Di Dalam Genggaman Mr. Jayden

By ByMePutri

38K 1.7K 120

'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakuka... More

Prolog
BAB 1
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

2

2K 113 9
By ByMePutri

__________

"You have a place in my heart no one could ever have."

__________

Jayden Sullivan leka menyiapkan kerjanya di komputer. Sesekali tangannya menyelak file kerja yang berterabur di atas meja kerja.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabatnya diketuk beberapa kali oleh seseorang.

" Masuk. "Arah Jayden.

Dua lelaki tinggi lampai serentak melangkah masuk ke dalam pejabat Jayden dengan sebuah senyuman penuh makna.

" Nak apa? "Soal Jayden garang kepada dua manusia itu.

" Garangnya. Sebab tu tak ada perempuan nak dekat kau. " perli Ethan sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa walaupun tidak di suruh oleh Jayden.

Jayden memandang Ethan tajam.

" Jay, aku nak cakap sesuatu ni."
Hayyan mula berbicara setelah dia sekadar memerhati  tingkah Ethan Dan Jayden tadi.

"Hmm apa dia?" Soal Jayden yang kembali membelek file.

Ethan Dan Hayyan memandang sesama sendiri sebelum serentak dua manusia tampan itu memandang Jayden yang sedang kebinguggan melihat telatah mereka berdua.

"Ethan nak ajak kau pergi birthday party." Jawab Hayyan. Jayden memandang hayyan dan Ethan silih berganti.

"Tak nak." Balas Jayden pendek dan Jejaka itu kembali menyambung kerjanya. Tidak semena mena dua rakannya itu mengeluh pasrah. Hayyan menapak menghampiri Jayden.

"Please Jay, kali ni je. Malam ni birthday party Mia. Kau kena lah join sebab kau kan kawan Ethan. Lagi pun kau dah lama tak lepak dengan kami kan? " Pujuk Hayyan. Jayden diam.

"Hari ni birthday girlfriend kau ke?" Tanya Jayden pada Ethan. Ethan angguk sebagai jawapan.

"Kau tak ingat birthday Mia ke?" Sampuk Hayyan pula sambil mengerut dahi.

"Kenapa pula aku perlu ingat? Dia bukannya girlfriend aku." Balas Jayden selamba.

Hayyan tersengih memikirkan semula soalannya tadi. Betul juga, bukannya wajib untuk Jayden ingat tentang perkara itu.

"So? Kau nak join ke tak? Kalau boleh, join la. Kau kan kawan aku." Kata ethan pula. Jayden masih diam, sambil kepalanya memikirkan sesuatu. Melihat ethan seperti berharap, membuatkan Jayden sedikit serba salah.

"Ya, aku join." Balas Jayden.

Hayyan dan Ethan tersengih kemenangan. Akhirnya berjaya juga sesi memujuk Jayden Sullivan.

"Nice. Party tu dekat rumah Mia, majlis start pukul tujuh. Jangan lupa pula Jayden." Pesan Ethan yang sudah berdiri Dan ingin melangkah keluar dari pejabat itu

"Okey lah kalau macam tu, aku nak sambung buat kerja. Bye." Hayyan meminta diri. Begitu juga dengan Ethan. Dua Jejaka itu mula meninggalkan pejabat Jayden.

__________

Gadis itu mengesat peluhnya yang menitik. Dia kemudiannya tersenyum kecil melihat dekorasi meja makan yang kelihatan cantik dan berseri. Dia gembira melihat hasil daripada titik peluhnya sendiri. Tak sia sia dia menghabiskan masa hampir tiga jam untuk menghiasi meja makan itu.

Dia telah diberi kepercayaan oleh majikannya sendiri untuk menghias meja makan ini.

Dia melihat sekeliling. Rumah itu sudah dihiasi dengan belon berwarna warni Dan tak lupa juga dengan ribbon serta bunga yang menjadi penambah seri.

Hazzel Elvianna menghampiri meja kek yang sudah dihias cantik. Hari ini adalah hari kelahiran majikannya, Mia Adelia.

Sejujurnya, Hazzel suka bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Mia kerana bagi Hazzel, Mia sangat baik dan lemah lembut.

"Hazzel." Panggil Mia. Hazzel yang mendengar Mia memanggilnya segera melangkah ke arah gadis itu.

"Ya Cik Mia?"

"Dah siap decor meja makan?" Soal Mia pada Hazzel. Hazzel mengangguk laju berserta dengan senyuman manis.

