My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] ā€¢ Until the star in the galaxy dies, you have me ā€¢ Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 12

10.9K 629 92
By MySerraa

"Hai, Raysa!" Sapa Heriz mesra.

"Eh, Heriz! Buat apa kat sini?!" Terkejut besar dia melihat figura Heriz di hadapan rumahnya pagi-pagi begini. Dia tengah bersiap-siap hendak ke bengkel. Apa lelaki ni nak muncul di sini ya?

"Tak cakap pun nak datang."

"Saja. Surprise." Sengih Heriz.

"Aku pergi kuliah dulu tau, Raysa." Ujar Aleeya dari dalam rumah. Kakinya laju menuju ke rak kasut.

Heriz sudah memandang Aleeya dengan pandangan teruja.

"Kejap." Belum sempat Aleeya mahu melangkah jauh, langkahnya dihentikan oleh suara Heriz. Ditoleh wajah ke arah lelaki itu.

"Saya ada belikan nasi lemak. Nah!" Hulur Heriz dengan senyuman manis. Ceria sahaja wajahnya ketika ini.

Aleeya teragak-agak mahu mengambilnya. Matanya memandang Raysa dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Tak apa, awak jangan risau. Untuk Raysa pun ada." Sambung Heriz. Dia macam tahu saja apa yang berada dalam fikiran Aleeya.

"O-kay. Terima kasih." Lambat-lambat tangannya menyambut huluran itu.

Raysa hanya melihat dengan wajah yang sudah keruh. Jauh dalam sudut hatinya, terselit perasaan cemburu. Mengapa Heriz beri pada Aleeya dahulu? Kenapa tidak dia? Dia bukan lagi keutaamaan lelaki itukah?

"Aku pergi dulu, Raysa. Kau jaga diri, okay!" Masuk sahaja ke dalam kereta, enjin dihidupkan sebelum meluncur laju ke jalan raya.

Mata Heriz tidak beralih dari memandang Aleeya sehingga gadis itu hilang dari bayangnya juga dipandangnya.

"Woi!" Bahu Heriz ditepuk kuat oleh Raysa. Terhinggut bahunya terkejut. Mana tak terkejut, angau sangat sampai sekeliling pun tak kisah dah.

"Kau pandang apa lagi? Dia dah tak ada!" Ujar Raysa kasar. Tangan sudah disilang ke dada.

Heriz mencebik mulut seketika sebelum bibirnya diukir senyum manis. "Eh, aku rasalah kan, aku dah jatuh cinta lah, Raysa." Sambung Heriz dengan muka angaunya.

Hati Raysa sudah mula tak sedap. "Kau jatuh cinta dengan siapa pula?"

"Aleeya, kawan kau tu lah! Takkan kau kot! Kau ganas, tak macam perempuan, risau betul aku nak jatuh cinta dengan kau." Balas Heriz selamba diselangi ketawa yang kuat. Seolah-olah apa yang dibicaranya tadi tersangatlah kelakar.

Dang!

Hati Raysa bagai dihempas ke lantai berkali-kali, dihentak ke dinding dengan kelajuan yang maksima, dihenyak dan direnyuk sekuatnya. Itu yang dirasakan sekarang. Dada yang berombak laju, cuba dikawal sebaik mungkin.

"Kau dengar tak ni, Raysa?" Soal Heriz apabila melihat Raysa seperti tidak merespon. Bermimpi di siang harikah gadis ini?

"Ha, dengar! Aku dengar je!" Jawab Raysa gelabah.

"Kau kena tolong aku, Raysa."

"Tolong apa?"

"Tolong aku dapatkan dia." Hanya sebaris ayat tapi mampu meretakkan sekeping hati. Mampu membuatkan air mata yang disimpan rapi mengalir lesu ke pipi. Mampu mencarikkan perasaan menjadi debu-debu yang tiada makna. Sungguh dahsyat impak cinta pada manusia.

"Kau... ser-serius ke?" Soal Raysa tergagap-gagap. Bibir yang menggigil digigit perlahan.

"Aku serius nakkan dia. Aku tak main-main, Raysa. Sepanjang kau kenal aku pun, pernah ke aku main-main dengan kau? Tak kan? Macam tu juga lah dengan dia. Tapi dia lebih sikit sebab..."

"Aku suka dia." Ujar Heriz dengan senyum simpulnya. Muka membahang malu.

Air mata jernih yang bertakung di tubir mata, sebaik mungkin ditahan. Tidak mungkin dia mahu menunjuk kelemahannya di depan lelaki ini. Tidak akan!

"Tolong aku eh Raysa? Lagipun kau kan kawan aku. Dia pun kawan kau. Kau mesti nak tengok dia bahagia kan? Tolong aku eh?" Merayu Heriz dengan mata berharapnya.

'Perlukah aku korbankan hati dan perasaan aku untuk kawan aku sendiri?' Soal Raysa sekadar dalam hati.

"Dia akan bahagia dengan aku, Raysa. Aku akan pastikan dia wanita terbahagia bila dengan aku nanti. Aku janji." Ujar Heriz bersungguh-sungguh.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Heriz mengerut kening melihat kelakuan Raysa yang berubah seketika. Tetapi dia buat tak endah sahaja, mungkin gadis itu sakit.

