My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] โ€ข Until the star in the galaxy dies, you have me โ€ข Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 28

11.3K 557 5
By MySerraa

Tok! Tok! Tok!

"Raysa..." panggil seseorang dari luar bilik.

"Raysa..." tangannya tidak berhenti dari mengetuk pintu bilik itu sebelum pintu itu dibuka perlahan.

"Ya Allah, bertuah punya budak! Boleh pula dia tidur." Laju kakinya menghampiri katil lantas tubuh yang sedang lena di atas katil itu dikejut perlahan.

"Raysa, bangun..." lengan gadis itu digerakkan.

"Bangunlah, dah nak masuk asar ni. Raysa..."

Gadis itu membuka mata perlahan sebelum mulutnya yang ternganga itu ditutup. Mata digosok seketika.

"Bangunlah Raysa, dah nak masuk asar ni." Ujar Puan Rita.

Raysa hanya menggumam perlahan sebelum kepalanya diangguk. Mata yang kembali tutup, terbuka luas apabila Puan Rita menepuk kuat lengannya.

"Aduh, sakitlah umi!"

"Tahu pun! Dah bangun. Belum solat zohor kan? Dah nak habis waktu dah."

"Iya." Malas-malas Raysa mengangguk.

"Cepat."

"Iya, umi." Tubuh yang terasa berat diangkat jua sebelum melangkah ke almari, mengambil tuala.

Puan Rita hanya menggeleng perlahan lantas keluar dari bilik anak gadisnya itu.

Menguap besar Raysa. Kaki perlahan-lahan melangkah keluar bilik. Matanya tertancap ke arah dapur.

"Umi nak buat apa tu?" Tegur Heriz dari bilik tetamu. Lelaki itu terlihat sedang melangkah ke arah Puan Rita. Rambutnya kelihatan basah, mungkin baru lepas solat.

"Umi nak masak untuk makan malam nanti, Heriz."

Raysa hanya memerhati di sebalik dinding. Sengaja mahu melihat kelakuan Heriz. Selepas sahaja Puan Rita tahu tentang status mereka, wanita itu menyuruh Heriz memanggilnya 'umi'. Lelaki itu tidak langsung kekok seolah-olah sudah terbiasa.

"Oh, umi nak masak apa? Biar Heriz tolong."

Membulat biji mata Raysa mendengar pelawaan lelaki itu. Gila ke apa? Apa je lelaki tu boleh buat?

"Eh tak apa lah, Heriz. Umi dah biasa masak sendiri. Tak ada yang perlu ditolong pun. Heriz pergilah ronda-ronda kampung ke, motor ada kat luar tu, peninggalan arwah abah punya tapi Heriz jangan risau motor itu masih elok. Kalau Raysa balik, dia akan hidupkan enjin motor tu atau bawa keliling kampung." Panjang lebar Puan Rita bercerita dengan Heriz.

Heriz mengangguk perlahan. "Tak apa lah umi, Heriz tak terasa nak ronda kampung lagi. Mungkin esok. Hari ini umi biarlah Heriz tolong umi ya?"

"Tak perlu, Heriz." Larang Puan Rita sambil membawa semangkuk bawang merah dan putih ke meja makan, ingin dipotong.

"Ish, biarlah Heriz tolong umi. Cepat sikit siap. Perut Heriz pun dah berbunyi ni." Sengaja Heriz loyar buruk.

Puan Rita ketawa kecil.

"Biar Heriz tolong ya? Bawang ni nak kena potong ke? Meh Heriz potong." Mangkuk di tangan Puan Rita diambil lembut oleh Heriz sebelum dibawa ke meja makan. Pisau di singki diambil. Puan Rita hanya menggeleng kepala melihat gelagat Heriz, degil dia hendak menolong juga.

Raysa sudah ternganga melihat kelincahan Heriz memotong bawang. Tak pedih ke mata lelaki itu? Dia yang selalu potong bawang setiap kali masak pun terkebil-kebil mata, berair tinggal nak mengalir je. Tetapi lelaki itu rilek je!

Heriz senyum ke arah Puan Rita apabila dia memandang wanita itu. Tangan masih ligat memotong bawang.

Puan Rita membalas senyuman Heriz. Tubuh menghampiri meja lalu diduduk di hadapan lelaki itu. Senang hati dia melihat kelakuan lelaki itu. Sungguh rendah hati, tak macam orang kaya pun. Raysa ada beritahunya lelaki itu merupakan orang berada. Risau juga dia jika Heriz tidak selesa dengan keluarganya yang serba-serbi kurang ini. Tetapi selepas melihat sikap lelaki itu, lega sedikit hatinya.

