My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] โ€ข Until the star in the galaxy dies, you have me โ€ข Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 6

13K 695 2
By MySerraa

Enjin motornya dimatikan sebelum bergerak perlahan ke restoran mewah. Gerangan seseorang dicari. Mata meliar sebelum namanya diseru.

"Raysa!"

Raysa menggulingkan biji mata ke atas sebelum bergerak pantas ke arah gerangan tersebut. Tubuh diduduk kasar.

"Manda!" Betulnya.

Dia hanya senyum seperti tidak terkesan dengan pembetulan Raysa.

Raysa mendengus kasar, rambut yang serabai, diikatnya kemas. "Aku nak pergi potong rambut nanti."

"Eh kenapa?" Aleeya sudah terkejut mendengar kata-kata Raysa.

"Rimaslah rambut panjang-panjang!" Balas Raysa kasar.

"Ala, biarlah macam ni. Lawa lah! Lagi lawa kalau kau pakai tudung. Macam aku." Aleeya tersengih, selaku kawan baik Raysa. Pembetulan, kawan baik perempuan Raysa. Dia saja yang ikhlas hendak berkawan dengan Raysa. Dirinya ni kan kasar jadi siapa sahaja mahu berkawan? Gadis itu je yang pelik.

Cakap pasal tudung, Raysa mengeluh perlahan.

"Aku belum bersedia." Ringkas Raysa membalas. Dia bukan apa, nak pakai pakaian perempuan pun tak suka, inikan nak pakai tudung. Mungkin satu hari nanti.

"Nak tunggu bersedia, sampai bila-bila pun tak bersedia, Raysa. Kita yang kena paksa diri kita sendiri. Menutup aurat itu satu kewajipan tau." Nasihat Aleeya lembut. Raysa tak nafikan, Aleeya memang seorang yang lemah lembut. Kalau dirinya ni lelaki, dah lama dia mengorat. Tapi itu lah, Aleeya ni jual mahal sikit. Mana nak layan lelaki sebarangan?

"Iya lah. Insha Allah ya?" Raysa tahu dirinya tak boleh lawan bila Aleeya dah buka ceramah di sini. Buku menu dibelek perlahan. Mata Raysa laju melihat harga. Terbeliak biji mata. Air liur pula sudah ditelan kesat.

"Leeya!" Bisik Raysa memanggil.

"Apa?" Aleeya sudah terangkat dua-dua kening.

"Mahalnya!" Bentaknya perlahan, tidak mahu sesiapa mendengar.

Aleeya sudah ketawa kecil. Ketawa pun masih nampak cantik, kalau dia ni, dah nampak macam beruk tengah berak.

"Kau gelak kenapa? Aku serius ni!" Bentak Raysa geram. Tapi nada suara masih diperlahankan.

"Tak apa lah, aku bayar. Kau nak risau apa?" Balas Aleeya setelah tawanya reda.

"Ish tak nak lah aku! Jom lah kita pergi mamak. Lagi murah." Tubuh sudah diangkat untuk beredar sebelum tangannya dipegang lembut, menahannya dari pergi.

"Tak payah lah. Kita dah ada di sini kan? Kalau gerak, lagi malu." Ujar Aleeya. Mata meliar melihat sekeliling, mana tahu ada yang memandang.

Raysa mengeluh perlahan sebelum kembali duduk. Betul juga kata Aleeya itu. Haih...

"Kau order je, tak payah lah takut. Aku bayar." Selamba Aleeya berbicara. Aleeya memang anak orang kaya tapi dia sangat rendah diri, sebab itu Raysa suka berkawan dengannya. Dia tak seperti tipikal orang kaya yang mahu menunjuk kekayaan semata.

Raysa mengangguk perlahan.

"Hujung minggu ni kau balik kampung ke?" Aleeya bersuara setelah minuman dan makanan dipesan.

Raysa mengangguk lagi. "Aku nak jenguk umi. Minggu lepas aku tak balik." Macam mana nak balik kalau banyak sangat kereta kena repair minggu lepas. Terpaksa lah siapkan.

Aleeya hanya mengangguk kepala.

"Kau nak ikut?" Pelawa Raysa. Memang setiap kali dia balik kampung, Aleeya ikut serta sekali jika ada masa lapang.

Aleeya kemudian menggeleng. "Aku ada assignment tak siap lagi. Tak apa lah, kau balik je lah. Nanti kalau aku free, aku ikut kau." Jelas Aleeya.

