Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 52

91 13 10
By mynameismas

" 1....2....3!!"

Bunyi gegelung langsir yang tersangkut pada bingkai keluli disentap kedengaran dan beberapa orang jururawat dan doktor berlarian serentak mendatangi katil tersebut yang kini sudah dikelilingi oleh kubikel langsir putih yang panjang sehingga ke lantai.Doktor yang sejak dari dalam ambulans terus memicit ambu bag-valve yang terserkup terus pada mulut dan hidung pesakit tersebut turun daripada katil dan seorang daripada doktor yang berada di situ mengambil alih sebaik sahaja pesakit tersebut berjaya dialihkan daripada stretcher .

" Give her 1 liter NSS and prepare for intubation."

Tahu apa yang dimaksudkan doktor tersebut,jururawat yang bertugas pada malam itu segera melakukan sesuai arahan sang doktor.Mencari urat paling besar pada tangan pesakit tersebut dan menusukkan jarum ke dalamnya lalu menampalkan dengan plaster putih bagi memastikan jarum tersebut tidak bergerak lalu menggantungkan sebuah bekas segiempat yang jernih pada tiang  keluli kecil di sisi katil.Menyambungkan tiub jernih yang halus dan panjang dari bawah pek cecair jernih tersebut terus ke pangkal jarum yang bertutup pada tangan pesakit tersebut dan menyelaraskan kekerapan titisan cecair tersebut dengan cekap dan piawai.

Salah seorang daripada doktor yang berada di situ segera beralih ke arah bahagian kepala pesakit dan mendongakkan pesakit tersebut bagi memudahkannya melakukan prosedur untuk memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan pesakit tersebut bagi memudahkan penyaluran oksigen ke dalam paru-paru pesakit.Intubation set berupa laryngoscope,endotracheal tube,stylet dan juga carbon dioxide detector dihulurkan satu persatu kepadanya oleh seorang lagi doktor yang berada di situ ketika itu.

Sementara jururawat yang lain pula melekapkan peranti EKG bagi mengesan isyarat daripada jantung dan membolehkan mereka memantaunya.

" Terus berikan NSS selama 24 jam sehingga suhu badan pesakit kembali normal.." ujarnya sambil memerhatikan ritma jantung pesakit yang ditunjukkan pada monitor portable electro-cardiogram di sebelahnya dan dalam masa yang sama melekapkan statescop ke bahagian rusuk kiri pesakit tersebut.

" Baik,doktor."

Serentak jururawat yang berada di situ menjawab.

" And you .." Toleh doktor tersebut kepada salah seorang daripada doktor di ruangan tersebut." Keep your eyes on her.Report to me directly every two hours.."

Doktor  itu hanya menganggukkan kepala.Dia faham pesakit yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Dan Trauma itu dipertanggungjawabkan secara terus kepadanya dan dia perlu memantau keadaan pesakit tersebut sehinggalah keadaannya stabil.

Hipotermia. Satu keadaan yang sangat berbahaya ketika suhu badan pesakit jatuh mendadak sehingga ke tahap kurang daripada 37 darjah celsius dan boleh menyebabkan semua organ penting tubuh gagal berfungsi.Sangat mujur pesakit tersebut berjaya diselamatkan dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya namun dia masih perlu memantau keadaan vital pesakit  sepanjang tempoh 48 jam berikutnya.

Keluar dari ruangan kubikel tersebut bagi membolehkan para jururawat menukarkan pakaian pesakit yang basah lecun,dia segera menuju ke kaunter ruangan kecemasan tersebut dan melalui kaca tembus pandang pada pintu,dilihatnya doktor yang membawa pesakit tadi ke hospital tersebut sedang melayani tiga orang anggota polis yang barangkali ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan pesakit tersebut untuk agar mereka boleh menghubungi warisnya.

" Isn't that Kaiiara?" Salah seorang daripada doktor yang turut membantu sebentar tadi tiba-tiba sahaja bersuara.

" Atlet memanah yang baru beberapa bulan lepas terlibat dalam kemalangan tu??"

*                   *                    *

Merasakan seperti ada air yang memasuki kerongkongnya,Kaii bingkas bangun dan terbatuk-batuk sehingga tekaknya terasa perit.Dia tidak tahu sudah berapa lama dia tidur tanpa mimpi sehinggakan sendi-sendi pada anggota tubuhnya sakit dan pegal semua.

Belakang seorang yang bersarung jubah putih,tingkap berlangsir hijau muda serta dinding juga siling yang berwarna cerah.Juga bau-bauan khusus yang menyengat hidungnya.Semuanya aneh belaka kerana sebelum ini bukan itu yang dilihatnya.

Bilik kurungan di Balai Temenggung dan lantai beralas jerami serta wajah Panglima Madeia yang tunduk hormat kepadanya.

Nanti...

Ini bukannya....

" Selamat pagi cik Kaiiara.." susuk berjubah putih itu menoleh sambil tersenyum dan ia sekali lagi membuatkan Kaii tergamam.

Melihatkan bingkai wajah tersebut,Kaii hanya mampu terkebil-kebil dan satu nama mendadak tersangkut pada kerongkongnya.Usai mencubiti isi lengannya-yang ternyata sakit - bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi,Kaii menarik semula kain tebal putih yang menyerkupi seluruh tubuhnya itu sehingga ke paras kepala.Menggeletar di bawah selimut.Gementar kerana doktor dan ruangan wad hospital begitu hanya menandakan satu hal.

Dia telah kembali lagi ke dunia asalnya daripada dunia Babad Saribu Bhyangkara! Jangan tanyakan bagaimana kerana dia tidak tahu bagaimana.Ingatannya tentang hal itu langsung tidak ada.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku??

Tiba-tuba sahaja sesuatu melintasi kotak fikirnya membuatkan dia bingkas melempar selimut ke kakinya.

"Buku.." Kaii mencengkam pergelangan tangan doktor tersebut mengakibatkan sang doktor yang sejak dari tadi sudah hairan dengan kelakuan pesakit itu bertambah pelik." Buku saya.Di mana buku saya??"

"........."

Cengkaman tangan Kaii menerbitkan hairan dalam hati doktor tersebut kerana tenaganya bukanlah tenaga yang mampu terluap daripada seorang pesakit yang baru beberapa hari lepas hampir sahaja tidak dapat diselamatkan akibat mengalami penurunan suhu tubuh yang mendadak.

Namun hairan apalah dia.Gadis itu merupakan seorang atlet memanah yang sangat cemerlang sebelum dia mengalami kemalangan ngeri beberapa bulan sudah.

Pintu dibuka dari luar dan adegan tarik menarik antara Kaii dan doktor tersebut mati begitu sahaja tatkala dua susuk tubuh menyelit masuk.

Seorang yang kemas dalam balutan sut hitam tanpa lengan yang menindih kemeja biru tua dengan lengan kemeja yang digulung tiga empat inci di bawah siku.Lengkap dengan tali leher dan jam tangan bertali perak melingkari pergelangan tangan kanannya.Rambut hitam dengan sedikit tona kelabu itu didandan rapi ke belakang menyerlahkan dahi.Seluar hitam yang kemas dan rapi serta kasut hitam berkilat melengkapkan penampilan kemasnya.

Sementara seorang lagi juga lengkap bersut hitam dan berkemeja putih.Juga bertali leher dan daripada penampilan kedua-duanya,jelas menunjukkan mereka bukan datang ke situ akibat tersalah bilik seperti anggapan Kaii.

Ketika lelaki terakhir yang menyelit masuk itu meletakkan tangan pada bahu sang doktor dan membawanya keluar dari ruangan tersebut,pemuda tinggi lampai berbahu kukuh tersebut mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kertas yang dibawanya.

"Maafkan saya,cik.Saya keringkan dulu buku kepunyaan cik ini dan hari ini saya baru berkesempatan menyerahkannya semula kepada cik."

Dengan tatapan mata yang meliar,Kaii menyambar kasar buku berkulit tebal tersebut dan menyelaknya sepantas kilat lalu membacanya sepantas kilat seperti orang tidak siuman.

Jalan cerita yang masih sama namun tergantung begitu sahaja pada helaian terakhir pada adegan sampan yang dinaiki Athreyu dan pemuda-pemuda dari Suku Marais itu mengalami kecelakaan.

Hujan.Ribut sabung menyabung.Air sungai yang melimpah.

Kaii memekup seluruh wajahnya ke dalam helaian buku tersebut sambil menahan amukan rasa hatinya yang bercampur-baur.

Begitu rupanya yang terjadi dan begitu rupanya cara bagaimana untuk dia keluar dari dunia Babad Saribu Bhyangkara itu !

Ia ada ketika mahu tetapi tidak perlu dan ketika perlu tetapi tidak mahu.

Sebaris ayat yang dikatakan lelaki tua beruban putih tempoh hari kembali terngiang dalam pendengaran Kaii.

Itulah kuncinya.

Dia yang perlahan-lahan mulai menginginkan kehidupan sebagai Kaiiara di dunia sebelah sana yang memiliki ayah,ibu juga abang serta sahabat yang tidak berfikir dua kali untuk mengorbankan diri mereka demi keselamatannya.Namun,dia tidak lagi diperlukan dalam cerita Babad Saribu Bhyangkara kerana segala-galanya mulai kembali kepada keadaan yang asal.

Misinya melengkapkan jalan cerita Babad Saribu Bhyangkara telah selesai dan kerana itulah dia kembali lagi ke dunia sebenarnya di sebelah sini.

Itulah dia.Dia mahukannya tetapi tidak perlu baginya untuk berada di dunia tersebut.

Aneh.Sangat aneh.

"Maaf.Saya tidak tahu kalau buku ini begitu penting kepada cik Kaiiara.."

Kaii yang menyedari kehadiran pemuda tersebut di situ menyedut hidungnya yang basah dan menyeka genangan air pada sudut mata dan bekas linangan pada cerun pipi.

"Terima kasih encik..."

"Kayden."

Kaii mengangguk seraya melayangkan senyuman sekilasnya sebelum kembali memeluk buku berkulit tebal itu rapat ke dadanya.Sesaat.Dua saat dan Kaii kembali menatap bingkai wajah pemuda itu .

"Encik kenal saya?"

"Siapa saja yang tidak kenal cik Kaiiara di bandar ini?"

Begitu tanyanya sambil tersenyum namun senyumannya mati mendadak ketika Kaii meraih pergelangan tangan yang tidak berbalut lalu membawanya ke gigi.

"Aouhhhhchhh!!"

Wajah tenang Kayden bertukar panik dan sepantas kilat dia menjauhi gadis tersebut yang menepuk pula pipinya sendiri berkali-kali.

"Sakit?"

Kayden sudah mengetap gigi sambil menelengkan kepala namun entah mengapa marahnya yang meruap ke kepala akibat perlakuan gadis tersebut yang menggigit lengannya bertukar seratus lapan puluh darjah.Rasa lucu bercampur takjubnya merambat ke wajah lalu membuatkan dia tersenyum tanpa sedar tetapi jeritan kagetnya itu berjaya menyebabkan para pengawal peribadinya yang berkawal di luar pintu menyerbu bilik tersebut serentak dan mengacu pistol.

Kaii tergamam tanpa sedar mengangkat kedua-dua tangannya ke paras dada,bersiaga dengan penumbuk walaupun jarum masih terpasang pada tangan dan bersambung terus ke beg berisi cairan jernih di sebelah katil.

Kayden mengerling dan dengan hanya satu anggukan yang hampir tidak ketara,dia mengusir para pengawal peribadinya itu yang jelas-jelas panik mendengar suara sang majikan memekik kesakitan.

"Mmaaaffffkknnn.."

"Pertama kali juga saya melihat ada teori begitu."Kayden mengusap lengannya yang berbekas deretan gigi " Memastikan ia bukan mimpi tetapi bereksperimen dengan orang lain"

Kaii tergagap-gagap melihat susuk lampai pemuda itu bagaikan gerbang tinggi yang memayunginya dan jelas dilihatnya pemuda itu menyeringai senget sambil berpeluk tubuh.Auranya bertukar dingin dan menakutkan.

"Ssayyyyaaa....ttakkkk.."

"Saya tak sangka selain seorang pemanah yang hebat cik Kaiiara juga ada bakat menulis."

"Takk..bbukkaann..saya ttak ttulis.."

Hilang petah Kaii untuk menjelaskan kepada pemuda itu bahawa bukan dia penulisnya dan kening hitam yang berkerut di tengah dahi serta pandangan mencerun Kayden menjadikan lidahnya tidak dapat berkata-kata.Lalu akhirnya dia hanya mendengus putus asa.

" Baiklah.Saya yang menulisnya.Bagaimana? Encik sukakannya?"

Kayden menggaru dagunya sebelum menjawab"Walaupun menarik,saya lebih sukakan kisah yang bertemakan guns and roses."

"Pfffffttt..."

"......"

"Maaf." Kaii menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan dan mengisyaratkan pemuda itu meneruskan naratif kesukaannya.Bukan tempat Kaii untuk mentertawakan citarasa aneh Kayden kerana dia baru sahaja ...

Eisyy...lupakan!

" Tema tentang seorang mafia yang jatuh hati pada gadis aneh yang tidak senonoh.."

" Tidak senonoh dan jatuh hati? Bukankah ia satu padanan yang tidak sesuai? Sepatutnya berilah watak yang lebih menarik.Watak biasa gadis jelita yang perlu dilindungi.Itulah yang selalu berlaku dalam drama atau filem.."

"Cerita saya,imaginasi saya."Kayden mengetap gigi "Cik Kaiiara ada masalah dengannya?"

Mendengarnya,Kaii pantas menggelengkan kepala sambil memekup mulut.Seriau pula dia dengan aura pemuda itu apatah lagi melihat kelibat pemuda berkot di luar pintu itu. Menyedari hal itu,lagi-lagi Kayden tersenyum namun berusaha menyembunyikannya daripada pengetahuan Kaii.

"Baiklah cik Kaiiara." Dia berdiri mengemaskan letak kotnya " Siapkan cerita cik dan saya akan datang lagi untuk mengetahui pengakhirannya."

Kaii terkebil-kebil.Banyak yang ingin diperkatakannya tetapi dia tidak berani macam-macam lagi di hadapan pemuda itu.Dan sehingga Kayden keluar semula melalui pintu,Kaii masih silih berganti memandangi pintu lalu kepada kulit tebal Babad Saribu Bhyangkara di pangkuannya.

Otaknya bagaikan berhenti berfungsi buat seketika.Gagal menghubungkan semua yang berlaku dengan logik akalnya.Puas dia menjejalkan kejadian yang telah berlaku ke dalam fikirannya tetapi masih juga menyalahi peraturan logik.Semuanya langsung tidak masuk akal! Di luar nalar.

Dan mungkin kerana kesan ubat yang dimasukkan ke dalam pembuluh darahnya membuatkan Kaii pening sendiri dan akhirnya mengambil keputusan untuk berbaring semula.

Di luar pintu,rupa-rupanya Kayden masih menjenguk kelakuan Kaii sambil tersenyum sehingga membuahkan hairan kepada para pengawal peribadinya itu.Mereka hanya mampu berpandangan tanpa berani bertanyakan hal yang sebenar.

"How is she?"

"Bad.." sahut Kayden seraya memandangi pintu bilik yang menempatkan Kaii.Menggeleng putus asa tetapi tersenyum aneh.

"Bad?"

" Bad for my heart."

"....."

-    E                N             D    -

Continue Reading

You'll Also Like

646 155 31
Sebuah hidup perlu istirahat Bersama bait yang menyentuh jiwa🥀 Rank 7 March
153K 17.8K 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari ba...
24K 1.8K 53
Fakta kawan baik kau🐤 Dalam setiap geng akan ada jenis-jenis kawan kau macam dalam buku ni👌😑 Rank: #3 in bestfriendforever #2 in fact #5 in fact #...
446 73 29
Pantun atau Sajak Cinta. Puisi Moden dan Puisi Tradisional. -By Siti Norazurah