My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] • Until the star in the galaxy dies, you have me • Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 21

12.5K 599 41
By MySerraa

"Movie apa tu?" Soal Aleeya dari belakang. Kaki perlahan menghampiri Raysa yang sedang menonton televisyen di sofa.

Raysa mengangkat kedua-dua bahu. "Entah. Aku tengok je." Hari ini merupakan hari minggu dan bengkelnya memang akan tutup. Disebakan dia terlalu malas untuk keluar hari ini, dia hanya duduk di rumah membuang masa sahaja. Nak pulang ke kampung, dia tidak sanggup berdepan dengan umi dalam keadaan emosi yang tak stabil begini.

"Kau okay tak ni?"

Raysa melepaskan keluhan berat. Belum sempat mulutnya hendak bersuara, ketukan pintu dari luar kedengaran.

Raysa terus memandang Aleeya dengan pandangan pelik. Masing-masing masih berkira-kira hendak buka atau tidak.

"Bukankah kita dah tutup pagar depan?" Soal Raysa perlahan. Hati sudah mula berdebar-debar.

Aleeya hanya mengangkat bahu sebagai balasan.

"Kau pergi bukalah!" Arah Raysa.

"Ish, apa pula aku? Kaulah!" Kesudahannya dua-dua tak nak buka.

"Ala, kaulah! Aku malas!"

"Tapi..."

Tok! Tok! Tok!

"Cepatlah, Leeya! Pergilah buka."

Aleeya berdengus kasar sebelum membalas. "Iya lah!" Tubuh diangkat dari sofa lantas menuju ke pintu. Sebelum membuka pintu sempat lagi dia membaca surah-surah yang sepatutnya. Mengelakkan perkara buruk terjadi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, mukanya berubah dingin.

'Mamat gila ni lagi...' bicara Aleeya perlahan dalam hati. Raysa terlihat sedang asyik menonton televisyen sehingga tidak peduli tetamu yang datang.

"Hai, Aleeya." Senyum ikhlas ditayang kepada gadis itu.

"Nak apa datang sini?" Kasar Aleeya membuka mulut. Dia tiada masa untuk melayan perkara yang membuang masa seperti ini.

"Saya nak jumpa dengan Raysa."

Terangkat kedua-dua kening Aleeya.

"Boleh?"

"Err... bo... boleh. Jap saya panggil Raysa." Tergagap Aleeya membalas. Tidak sangka dia lelaki itu ingin berjumpa dengan Raysa. Petanda baikkah?

"Baiklah, saya tunggu kat kereta, ya?"

Aleeya hanya mengangguk ringkas. Laju kaki menghampiri figura Raysa.

"Raysa!"

Raysa hanya menggumam perlahan.

"Heriz datang nak jumpa kau."

"Ha?!" Terkejut benar dia mendengar berita dari Aleeya. Ada apa lelaki itu hendak berjumpa dengannya? Sungguh dia belum cukup kuat untuk hadap Heriz buat masa ni. Seketika keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"Pergilah jumpa dia. Aku tengok mood dia macam baik je. Mungkin ini permulaan yang baik. Kan?" Aleeya sudah teruja.

Raysa hanya memandang Aleeya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Aku tak nak jumpa dia. Suruh dia balik." Kasar Raysa membalas.

"Eh, kenapa pula? Mana boleh macam tu, Raysa. Susah-susah dia datang nak jumpa kau. Kau pula tak nak jumpa dia."

"Pergilah jumpa dia. Sekejap pun jadilah." Pujuk Aleeya.

Raysa mengeluh perlahan. "Tak nak."

"Ish, degillah kau ni! Pergilah jumpa dia, Raysa." Aleeya sudah geram dengan kerenah Raysa. Tangan gadis itu ditariknya supaya bangkit dari sofa.

"Ya lah! Tak payah lah tarik tangan aku!" Bidas Raysa geram.

Aleeya tersengih kecil sebelum melepaskan tangan Raysa.

Dengan malas Raysa melangkah keluar dari rumah.

•••

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Dengan suara malas Raysa bersuara.

Heriz tersenyum sinis. "Kenapa? Nak jumpa dengan bakal isteri pun tak boleh ke?" Sengaja perkataan 'bakal isteri' ditekankan.

"Sejak bila aku bakal isteri kau ni?!" Bentak Raysa kasar.

"Kau dah lupa ke? Kita akan kahwin tak lama lagi." Balas Heriz selamba. Tangan disilang ke dada. Tubuhnya yang tersandar dikereta dipandang geram oleh Raysa.

"Gila." Hanya itu balasan Raysa. Sungguh dia sudah banyak bersabar dengan lelaki ini dan Raysa sendiri tak tahu di mana dia dapat kesabaran yang tinggi macam ni untuk hadap seketul Heriz!

"Kau cakap aku apa?" Heriz melangkah ke arah Raysa. Belum sempat Raysa mengundur ke belakang, tangannya ditarik kasar membuatkan belakangnya tersandar di kereta. Heriz mengepung gadis itu dengan tangan kiri. Tangan kanan mengusap pipi Raysa lembut. Gadis itu sudah memalingkan wajah ke tepi, tidak sanggup disentuh oleh lelaki itu.

"Kau cakap aku gila?" Dagu Raysa dipaut lembut membuatkan mata Raysa memandang mata Heriz. Tangan gadis itu sudah mengepal penumbuk, mencari kekuatan.

"Aku belum tunjuk gila aku lagi, Raysa. Ini baru sikit." Perlahan tetapi keras nada lelaki itu. Mulutnya didekatkan ditelinga gadis itu. Ditiup perlahan telinga kanan Raysa, sengaja mahu membuat Raysa rasa tidak selesa. Gadis itu hanya menggigit bibir menahan tangis. Sungguh dia rasa seperti perempuan tiada maruah diperlakukan Heriz seperti ini.

"Soon, I will show you how crazy I am." Heriz berbisik di telinga gadis itu. Kedengaran perlahan tetapi keras nadanya. Tangan yang memaut dagu Raysa, dipaut lebih kuat membuatkan gadis itu mendesis sakit.

Seketika dia tersenyum melihat Raysa menahan sakit. Tangan gadis itu yang memegang tangannya dipandang jijik. Raysa terlihat bersungguh ingin meleraikan tangan Heriz di dagunya.

"Get your hands off me. Now." Dingin Heriz berbicara.

Raysa terkelu seketika sebelum lambat-lambat dia melepaskan tangan lelaki itu.

"I'm the only one who can touch you. You can't touch me without my permission." Keras Heriz memberi amaran.

"Faham?" Wajahnya didekatkan dengan wajah Raysa membuatkan jarak mereka tinggal beberapa inci sahaja.

Laju Raysa menganggukkan kepalanya.

Heriz melepaskan dagu Raysa kasar.

"Aku nak bawa kau jumpa family aku esok."

Raysa sudah membulat mata.

"Kita akan kahwin tak lama lagi. Mestilah kau kena jumpa keluarga aku."

"Tapi..."

"No objection, Raysa Amanda. You like it or not, we're getting married soon."

Raysa menggeleng kepala laju.

"Habistu, kau nak aku cakap dengan umi yang aku nak kahwin?"

Heriz mengangguk selamba.

"Apa yang susah sangat? Lepas kau jumpa family aku, aku akan jumpa family kau. Aku tak ada lah kejam sangat sampai nak rampas kau dari keluarga kau sendiri."

Raysa hanya diam.

"Lagi satu, aku nak esok bila aku datang jemput kau, kau bukan Raysa Amanda yang aku kenal. Yang comotnya, kasar, hodoh semualah! You need to change yourself before tomorrow, Raysa Amanda. Aku tak nak bawa kau jumpa family aku dengan penampilan selekeh kau ni!" Kasar Heriz mencemuh Raysa. Gadis itu hanya diam sahaja.

"Kau buatlah apa yang patut pada diri kau. Yang aku tahu, esok kau bukan Raysa Amanda yang serupa perempuan tak siap. Faham?!" Serupa bos Heriz mengarah Raysa. Gadis itu menundukkan kepala tidak mahu bertentang mata dengan Heriz.

"Eh, aku tengah cakap dengan kau kan?" Rambut Raysa yang diikat tocang ditarik kasar membuatkan gadis itu terdongak kepala memandang Heriz. Air mata sudah bertakung di tubir mata, menunggu masa sahaja hendak pecah.

"When I'm talking to you, you have to look at me." Keras Heriz menutur bicara.

"Faham?!"

Raysa mengangguk laju kepalanya.

"Belum jadi isteri, dah biadap!" Rambut Raysa dilepas kasar. Gadis itu memegang kepalanya yang sakit akibat perbuatan Heriz.

Dengan wajah tidak bersalah, Heriz melangkah masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Raysa seorang diri di luar rumah dengan tangisannya. Dengan nada yang perlahan, dia melepaskan tangisannya untuk kesekian kalinya.

'With all the smile you brought me, I never thought that you could cause me so many tears.'

Continue Reading

You'll Also Like

831K 30.6K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐚𝐞𝐞𝐪 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧�...
2.3M 94.3K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...
927K 40.2K 63
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...
156K 13.7K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...