Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

238K 15.6K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~1

8.1K 305 3
By Dandelzel

"Ma,"

"Yes sayang?"

"You see those two birds up there?"

Delilah melontar soalan tanpa memandang wajah wanita di sebelahnya. Khusyuk sangat perhati tiga ekor burung yang bertenggek diatas kabel elektrik di tepi jalan. Riuh berkicau.

"What's wrong with that?" Lea toleh dengan dahi berkerut sikit.

"Mama rasa dorang tengah borak pasal apa?"

"Entah.. mungkin tengah bincang pasal honeymoon kut."

Balasan dari mamanya berjaya membuat Delilah menyungging senyum. Kemudian dia diam lagi merenung kearah yang sama.

"Mama rasa.. burung pernah alami rasa patah hati macam kita tak?"

Tersentak Lea di tempatnya. Si gadis yang masih merenung kearah burung itu dipandang hairan. Tak sempat dia nak menjawab, lampu isyarat bertukar hijau. Lantas dia melanjutkan perjalanan mereka.

Delilah memejam mata merasai kedinginan bumi selepas dituruni hujan. Tangan turut terawang-awang di udara.

"D nervous ke?" Lea memulakan perbualan lagi.

Delilah buka mata, pandang semula wajah si ratu hati. "Nope.. why should I?"

"Kejap lagi kita akan sampai, D tak nervous nak jumpa anak uncle Amza?"

Delilah senyap. Sedikit tertarik dengan pertanyaan itu.

"D pasti dia takkan mudah terima kehadiran kita. Mampu ke mama hadap reaksi dia nanti?" Soalnya pula berterus-terang.

"I don't know. I kinda nervous too. Harapan mama, harapnya dia akan terima kita tak kiralah lambat atau cepat. D cubalah berkawan dengan dia nanti, okey?"

Bibir Delilah terangkat sebelah. Pandangan dia kalih kesisi. "I will if he wants to."

Dia tak pernah kenal orang yang dibicarakan oleh mamanya. Nama pun dia tak ambil peduli. Apa yang dia tahu, anak lelaki uncle Amza itu tua setahun darinya. Sekarang bila insan itu sentiasa disebut-sebut oleh mamanya, dia mula rasa sedikit curious.

"What about you?" Lea melontar soalan lagi.

"What?"

"D dah boleh terima kehadiran uncle Am dalam hidup D?"

"Kalau D tak terima, D takkan benarkan dia untuk jadi suami mama." Ujar Delilah laju.

"Tapi mama dapat rasa yang D terima dia hanya semata-mata sebab mama."

Senyap.

Benarlah sangkaan mamanya itu. Setahun lebih mengenali lelaki yang bernama Amza Khaizan tidak cukup untuk membuat dia menerima sepenuhnya kehadiran lelaki itu di hidupnya.

"He's a good man, ma.. at least that's what I think for the past one year and a half. And I just want you to be happy."

Ya.. lelaki yang bernama Amza itu melayan mamanya dan dia sendiri dengan sangat baik. Malah lebih baik dari papa kandungnya. Tapi dia tidak mampu untuk berhenti berfikir bahawa lelaki itu tidak ikhlas menerima dia dan hanya sekadar menginginkan mamanya.

"Mama akan happy kalau anak mama pun rasa benda yang sama."

Sejenak, terasa tangannya digenggam kemas oleh Lea. Bibir wanita itu melengkung dengan senyuman.

"I'm happy, ma.."

I'm happy for you.. gumamnya di dalam hati. Sekarang dia cuma ada mamanya. Kebahagiaannya juga terletak pada wanita itu.

Dalam masa tiga tahun ini, hidup mereka berdua benar-benar diuji dengan berat. Dan kali ini, dia hanya ingin mengikut rentak takdir. Kemana saja ianya membawa dia pergi.

"Boleh tak kita singgap beli air sekejap?"

Dari jauh lagi dia dah nampak Petron. Lea senyum saja mengikuti kehendaknya. Signal kiri diberi sebelum dia membelok.

Keluar dari kereta, hoodie sweater yang dipakai dia selungkupkan ke kepala sebelum mengorak langkah. Baru dia nak menolak pintu kaca di kedai itu, tiba-tiba pula muncul satu tangan yang turut melakukan hal yang sama.

Terus niatnya terbantut. Terkejut melihat tangan kekar yang hampir bersentuh dengan tangannya.

