Di Dalam Genggaman Mr. Jayden

By ByMePutri

38.3K 1.7K 120

'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakuka... More

Prolog
BAB 1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

3

1.9K 104 8
By ByMePutri

_________

"souls don't meet by accident"

__________

Hazzel menjadi tidak selesa. Boleh dikatakan, Hampir dua minit lelaki di hadapannya ini merenung ke dalam anak matanya.

"Erm encik? Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Soal Hazzel sekali lagi. suaranya kedengaran  agak bergetar kerana merasa takut dan kurang selesa.

Hazzel berharap agar lelaki itu sedar akan kelakuannya  yang agak berlebihan kerana dari tadi lelaki itu merenungnya. Tetapi  Jejaka tinggi itu dengan berani melangkah menghampirinya.

Hazzel panik. Dia menelan air liurnya kesat dan dengan drastik Hazzel melangkah ke belakang untuk melarikan diri.

"Encik nak buat apa ni?!" Jerit Hazzel panik bila lelaki itu semakin mendekat. Matanya melirik ke arah ruang tamu. Hatinya sangat berharap agar ada orang yang boleh membantunya.

Tetapi seorang manusia pun Hazzel tak nampak. Waktu macm ni lah semua orang yang ada di ruang tamu tadi menghilang. Lagi pun sia sia je dia menjerit, lagu yang terpasang memang agak kuat Dan itu membuatkan Hazzel risau kalau Jayden akan bertindak lebih dari ini.

Hazzel melihat ke kanan. Dia pasti dia boleh melarikan dirinya dari lelaki gatal ini.

Dengan segera Hazzel ingin berlari dari situ dan menjerit meminta pertolongan namun lelaki bermata helang itu dengan pantas menarik Hazzel sehingga gadis itu tersandar di meja.Tarikkan itu agak kuat dan menyebabkan Hazzel merintih sakit.

"Wait.." Ujar Jayden pelahan dan masih memandang wajah Hazzel dengan rasa tidak percaya.

"No way.."

Hazzel yang tadinya panik menjadi pelik setelah melihat wajah lelaki itu seperti keliru.

"Encik? Encik kenapa?" Soal Hazzel agak risau kerana riaksi Jayden sedikit membinggungkan. Tangan gadis itu naik menyentuh wajahnya untuk merasa kalau ada sesuatu yang pelik di wajahnya.

"Tell me this is just a dream." Jayden merenung wajah Hazzel sekali lagi. Matanya meliar di segenap wajah mulus milik Hazzel.

Hazzel pula terdiam di tempatnya. Sungguh dia tak faham apa maksud lelaki ini.

" Ini bukan mimpi." Ujar Hazzel dengan dahi berkerut.

"No way." Dia meletakkan kedua dua tangannya di sebelah Hazzel. Mengepung gadis itu. Jayden mendekatkan jarak mereka.

Jayden memandang Hazzel Dan sedikit pun Jejaka dingin itu tidak mengelipkan matanya.  Jejaka itu tersenyum dengan tiba tiba. Hazzel kaku di tempatnya. Sungguh dia tak tahu nak kata sama ada Jejaka ini tampan ataupun menyeramkan.

Tetapi yang pasti, senyuman itu membuatkan bulu roma Hazzel menegak. Namun matanya tak boleh lari dari terus melihat senyuman indah yang terbit di bibir merah delima lelaki itu.

Senyumannya ... memukau Dan matanya berkilau bak mutiara..

"If this was a dream, then at least I've got... Memories for when morning comes..." Tutur Jayden sedikit berbisik Dan berirama seperti sebuah lagu. Adakah itu lirik lagu? Entah Hazzel pun tak pasti..

Kelakuan Jayden itu membuatkan Hazzel bertambah binggung namun kata kata Jayden itu berputar di kepalanya seperti radio rosak yang asik memutarkan lagu yang sama.

"If this was a dream, then at least I've got... Memories for when morning comes...?? "

Hazzel menelan air liurnya. Gadis itu pelahan lahan Cuba membalas renungan Jayden.

Hazzel akui, kedudukan dia dengan lelaki ini memang dekat sehingga deruan nafas hangat milik Jayden menampar halus di batang hidung Hazzel.

"Encik.."

"Hush.." Jayden pantas memotong ayat Hazzel. Jari telunjuk lelaki itu menyentuh bibir lembab milik Hazzel, sebagai tanda Jayden tidak mahu mendengar apa apa dari mulut gadis itu.

"You are.. Real. I can't believe this." Jayden tersenyum penuh makna. Tangan Jayden turun mengelus dagu Hazzel Dan itu benar benar membuatkan Hazzel merasa tidak selesa.

"Er, Jayden. Kau buat apa ni?" Mendengar Suara itu, serentak Jayden Dan Hazzel mencari pemilik Suara itu.

Mia.

"Cik Mia!" Hazzel dengan panik menolak Jayden jauh darinya. Dia membongkok sedikit ke arah Mia sebagai tanda meminta maaf atas Kelakuannya tadi.

"Saya minta maaf Cik Mia. Saya sambung buat kerja dulu." Ujar Hazzel dengan perasaan bersalah dan takut.

Hazzel takut kalau Mia fikir yang bukan bukan pasal dirinya. Dan bukan dia tak mahu memberi penjelasan, cuma biar lah 'lelaki gatal' tu yang jelaskan sendiri. Itu semua salah lelaki itu.

Mata Jayden tak lepas dari melihat sahaja tindak tanduk Hazzel. Mia yang perasaan akan itu tersengih sikit.

Hazzel terus berlalu pergi dari dapur itu. Meninggalkan Mia dengan Jayden.
Mia memandang Jayden tajam. Jayden pula berlagak biasa seakan apa yang Mia nampak tadi tak pernah berlaku.

"Hmmm.. Ada apa apa yang Encik Jayden nak cakap?" Soal Mia pada Jayden.

"What?" Jayden pura pura tak faham. Terus meletus tawa Mia.

"Bro, she is my maid. Apa apa yang berlaku dekat dia, itu di atas tanganggujawab i. U jangan nak macam macam eh?" Mia mengecilkan matanya sambil memberi arahan keras kepada jayden. Mia memang sangat mementingkan kebajikan semua pekerjanya Dan dia tak mahu ada perkara yang tidak di inginkan berlaku.

"What is her name?" Jayden sedikit pun tak kisah dengan amaran Mia terhadapnya. Malah Jayden tampak tenang.

"Hazzel Alvianna. Why? Tertarik? " Beritahu Mia yang memandang Jayden dengan senyuman menyenget.

Jayden diam tak membalas tekaan Mia. Malah Jejaka itu berdehem kecil dan berlalu dari situ sambil merapikan pakaiannya.

Mia ternganga kecil, adakah tekaannya benar? Kalau benar, ini adalah berita tergempar pada abad ini. Maklumlah, Jayden memang sukar membuka pintu hatinya untuk perempuan lain sejak hubungannya dan Sarah putus.

Mia tersengih penuh makna. Gadis itu berlari keluar untuk mendapatkan Ethan Dan Hayyan.

Berita terhangat ini perlu di sebarkan!!!

_________


Jayden pulang ke rumahnya. Lelaki itu melangkah laju ke bilik tidurnya. Dia merebahkan badannya yang letih di atas katil. Senyuman penuh makna terbit di bibir merah miliknya.

" I knew it.. Dia benar benar wujud.. Damn.. Dia cantik." Jejaka itu bercakap seorang diri sambil memandang ke arah siling. Wajah Hazzel bermain main di mindanya.

"God? Can I keep her with me?" Jayden tersedar dengan kata katanya. Dia ketawa sendiri. Gadis itu benar benar membuatnya gila.

Jayden berdiri Dan melangkah ke arah bilik yang menyimpan potret seorang perempuan. Dia perlu memastikan sesuatu.

Jayden melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan lukisan itu.

Mata Jayden memerhati setiap inci lakaran itu beberapa kali.

"It's really her." Ujarnya tidak percaya.

Wajah Hazzel memang benar benar mirip dengan gadis yang sering memunculkan diri di dalam mimpinya itu.

Bermacam macam perkara yang bermain main di kepalanya sekarang ini. Namun Jayden cepat cepat mengeleng kepala. Tidak mahu memikirkan apa apa pada saat ini.

Dia cuma ingin memikirkan gadis itu sahaja. Jejaka itu kembali melihat lukisan itu sehingga dia tertidur lena di atas sofa berhadapan dengan lukisan itu.

___________

Hai gaes, minta maaf!!!! Sorry sangat sangat sebab lambat update... saya busy (cry).

for awak yang setia menunggu saya update bab baru tu thankyou. Saya terharu. Hehe, nah saya dh update ni. Suka tak?  Btw, kalau ada typo maaf la eh? Hshshsh

Jangan lupa comment and vote.
Terima kasih.

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...