Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Von Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Mehr

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~8

3.8K 215 3
Von Dandelzel

Awal-awal pagi lagi kicauan burung sudah kedengaran. Langit juga sudah cerah. Namun tak secerah mood Delilah pagi itu. Celik saja mata, otaknya sudah terbeban dengan hari yang bakal dia lalui di kolej nanti. Dan yang paling utama..

Kewujudan Diaz Raiden, anak uncle Am!

Memikirkan jejaka itu saja sudah cukup untuk membuat semangatnya merudum hingga ke angka kosong. Pun begitu, dia tetap berharap ada sesuatu yang baik akan berlaku kepadanya nanti.

Untuk hari keduanya belajar di kolej Inca, dia hanya mengenakan cotton blouse rona biru muda dan dipadankan dengan jeans putih. Rambut pula diikat separuh. Wajah turut ditepek dengan mekap nipis untuk menyerlahkan kecantikkannya yang tak seberapa itu.

Usai bersiap, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan. Dari jauh lagi kedengaran suara mama dan Tuan Amza berbual. Dan entah mengapa, niat hatinya ingin mengintip seketika sepasang suami isteri itu. Dia jengukkan sikit kepala dari balik dinding. Nampak mesra kedua-duanya.

Perasaan gembira dan sedih serentak mengetuk pintu hatinya. Dia gembira kerana mamanya bahagia dan pada waktu yang sama, dia sedih bila mengenangkan sumber kebahagiaan mamanya kini adalah lelaki lain.

Lelaki yang telah menggantikan tempat papanya.

"D.. kenapa tercegat kat situ?"

Tersentak Delilah tatkala Lea mula menyedari kehadirannya. Dia menapak semula kearah ruang makan itu.

"Good morning!"

Tuan Amza pula menyapanya dengan ceria. Sebuah senyuman turut terukir, menyerlahkan lagi kekacakan lelaki segak berpakaian pejabat itu.

Patutlah mama kahwin dengan uncle Am. Dengan dia-dia sekali terpesona. Ehh..

"Morning.."

Delilah membalas ringkas seraya melabuhkan duduk. Mata perhati satu persatu jenis makanan yang ada diatas meja. Ada mee goreng, pancakes dan french toast.

"D.. turun sorang aje? Mana Diaz?"

Baru nak seronok melihat makanan diatas meja itu, soalan Lea pula menjentik rasa sebalnya. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan riak kurang senangnya. Tak mahu Tuan Amza salah faham.

"Manalah D tau, ma.."

"Kenapa tak ketuk pintu bilik dia? Ajak dia sarapan sekali." Lea mula mengomel.

"Budak tu boleh turun sendiri.. bukan kecik lagi. Dah besar panjang dah pun." Celah Tuan Amza.

Dalam diam Delilah turut mengiyakan. Betullah tu. Si Diaz tu ada kaki, pandai-pandailah turun. Lainlah kalau terencat.

Aip.. jahat mulut!

"Takpa, I pergi panggil sekejap. You makanlah. D.. cepat makan, nanti driver tertunggu-tunggu pulak." Lea langsung bangun dari duduknya sebelum membuka langkah. Tinggallah Delilah dan Tuan Amza yang mula berasa kekok.

Delilah terutamanya.

Mata terarah pada french toast yang dekat dengan Tuan Amza. Nak mintak, tapi dia segan. Berat pula mulutnya nak bercakap dengan lelaki itu.

"D nak french toast?"

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Tuan Amza langsung menawarkan french toast itu kepadanya. Kepala laju mengangguk.

Tuan Amza ukir senyum segaris. French toast bertukar tangan.

"D suka french toast ya?"

Delilah angguk.

"Selera kita sama." Usul Tuan Amza lagi. Delilah hanya mampu tersengih. Tak tahu nak membalas bagaimana. Sudahnya, mereka diam menikmati sarapan masing-masing.

Sementara Lea pula, belum sempat dia sampai ke tingkat dua, dia sudah bertembung dengan Diaz di tengah-tengah tangga.

Diaz yang baru sahaja hendak turun dengan wajah perengusnya langsung terkejut melihat wanita itu.

"D.. aunty ingat nak panggil D turun sarapan tadi." Kata Lea. Senyum serba salah.

"Tak perlu susah-susah. Saya tak suka bersarapan."

Mendatar nada Diaz membalas sebelum melangkah semula melintasi Lea.

"Sekurang-kurangnya kalau D taknak makan, D minumlah.. jangan biar perut kosong." Lea masih tidak berputus asa sambil mengikut langkah anak muda itu.

Dan tetap saja, cubaannya gagal apabila Diaz langsung tidak menunjukkan minat terhadap cadangannya.

"D jamahlah sikit, nanti kempunan pula." Lanjut Lea lagi apabila melihat Diaz sudah berura-ura mahu keluar dari rumah.

