Di Dalam Genggaman Mr. Jayden

By ByMePutri

38K 1.7K 120

'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakuka... More

Prolog
BAB 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21

12

1.7K 72 6
By ByMePutri


____________

"Je Te Veux."

_____________

Hazzel membuka matanya luas. Secara automatik dia kembali teringat kejadian pada pukul dua malam tadi. Dia menelan air liurnya sebelum dia menoleh ke sebelah.

Jayden Sullivan sedang tertidur lena disebelahnya. Lelaki itu tidak berbaju dari malam tadi dan hanya mengharapkan selimut untuk menutup tubuh kekarnya. Sebab itu Jayden mengadu sejuk pada Hazzel memandangkan malam tadi hujan lebat dan penghawa dingin tidak di matikan.

Hazzel mengigit bibirnya. Kenapa dia tak terfikir untuk tutup Penghawa dingin? Free je kena peluk dengan Jayden malam tadi.

Perasaan aneh saat mula-mula Jayden memeluknya malam tadi kembali menerpa. Saat Jayden membawa kepalanya untuk bersandar pada dada lelaki itu juga masih bermain di fikiran gadis itu.

Hazzel menutup mata rapat. Dia tak sanggup untuk mengingat kembali kejadian itu dan dia berharap sangat perkara tersebut bakal lenyap ditelan waktu. Jantungnya berdegup kencang setiap kali dia teringat kejadian itu.

Urgh!

Hazzel menolak selimut pelahan-lahan dan Cuba turun dari katil setenang yang mungkin kerana tidak ingin menganggu Jayden yang sedang tertidur lena disisinya.

Hazzel berjaya menjejakan kakinya di atas lantai tanpa membuat Jayden tersedar dari tidur. Dia berjalan pelahan-lahan masuk ke dalam tandas.

Jayden terjaga dari lena. Tangannya meraba-raba di ruang sebelahnya. Dia membuka mata setelah perasan Hazzel sudah tiada disebelahnya.

Dia bangun dari pembaringan sambil mengosok sebelah matanya yang terasa gatal.

"Hazzel?" Dia memanggil nama gadis itu. Jayden menoleh ke arah terletaknya bilik air setelah terdengar bunyi seseorang sedang memberus gigi.

Jayden tersenyum nakal lalu bergerak ke sana. Dia memulas tombol pintu bilik air itu. Senyumannya semakin melebar kerana pintu itu sama sekali tidak terkunci.

"Eh! Jayden awak buat apa ni?!"

"Good morning."

Jayden menutup pintu bilik air itu.

____________________

Jayden Sullivan melangkah ke arah sebuah bangsal yang terletak di belakang vilanya.

Dia masuk ke dalam bangsal itu sambil melipat lengan kemejanya sehingga ke paras siku. Dia bergerak ke arah sebuah meja kayu. Di atas meja itu terdapat banyak senjata tajam bermacam bentuk Dan saiz.

Pisau rembo menjadi pilihan Jayden hari ini. Dia berpaling menghadap Sekujur tubuh yang terikat secara terbalik di dalam bangsal itu. Jayden bersandar pada meja itu sambil jarinya bermain main dengan muncung pisau yang berkilat itu.

"Good morning sunshine." Sapa Jayden. Dia menapak mendekati tubuh yang sudah tidak bermaya itu.
Wajah yang berlumuran darah itu ditatap sadis.

"Kau.. Kau nak apa?" Lelaki malang itu bertanya dengan lemah.

"Saja. Nak bermanja dengan kau hari ni. Semalam tak sempat. Busy." Ucap Jayden selamba. Dia duduk bersila di hadapan lelaki yang terikat itu.

"Kau nak bebas tak?" Soal Jayden. Lelaki itu mengangguk lemah.

"Tapi kau tahu kan aku tak kan lepas kan kau macam tu je?" Soal Jayden lagi. Dan lelaki itu sekali mengangguk kepala, mengiyakan kata kata Jayden.

"Kenapa kau dedahkan rahsia Syarikat aku dekat lelaki sial tu? Kau memang tak sabar nak mati ke macam mana? Kau tahu kan aku benci orang sial macam dia dan kau."
Jayden sengaja mendekatkan pisau itu pada dada lelaki itu. Dia suka melihat orang dalam ketakutan seperti ini.

"Ak-aku tak sengaja.. Tolong maafkan aku. Aku akan buat apa je yang kau nak asal kan aku hidup." Rayu lelaki itu.

Jayden ketawa kuat.

"kelakar. Kau mati jela. Hidup pun menyusahkan orang je."

Jayden berdiri lalu mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya.

"buka mulut." Arah Jayden dengan serius. Lelaki itu mengeleng kepalanya. Dia takut.

Jayden marah. Dengan sekelip mata, Jayden menendang perut lelaki itu Dan membuatkan lelaki itu mengerang sakit kerana terasa senak dan sakit di bahagian dadanya.

Dengan kesempatan itu, Jayden menyumbat kain tadi di dalam mulut lelaki itu.

Pisau itu digengam kemas. Senyuman menakutkan muncul di bibir Jayden. Membuatkan lelaki itu mengelupur ketakutan. Kerana dia tahu, Jayden berada di luar kawalan.

Dia menutup mata. Pasrah dengan nasib dirinya.

"Tuan J." Jayden menoleh memandang ke arah pemilik Suara itu.

" yes, Grey Hunter?"

"Maaf menganggu tuan, tapi saya dah dapat maklumat yang Tuan nak tu." Seperti robot sahaja percakapan Grey.

Jayden mengeluh kesal kerana Grey datang salah waktu. Pisau di tangan tadi di campak sahaja ke atas lantai.

"Kau patut berterima kasih pada Grey. Disebabkan dia, kau masih boleh bernafas untuk hari ini."

______________

Hazzel menjadi pelik kerana suasana rumah milik Jayden ini sunyi sepi. Dia melangkah ke arah dapur untuk melihat apakah ada orang di sana. Namun seorang manusia pun tiada.
Hazzel menyelak langsir untuk melihat di luar rumah.

Ada dua orang bodyguard yang setia berdiri di pondok pengawal. Hazzel mengigit bibir. Dia sedikit hampa kerana bodyguard itu sentiasa menjaga pintu keluar masuk rumah itu. Peluang untuk dia melarikan diri langsung tiada. Mahu sahaja dia memanjat tembok, tapi tembok rumah itu terlalu tinggi dan ada cctv di setiap penjuru.

Tapi gadis itu masih pelik kerana tiada orang di dalam rumah agam itu. Kemana semua orang pergi?

Cheak...

Bunyi pintu rumah dibuka membuatkan Hazzel menoleh ke arah sana. Kelibat Jayden kelihatan bersama-sama dengan Grey. Riak wajah dua Jejaka itu kelihatan agak serius.

Grey sekadar mengangguk kepala mendengar dan mengiyakan setiap ayat yang dilontarkan oleh Jayden.

Sepasang mata Jayden terhenti pada seorang gadis yang sedang berdiri tegak di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Jayden menghadiahkan secarik senyuman pada Hazzel sebelum dia kembali melangkah menuju ke arah pejabatnya.

Hazzel sedikit kagum dengan Jayden kerana dengan mudah dapat mengubah eksprasi mukanya. Tadi mukanya terserlah aura kedinginan dan sekarang wajah itu sudah ceria dihiasi dengan senyuman manis. Dan semestinya senyuman itu dituju hanya untuk Hazzel Elvianna.

Hazzel tertunduk malu. Dia tak kuat untuk membalas renungan Jejaka itu.
Kejadian pagi tadi kembali bermain di fikirannya.

Flashback..

"Good morning."

Hazzel kaku di tempatnya. Jayden melangkah masuk ke dalam bilik air itu lalu menguncinya. Dia memandang ke arah Hazzel yang sudah panik.

Dia mengambil berus gigi dari tangan gadis itu lalu meletakannya di atas singki. Jarinya naik membersihkan buih yang ada di bibir gadis itu. Hazzel kaku.

Dengan kesempatan yang ada, pantas Jayden mengangkat Hazzel lalu meletakkan gadis itu dibawah air pancut. Hazzel memberontak minta untuk dilepaskan namun Jayden dengan laju terus membuka paip air sehingga air pancut itu membasahi mereka berdua.

Hazzel memukul dada bidang Jayden berkali kali bagi melepaskan geram.

"Awak ni dah kenapa?!"

"kenapa apa? Seronok kan mandi sama-sama?" Jayden ketawa kuat.

Hazzel mengetap gigi setelah melihat Jayden yang sudah ketawa itu.

"Tak guna!"

End of flashback..

"Ah ini semua gila!" Hazzel menampar pipinya berkali-kali. Dia tak sanggup untuk mengingati kembali kejadian itu.Tangannya naik memegang kepalanya. Jelas gadis itu memang ingin perkara itu hilang dari fikirannya.

"Er, Cik Hazzel okey ke?" tegur Grey.

Hazzel menoleh. Wajahnya berubah menjadi merah serta merta.

"Sejak bila awak ada dekat situ? Bukan ke awak ikut Tuan J tadi?!"

"Saya ada dekat sini sejak tadi Cik Hazzel." Jawab Grey.

"Tapi saya akan pura-pura tak nampak apa yang Cik Hazzel buat tu. Jadi Cik Hazzel jangan risau."

Hazzel terduduk dilantai. Ada sahaja perkara yang memalukan terjadi pada dirinya. Memang sah, dia tak patut tinggal di sini. Dia perlu keluar dari sini dengan segera!

"Argh!"

Jayden merenung lama pada sehelai kertas di tangannya itu. Dia mengeluh kasar lalu menyimpan kertas itu ke dalam laci.

"Jadi betul lah, Hazzel dan Draken adik beradik. " Gumamnya sendiri lalu dia menyandarkan badannya.

Dia diam. Dia memikirkan sesuatu. Buat masa sekarang, Hazzel tak boleh tahu siapa abangnya. Dan Jayden akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku. Dia tak mahu Hazzel akan pergi meninggalkannya. Dia lebih rela mati daripada hidup tanpa Hazzel disisinya.

Kerana bagi Jayden, Hazzel adalah satu satunya alasan mengapa dia masih ingin meneruskan hidup sehingga hari ini.

Hilang Hazzel, hilanglah makna kehidupan seorang Jayden Sullivan.

.
.
.

____________

Perjalanan masih jauh.
Hope you enjoy this chapter.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
541 71 18
new storyline βœ”οΈ SLOW UPDATE!! TENGKU AYSRA MALYKHA x TENGKU AHMAD ISKANDAR START ; 15 Apr 2024 ( kali kedua ) END ; PERINGATAN ‼️ HANYA PEMBACA YA...
750 116 12
πŸ„°πŸ…ƒπŸ„ΈπŸ…ˆπŸ„° πŸ„°πŸ„½πŸ„³ πŸ„³πŸ„°πŸ…πŸ…†πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…ˆ "Just Us."
428K 6.1K 20
MAFIA SERIES [FIRST BOOK] COMPLETE EBOOK AVAILABLEπŸ“²πŸ“š What happen when the love of your life is a mafia? Mafia? Yes mafia. He's dangerous, unbeatabl...