"Okay."

•••

"Assalammualaikum umi!" Laju Raysa melangkah masuk ke dalam rumah kayu sebelum tubuh umi dicari.

"Wa'alaikumussalam, kat dapur ni!" Laung umi dari dapur. Terus mekar senyuman di bibir Raysa mendengar suara umi. Kaki kemudian menapak ke dapur, terus dipeluk erat tubuh tua itu.

"Manda rindu umi!" Ujar Raysa manja. Pipi umi dikucup berkali-kali sampai umi naik rimas. Tergelak kecil Raysa melihat reaksi umi.

"Raysa apa khabar?" Tangan umi disalam lembut.

"Sihat je, umi." Umi memanggilnya Raysa. Selain Aleeya. Sebab kata umi, nama itu manis dan lembut. Masalahnya, anak dia yang seorang ini tak cukup manis. Lembut jauh sekali.

"Umi sihat? Manda minta maaf tak balik minggu lepas." Ujar Raysa serba salah. Sebenarnya dalam dirinya ini penuh dengan rasa serba salah sebab tak balik, padahal dah janji. Tapi disebabkan kerja, dia terpaksa tangguh nak balik.

"Umi sihat. Ala tak apa lah. Yang penting Manda dah balik sekarang. Kan?" Ujar umi lembut. Kepala Raysa diusap lembut.

"Umi masak apa tu? Macam sedap! Perut Manda dan berbunyi ni." Meleleh air liur tengok lauk umi masak. Umi bab memasak memang tip top. Dia belajar memasak pun dari umi lah. Jangan tanya kenapa dia nak memasak pula. Umi yang paksa huhu.

"Umi masak kari ayam. Jomlah kita makan sekali." Pelawa umi.

"Jom!"

•••

Angin malam yang menampar lembut wajah Raysa, dibiarkan. Sesekali mata ditutup menikmatinya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Macam berat je masalah tu, kuat betul tarik nafas." Tegur umi dari belakang sebelum duduk di sebelah Raysa di tangga rumah. Mana lah umi dengar dia tarik nafas kuat? Dia rasa perlahan saja. Memandai ni.

"Mana ada masalah." Nafinya lembut. Dia pun tak tahu apa yang ada dalam fikirannya kini.

"Umi tahu anak umi macam mana. Jangan lah nak berbohong dengan umi." Belakang tubuhnya diusap umi lembut.

"Umi..." panggil Raysa lembut.

"Iya?" Umi menyahut.

"Umi nak Manda sambung belajar ke?" Soalnya perlahan.

Sepi.

"Itu permintaan arwah abah, Raysa. Dia nak sangat anaknya berjaya, hidup senang, dan ada kehidupan yang baik. Lebih baik dari sekarang." Balas umi lembut.

"Masalahnya umi, hidup sekarang okay apa. Manda bahagia je sekarang ni, umi." Bidas Raysa lembut. Dia memang kasar, tapi dengan orang lain. Bukan dengan umi, orang yang mengandung, melahir, dan membesarkannya.

"Sekarang memang lah Raysa cakap macam itu. Tapi untuk masa akan datang? Takkan Raysa nak kerja di bengkel kereta tu sampai bila-bila? Sampai tua? Nanti dah berkahwin pun masih mahu mengusahakan bengkel itu? Apa pula cakap suami Raysa nanti?" Soal umi bertalu-talu membuatkan Raysa terkelu.

"Kita tak boleh fikir untuk jangka masa yang singkat saja, Raysa. Kita kena fikir jauh juga. Sebab kita bukan nak hidup untuk hari ini saja." Nasihat umi lembut.

"Sambunglah belajar. Soal duit jangan risau, umi ada simpanan." Tangan Raysa diusap lembut.

Raysa hanya memandang umi dengan pandangan sayu sebelum memeluk erat tubuh tua umi.

'Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.'

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 94.3K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...
663K 29K 69
โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹†๐‹๐จ๐ฒ๐š๐ฅ ๐ก๐ฎ๐ฌ๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ > 1 ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹† ๐๐ฎ๐ซ ๐‡๐š๐ง๐ง๐š๐ก ๐ˆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐— ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ฌ๐ฒ๐ช ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐š๐ณ ๐๐จ๐ฅ๐ข๏ฟฝ...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
928K 40.2K 63
WARNINGโ—๏ธMaaf, cerita ini agak hambar ya ๐Ÿ˜Œ โ€ขTypo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Ar...