Bila dia toleh kesisi, dia nampak dada bidang seorang jejaka yang berbaju T putih. Kemudian dia dongak pula melihat wajahnya.

Nah..

Terserlah kekacakan jejaka itu dengan jawline mengancam..

Dan sepasang mata redup berkaca mata bulat yang memandang tajam!

Menyedari pandangan itu, cepat-cepat Delilah mengalih tangannya. Memberi peluang kepada jejaka itu untuk masuk terlebih dahulu.

Tanpa kata, jejaka itu menolak pintu dan berlalu masuk. Delilah yang membuntuti dari belakang mula memerhati lagi.

Damn. Makhluk Tuhan di depannya kini benar-benar segak.

Sekali pandang, jejaka tinggi itu nampak macam malaikat pula. Berpakaian serba putih. Jaket putih yang ada dua line hitam merah di bahagian lengan dipadankan dengan T-shirt. Hanya jeans dan sneakers saja yang hitam.

Bibir Delilah ternaik sikit. Memuji OOTD jejaka itu dalam diam. Tanpa menunggu lama, dia mengambil dua tin minuman dan sebotol air mineral dari peti sebelum bergerak ke bahagian kudapan.

"Needle and the thread gotta get you outta my head, needle and the thread gonna wind up dead.."

Bibir menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang dipasang di kedai itu. Beberapa bungkus keropok juga diambil dari rak. Melihat mister potato berwarna kuning, dia tersenyum lagi. Favourite dia ni!

Lantas tangan dihulur untuk mengambilnya. Namun sekali lagi pergerakannya terhenti bila ada tangan asing turut landing pada bekas tinggi potato yang mempunyai gambar Cha Eunwoo itu. Dia membulatkan mata, terus tenung si empunya tangan.

Lah.. mamat ni lagi!

Sesaat..

Dua saat..

Masing-masing taknak lepaskan pegangan.

"You can get the other one. This is mine." Garau suara si jejaka berbicara dengan nada mendatar. Sedikit tersentak Delilah mendengarnya.

Wah.. mamat ni memang jenis yang tak reti nak mengalah ni.

"Thanks but no, thanks. Saya tak suka flavor lain selain honey and cheese." Balasnya pula. Kali ini dia tak mahu mengalah. Cukuplah di depan pintu tadi.

"Neither do I."

"Oh, what a coincidence!"

Senyum sarkastik, Delilah menguatkan lagi pegangan tangannya sehingga dia dapat merasakan bekas tinggi potato tersebut hampir kemek dek mereka berdua.

Dalam banyak-banyak potato yang tersusun disitu, potato berwarna kuning itu juga yang menjadi rebutan.

"You know, you should be ashamed of yourself." Saja Delilah hendak membuat jejaka itu sedar diri. "Lelaki patut mengalah dengan perempuan."

"First of all, I'm not one of those gentleman. And maybe if you're somebody to me, I could do that."

Si jejaka tinggi itu juga tidak mahu mengalah. Gadis pendek di depannya itu ditenung dalam. Masing-masing bersabung mata. Saling melawan.

Wajah Delilah semakin tegang. Geram. Menyesal sebab memuji jejaka itu awal tadi. Benarlah kata orang, paras rupa tidak mencerminkan akhlak diri. Dan sungguh tak disangka jejaka bercermin mata ini berperangai kerek!

Untuk beberapa saat, mereka masih saling menarik bekas potato itu. Sehingga satu tahap, si jejaka melepaskan pegangannya dimana membuatkan Delilah yang masih mencengkam kuat hampir tersungkur ke belakang.

"There, you can have it. Weirdo.."

Berdesing telinga Delilah mendengar ayat sindirian insan yang mula mengorak langkah meninggalkannya.

Ah! Mamat ni memang sengaja nak cari gaduh dengan dia ke apa?

Tak tunggu lama, dia turut angkat kaki dan merempuh bahu jejaka itu dengan kuat.

"Jerk!" Selarnya bersama jelingan tajam sebelum menuju ke kaunter.

Sambil menunggu pembayaran selesai, sempat lagi Delilah berpaling kearahnya. Jejaka itu masih tidak berganjak dan kekal merenungnya dengan muka tak puas hati.

Delilah mencebik, keluar dari kedai itu dengan sebal.

Harap muka saja kacak, tapi kerek!

Continue Reading

You'll Also Like

24.2K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.3M 65.5K 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
120K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End: