Di Dalam Genggaman Mr. Jayden

ByMePutri

37.9K 1.7K 120

'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakuka... Еще

Prolog
BAB 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21

13

1.7K 82 5
ByMePutri

_____________

"I'm free."

_____________

Telefon bimbit Jayden berdering menandakan ada sebuah panggilan.
Dia mencapai objek berbentuk petak itu sebelum membaca nama si pemanggil.

"Hello Grey?" Sapa Jayden.

"Er.. Hai Awak."

Jayden diam sejenak. Dia kembali melihat pada skrin telefonnya untuk memastikan siapa yang baru sahaja menghubunginya. Memang benar nama yang tertera adalah Grey Hunter. Jayden kembali mendekatkan telefon itu ke telinganya.

"Hazzel?"

"Iya.. Ni saya."

"Ada apa sayang?" Jayden bersandar di kerusi. Secara automatik bibirnya menguntum senyum. Bagi Jayden, Tiada suara yang lebih indah dari suara Hazzel Elvianna.

"Saya nak minta izin.... Saya-... Saya Nak keluar. Tapi jangan risau, Grey akan ada sekali dengan saya."

Jayden diam. Dia mengetap giginya.

"Nak pergi mana?" Soalnya dingin.

Hazzel terkelu mendengar Suara Jayden sudah berubah dingin. Dia memandang Grey di sebelah.

"er.. Nak shopping? Saya tak nak shopping online. Shopping online tak best. Boleh lah Jayden.. Please?"

"Kali ni je.." sambung Hazzel lagi setelah lelaki itu diam dari tadi.

"Nope. Tak boleh!" Jayden mematikan terus panggilan tersebut. Dia mencampak telefonnya ke atas meja dengan kasar.

Entah kenapa hatinya kuat mengatakan Hazzel ingin melarikan diri darinya. Dan perkara itu tak akan pernah berlaku. Jayden rasa Hazzel semakin berani untuk cuba melangar arahan darinya dan itu membuatkan Jayden rasa sangat marah dan kesal terhadap gadis itu.

___________

Hazzel mendecit geram. Dia menghulurkan telefon itu pada grey semula.

"Macam mana? Dia bagi tak?" Soal Grey lalu menyambut huluran Hazzel.

"Memang tak lah dia bagi! Saya dah cakap kita keluar je senyap-senyap. Kalau kita tanya memang tak lah dia nak bagi saya keluar. " Hazzel mengomel sambil memeluk tubuh.

Grey mengaru tengkuknya. Sejujurnya dia kasihan melihat Hazzel terkurung sahaja di rumah, tapi dia tak boleh melangar arahan dari Jayden.

"Kita tak boleh keluar senyap-senyap Cik Hazzel."Ucap Grey.

" Dah kenapa pula? "

" Sebab Cik Hazzel tak kenal Tuan J tu orangnya macam mana.. "Sambung Grey.

" Bagi awak Tuan J tu macam mana?! Dia biasa je kan? Yang dia tahu nak marah je. Kenapa dia kurung saya dekat rumah dia? dia fikir saya ni apa? Barang ke? "

" Saya kenal dia pun tak. Pertama kali jumpa pun dekat rumah Cik Mia tempoh hari. Tahu-tahu dia culik saya. Lepastu saya kena ikut je apa yang dia cakap. Saya ni bukan isteri dia sampai nak larang saya untuk bebas. Ish! Saya tak faham lah dengan dia tu!"

" saya cuma minta izin nak keluar sekejap je sebab saya dah penat duduk dekat sini. Tu pun tak boleh. Dah lah kena kurung macam dekat penjara, setiap penjuru ada cctv dan bodyguard."

Grey terdiam setelah mendengar luahan isi hati gadis itu. Dia memandang lantai. Dia sedikit rasa bersalah mendengar luahan gadis itu.

" Cik Hazzel betul-betul nak keluar ke? " Soal Grey Tiba-tiba. Hazzel memandang Grey yang kelihatan serius.

