tangan kanan."

Tangan kanan dihulur kepada Raysa. Mata masih ditutup rapat. Seketika dia mendengus kasar. Kenapalah dia ikut cakap perempuan ni...

Dengan senyuman yang lebar, Raysa meletakkan sesuatu di atas tangan Heriz. Heriz sudah mengerut kening. Tangannya meraba-raba 'benda' yang berada di atas tangannya.

"Bukalah mata." Arah Raysa dengan senyuman mekar.

Terus dibuka kedua-dua matanya sebelum dia melihat telapak tangannya. Seketika matanya membulat. Dia tidak bodoh untuk tidak tahu apa yang berada di dalam genggamannya ini. Dia menggeleng kepala perlahan sebelum matanya memandang Raysa, wanita itu sudah tersenyum lebar.

"Saya pregnant, Heriz!" Ujar Raysa teruja.

"Anak siapa?"

Suasana sunyi seketika. Raysa terdiam mendengar soalan Heriz. Lelaki ini tak tahu atau buat-buat tak tahu?

Raysa ketawa kecil. "Anak awak lah, Heriz. Anak siapa lagi?"

"Ya ke anak aku? Kau pasti?"

Sekali lagi Raysa terdiam. Apa maksud lelaki ni sebenarnya?

"Mestilah saya pasti, Heriz. Memang dalam perut saya ni anak awak."

Heriz berdecit sinis. "Mana tahu bila aku tak ada, kau bawa jantan masuk dalam rumah. Who knows right?" Senyum diukir sinis.

Terus Raysa terbangun dari duduk.

"Apa awak mengarut ni, Heriz?! Ini anak awak! Anak kita!" Marah Raysa. Sampai hati lelaki itu menuduhnya melakukan perkara haram sebegitu.

"Gugurkan anak tu." Dingin suara Heriz. Wajah juga sudah bertukar serius.

Membulat mata Raysa, air mata sudah bertakung di tubir mata. Kepalanya tergeleng kepala.

'I was prepared, but it still hurt.'

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
159K 14K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
574K 19.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
928K 40.2K 63
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 β€’Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...