Takdir Buat Raisya

Bởi miss-syaara

389 169 85

Raisya Putri merasakan dia adalah gadis yang paling bertuah kerana dirinya dicintai oleh Alif Hazriq, lelaki... Xem Thêm

⚬ Bab 1 ⚬
⚬ Bab 2 ⚬
⚬ Bab 3 ⚬
⚬ Bab 4 ⚬
⚬ Bab 6 ⚬
⚬ Bab 7 ⚬

⚬ Bab 5 ⚬

35 19 9
Bởi miss-syaara

ZAID, yang sudah lama duduk di birai katilnya masih setia memandang gerak-geri rakannya yang seorang itu. Senyuman manis tak pernah lekang dari wajah Alif semenjak beberapa hari yang lalu sehinggalah ke hari ini menimbulkan tanda tanya dalam diri Zaid.

"Kau nak apa, Zaid? Muka macam tak puas hati je dengan aku," Alif bersuara saat dia angkat kepalanya lalu pandang wajah Zaid.

Alif tersenyum manakala Zaid semakin mengecilkan matanya.

"Kau ni apahal ek? Dari hari tu lagi tak berhenti senyum sorang-sorang. Gila ke?" soal Zaid dengan nada tidak puas hati.

Tergelak Alif dengan pertanyaan Zaid itu. Tak sangka Zaid juga perasan. Maklumlah, Zaid menjadi orang yang entah keberapa menyoal dirinya mengapa dia sentiasa tersenyum sejak kebelakangan ini.

"Apa? Salah ke aku senyum?" bidas Alif balik.

"Aku tak cakap salah. Masalahnya kau tu dah macam orang kena sampuk. Aku tahu mesti ada something yang terjadi ni. Cepat, bagitahu aku. Awek mana yang bagi kebahagiaan dekat kau?" soal Zaid lagi dengan menekankan perkataan 'kebahagiaan' tersebut. Kemudian, Zaid bangun dan berpindah ke katil Alif. Sengaja dia baringkan tubuhnya di sebelah Alif.

"Ish, dia ni. Pandai-pandai je. Aku mana ada awek," sangkal Alif membuatkan Zaid tayang riak wajahnya yang semakin tidak percaya dengan kata-kata Alif.

"Habis tu? Aduh, takkan dengan member sendiri pun tak nak share?" Zaid sudah hilang sabar. Dia sudah malas mahu berteka-teki dengan Alif.

Alif hanya diam, tidak membalas kata-kata Zaid. Sebaliknya, senyuman Alif semakin mekar tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk.

Usai membaca mesej daripada si dia, Alif bingkas bangun dari pembaringan. Dia menolak tubuh Zaid yang menghempapnya sehingga hampir terjatuh lelaki itu ke lantai. Dia menuju ke pintu.

"Eh, eh! Nak pergi mana pulak tu? Mengigau ke?" seloroh Zaid. Alif tergelak lagi.

"Bukanlah. Nak call bakal isteri," jawab Alif ringkas sebelum keluar dari bilik meninggalkan Zaid yang termangu sendirian di atas katil.

Semakin bertambah pelik Zaid melihat tingkah laku Alif pada malam itu. Sungguh dia ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Alif sehinggakan Alif nampak sangat bahagia.

*****

PAGI itu, Zaid dan Alif tiba awal di dewan kuliah. Tak ramai lagi yang ada di dalam dewan tersebut. Ada lah dalam tiga atau empat orang.

Alif menuju ke tempat biasa yang dia selalu duduk. Zaid turut sama mengekorinya. Dia meletakkan beg serta beberapa buah buku yang dipegang di atas meja.

"Weh, breakfast dulu. Aku kebulur dah ni," ajak Zaid. Tangannya menyentuh perut yang sudah lama minta diisi.

Alif mengangguk setuju. "Jom. Aku pun lapar ni."

Zaid berjalan di depan manakala Alif di belakang. Mereka melintasi meja Ainur di mana gadis itu sedang leka menulis. Ainur mula angkat kepala.

Dia tersenyum saat anak matanya bertentang dengan anak mata Alif. Degupan jantung tiba-tiba menjadi pantas.

"Morning, Ainur."

