My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] โ€ข Until the star in the galaxy dies, you have me โ€ข Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 22

11.8K 560 3
By MySerraa

Raysa melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Pintu ditutup perlahan.

"Raysa!" Panggil Aleeya. Gadis itu laju menghampiri Raysa.

"Macam mana tadi? Heriz cakap apa?" Hanya senyuman yang menghiasi wajahnya tika ini. Teruja betul dia mahu tahu apa yang dibincangkan mereka berdua tadi.

Raysa menayangkan senyum tipis buat Aleeya. Hambar.

"Okay je tadi." Balas Raysa ringkas. Kotak suara dibetulkan supaya tidak kantoi dia baru sahaja lepas menangis tadi.

"Okay je? Lagi? Takkan itu je? Heriz cakap apa?" Bertalu-talu soalan dituju buat Raysa.

"Dia nak bawa aku jumpa family dia esok." Mendatar Raysa membalas soalan Aleeya. Langsung tiada riak teruja. Hanya senyum ringkas ditayang.

"Seriuslah? Alhamdulillah!" Teruja Aleeya mengucap syukur seperti ini berita yang baik.

"So, kau akan berkahwin dengan dia kan?" Mata Aleeya sudah membulat teruja menanti jawapan Raysa. Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya dia ketika ini.

Raysa hanya mengangguk kepala perlahan.

"Alhamdulillah!" Sekali lagi Aleeya mengucap syukur.

"Ini berita baik, Raysa!" Senyum Aleeya makin melebar.

'Baik lah sangat.' Balas Raysa sekadar dalam hati.

"Tahniah, beb!" Aleeya sudah memeluk tubuh Raysa erat. Raysa hanya membalas pelukan Aleeya ringkas.

'Bukan tahniah yang kau patut ucap kat aku. Tapi, takziah.' Seketika senyumnya diukir sinis buat diri sendiri, seolah-olah mengejek diri sendiri yang kelihatan menyebalkan.

"Aku doakan perkahwinan kau dan Heriz akan kekal sampai bila-bila, Raysa."

Raysa hanya senyum mengangguk.

'Lebih baik kau doakan aku cepat keluar dari neraka ciptaan Heriz, Leeya.' Sekali lagi, dia hanya mampu menutur dalam hati.

"Raysa..."

Wajahnya dipalingkan ke arah Aleeya lantas mengangkat kedua-dua kening.

"Kau okay tak ni? Kau asyik diam je! Aku yang teruja lebih macam aku pula yang nak kahwin." Bibir Aleeya sudah memuncung sedepa. Ingat comel gamaknya...

Raysa senyum nipis buat Aleeya. "Okay lah tu, kau teruja bagi pihak aku."

"Leeya..."

"Boleh tak kau tolong aku cari pakaian yang sesuai untuk esok aku nak jumpa family dia?" Kalau bukan kerana dia akan berjumpa dengan keluarga Heriz, memang lambat lagilah dia akan bergaya sakan.

"Eh boleh! Mestilah! Petang ni kita keluar okay?" Bukan main teruja lagi Aleeya.

Raysa mengangguk saja sebelum membalas, "aku masuk bilik dululah. Aku belum solat lagi." Bahu kanan Aleeya ditepuk sekali sebelum berlalu pergi meninggalkan Aleeya yang terpinga-pinga sendiri.

•••

"Cuba kau try baju ni. Lawalah!" Sehelai dress labuh berwarna krim diberi kepada Raysa. Raysa hanya menggeleng tidak suka.

"Apsal warna dia macam ni? Warna hitam tak ada ke?" Bidas Raysa geram.

"Ish, mana boleh warna gelap! Kau nak pergi berkabung ke apa? Nampak suramlah!"

Raysa hanya menggulingkan biji mata ke atas. Membebel je mak cik ni.

"Kita kena pilih baju yang terang dan lembut. Barulah terserlah sifat kewanitaan kau."

Raysa menguap malas. Sesekali dia mengerling jam tangannya. Hampir sejam mereka bertapa dalam kedai ini sahaja.

"Ha, baju ni lawa!" Dress berwarna biru lembut dan reben yang dililit dipinggang ditayang kepada Raysa.

"Eii, tak!" Selamba Raysa membangkang.