Terhenti langkah Diaz. Spontan tangan naik memegang perut yang tiba-tiba berkeroncong minta diisi. Lupa.. semalamam dia tak jamah sebutir nasi pun. Balik-balik terus masuk bilik.

"Makan ya, D?" Lea yang masih berdiri di belakang memujuk lagi.

Hendak tak hendak, Diaz memusing badan dan ruang makan dituju. Tersenyum Lea di tempatnya. Gembira kerana jejaka itu sudi untuk bersarapan.

Jejak saja langkah di ruang makan itu, benda pertama yang Diaz nampak adalah Delilah. Kebetulan, gadis itu turut menoleh kearahnya.

Apa lagi..

Masing-masing mula merenung tajam. Sakit hati semalam masih lagi tersisa!

"D, cepat sarapan." Tuan Amza menegur. "Lain kali turun awal sikit.. tak perlu tunggu kena panggil bagai. D bukannya anak raja."

"Seingat D, tak ada pula D minta kena panggil turun."

Cepat saja Diaz menyahut. Lagipula, sebelum ini dia dan babanya memang jarang sarapan bersama. Sudah menjadi kebiasannya turun ke kolej tanpa bersarapan.

"Pandai menjawab, eh!" Tuan Amza jegilkan mata. Sesaat selepas itu terasa lengannya ditampar halus oleh Lea.

"Apa cakap macam tu dekat D.. bukan susah pun panggilkan anak turun makan. Bukannya setiap hari. You ni pun, kenalah concern sikit kat anak."

Terkerdip-kerdip mata Diaz dan Delilah bila Lea membebel kepada Tuan Amza.

Laju lelaki itu berdehem sambil mengerling Lea dengan ekor mata. "You ni.. janganlah garang sangat. Depan anak-anak ni, malulah I kena tegur dengan you. I tak maksudkan macam tu pun." Ucapnya rendah. Turut dikerling sekilas dua orang anak muda yang sedang memandang mereka dengan ekspresi pelik. Bibir kedua-duanya terjuih.

Selesai bersarapan, Delilah bangun semula dan menyalami mamanya.

"Take care.." pesan Lea.

Malah Tuan Amza juga tidak ketinggalan memberi pesan. "Have a good day, D."

Diaz yang mendengar dah julingkan mata keatas. Menyampah.

Hilang saja kelibat Delilah, Tuan Amza langsung memandang anaknya.

"D, nanti D tengok-tengokkan jugak Delilah kat kolej tu."

"Why should I? Budak tu dah besar, pandailah dia jaga diri sendiri." Rengus Diaz geram lalu bangun dari duduknya.

Dah kenapa dia pula yang kena jaga budak Delilah tu? Tak hingin dia!

"D-"

"Am.."

Terbantut tingkah Tuan Amza yang hendak menegur anak bujangnya bila Lea menggelengkan kepala.

"You tengoklah perangai D tu. I cuma harap dia tak cari gaduh lagi dengan Delilah dekat kolej nanti." Dengus Tuan Amza.

"Biarlah dulu.. dorang berdua kan baru aje kenal. Wajarlah kalau masing-masing masih tak selesa." Lea cuba berfikiran positif walaupun wajahnya turut terpancar rasa bimbang.

Mereka berdua masing-masing bimbang dengan tingkah Diaz dan Delilah yang pada awalnya sudah bermusuhan.

Manakala di luar rumah pula, sedang Delilah menyarung kasut, Diaz turut muncul disitu bersama pandangan tajam. Sengaja dia merempuh tubuh kecil si gadis ketika kakinya mahu menjejak ke luar.

Lipat maut Delilah merenungnya. Hampir saja tubuhnya melayang.

"Kau nak mampus ke pagi-pagi macam ni nak cari pasal dengan aku?"

Hening. Automatik suasana antara mereka menjadi tegang.

"Lah, aku ingatkan tunggul. Lain kali jangan duk halang orang nak berjalan." Bidas Diaz pantas. Selamba, dia menyarung kasut sambil menyembunyikan senyum kemenangan. Puas hati dia.

Delilah pula masih jegilkan mata dengan mulut terkumat-kamit menyumpah seranah jejaka itu. Mujur saja driver yang diupah Tuan Amza sudah muncul ketika itu. Kalau tak, memang sempat agaknya dia bertarik rambut lagi dengan Diaz.

Keluar seorang lelaki yang sudah agak berumur dari sebuah kereta Bentley membuat mata Delilah bagai tidak berkelip.

Ini ke kereta yang dia kena naik tiap hari?

"Selamat pagi, cik Delilah." Lelaki itu mengoyak senyum. "Saya Razak, driver cik Delilah."

"Selamat pagi pakcik.. panggil Delilah aje." Ujar Delilah.

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum membuka pintu di bahagian penumpang. Delilah bongkokkan badan sekejap tanda hormat sebelum memboloskan diri ke dalam kereta tersebut. Dan belum sempat pintu ditutup, Diaz pula mendatanginya dengan riak samseng.

"Oii!"

