Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

7K 833 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 51

59 11 0
By mynameismas

Gerbang Barat.Tempat pembuangan mayat pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana melanggar undang-undang Darmenta.Seperti mana fungsinya,tempat tersebut sememangnya menyeramkan dengan pohon-pohon yang mencuar tinggi sementara ranting kering merentang sebarangan arah.

Angin bertiup sebentar-sebentar kasar sebentar pula perlahan bagaikan mewakili rasa para roh yang bergentayangan di tempat tersebut tanpa dihantar oleh ritual khas menuju ke tempat abadi mereka.Bahkan tidak diziarahi oleh para keluarga .

Dingin ,menyeramkan dan ketika malam menjelang tempat tersebut akan menjadi tumpuan para haiwan pemangsa kerana haiwan buas tersebut tahu mereka akan memperolehi mangsa dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.

Ren duduk tegak di sebalik pokok yang paling besar di tempat tersebut.Menjengukkan kepalanya sekali-sekala ke arah pintu gerbang yang bertutup rapat.Menunggu dengan hati yang berdebar-debar.Kepada Hatra dan juga Enuma dikhabarkan firasat hatinya yang kuat mengatakan ada sesuatu sedang berlaku dan ada sebab pula mengapa mereka dilepaskan melalui Gerbang Barat.

Alasan Enuma bahawa baginda raja tidak mahu desas-desus timbul dalam kalangan rakyat akibat kejadian tuduhan terhadap puteri mahkota itu tidak masuk akal bagi Ren.Sempat dia melihat kelibat sinar mata yang aneh daripada Panglima Madeia.Entah.Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang berlaku dan mereka perlu menunggu sehingga keadaan di istana betul-betul reda sebelum mula bertolak semula ke permukiman Suku Marais.

Ketika malam semakin gelap dan hujan pula mendadak turun dengan lebatnya,Ren pantas merapatkan tubuh ke arah pohon tersebut sambil mengisyaratkan kepada Hatra dan Enuma agar menyembunyikan diri sesenyap yang mungkin.Dua kelibat kelihatan mengusung sebuah tandu dengan nyalaan obor yang hampir padam dek guyuran hujan yang deras dan tidak bersahabat.

Tiga orang? Tidak.Ada lebih daripada tiga orang semuanya.

" Ren!!" Tegak berdiri cuping telinga lelaki itu tatkala namanya diseru oleh satu suara yang dikenalinya." Keluarlah.."

Dalam keadaan basah kuyup,ketiga-tiga mereka keluar dari tempat persembunyian masing-masing.Enam orang semuanya termasuklah Panglima Madeia yang memegang obor.

" Panglima.."

" Nampaknya tuan memahami tindakan saya.."

Panglima Madeia mencacakkan tangkai obor di tengah pondok beratap lusuh tersebut dan segera menepi.Seorang demi seorang daripada susuk tubuh yang basah kuyup itu menurunkan selubung kepala dan bingkai wajah terakhir membuatkan Ren,Hatra dan Enuma pantas menunduk hormat.

"Tuanku.."

Wajah orang nombor satu kerajaan Darmenta itu sekadar mengangguk.Bukan sahaja baginda, ada juga kelihatan baginda permaisuri dan putera mahkota sendiri selain Panglima Agean dan juga Athreyu.

" Ada sampan yang sedang menunggu di sungai sana.Pergilah.Bawa pergi anakanda beta,Puteri Kaiiara.."

Ren pantas menundukkan kepalanya.Tidak perlu diterangkan dengan lebih jelas.Kehadiran orang-orang penting kerajaan Darmenta ke tempat itu sudah cukup menunjukkan segala-galanya.

" Ini penawarnya.Berikan segera kepada tuan puteri sebaik sahaja kalian sudah keluar dari sempadan Gerbang Barat."

Ren tidak menyahut namun pandangan matanya jatuh kepada bingkai wajah Permaisuri Adhreya yang pucat dan tampak kedinginan.Mereka senyap seribu bahasa memerhatikan bagaimana wanita itu mengucupi dahi pucat Kaii yang masih berselubung kain dan tampak lebih tebal.

Athreyu yang memerhatikan keadaan itu mengetap giginya senyap-senyap.Renyuk sekali dia memerhatikan keadaan Kaii ketika itu namun tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan.Itu adalah tindakan terbaik yang boleh mereka lakukan bagi menyelamatkan Kaii.

*                   *                 *

IMBAS SEMULA-SEHARI SEBELUM

Raja Metheus yang menerima perkhabaran tersebut sudah mundar-mandir tidak keruan.Dia tahu ada sesuatu yang sedang berlaku dan sepertinya kegilaan puterinya yang satu itu memang tidak dapat diandalkan lagi.Ingin sekali dia memarahi anaknya itu tetapi ada sesuatu yang sangat tidak kena.

Mengakui semuanya semata-mata untuk melindungi mereka semua!

Dia resah melihat Athreyu tunduk melekapkan dahinya ke permukaan lantai sambil menahan tangis.Merayu dengan segenap hati agar hukuman mati ke atas adiknya itu diringankan malahan berjanji akan menghabiskan seluruh usianya hanya untuk berkhidmat dengan keluarga diraja andai permintaannya kali itu dipenuhi.Memohon agar Kaii diselamatkan walau dengan apa cara sekalipun.

Bagaimana mungkin dia sanggup menjatuhkan hukuman mati kepada puteri satu-satunya itu? Sungguhpun masih terlalu baru mengenali gadis tersebut,namun ia tidak menghalang Raja Metheus daripada menyayanginya apatah lagi dengan karenahnya yang aneh sekaligus menghiburkan.Bahkan anak gadis itu melayaninya bukan seperti seorang raja penguasa kerajaan Darmenta tetapi sebagai seorang ayah.

Memastikan segala keperluannya dipenuhi.Makan,minum dan pakainya disediakan Kaii dengan senang hati dan dua malam daripada tempoh seminggu mereka akan menghabiskan masa bersama dan tidur pula bersama baginda permaisuri dan Putera Amadeus sendiri.

Yang jelas anak itu benci sekali kepada protokol istana dan sudah beberapa kali tertangkap kerana melanggar tata karama istana Darmenta.Aneh,degil dan sukar diduga tetapi itulah tarikan anak gadisnya itu.Keletah anak itu amat bertolak belakang jika dikaitkan dengan pelbagai kejadian sebelum ini yang ada antaranya baru diketahui Raja Metheus melalui sang putera.

Dan kini,anak yang memegang kunci kepada seluruh kejadian tersebut tiba-tiba sahaja mengakui telah melakukan satu kesalahan yang amat berat di sisi undang-undang Darmenta.Jika dia tidak memenuhi tuntutan anggota Dewan Cendekiawan,hal tersebut akan digunakan oleh musuhnya untuk mengganggu-gugat keharmonian istana yang baru sahaja pulih seperti biasa.

Bagaikan berkongsi telepati yang tidak dapat dijelaskan,serentak mereka berpandangan dan fikiran mereka menyimpulkan sesuatu.

Ya.Mereka perlu melakukannya sekali lagi!

*                   *                   *

Berat hati hendak melepaskan Kaii pergi namun dalam keadaan begitu,tindakan yang mereka pilih itu satu-satunya jalan terbaik.Kerana jika Kaii terlepas daripada hukuman kali itu,tidak ada jaminan bahawa para pembesar yang memiliki kepentingan tersendiri akan mencuba lagi untuk menjatuhkannya dan itulah yang paling menghairankan mereka.

Kepada Athreyu juga Putera Amadeus,mereka tahu Kaii tidak pernah menyukai kehidupan barunya sebagai puteri mahkota kerajaan Darmenta.Usah ditanyakan bukti kerana ianya banyak sekali.Lalu,apa mudarat yang boleh didatangkan gadis tersebut sehingga ada sahaja pihak yang mahukan dia terlibat dalam masalah yang bukan sebarangan hukumannya?

Ketika kilat membuatkan langit malam kelihatan merekah oleh pancaran sinarnya dan diikuti oleh guruh yang berdentum menggegarkan bumi,Putera Amadeus memeluk kejap bahu ibunya yang tidak kuasa menahan sengguk tangis melihat Ren dan Enuma tunduk seketika bagi menghormati para keluarga diraja itu sebelum masing-masing mencapai hujung pengusung yang menadah tubuh kaku Kaii sementara Hatra mendahului mereka dengan membawa obor yang hampir padam kerana curahan hujan.

" Beta serahkan nasib anakanda beta kepada kalian bertiga." Raja Metheus bersuara mengatasi bunyi curahan hujan membuatkan langkahan ketiga pemuda Suku Marais itu terhenti seketika " Jasa kalian tidak akan beta lupakan."

" Betapa pentingnya baginda kepada tuanku,begitu juga pentingnya tuan puteri kepada kami.Kami menjamin keselamatan baginda dengan nyawa kami sendiri.."

Ikrar yang dilafazkan Ren diikuti dengan anggukan setuju dua sahabatnya yang lain.Perihal Nineveh itu tentu sahaja tidak diketahui oleh Raja Metheus kerana ia merupakan rahsia terbesar Suku Marais namun seperti katanya,keselamatan Kaii adalah tanggungjawab mereka kini.Cukuplah sudah Kaii mengalami bermacam-macam masalah dan ancaman disebabkan mereka sebelum ini.Kini,tiba masanya mereka membalas semula segala kebaikan gadis tersebut.

Kerana Kaii,Raja Metheus yang suatu ketika dulu merupakan orang nombor satu paling dibenci oleh Suku Marais itu menyatakan permohonan maafnya lama dulu dan akhirnya menjernihkan semula hubungan mereka yang selama ini sangat  buruk.Tahulah mereka bahawa Raja Metheus tidak bersalah dalam hal pembantaian suku penerawang bintang itu kerana apabila ditanyakan semula dengan sinis,dia terpinga-pinga tidak mengerti.

Melalui Putera Amadeus yang berada di istana,sesalinan rekod daripada pejabat setiausaha diraja semasa kejadian tersebut dibawakan Kaii kepada mereka dan ternyata Raja Metheus tidak pernah menandatangani apatah lagi meletakkan cop mohor kerajaan kepada dekri diraja yang memerintahkan agar Suku Marais dihabisi serta-merta.Tidak ada sebarang catatan tentangnya dan ada bukti dikemukakan bahawa semasa kejadian tersebut berlaku,Raja Metheus sedang menghadiri pertemuan dengan salah seorang pemerintah negara jiran.

Dan sebagai tanda permohonan maafnya,Raja Metheus telah mengurniakan kepada mereka sebidang tanah yang subur di sebelah tenggara Darmenta untuk dijadikan kawasan penempatan dengan segala pembinaan penempatan mereka dibiayai oleh Raja Metheus secara senyap-senyap.Begitu juga dengan perbelanjaan setiap keluarga sehingga tiba musim menuai yang pertama dan diberikan kebenaran khas untuk turut serta berdagang di pekan Annara sama seperti pedagan dari suku-suku yang lain.

Seperti ramalan itu,Kaii memang benar-benar telah memenuhinya dengan mengembalikan Suku Marais ke tempat yang sepatutnya. Dan kini,Kaii hampir sahaja menjadi mangsa komplot jahat yang terancang itu andai sahaja Putera Amadeus tidak muncul dengan idea untuk memalsukan kematian sang adik.Malahan,gadis itu mengakui segala tuduhan juga kerana ingin menyelamatkan mereka semua daripada terlibat dalam jaringan jahat perancangan tersebut.

"Bersegeralah kalian." Panglima Madeia pula mencelah " Dan kami juga perlu segera kembali ke istana sebelum ada yang menyedari ketiadaan tuanku bertiga .."

Lalu,dalam curahan hujan yang sepertinya tidak akan kunjung berhenti mereka meneruskan langkah tanpa menoleh lagi.Bukan sahaja kerana hujan semakin lebat,tetapi mereka juga khuatir paras air sungai akan semakin naik dan menyukarkan mereka untuk mengemudikan sampan nanti.

Athreyu yang berjalan di belakang dua pemuda Suku Marais itu melebarkan langkah namun mengemaskan siaganya .Dalam keadaan begitu,apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.Walaupun usaha mereka untuk membawa keluar Kaii dari istana merupakan sangat sulit,dia masih perlu berjaga-jaga kerana mata-mata Keluarga Ares berada di mana-mana.Hampir pasti keluarga tersebut merupakan dalang utama kepada kejadian Kaii hampir dikenakan hukuman pancung tersebut.

Walaupun Kaii tidak mengetahui apa-apa tentang rancangan tersebut,namun tindakannya menuliskan segala bukti kesalahan para menteri dan petinggi kerajaan Darmenta memberikan Raja Metheus satu senjata ampuh nan tidak terkalahkan. Kaii walau di ambang bahaya tetap sahaja muncul dengan idea bijaknya dan itu merupakan kehairanan bagi mereka buat kesekian kalinya.

Putera Amadeus yang mengakui sendiri tentang bukti yang diberikan Kaii itu sama seperti hasil siasatannya selama ini jauh lebih terkejut kerana bukti tersebut sangat terperinci.Dan seperti yang dikatakan Athreyu bahawa Kaii pernah mengatakan secara sambil lewa tentang krisis juga merupakan satu peluang,mereka mengatur rancangan agar krisis tersebut disenyapkan sekaligus. Melepaskan satu anak panah tetapi mengenai beberapa sasaran sekaligus.

Menyelamatkan Kaii,mengugut para menteri dan petinggi kerajaan dengan bukti kesalahan mereka dan juga memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kuasa diraja sekaligus.Ketiga-tiganya dapat dijayakan dengan memalsukan kematian gadis tersebut.

Setelah berjalan dalam hujan dan samar obor buat beberapa ketika,mereka akhirnya tiba di pinggir sebuah sungai seperti yang dikatakan Panglima Madeia.Seorang lelaki menunggu dalam curahan hujan dan cepat-cepat menyonsong mereka.Sebuah sampan dengan atap daripada jalinan jerami teroleng-oleng dibadai arus sungai yang semakin deras.

Memangku kepala sang adik,Athreyu menyua muncung botol kecil yang berisi penawar ke mulut Kaii sementara para pemuda dari Suku Marais itu tanpa berkata apa-apa ,masing-masing mencapai pengayuh dan membantu lelaki pertengahan usia itu mengemudikan sampan ke hilir sungai.

Barangkali disebabkan arus deras,mereka tidak perlu terlalu mengerah tenaga untuk mengayuh sampan tersebut tetapi hanya memastikan sampan itu tidak terlanggar bonggolan batu ataupun kayu hanyut kerana hujan yang lebat menyukarkan mereka untuk melihat ke hadapan.Tambahan pula,angin pula bertiup kencang sehinggakan air sungai tampak gelap,dalam dan berbahaya.

Ketika Athreyu merapikan kain tebal dalam bungkusan yang dibawanya untuk menghangatkan tubuh Kaii itu,tiba-tiba sahaja dia merasakan sampan yang dinaiki mereka menghentam sesuatu membuatkan Ren dan Hatra yang berada di bahagian hadapan sampan terpelanting ke belakang.

" Pusingkan haluan sampan !!!" Ren memekik cemas sambil mencapai pengayuhnya yang tercampak." Kita sudah sampai ke kawasan jeram!!"

Athreyu cuba bangkit untuk membantu yang lain-lain mengemudikan sampan tersebut tetapi sekali lagi satu hentama kuat dirasakan dan kali ini ia benar-benar membuatkan sampan tersebut berpusing dan hilang kendali sehingga membuatkan Athreyu terhantuk ke bingkai sampan.Suara Ren dan Enuma tenggelam timbul dalam dentuman guruh dan amukan angin.  

Satu lagu hentaman pada perut sampan dirasakan dan Hatra memekik cemas ketika lelaki yang seorang lagi tercampak ke luar dan serta-merta air menggenangi perut sampan dengan pantas.Dalam keadaan cemas begitu,Athreyu mencapai timba berhampiran kakinya dan cuba untuk mencedok keluar air namun kerosakan sampan tersebut yang disebabkan oleh perlanggarannya dengan bonggolan batu sudah terlalu teruk.

" Jaga!!!"

Jeritan Ren merupakan suara terakhir yang didengari Athreyu sebelum sampan tersebut pecah dan air yang hitam berpusar-pusar itu menelannya sekaligus tanpa sempat berpaut pada apa-apa.

" Kaiiii!!!!"

" Nineveehhhh!!!"

*                 *                  *

Continue Reading

You'll Also Like

206K 19.3K 104
ㅡ awak tetap milik saya meskipun ada hati sekeras baru berlian ! ♡ published on : ㅡ 15/11/2017
95K 6K 108
Selamat datang ke LBK! Bacalah bacaan merapu kalau memang bosan sangat! Ambil sandwich dan air milo untuk baca ! Bacalah jangan tak baca dan ingat ke...
82.9K 9.9K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
92.4K 8.6K 143
SPEACIAL FOR BOYVERS Kisah Lawak Boboiboy Harian Yang Ringkas Dan Agak Lucu. Setiap Hari Para Elemental Membuat Masalah Dan Membuat Lawak. Start: 9...