"Ish, tak ada! Sekarang ni kau kena dengar cakap aku. Baju ni sesuai, Raysa. Percayalah cakap aku, bukan Heriz je akan terpikat, dengan adik dia sekali boleh tergoda tau!" Seketika Aleeya tertawa kecil dengan lawaknya sendiri.

Raysa sudah mencebik mulut. Apa yang kelakar entah...

"Macam mana kau tahu dia ada adik?" Sebelah keningnya terangkat, sengaja mahu menguji Aleeya.

"Aku teka je! Mana tahu betul." Dia sudah tersengih kecil. Raysa hanya menggeleng kepala perlahan.

"Kita beli baju ni." Laju sahaja Aleeya ke tempat kaunter tanpa sempat Raysa menghalang. Apa sahajalah buat gadis itu bahagia...

Selesai sahaja bayaran, laju Aleeya menonong keluar dari butik meninggalkan Raysa yang terpinga-pinga di belakang.

"Weh, tunggulah!" Mengah dia mengejar langkah Aleeya. Dia yang pakai selipar pun tak mampu mengejar Aleeya yang memakai heels.

"Kau ni lambatlah, Raysa! Kita nak pergi kedai rambut pula ni."

"Eh, buat apa?"

"Kita buat treatment rambut kau dan stailkan sikit lah. Esok aku boleh tolong dandankan selebihnya."

Raysa sudah menepuk dahi. "Tak payahlah, Leeya. Buang duit je lah! Jumpa sehari je."

"Sehari apanya? Lepasni kau akan berkahwin dengan Heriz, dah tentu kau akan kerap berjumpa dengan family dia. Apa punya soalan kau ni, Raysa?" Aleeya sudah melenting macam mak cik.

Raysa mengeluh perlahan.

"Kau jangan nak melawan cakap aku. Hari ini aku stylist kau. Faham?"

"Iya lah." Pasrah sahaja bunyinya.

"Jom." Lengan Raysa ditarik mengikut jejaknya.

•••

"Baju dah, rambut dah, kasut pun dah... apa lagi ya?" Jari telunjuk diketuk perlahan di dagu gaya berfikir.

"Makan."

Aleeya mengerut kening. Mata menghala ke arah Raysa yang sudah duduk bersila di atas lantai. Haih Raysa...

"Kita belum makan." Mulutnya sudah memuncung.

"Eh, itu tak penting sekarang." Selamba Aleeya menangkis kata-kata Raysa.

Raysa sudah ternganga memandang Aleeya. Tak penting dia kata...

"Hampir 5 jam kita berjalan dalam mall ni, belum termasuk masa kita sesat 30 minit tadi, kau kata makan tak penting? Kalau macam ni, memang tak sempat nak jumpa family dia esok." Raysa sudah mendengus kasar. Akibat geram, tubuh diangkat dari lantai.

"Ala, sabarlah kejap. Aku rasa ada lagi benda yang tertinggal."

"Ah tak ada! Kejap lagi bukan 'benda' yang tertinggal tapi kau yang aku tinggal kat sini nanti."

Aleeya dah mencebik mulut. Orang dah tolong, tak nak cakap terima kasih, kita pula dimarahnya.

"Dah, jom!" Tangan Aleeya ditarik mengikut langkahnya.

"Eh ke mana?" Dia sudah terpinga-pinga.

"Makan!"

"Kita belum habis shopping lagilah!"

"Ah, tak ada!" Raysa sudah tidak peduli sekarang ni. Perut dia daripada tadi buat konsert. Risau buat nasyid pula kejap lagi ni. Lebih baik dia cari makan daripada stress ikut Aleeya.

'Remember your words can plant gardens or burn whole forest down.'

Continue Reading

You'll Also Like

831K 30.6K 67
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ‘ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐ฅ๐ฒ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐๐š๐ข๐ฆ ๐…๐š๐ž๐ž๐ช | ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ง๐ข๐ฆ ๐„๐ซ๐ข๐š๐ง๏ฟฝ...
458K 19.1K 29
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ž๐œ๐ญ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ณ๐ข๐ช ๐‘๐š๐Ÿ๐š๐ž๐ฅ | ๐€๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐€๏ฟฝ...
116K 4K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
190K 10.5K 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. โ€ข ๐˜๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ซ๐ข๐ฌ๐ค ๐ˆ'๐ฅ๐ฅ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ญ...