Bersahaja kakinya menyepak sipi kereta itu. Mata Delilah naik merenung wajahnya. Ayat 'ingat kereta bapak kau punya ke?' hanya bergema di minda bila teringatkan pemilik kereta ini sememangnya milik Tuan Amza, baba Diaz Raiden.

"Aku nak beri kau peringatan." Diaz memberi mukadimah. Wajah sengaja digarangkan. "Kau jangan sesekali nak bagitau budak-budak dekat kolej yang kau tu duduk sebumbung dengan aku. Kalau aku dengar kau bagitau orang lain, aku tak akan lepaskan kau. Faham?"

Intonasi nadanya berupa amaran. Yang mana langsung tak bagi kesan pada Delilah.

"Aku pun tak hadaplah nak bagitau orang yang aku tinggal dengan manusia tak ada adab macam kau ni. Buat malu aku aje. Menyampah!"

Thump!

Selamba aje dia tutup pintu depan muka Diaz.

"Woi!"

Terkejut Diaz dibuatnya. Nyaris-nyaris tangannya tersepit. Dari dalam kereta, dia lihat Delilah menjelir lidah kepadanya sebelum kereta itu berlalu.

"Kau tunggulah, perempuan.. ada ubi ada pucuk. Aku tak akan biarkan kau hidup senang." Omelnya seorang diri. Tak dia peduli dengan peribahasanya yang salah.

Delilah pula sudah tersenyum lebar. Puas hati sebab dapat balas dendam walaupun tak seberapa.

Tarik nafas dalam-dalam kemudian dia hembus perlahan. Mengumpul semangat untuk menghadapi lembaran hidupnya pagi ini.

Seketika, perhatiannya tertumpu pada pakcik Razak yang tenang memandu. Sekarang bila dia fikir balik, macam dia pernah nampak muka pakcik ni.

Tapi kat mana? Atau dia silap orang?

"Pakcik dah berapa lama kerja dengan uncle Am?" Saja dia bertanya untuk mengisi rasa sepi di antara mereka.

Dia agak, umur pakcik Razak ni mungkin nak masuk 50-an. Rambut pun dah beruban sikit.

"Tak lama pun, cik Delilah.. dalam enam tahun macam tu. Sebelum ni saya jadi personal driver Tuan." Pakcik Razak membalas mesra.

"Pakcik tak payahlah panggil saya cik.."

Segan Delilah bila lelaki itu asyik-asyik memanggilnya cik. Rasa macam jadi anak orang kaya pula.

"Saya kena hormat cik sebagai anak majikan saya."

"Saya tak layaklah pakcik.. saya cuma anak tiri uncle Am aje. Panggil Delly aje ya?" Ujar Delilah lagi. Penuh santun. Dia tak biasa dipanggil dengan gelaran itu.

Pakcik Razak langsung tersenyum. 

"Beruntung Tuan Am dapat anak tiri macam Delly. Hormat orang tua.. susah nak tengok budak zaman sekarang hormat orang tua."

"Tak adalah pakcik. Saya biasa-biasa aje." Delilah tarik sengih.

"Kalau tak keberatan.. boleh pakcik tahu umur Delly? Sama dengan Diaz ke?"

Semakin rancak mereka berbual. Delilah sendiri juga senang berbual dengan lelaki itu.

"Eh, tak pakcik.. si Diaz tu tua setahun dari saya. Umur saya tahun ni dua puluh."

"Oh.. maknanya Delly ni sebaya anak buah pakcik."

"Anak buah pakcik?"

Pakcik Razak mengangguk. Dengan wajah bangga dia menutur kata, "Anak buah pakcik dapat tawaran biasiswa dekat Inca College. Mungkin nanti Delly boleh kenal-kenal dengan dia."

Delilah terdiam. Jadi anak buah pakcik Razak satu kolej dengan dia? Dan maknanya.. kebarangkalian si anak buah yang dimaksudkan itu mungkin akan tahu tentang identitinya.

Masak!

"Err.. pakcik.." Hanya sejurus selepas itu, Delilah menyengih serba tak kena. "Sebenarnya.. kalau tak keberatan, boleh tak kalau pakcik rahsiakan siapa saya?"

"Delly taknak orang lain tahu yang Delly ni anak tiri Tuan Am?"

Delilah tersengih lagi. "Ha, macam itulah kiranya.." 

"Jangan risau, Delly.. pakcik tak pernah hebohkan hal-hal peribadi keluarga Tuan Am dekat sesiapapun. Pakcik hormat privasi Delly. Omputih kata, you can trust me.." Pakcik Razak ketawa dihujung katanya.

Delilah pula menghela nafas lega. Rancak berbual dengan pakcik Razak sampai tak sedar yang mereka dah sampai di kawasan kolej Inca.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

240K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.7K 103 10
Alyssa Sophea Seorang gadis yang menyamar menjadi abang kembarnya sendiri untuk masuk ke sebuah kolej dan pada masa yang sama dia juga turut menyerta...
1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
119K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End: