30 days : Don't Sleep.

By crushleus

59.8K 44.2K 11.2K

❝ Unethical Human Experimentation | Sleep Experiment ❞ Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Tiga or... More

30 days : Don't Sleep.
prologue.
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

28

86 58 26
By crushleus

"Kenapa hyung tiba-tiba berpihak kepada profesor tu? Saya ingat hyung sangat bencikan dia. T-tapi kenapa? Kenapa hyung begitu yakin yang sayalah pembunuh sebenar Jimin hyung sedangkan Jax adalah orang yang selayaknya patut disyaki? Tak mustahil untuk dia lakukan sebab dialah punca kita terseksa kat sini."

Akhirnya, kata-kata yang dipendam oleh Jungkook kini terluah. Itulah persoalan yang bermain di mindanya. Memang tidak dijangka bahawa Taehyung akan menuduh dia sedangkan suspek utama yang perlu disyaki adalah Jax Kyler.

Entah apa yang menyebabkan Taehyung mengesyaki dirinya. Jungkook tahu, bahawa Taehyung sedar akan dirinya yang langsung tidak mampu melakukan jenayah apatah lagi membunuh orang. Kenapa Taehyung masih menuduh dirinya?

Taehyung menundukkan wajahnya ke bawah. Keadaan sunyi buat beberapa saat kemudian kedengaran bunyi kekehan kecil.

Pada mulanya Jungkook menganggap dirinya tersalah dengar namun memang benar bahawa bunyi tawa yang mengerikan itu datangnya daripada Taehyung.

"Sejak bila pula aku berpihak pada kau?"


Sungguh, bulu roma Jungkook serta-merta naik apabila mendengar kekehan kecil Taehyung. Perilaku lelaki itu tiba-tiba sahaja berubah setelah mayat Jimin dibawa keluar oleh Jax Kyler.

"Naif, Jungkook. Kau naif. Macam mana kau boleh letakkan kepercayaan kat aku sedangkan kita baru je kenal? Apa, kau ingat aku nak berpihak dekat budak mentah macam kau?" helaian tawa kedengaran sekali lagi. Taehyung memandangnya dengan senyuman menyeringai bersama kening yang terangkat ke atas.

"Hyung, saya tak faham."

"Kau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada kita selama ni? Kenapa kau, aku dan Jimin dikurung di tempat ini semata-mata demi eksperimen bodoh tu? Kau tak fikir semua ini tidak masuk akal, Jungkook?"

Kata-kata Taehyung itu membuatkan dia terpempan. Apa sebenarnya yang lelaki ini mahu katakan. Jantungnya berdegup laju, gementar ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan seterusnya.

"Ini semua telah dirancang oleh Jax Kyler- oh, atau boleh aku katakan namanya Jung Hoseok. Ya, Jax Kyler tu hanyalah sekadar nama samaran untuk menutupi identitinya yang sebenar."

"Sebenarnya, segala eksperimen gila yang kau dah lalui untuk beberapa hari ini hanyalah untuk membalas dendam pada Jimin. Lelaki tu dah bunuh teman wanitanya iaitu adik kepada Hoseok. Tragik, bukan?"

Taehyung mengorak langkah menghampiri Jungkook dengan lebih dekat. Kepala lelaki itu tertunduk dan tidak mampu bertentang mata dengannya. Jadi, itu membuatkan Taehyung berada sungguh berkuasa.

"Kau tak rasa pelik, kenapa aku tahu semua ni?" Taehyung menduduk dan mendekatkan mukanya pada Jungkook. Dia kemudiannya berbisik.

"Sebab aku dan dia.. adalah rakan subahat."

Akhirnya, rahsia itu terbongkar. Rahsia yang selama ini disimpan oleh Hoseok dan Taehyung bersama-sama, akhirnya didedahkan.

"Kau masih ingat waktu hari pertama kita di sini? Aku ada beritahu kau sebab kenapa aku masuk ke dalam penjara. Kau masih ingat lagi apa sebabnya?"

Jungkook cuba mengingati kembali hari pertama mereka di sini. Memorinya agak samar-samar, mungkin kerana kesan gas stimulasi yang telah menyebabkan dirinya sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

"Hei, aku tanya kau ni." Taehyung mendesak sambil merentap leher Jungkook. Perbuatan Teahyung telah menyebabkan Jungkook terketar-ketar ketakutan. Akhirnya, memori itu kembali terlayar.

"Jenayah yang aku buat ni agak berat. Tak, maksud aku memang berat dan sangat kejam. Aku menculik orang dan ambil semua organ mereka. Kemudian, kawan aku akan jual organ-organ tu di luar negara."

"Macam mana? Kau dah ingat? Jadi, apa jenayah yang aku dah buat dulu?"

"Hyung menculik orang dan.. jual organ-organ mereka."

"Ya, bagus!" leher Jungkook ditepuk-tepuk dengan kuat.

"Aku juga ada kata organ-organ itu dijual oleh kawan aku. Kawan yang aku sebutkan itu adalah Jung Hoseok, lelaki yang berpura-pura menjadi profesor. Bagaimana, kau terkejut?" dengan bangganya Taehyung mendedahkan rahsia yang selama ini disimpan.

Taehyung dan Hoseok adalah sahabat yang aktif dalam kegiatan pembunuhan. Kawasan Ghost Village yang menjadi tempat eskperimen itu berlangsung, adalah sebenarnya kawasan kegiatan mereka berdua.

