My Perfect Love

Door MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] โ€ข Until the star in the galaxy dies, you have me โ€ข Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... Meer

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 19

11.5K 570 15
Door MySerraa

Angin yang menampar lembut wajahnya tidak dihiraukan. Yang lebih memeningkan fikirannya kini adalah amaran Datin Haila sebentar tadi. Walaupun sudah hampir sejam dia berada di luar rumah, hatinya masih tak tenang memikirkannya.

Seketika hati dipenuhi amarah, tangan dikepal membentuk penumbuk.

"Ini semua sebab kau, Raysa! Kalau bukan sebab perasaan bodoh kau tu, aku dah lama dapat dia!" Dengusan kasar terlepas dari bibirnya.

"Siapa Raysa?" Soal seseorang dari arah belakang membuatkan kepala Heriz berpaling ke arahnya sebelum keluhan berat dilepaskan. Mulut masih diam membisu.

"Aku tanya, siapa Raysa?" Soalnya lagi.

"Kau tak payah sibuklah, Haireez." Keras suara Heriz membalas.

"Kenapa aku tak boleh sibuk? Tak salah kan aku nak tahu?" Lelaki itu masih ingin memancing kemarahan Heriz.

"Dia pernah jadi kawan baik aku dulu!" Akhirnya, Heriz menjawab juga pertanyaan Haireez.

"Pernah? Kenapa pernah? Sekarang dia siapa bagi kau?" Lelaki itu masih hendak mengorek rahsia dari Heriz.

"Musuh. Musuh paling ketat." Dingin Heriz membalas. Haireez sudah mengerut kening seribu.

"Apa maksud kau? Apa yang dia dah buat pada kau sampai kau anggap dia musuh?"

"Disebabkan perasaan bodoh dia, kononnya cintakan aku, sekarang aku hilang orang yang aku cinta!" Suaranya sudah dinaikkan seoktaf. Amarah menyelubungi dirinya tika ini. Mana mungkin dia akan lupakan peristiwa dia ditolak mentah-mentah hanya disebabkan seorang perempuan. Mengarut.

"Orang yang kau cinta? Kau cintakan siapa pula ni, bang?" Naik pening Haireez dengan abangnya itu. Cakap sepatah-sepatah, bukannya nak cerita penuh, orang pula nak kena tanya dia!

Heriz mengeluh perlahan sebelum menceritakan semuanya kepada Haireez supaya lelaki itu tak perlu tanya lagi lepas ni. Rimas!

Haireez mengangguk mendengar cerita Heriz.

"Lepastu, kau berdendam, disebabkan dia, kau tak dapat Aleeya?"

Heriz mengangguk perlahan.

"Kau ni kan, nak cakap bodoh, kerja pilot. Nak cakap bengap, nanti marah." Sinis Haireez berbicara.

"Apa masalah kau ni tetiba je nak cakap aku bodoh?" Heriz sudah mula naik angin.

"Jangan disebabkan cinta kau yang kononnya tulus tu, memusnahkan kehidupan orang lain, Heriz. Tak ada siapa bersalah dalam hal ni terutama sekali Raysa." Ujar Haireez dengan nada serius.

"Oh, jadi kau nak backup dia?" Bibir terjungkit sebelah. Sinis.

Haireez hanya diam. Matanya tajam memanah mata Heriz, seolah-olah tidak gerun dengan renungan abangnya.

"Aku akan terus berdendam dengan dia sampai aku dapat Aleeya. Kalau dengan memusnahkan kehidupan dia, mampu memadamkan api dendam dalam hati aku..."

"Aku sanggup." Heriz menepuk bahu kanan Haireez perlahan sebelum bahu itu dilanggarnya kasar lantas dia berlalu pergi dari situ.

Haireez hanya diam, lidah menolak dinding pipi dari dalam.

•••

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan.

Tok! Tok! Tok!

Sepi.

Belum sempat tangannya hendak mengetuk sekali lagi, pintu dibuka dari dalam.

Klik!

Mata merenung figura di sebalik pintu.

"Hai, Aleeya!" Sapa Heriz mesra seolah-olah apa yang terjadi antara mereka sebelum ini langsung tidak terkesan di hatinya.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Aleeya dingin.

"Saya nak jumpa awak."

"Untuk apa? Saya rasa kita dah tak ada apa-apa urusan lagi." Balas Aleeya kasar. Matanya tidak lepas menjeling Heriz tajam. Dalam hati sudah berdoa supaya Raysa tidak pulang pada waktu-waktu begini.