"Heriz..."

"Iya, umi." Lelaki itu memandang Puan Rita seketika.

"Umi nak tanya boleh ke?"

"Eh mestilah boleh, umi. Nak tanya apa tu?"

"Betul Heriz sukakan Raysa? Heriz betul-betul nak kahwin dengan anak umi?" Soal Puan Rita. Sengaja dia hendak tahu isi hati lelaki itu. Mungkin ini peluang untuknya mengenali lebih lagi tentang bakal menantunya.

Raysa disebalik dinding juga tidak sabar hendak mendengar jawapan Heriz, mahu juga dia tahu apa respon lelaki itu.

Heriz terdiam seketika. Tangan yang ligat memotong bawang terhenti terus perbuatannya. Mata lambat-lambat memandang Puan Rita. Seketika senyum manis diukir untuk Puan Rita.

"Iya, umi. Heriz betul-betul nak kahwin dengan Raysa."

Tersenyum Puan Rita mendengar jawapan Heriz. Alhamdulillah!

"Terima kasih, Heriz sebab sudi terima anak umi yang serba kekurangan. Umi minta maaf kalau Raysa tak mampu menjadi yang terbaik untuk Heriz." Lembut Puan Rita bersuara.

"Eh, umi, apa pula cakap macam tu? Heriz yang nak kahwin dengan Raysa, jadi, Heriz akan sentiasa terima Raysa. Umi jangan risau ya?"

Puan Rita mengangguk kepala perlahan. "Heriz tolong bimbing Raysa ya?"

Terkelu lidah Heriz. 'Kalaulah umi tahu niat sebenar Heriz...' ujarnya sekadar dalam hati.

Raysa di sebalik dinding terasa sebak. Hatinya dipagut sayu. Umi nampak sangat berharap dengan Heriz. Ya Allah, apa yang perlu dia buat sekarang ni?

"Baik, umi." Balas Heriz.

Puan Rita hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

'Maafkan Heriz, umi.' Ucapnya sekadar dalam hati.

"Ehem!" Suara deheman seseorang dari ruang tamu menyentak mereka di dapur.

Mata Raysa tidak berhenti dari memandang Heriz yang masih khusyuk memotong bawang. Disebabkan dia tak betah berada lama-lama di sebalik dinding, dia munculkan jua dirinya.

"Ha ni pun anak dara. Bertuah betul! Bukan nak tolong umi kat dapur." Perli Puan Rita.

"Ala umi, buat apa Raysa nak tolong lagi kalau umi dah ada bakal menantu nak tolong kan? Betul tak, Encik Heriz?" Fokusnya tadi ke arah Puan Rita terus dipaling ke arah Heriz. Lelaki itu hanya memandangnya dengan senyum plastik. Nampak sangat tu Encik Heriz!

"Betul tu, umi."

Puan Rita menggeleng kepala perlahan dengan gelagat Raysa dan Heriz.

"Encik Heriz buat apa ni? Wah, potong bawang! Husband materials sangat!" Sengaja dia hendak mengusik lelaki itu.

"Sayang, awak ada nampak saya tengah main golf ke? Tak kan? Betullah tu saya tengah potong bawang. Saya menepati ciri-ciri suami awak tak sayang?" Senyum senget diukir buat Raysa. Ingat gadis itu sahaja boleh mengusiknya? Dia pun boleh lah!

Raysa mencebik mulut sebelum melangkah ke bilik air dengan langkah laju. Pintu dihempas kuat.

"Raysa, roboh pintu tu nanti!" Kuat suara Puan Rita menegur. Haih, tak pernah elok perangai!

Heriz ketawa kecil melihat gelagat gadis itu. Tahu pun malu!

'Why can't you just tell me what you feel, because how you act is confusing me.'

Continue Reading

You'll Also Like

831K 30.6K 67
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ‘ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐ฅ๐ฒ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐๐š๐ข๐ฆ ๐…๐š๐ž๐ž๐ช | ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ง๐ข๐ฆ ๐„๐ซ๐ข๐š๐ง๏ฟฝ...
458K 19.1K 29
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ž๐œ๐ญ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ณ๐ข๐ช ๐‘๐š๐Ÿ๐š๐ž๐ฅ | ๐€๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐€๏ฟฝ...
2.3M 94.3K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...
116K 4K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...