"Wah, really? Nak tengok!" Mia melangkah ke arah meja makan dengan perasaan teruja. Dia suka dengan sentuhan Hazzel kerana bagi Mia, Hazzel sangat berbakat dalam bab menghias.

"Damn, Hazzel. Cantik sangat!" Mia menjerit suka. Gadis itu menghadiahkan pelukan hangat untuk Hazzel.

"I'm glad you like it, Cik Mia." Ucap Hazzel sedikit lega.

"By the way, happy birthday. Baru sempat nak wish sebab dari pagi busy dan tak sempat nak bercakap dengan Cik Mia." Hazzel tergelak kecil.

"Aww, thankyou Hazzel. Oh malam ni jangan lupa pakai cantik cantik ya? Saya nak semua maid saya pakai baju yang saya beli kan tu. Okey?" sekali lagi Hazzel tergelak kecil. Comel sahaja permintaan Mia.

"Ya Cik Mia. Mesti lah kami akan pakai baju yang Cik Mia beli kan tu. Baju tu terlalu cantik. Terima kasih Cik Mia." Ucap Hazzel. Dia kembali teringat dress sedondon yang Mia belikan untuk semua pembantu rumahnya.

Kan Hazzel dah kata, Mia baik. Terlalu baik. Ada Lima pembantu rumah, Dan lima lima pembantu rumah Mia belikan baju untuk di pakai pada majlis hari jadinya sebentar nanti.

"Dah tak ada apa nak buat dah ni. Cik Mia pergi lah bersiap. Lagi Dua jam majlis Cik Mia dah nak bermula." Kata Hazzel setelah dia melihat waktu di jam dinding.

"Oh ya! Thankyou Hazzel. I pergi bersiap dulu." Mia menepuk bahu Hazzel beberapa kali sebelum dia melangkah ke biliknya untuk bersiap.

Hazzel mengeluh kecil kerana sedikit penat. Dia sekali lagi melihat sekeliling. Sungguh cantik! Macam majlis perkahwinan pula. Majlis pada malam ini hanya dihadiri rakan rakan Mia sahaja. Majlis hari jadi bersama keluarga akan diadakan pada hari lain.

Hazzel memastikan semua kerja sudah diselesaikan dengan sempurna dan baru lah Hazzel akan turut masuk ke bilik untuk bersiap. Dia perlu bersiap dengan pantas kerana sebentar lagi pasti banyak tugasan yang lain yang harus diselesaikan.

"Hazzel, jom kita bersiap dulu sebelum majlis bermula." Seorang lagi pembantu rumah Mia yang bernama Rania menghampiri Hazzel yang sedang menyimpan barang yang tadi digunakan untuk menghias.

"Okey jom." Hazzel merangkul tangan Rania sebelum dua gadis itu berjalan ke bilik mereka.

__________

Jayden memberhentikan keretanya di hadapan rumah Mia Adelia. Jejaka itu lama duduk di dalam kereta sambil matanya melihat kawasan rumah Mia yang terlihat sangat meriah. Ramai betul yang datang sehingga Jayden terpaksa parking keretanya jauh sedikit dari rumah Mia.

Jayden mengeluh kecil. Sungguh lelaki itu malas hendak berhadapan dengan orang ramai. Dia merapi kan rambutnya sebelum dia keluar dari perut kereta. Bag kertas berisi hadiah untuk di berikan pada Mia nanti turut dibawa bersama.

Sempat juga dia merapikan pakaiaanya sebelum dia memasuki  rumah banglo milik Mia.
Beberapa kenalan Mia yang mengenali Jayden sempat menegur Jejaka itu meski hanya berbasa basi.
Sekadar bertanya kabar dan masing masing kembali sibuk meraikan majlis itu.

"Jayden!" seseorang melaung memanggil namanya. Jejaka itu Cuba mencari gerangan yang memanggil di dalam lautan orang ramai yang sedang menari.

"Hoi, sini lah." Ethan mencuit bahu Jayden setelah melihat Jayden tercari cari siapa yang memanggil namanya.

"Kenapa lambat!? Semua dah Selesai, potong kek pun sudah. Kau ni lambat sangat. " Soal Ethan sedikit menjerit kerana lagu yang di mainkan oleh D.J agak kuat

"Ada hal tadi." Balas Jayden ringkas lalu menghulurkan beg kertas yang berisi hadiah kepada Ethan.