" Mesti lah nak."

"Kalau macam tu saya boleh bawak Cik Hazzel keluar senyap-senyap tapi ada syaratnya."

"Syarat pertama, Cik Hazzel perlu sentiasa dekat dengan saya. Syarat ke dua, jangan pernah ada niat nak lari. Syarat ke tiga, ini rahsia antara kita je. Promise?" kata Grey dengan serius sambil menghulurkan jari kelingkingnya untuk membuat 'pinky promise'  dengan Hazzel. Hazzel pula terkedu kerana niat sebenarnya memang ingin melarikan diri.

Hazzel mengeluh lalu memyatukan jari kelingkingnya pada jari kelingking Grey.

"promise."

_________

Grey tersenyum senget melihat Hazzel yang memakai hoodie berwarna hitam kepunyaannya.

Saiz hoodie itu terlalu besar untuk tubuh badan Hazzel. Comel sahaja melihat gadis itu.

"Jom, ikut saya." Grey menarik tangan Hazzel untuk mengikut langkahnya. Dia membawa Hazzel untuk ke keretanya  yang terletak di bawah garage mengikut jalan yang tidak terlihat melalui cctv. Boleh di katakan sebagai kawasan titik buta mungkin?

Sememangnya Hazzel si polos itu tidak tahu akan laluan ini dan dia tak perlu tahu. Grey tak akan bagi tahu yang jalan itu tak terlihat melalui cctv.

Grey membuka pintu keretanya lalu menyuruh Hazzel untuk Masuk ke dalam perut kereta. Dia memasangkan sit belt pada gadis itu yang sedang duduk diam di kerusi belakang.

"Saya duduk macam ni tak kantoi ke dengan bodyguard dekat depan tu?" Soal Hazzel polos. Grey yang sudah Selesai memasangkan sit belt pada Hazzel tersenyum tipis.

"tak. Sebab cermin kereta saya ada tinted. So they can't see you." Hazzel mengangguk faham. Grey masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin keretanya.

Dia memandu meninggalkan kawasan Villa itu. Jujur Grey agak gugup Semasa memandu keluar dari kawasan vila itu kerana takut mereka dapat menghidu perbuatannya yang membawa Hazzel keluar secara senyap-senyap.

"Haah lah, dorang tak perasan pun." Ujar Hazzel dengan gembira.

"Erm tapi kan, rumah tu kan ada cctv? Kalau kantoi macam mana?" Soal Hazzel lagi.

"Cik Hazzel jangan risau. Sekarang ni, Cik Hazzel kena enjoy!"

"So awak nak bawak saya pergi mana?" Soal Hazzel pada Grey.

"Mana-mana je yang Cik Hazzel nak. Tapi kita kena balik sebelum tuan J balik." Jawab Grey lalu memandang Hazzel sekilas.

"Kalau macam tu, awak bawak lah saya pergi mall yang terdekat. Saya tak kisah!" Hazzel tersenyum lebar.

Plannya semakin cerah. Dia bersyukur kerana ada Grey. kalau tidak, plannya untuk melarikan diri hanyalah satu angan-angan.

Tapi Grey tak boleh tahu akan Plannya itu. Kalau grey tahu, plan itu bakal musnah dengan sekelip mata.

Dia melihat keluar tingkap kereta. Akhirnya, dapat juga dia melihat dunia luar setelah Sekian lama terperap di rumah Jayden .

Dapat melihat langit biru yang dihiasi awan putih gebu, pokok-pokok dan jalan raya yang sibuk. Tapi tadi Hazzel perasan, Semasa keluar dari kawasan vila Jayden, memang tak ada rumah lain selain pokok-pokok yang tumbuh tinggi di sepanjang jalan. Bermakna rumah agam lelaki itu agak tersorok.

'Ah tak kisah lah. Janji aku dah dapat keluar dari neraka dunia tu. '

Tak sangka betul dia dapat keluar dari 'rumah neraka'  yang dicipta oleh Jayden itu. Hazzel menyimpan senyumannya. Dia tak mahu grey perasan akan dirinya yang sudah terlalu exited untuk melarikan diri.

Mereka sudah sampai di sebuah mall berhampiran. Grey mematikan enjin  lalu keluar dari perut kereta. Dia membuka pintu belakang. Jejaka itu membukakan sitbelt lalu mengarahkan Hazzel untuk turun.

"Awak tak perlu lah buat semua tu, saya boleh buat sendiri." Ucap Hazzel kerana berasa kurang senang di layan bagai tuan puteri oleh Grey.

"Er. Maaf tapi saya dah terbiasa. Apa-apa pun, Cik Hazzel perlu pakai ni." Grey memakaikan 'face mask' dan topi pada Hazzel. Hazzel yang terkedu hanya mampu berdiri tegak.

"Jangan sesekali buka. Faham?" Pesan Grey dengan tegas. Hazzel mengangguk laju. Grey tersenyum puas hati lalu menarik tangan Hazzel untuk mengikut langkahnya.

"Cik Hazzel nak beli apa? Baju? Kasut? Tak pun seluar? Tapi saya dengar perempuan suka beg tangan.. Ke Cik Hazzel nak pergi salon buat rambut baru? Ah, tak pun kita pergi pedicure? Mesti Cik Hazzel suka kan semua tu? Jom."

Hazzel mengedip matanya beberapa kali. Dia tergelak melihat grey yang exited lebih dapat keluar.

" Macam mana awak tahu semua tu? Awak ada girlfriend eh?"Soal Hazzel yang masih sedang ketawa.

"... er mana ada. Mana ada orang nak dekat saya Cik Hazzel.... " Grey mengaru Tengkuknya.

"Eleh,awak macam dah Pro je. Mesti awak pernah ada girlfriend. Lagi pun, kan saya pernah cakap awak ni handsome,mustahil lah tak ada orang nak dekat awak!"

"Er tak ada lah. Sumpah saya tak pernah ada kekasih. Saya tahu dari Cik Sarah.."

"Siapa Cik Sarah?"

Grey Hunter terdiam. Dia terlepas cakap pula. Jayden pernah pasan padanya jangan pernah buka cerita pasal Sarah pada sesiapa kerana Jayden tak mahu mendengar nama gadis itu lagi.

"Er tak ada sesiapa. Jom tengok dekat dalam ni ada apa.." grey mengheret Hazzel masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Dia Cuba mengubah topik perbualan mereka kerana takut dia bakal terbuka cerita tentang Sarah.

Hazzel hanya diam sahaja. Mereka berdua membelek-belek setiap pakaian yang ada disitu. Sesekali jari Hazzel gatal menyelak tag harga yang ada pada baju disitu.

Matanya membulat. Kedai apa yang Grey bawa dia masuk ni? Mahal betul.

"Er.. Grey. Jom pergi kedai lain lah."  Kata Hazzel pada Grey dengan nada yang sedikit berbisik.

"Kenapa?" Soal Grey.

"it's too expensive lah Grey. Jom pergi bundle jelah!" Bisik Hazzel lagi.

"Bundle tu apa?" Soal Grey dengan polos.  Hazzel mengeluh, ni lah orang kaya. Bundle pun dia tak tahu apa..

"Kedai bajulah. Dekat sana lagi murah. Sepuluh kali ganda lebih murah." jelas Hazzel.

"Lah, ni mahal sangat ke? Bagi saya Murah lah ni Cik Hazzel. Baju dia pun berkualiti dan selesa. Cik Hazzel jangan risau, Cik Hazzel pilih je biar saya yang bayar." Kata Grey lalu beredar dari situ untuk melihat baju yang lain.

Hazzel mengeluh kesal. Dia sekali lagi datang menghampiri Grey. Dia tak mahu beli baju dekat sini. Bagi dia, mahal sangat. Lebih baik beli makanan je.

" Hai, what can i help you? "Tiba tiba seorang pekerja di kedai itu datang menyapa Hazzel dan Grey dengan ramah. Dia memandang mereka silih berganti.

"Can you please help her? She looking for a sexy dress that make her look gorgeous." Ujar grey pada pekerja itu.

Hazzel yang mendengar itu terus ternganga. Dia memandang Grey dengan geram.

"Sure! Follow me." Hazzel pasrah diseret oleh pekerja itu menuju ke arah bahagian yang menjual dress seksi.

Dia hanya mampu mencarut di dalam hati. Sejak bila entah dia nak cari baju seksi. Grey tu memandai sahaja membuat  fitnah.

Setelah puas membeli belah, Hazzel meminta izin pada Grey untuk ke tandas. Namun, itu bukan lah niat sebenar Hazzel. Dia sebenarnya menggunakan itu sebagai alasan untuk dia melarikan diri.

Memang ini strategi Hazzel dari awal lagi.

Kakinya laju mengatur langkah. Sejujurnya dia tak mampu menahan rasa bahagia dan takut yang bergililir gilir mengusik dirinya. Dia bahagia kerana dengan mudah grey mempercayai dirinya dan peluang untuk dia melarikan diri sudah tercapai namun dia takut kerana memikirkan sosok lelaki yang bernama Jayden itu.

Setiap kali wajah beku Jayden muncul di benak kepala, Hazzel menjadi resah. Dia mula rasa tidak yakin dengan apa yang baru dia lakukan sekarang. Dia tahu yang Jayden boleh buat apa sahaja yang dia inginkan memandangkan lelaki itu sangat berpengaruh.

Dia kini sudah berada di dalam tandas. Dia mengigit bibirnya lembut sambil mengaru kepala.

"kalau aku lari, macam mana dengan nasib Grey?" Hazzel semakin resah dan takut. Entah kenapa di saat bergini baru dia terfikir akan nasib yang bakal menimpa Grey Hunter jika sekarang dia melarikan diri.

________

Grey Hunter melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mula risau kerana sudah hampir dua puluh minit Hazzel berada di dalam tandas. Jejaka itu menjadi tidak tentu arah kerana Hazzel masih tidak keluar dari tandas awam wanita itu.

Hendak sahaja dia menerjah masuk ke sana untuk mencari Hazzel, namun keadaan tidak mengizinkan. Tak pasal nanti orang fikir dia lelaki gatal yang sedang mencari mangsa.

Grey mengeggam kemas beg baju yang berada di tangannya itu. Matanya tidak lepas dari terus merenung pintu tandas itu Dan berharap Hazzel segera memunculkan diri.

Akhirnya dia dapat menarik nafas lega setelah kelibat Hazzel mula kelihatan sedang melangkah keluar dari tandas.

Grey mula mengukir senyuman. Namun senyuman itu kembali pudar setelah ternampak beberapa lelaki berpakaian hitam sedang berjalan mendekati Hazzel. Dia amat kenali semua lelaki itu. Secara tidak langsung beg pakaian yang berada ditanganya terlepas serta merta.

"shit."

__________________

Long time no see!
Reminder: saya busy sejak kebelakangan ni and tak ada masa nak tulis cerita but saya Cuba cari masa untuk menulis. I'm sorry for those yang tunggu bab baru cerita ni. (tu pun kalau la ada hshsh)
If you like this chapter please vote for the next one.

___________________












Продолжить чтение

Вам также понравится

Deviant [EBOOK] Malyshka🦋

Любовные романы

428K 6.1K 20
MAFIA SERIES [FIRST BOOK] COMPLETE EBOOK AVAILABLE📲📚 What happen when the love of your life is a mafia? Mafia? Yes mafia. He's dangerous, unbeatabl...
HIS MAFIA WIFE. (OG) DevilNADeath

Подростковая литература

36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
P S I K O [ 1 ] 𝓼𝓱𝓪𝓲𝓮𝓻𝓪

Детектив / Триллер

118K 6.3K 20
Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang y...
4.8K 323 20
he loves that woman but his psycho always controls him!