"Aleeya, please... bagi saya peluang untuk bahagiakan awak. Saya janji, saya akan pastikan awak bahagia dengan saya." Rayu Heriz.

"Saya dah cakap kan saya tak berminat nak kenal dengan awak. Apa lagi yang awak tak faham ni?!" Suara Aleeya sudah melengking kuat.

"Tapi saya serius nakkan awak, Aleeya. Saya nak kahwin dengan awak, nak jadikan awak isteri saya yang sah." Luah Heriz jujur. Biarlah gadis itu tahu niat ikhlasnya ini, mana tahu Aleeya akan berlembut hati lepasni.

"Eh, Heriz! Apa masalah awak ni?! Saya tak sukakan awak, jauh sekali nak jadikan awak suami saya tau! Kalau awak nak kahwin, cari orang lain! Cari orang yang sayangkan awak. Bukan saya! Saya tak sayangkan awak!" Sungguh hatinya membara panas tika ini. Menghadap lelaki ini seumpama menghadap 10 ekor lembu gayanya. Tak faham bahasa!

"Tapi saya sayangkan awak, Aleeya. Saya ikhlas sayangkan awak." Kendur sahaja Heriz membalas kata-kata Aleeya. Dia dah tak berdaya ingin bertikam lidah lagi dengan gadis itu.

Aleeya diam membisu seketika seperti sedang berfikir.

"Betul awak sayangkan saya?" Soal Aleeya inginkan kepastian.

Heriz mengangguk laju.

"Kalau betul awak sayangkan saya..."

"Kahwin dengan Raysa. Bahagiakan dia."

Seketika mata Heriz membulat. Hati dibalut rasa amarah yang tiba-tiba datang menjelma apabila nama itu terpacul keluar dari bibir gadis itu. Dengusan kasar dilepaskan.

"Apa awak merepek ni, Aleeya?" Nada suara yang tertahan sedaya upaya cuba dikawal. Jika tidak difikirkan di hadapannya sekarang adalah gadis pujaannya, sudah lama lebam wajah itu dikerjakan. Dia cukup pantang apabila nama itu disebut-sebut.

"Saya tak merepek. Saya serius. Kalau betul awak sayangkan saya, kahwin dengan Raysa. Bahagiakan dia, sayangkan dia sebagaimana awak sayangkan saya."

"Apa saya dapat kalau saya ikut permintaan awak? Saya mahukan pulangan." Bibir terjungkit sinis.

"Awak akan dapat rasa keikhlasan cinta yang sebenar, Heriz. Saya tahu Raysa mampu memberikan awak rasa cinta yang awak dambakan."

Lelaki itu berdecit sinis.

"Kalau awak tak buat apa yang saya pinta, saya akan anggap luahan perasaan awak selama ni hanyalah omongan kosong sahaja." Aleeya serius dengan kata-katanya kini.

"Awak cabar saya?"

Aleeya tersenyum sinis seketika. "Rasa tercabar ke?"

Heriz sudah mengepal kuat tangan kirinya. Dada yang berombak kasar tidak dihiraukan.

Aleeya hanya beriak selamba walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Dia terpaksa bertindak sebegini supaya Heriz sedar masih ada orang yang boleh sayangkan dia lebih dari dia sayangkan dirinya sendiri. Biar dia tahu cinta yang sebenar itu bagaimana. Biar dia lihat sendiri ketulusan Raysa.

'Stop crossing oceans for people who won't jump puddles for you.'

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

921K 40K 63
WARNINGโ—๏ธMaaf, cerita ini agak hambar ya ๐Ÿ˜Œ โ€ขTypo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...
82.9K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
658K 28.8K 69
โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹†๐‹๐จ๐ฒ๐š๐ฅ ๐ก๐ฎ๐ฌ๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ > 1 ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹† ๐๐ฎ๐ซ ๐‡๐š๐ง๐ง๐š๐ก ๐ˆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐— ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ฌ๐ฒ๐ช ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐š๐ณ ๐๐จ๐ฅ๐ข๏ฟฝ...
233K 11.4K 51
๐Š๐€๐’๐˜๐€๐… ๐”๐๐€๐’๐‡๐€ ๐— ๐„๐‹๐˜๐๐€ ๐…๐€๐‘๐ˆ๐’๐‡๐€ "Hello, sweetie!!!" SAMBUNGAN KEPADA PEMILIK HATI ENCIK DUDAโ€ผ๏ธ Seusia 23 tahun , Kasyaf Uqasha...