"Nah, bagi Mia. Hadiah untuk dia. "

Ethan menyambut huluran Jayden. Jari lelaki itu gatal menyelak hadiah pemberian dari Jayden untuk kekasihnya itu. Dia menaikkan keningnya setelah melihat isi beg kertas itu.

"Terima kasih. Eh sini lah, kami lepak dekat tepi swimming pool belakang rumah. Jom?" Ethan menarik lengan Jayden agar mengikuti langkahnya. Jayden pasrah dan hanya mengikuti sahaja langkah kaki Ethan.

"Eh, Boss kita dah sampai!" Hayyan yang sedang meneguk air arak terhenti sebaik ternampak kelibat Jayden Dan Ethan menghampiri mereka.

"Hai, Jay." Sapa Mia.

"Hai Mia. Happy birthday." Ucap Jayden dengan secalit senyuman.

"Thank you Jayden." Gadis itu turut membalas senyuman Jayden.

"Nah, sayang. Jayden bagi." Ethan melabuhkan punggung di sebelah kekasihnya itu. Beg kertas berisi hadiah yang diberi Jayden tadi dihulur kepada Mia.

"Seriously? Wah! Thankyou Jayden." Ucap Mia lagi.

"Eh duduk lah Jay, if nak makan pergi lah ambil. Tak pun I boleh minta tolong maid I ambik kan. Nak?" Sambung Mia lagi dan ingin memanggil pembantu rumahnya namun terhenti kerana Jayden terlebih dahulu menghalang.

"Nope. I'm fine. Kalau aku nak aku boleh ambil sendiri." Jawab Jayden. Dia mengambil tempat disebelah Hayyan.

Mereka mula berborak tentang pelbagai topik bermula dari hal kerja, soal hubungan Ethan Dan Mia serta masalah Hayyan yang di paksa kawin oleh mamanya.

Setelah hampir sejam mereka berborak, Jayden berdiri Dan meminta diri untuk ke tandas. Atau lebih tepat, Jejaka itu ingin melarikan diri dari kebingitan disitu. Dia agak rimas mendengar bunyi lagu yang di pasang kuat. Serta kurang selesa memandang banyak pasangan kekasih yang sedang beramah mesra.

Sakit mata.

Jayden pernah datang ke rumah Mia sebelum ini. Itu pun hanya sekali Dan sekejap sahaja kerana Jayden ingin mengambil barangnya yang di pinjam oleh Ethan.

Jayden masuk ke dalam rumah Mia Dan terus menuju ke bahagian dapur. Keadaan di dalam rumah banglo mewah itu tidaklah sebinggit di luar. Orang ramai lebih memilih untuk berada di luar rumah berbanding berada di dalam.

Hanya beberapa orang sahaja yang ada di dalam rumah itu yang sedang berborak di ruang tamu.

Jayden malas hendak melengahkan masa lagi. Mata kelabunya menangkap ada seseorang sedang berada di dapur. Dia menghampiri seseorang yang sedang mencuci sesuatu di singki itu.

"Excuse me, boleh saya tahu tandas dekat mana?" Jayden berdiri tidak jauh dari seseorang itu sambil matanya meliar mencari di mana terletaknya tandas.

Gadis yang sedang membasuh pinggan itu berpaling ke arah Jayden.

"Ya encik?encik nak apa tadi?" Tanya gadis itu dengan lemah lembut dan sedikit menundukkan badannya sebagai tanda dia menghormati Jayden.

Jayden terdiam di tempatnya sebaik gadis itu menunjukkan wajahnya.
Jantungnya berdetak laju serta merta. Mata kelabu lelaki itu terpaku pada gadis di hadapannya sekarang.

Tidak, Adakah ini mimpi?

___________


Jeng jeng jeng...
Agak agak apa yang jadi?
Idea agak ke laut. But how is it so far? Okey tak? Cuba commen sikit.

Maaf lah kalau bab 2 masih kurang menarik. I will try my best for the next chapter.

But don't forget to comment and vote for the next chapter. Tunjuk lah sikit yang korng support saya ;(
Hehe. Thankyou.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2K 68 9
( on going ) "My beloved Feria Àlish Adriana if I caught you try to run away from me again, you will regret it."- Feoral Zyin Gabriel 13+
118K 6.3K 20
Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang y...
428K 6.1K 20
MAFIA SERIES [FIRST BOOK] COMPLETE EBOOK AVAILABLE📲📚 What happen when the love of your life is a mafia? Mafia? Yes mafia. He's dangerous, unbeatabl...
45.7K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...