𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫...

Oleh raisynee

10.4K 560 38

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya h... Lebih Banyak

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 02
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 03
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 04
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 05
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 06
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 07
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 08
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 09
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 11
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 12
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 13
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 14
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 16
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 19
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 20
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 21
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 22
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 23

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 01

650 42 2
Oleh raisynee

Deveruex Empire, Kuala Lumpur.

"Sir."

Ares Ishan Deveruex berhenti menaip. Tangannya memeluk tubuh, badan disandarkan kepada kerusi kerja. Matanya tajam melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri tegak bersama beberapa fail di tangan. Dengan wajah yang beku, Ares bersuara mendatar.

"Put it there."

Lelaki itu akur. Dia membawa kesemua fail yang dia pegang tadi dan menghampiri meja kerja Ares. Lalu, diletakkan kesemuanya di situ. Pantas Ares mencapai satu fail hitam. Tertera tajuk di muka hadapan, laporan kewangan bagi bulan lepas. Manakala, lelaki tadi yang bergelar pembantu peribadinya masih statik berdiri.

Wajahnya berubah cemberut. Sedikit tidak berpuas hati dengan laporan yang disediakan oleh pekerjanya.

"Adriell."

Lelaki yang bernama Evan Adriell itu terus berdiri tegak. Naik lenguh juga kakinya dari tadi berdiri di situ tanpa arahan apa-apa daripada Ares.

"Yes sir?"

"Call her." Evan mengangguk, dia berjalan keluar daripada bilik Ares untuk memanggil insan yang bernama supaya datang ke situ. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita berusia lingkungan 30an yang berpakaian agak seksi dengan rambut panjangnya yang dibiarkan lepas.

"Come in!"

Terus Puan Amanda, datang masuk ke dalam dengan debaran di dada. Rasanya tadi dia sudah menghantar laporan bulanan kepada Ares. Puan Amanda, ketua bahagian kewangan syarikat itu datang setelah diarahkan Evan seperti yang disuruh Ares.

Fail berlabel Ogos itu dia ambil. Ogos? Oh ya, hari ini sudah masuk 1 September. Ares masih diam sambil membelek-belek fail itu. Kemudian, dahinya berkerut.

"I've checked this report and there's something strange here. Kan Amanda Deveruex?" Lambat-lambat Puan Amanda mengangguk kepala. Dia tahu, ada yang tak kena dengan laporan tu. Dan dia sedar, ada orang telah keluarkan duit syarikat tanpa persetujuan daripada Ares.

"Ada orang keluarkan duit 2 juta. You know about this?" Ares soal sinis. Bibirnya naik mengukir senyuman penuh makna. Dia tahu dia nak buat apa dengan manusia yang dah menyeleweng duit syarikat ni. Tch, bodoh! Memang wang dua juta itu tidak seberapa tetapi nilainya masih besar.

"Tahu tuan. Tapi saya tak tahu siapa." Angguk Ares. Nama Evan dia seru.

"Adriell!" Laju Evan masuk ke dalam.

"Yes sir?" Dia menghampiri meja Ares yang penuh dengan fail dan dia berdiri di sebelah Puan Amanda yang masih menunduk. Takut dengan Ares barangkali.

"Ada orang seleweng duit syarikat. Aku nak kau siasat hal ni. Sampai dapat dalangnya." Evan angguk. Wajahnya serius dan beku. Sifatnya yang manja hanya ditunjuk ketika dia meluangkan masa berdua dengan Ares.

"Alright sir." Evan melangkah keluar. Kini, anak mata helangnya tajam merenung Puan Amanda.

"Kau, pantau pengeluaran duit syarikat dengan lebih teliti. Kalau ada lagi kes macam ni, kau orang pertama aku cari." Laju-laju Puan Amanda mengangguk. Tidak berani untuk dia berkata-kata. Melihat Ares pun dia tidak berani. Aura lelaki itu sangat kuat. Walaupun itu kakak sepupunya sendiri, tetapi tidak bermakna Ares boleh berlembut.

"Get out," halau Ares dingin. Dia berdecit halus. Tak habis-habis dengan kes seleweng syarikat. Cukuplah syarikatnya sudah dua kali rugi teruk disebabkan kes yang berlaku sebelum ini. Mujur saja model-model yang terkenal di syarikatnya tidak dibeli orang lain.

Puan Amanda keluar dari bilik itu. Sebaik saja dia keluar, dia menghembuskan nafas lega. Lega sebab dah terlepas daripada 'neraka'. Ares tidak begitu garang, cuma auranya saja yang dingin dan menyeramkan. Evan tertawa halus. Takut sangat dengan bos! Hahaha.

Ares memicit pelipis. Naik pening memikirkan tentang hidupnya. Baru berusia 26 tahun, namun sudah memiliki pangkat Pengarah Deveruex Empire yang memiliki agensi permodelan dan berpuluh resort mewah, tidak lupa juga restoran mewah yang lain. Mewakili pangkat ayahnya yang kini sudah bersara.

Dan seorang suami.

Suami kepada Mrs Deveruex, Love Kaylene.

"Nah cik muda, baju yang cik nak semalam," ujar Olivia sambil tangannya mengambil sepasang dress hitam dan diberi kepada Love Kaylene. Matanya melirik dari atas ke bawah memerhati baju itu.

"Oh my god! So pretty macam I lah! By the way, esok I nak pakai baju ni," Kaylene menjerit gedik sambil terkekeh-kekeh ketawa. Olivia tersengih nipis seraya mengangguk faham. Dia menyangkut kembali baju itu di rak pengangkut.

"Prepare my clothes. I'm going out today," arah Kaylene lagi dan terus dia masuk ke dalam bilik mandi. Boleh dia melepaskan bosannya di luar. Jam pula baru menunjukkan pukul 8 pagi.

"Baik cik muda," Nafas dihela perlahan dan dia mula mencari satu set pakaian yang sesuai untuk Kaylene buat hari ini. Walaupun hanya 8 jam saja dia boleh keluar, tapi itu sudah memadai. Setelah hampir 5 minit membelek pakaian, akhirnya dia jumpa juga.

Olivia tersenyum puas.

"Cantik!" pujinya perlahan. Usai semuanya, dia keluar daripada bilik. Ken dan George yang berdiri statik itu ditegurnya.

"Ken," panggilnya lembut. Olivia ni sopan santun saja orangnya. Ken yang menyedari namanya dipanggil itu terus menoleh ke belakang memandang gadis itu yang berdiri di muka pintu. George awal-awal lagi sudah menoleh ke belakang. Walaupun bukan dia yang dicari.

"Cik muda kata dia nak keluar hari ini. So go now and wait her at the front door," beritahunya sambil senyuman manis terukir.

"Alright, thanks darling for the information!" Ken mengenyit mata seraya itu senyuman manis terukir sehingga menampakkan lesung pipitnya. Olivia tersengih malu. Malu apabila diusik begitu sedangkan dia dan Ken tiada apa-apa hubungan istimewa.

"Okey," George sekadar tersenyum nipis dan mula mengikuti langkah Ken.

"Bye darling! I love you!" laung Ken sambil melambai tangan walaupun dia sudah jauh daripada Olivia yang masih setia berdiri di muka pintu. George menggeleng kepala perlahan. Ada-ada je Ken ni.

Olivia ketawa kecil namun terhenti tatkala ditegur Kaylene yang baru saja keluar daripada bilik air. Gadis itu berjalan mendekati meja solek lalu dilabuhkan duduk di atas kerusi kecil.

"Akak gelak apa? Tak nak kongsi dengan I ke?"

"Eh tak ada apa. Oh ya, akak dah sediakan baju untuk cik muda. Ken dengan George pun dah tunggu dekat bawah," beritahunya. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Entah mengapa dia suka diperlakukan sedemikian.

"Okay, thanks akak sayang, ni yang buatkan I makin sayang you!" Olivia menunduk sedikit dan terus keluar daripada situ. Pipinya sedikit merah tadi cuba disorok. Kaylene senyum nipis sambil itu menyarungkan pakaian dan mula berjalan ke arah meja solek yang penuh dengan alat solek.

Usai bersolek muka, terus dia keluar daripada bilik dan melangkah menuju ke pintu utama. Dia pasti Ken dan George sudah menunggunya di sana.

Kesemua pembantu rumah dan pengawal keselamatan menunduk hormat terhadapnya tatkala bayangannya muncul di ruangan bawah.

"Let's go," ujar Kaylene sesaat dan masuk ke dalam setelah pintu dibuka oleh Ken. Ken yang akan memandu hari ini. Senang hati George dibuatnya hahaha.

"Go to Scylla's house."

Kaylene menoleh ke tepi, membuang pandangan. Melihat awan di langit. Mujur saja cuaca agak cerah hari ini. Takut juga kalau hujan, sekarang kan musim hujan.

Love Kaylene.

Siapa saja yang tidak kenal dengannya? Seluruh pelosok dunia kenal dengan gadis diva lagi kan manja ini. Satu-satunya cucu perempuan keluarga The Smith. Antara keluarga yang sangat disegani oleh rakyat bumi.

Namun, dalam diam dia bergerak menjadi seorang isteri kepada Ares Ishan Deveruex. Mata dipejam rapat, cuba menyalurkan rasa rindu yang tak terhingga kepada si suami.

Dia senyum.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

maaf lambat hehe

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

56.1K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
153K 9.9K 32
Adam Hirdy | Azalea
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
853K 85.2K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...