Mereka telah melakukan pembunuhan yang banyak sekali menyebabkan penduduk itu semakin berkurangan. Pada akhirnya, tiada sesiapa lagi yang tinggal di situ dan kampung itu telah mati begitu sahaja.

Perkenalan mereka berdua hanyalah kebetulan, di mana pada waktu itu Taehyung mengalami obsesi yang teruk kepada aktiviti pembunuhan selepas kejadian di mana dia membunuh bapanya. Ketika itulah, keinginan untuk membunuh semakin membuak dalam diri Taehyung.

Maka, Jung Hoseok yang kebetulan sedang aktif dalam kegiatan penjualan organ telah mengajak Taehyung untuk bersama-sama dalam melakukan kegiatan membunuh di sebuah perkampungan terpencil, Ghost Village. Penduduk di situlah yang menjadi mangsa mereka berdua.

Taehyung dan Hoseok berusaha menubuhkan Urotex Lab dan melakukan pembedahan organ, melakukan eksperimen terhadap organ dan menjual organ-organ tersebut ke luar negara. Mereka memperoleh wang yang banyak hanya dengan kegiatan haram itu.

Namun, suatu hari Taehyung telah jatuh ke tangan pihak polis. Akhirnya, dia tidak boleh diselamatkan melainkan terperuk di dalam penjara buat selamanya. Walaupun Taehyung ditangkap, dia tetap tidak mendedahkan bahawa Hoseok adalah rakan subahatnya.

Perkara itu menyebabkan Hoseok terhutang budi dan berusaha mencari idea bagaimana mahu membantu untuk membebaskan temannya.

Dan kebetulan Jimin berada dalam penjara yang sama. Itu telah memudahkan kerja Hoseok iaitu dia akan menyelamatkan Taehyung dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terhadap kematian adik perempuan kesayangannya.

Maka, dia menyamar sebagai profesor dan mencipta eksperimen ini supaya dapat menyeksa Jimin secara perlahan. Aktiviti penyamarannya mudah kerana dia pernah memiliki nama dalam bidang pembedahan dan penyelidikan pada suatu ketika dahulu.

Ia sekaligus memberikan peluang kepada Taehyung untuk keluar daripada penjara kerana eksperimen itu kononnya menjanjikan kebebasan kepada ketiga-tiga banduan. Walhal, sebenarnya ia hanyalah menjanjikan kebebasan untuk Taehyung sahaja.

Dia sungguh berterima kasih kepada Hoseok kerana telah membantunya untuk keluar daripada penjara. Semua idea yang direkanya sungguh bernas dan tidak masuk dek akal manusia normal.

Hubungan persahabatan dia dan Hoseok adalah hubungan yang sungguh erat. Mereka berdua saling terhutang budi dan mengambil berat antara satu sama lain. Taehyung tidak menyesal kerana berkenalan dengan lelaki bijak dan licik seperti Hoseok.

"Tapi kenapa saya juga terlibat sama? Sebelum ni saya tak kenal langsung Jax— maksud saya Hoseok dan saya tak kenal hyung sama sekali. Kenapa saya juga jadi mangsa dalam eksperimen ini?"

"Kau hanyalah kambing hitam, Jungkook. Hoseok pilih kau kerana kau sangat penakut dan lemah. Jadi, kau akan dipersalahkan atas kematian Jimin. Aku yakin, kau takkan berani langsung untuk membela diri sebab kau.. pengecut."

"Jadi, botol cecair itu.."

"Ya, aku yang letakkan dalam minuman Jimin. Aku sengaja suruh kau bagi botol air tu kat dia supaya kau terlihat seperti pembunuh sebenar."

Taehyung mencebikkan bibirnya, sengaja menunjukkan rasa simpati terhadap Jungkook yang jelas kelihatan takut seperi ingin mahu menangis.

Dia kemudiannya mengusap pipi Jungkook perlahan. "Kesian, kau. Oh, bagaimana rasanya gas stimulan tu, ya? Sakit? Aku tak tahu apa rasanya memandangkan badan aku dah imun dan aku terlindung daripada gas tu."

Kata-katanya itu membuatkan Jungkook terpempan. Iris matanya membesar apabila menyedari bahawa semua yang berlaku hanyalah lakonan dan dusta semata-mata.

Ternyata, Taehyung adalah lelaki yang benar-benar jahat. Kejam dan juga tidak berperikemanusiaan. Bagaimana dia boleh tergamak menikam belakang mereka dengan berpura-pura baik di sebalik topeng itu?

Kenyataan bahawa Taehyung telah membunuh ratusan manusia di Ghost Village juga membuatkan Jungkook berasa amat kecewa. Lelaki ini sungguh kejam.

Tiba-tiba, kepala Jungkook terasa pening yang teramat. Matanya seakan berpinar dan telinganya seperti berdengung. Dapat dirasakan badannya juga lemah menyebabkan dia terhuyung-hayang sebelum rebah ke atas lantai.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 61 17
Main character Jeon Jungkook Bts Lee Hana (Random name) Character Bts Bang PD Park Yena Lee Haren "Cinta yang tak disangka tapi telah diduga"...
10.8K 680 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
Mr Cool By Gurlz_

Fanfiction

7.9K 519 27
This work was published on 2014 and i was 13 y/o tht time... Hahahhahaha jadi jgn tnya kenapa bahasa macam budak wicet hahahahahha.
846K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...