"Kalau kau mampu buat dia bahagia..."

"Okay, aku tolong."

"Betul?" Mata Heriz seakan bercahaya. Senyum sudah melebar.

Raysa senyum manis sebelum lama-lama menjadi hambar. Kepala diangguk perlahan.

"Yes! Thank you, Raysa! Kau memang kawan yang baik!" Ujar Heriz dengan wajah yang gembira.

"Wuhuuu!" Soraknya gembira.

Raysa hanya menyaksikan kegembiraan Heriz dengan hati yang berkecamuk. Akhirnya, air mata yang cuba ditahan, mengalir setitik di pipi sebelum dipalingkan wajahnya ke tepi, air mata diseka kasar.

•••

"Hai, Raysa!"

Kepalanya dipusing memandang gerangan yang memanggil namanya. Senyuman mekar lebar ke arah gerangan tersebut.

"Heriz!"

Lelaki itu hanya tersenyum manis.

"Kau baru balik ke?" Matanya tertancap ke arah uniform pilot yang disarung di tubuh Heriz. Segak!

"Ha'ah. Aku baru balik terus datang sini."

"Kenapa? Kau rindu aku ke?" Senyum senget ditayang ke arah Heriz diselangi tawa yang kuat.

"Ish, mana ada! Lambat lagilah aku nak rindu kau! Ni ha, aku nak minta tolong kau bagi ni kat Aleeya." Ujar Heriz. 'Benda' yang berada di tangannya diserah ke arah Raysa.

Raysa sudah kerut kening sebelum lambat-lambat menyambut huluran lelaki itu.

"Apa ni?"

"Ni souvenirs untuk Aleeya. From Japan." Kedua-dua kening diangkat berkali-kali dengan senyum sengetnya.

"Untuk Aleeya? Habistu aku punya mana?"

Heriz berdecit kecil sebelum menggaru kening kanannya.

"Ala, kau punya aku lupa lah! Chill je lah, kau kan dah selalu dapat. Ni first time aku bagi Aleeya." Balas Heriz dengan muka tak bersalahnya.

"Lagipun, kau kan dah janji nak tolong aku..." mata meliar melihat sekeliling seketika sebelum mendekatkan wajahnya ke telinga Raysa.

"Dapatkan Aleeya untuk aku." Sambungnya perlahan.

Raysa menelan liur kesat. Hati berkecamuk. Mata yang berair memandang sayu wajah tampan Heriz.

Heriz tergamam memandang mata Raysa yang berair.

"Raysa, kenapa kau menangis ni?" Lelaki itu sudah gelabah melihat air mata Raysa. Tangannya memegang kedua belah bahu gadis itu.

Raysa gelak hambar sebelum mengelap air mata yang mengalir setitik ke pipi.

"Mana ada aku menangis." Nafi Raysa.

"Tipu."

"Betul lah. Aku cuma..." Raysa kembali memandang wajah Heriz. Mereka melawan pandangan. Raysa dengan pandangan sayunya, Heriz dengan pandangan bingungnya.

"Aku gembira kau dah jumpa perempuan yang terbaik untuk kau." Bibir diketap seketika menahan tangis.

Heriz menguntum senyum.

"Kau ni kan, buat aku takut je! Kau tak payah lah menangis terharu sangat. Kau tetap kawan baik aku, Raysa. No matter what happen."

Raysa hanya senyum hambar.

"Dah, jangan menangis lagi." Ubun-ubun kepala Raysa diusap lembut serupa kanak-kanak. Senyum diukir ikhlas untuk gadis itu.

Makin deras air mata Raysa mengalir.

'Heriz... kalau kau tak sukakan aku, kenapa kau layan aku macam ni?' Sayu Raysa berbicara dalam hati. Hatinya remuk berkali-kali namun wajah tetap ditayang senyum buat lelaki itu. Tak pernah pudar senyumannya buat Heriz.

'You're not sensitive. You're not overreacting. If it hurts, it hurts.'

Continue Reading

You'll Also Like

ARIES (C) By ā

Mystery / Thriller

1.2M 66.1K 66
š‚šŽšƒš„ : šš€š‘š€š‡ šŽš“š€šŠ + šƒš„š‘š€ šŸšŸ–+ ā€¼ļø š“šØš© šŸ š‡š¢š š”šžš¬š­ š‘ššš§š¤š¢š§š  - š‡ššš©š©š² (šŸšŸ-šŸšŸ) š“šØš© šŸ š‡š¢š š”šžš¬š­ š‘ššš§š¤...
185K 7.4K 25
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
158K 13.9K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
458K 19.1K 29
š”š§ššžš« š“šžš§š š¤š® š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šŠš§šØš°š§ š€š¬ š‡š¢š¬ ššžš«šŸšžšœš­ š–š¢šŸšž š“šžš§š š¤š® š‡ššš³š¢šŖ š‘šššŸšššžš„ | š€ššžš„š¢šš š€ļæ½...