Zaid menghadiahkan senyuman berserta pakej dengan kenyitan mata untuk Ainur. Ainur tidak membalas, sebaliknya dia masih lagi memandang Alif. Terdengar luahan kecewa daripada Zaid kerana dirinya langsung tidak dipandang.

"Selamat pagi, Alif." Pipi Ainur mula kemerah-merahan apabila mendapat satu senyuman kecil daripada Alif sebagai balasan ucapan selamat paginya itu tadi.

Seperti biasa, Alif jarang membalas ucapannya. Agak kecewa kerana crush macam nak tak nak je pandang. Tapi tak apa. Tak salah usaha, kan?

Kemudian, dia teringat sesuatu. Ainur segera melaungkan nama Alif sementara mereka berdua masih lagi tidak jauh dari tempatnya.

Alif pusingkan tubuh ke belakang. Keningnya terjongket. Ainur bangun lalu berjalan menghampiri lelaki itu.

"Err.. Encik Shahri bagitahu saya yang dia suruh awak hantar senarai kehadiran hari ni pada dia dekat pejabat nanti," tutur Ainur. Baru teringat akan pesanan daripada pensyarah tersebut yang memintanya agar sampaikan pesanannya pada Alif.

"Okay. Eh, dia masuk ke hari ni?" Alif ingin pergi. Namun dia berpatah balik.

Ainur menggeleng. "Tak. Dia bagi tugasan dalam e-mel."

Sekali lagi Alif anggukkan kepalanya.

"Okay. Thanks, Ainur."

Kemudian, Alif dan Zaid beredar keluar dari dewan kuliah. Ainur berjalan kembali ke tempat duduknya. Cuba meredakan perasaan malu kerana Alif baru saja menyebut namanya.

Zaid memandang Alif yang berjalan di sebelahnya. Wajah tenang dan ceria lelaki itu sampai sekarang menjadi tanda tanya buat Zaid.

"Ainur yang cantik tu pun kau boleh buat dunno je. Rugi bro. Aku ni, tak nak pun dia pandang."

Zaid mula tuturkan kata-kata dengan nada penuh kasihan. Ainur sukakan Alif, tapi Alif tak layan. Dia pula sukakan Ainur, tapi Ainur tak pandang.

"Tak rugi pun. Aku dah ada dia," ujar Alif, tulus dari hati.

Semakin membuak-buak rasa curious Zaid tentang 'bakal isteri' yang selalu meniti di bibir Alif setiap kali dia menerima mesej atau dia meluahkan rasa rindunya pada seseorang yang langsung tidak Zaid kenali.

Siapa bakal isteri yang Alif maksudkan?

*****

MATA Raisya tak berganjak daripada terus merenung sepatah ayat yang dihantar oleh Alif melalui aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

Abang ❤

Abang tunggu Putri dekat taman <3

Sejak daripada itu, Raisya sudah tidak boleh duduk diam. Tak tenteram hidupnya ketika ini. Dari dalam dewan kuliah sehinggalah sekarang, dia masih rasa tak tenang.

Raisya malu!

Pada mulanya, Alif mahu mengajak Raisya untuk makan tengah hari bersama-sama. Namun, dia menolak kerana sudah berjanji untuk pergi dengan Rynn. Jadi, Alif memilih untuk berjumpa di taman pada petang nanti. Dan sekarang waktu petang itu sudah tiba.

Bermacam-macam andaian bermain di fikirannya. Apakah reaksi Alif apabila berjumpa dengannya nanti? Apakah pula reaksi dirinya apabila bertemu dengan Alif, lelaki yang dikatakan menjadi dambaan ramai pelajar perempuan di sini?

Aduh! Susah betul lah!

"Kau ni kenapa, Sya? Gelisah je aku tengok. Kau ada problem ke?" terkejut Raisya apabila Rynn tiba-tiba menepuk bahunya dari belakang. Entah bila agaknya Rynn masuk ke dalam bilik itu sampaikan dia tidak sedar akan kehadirannya.

"Ah, err... Tak ada. Tak ada apa-apa," Raisya gelengkan kepala dan mengukir senyuman janggal buat Rynn.

Rynn jongketkan sedikit hujung bibirnya. Mata kirinya dikecilkan memandang Raisya. Suspicious dengan jawapan kawannya yang seorang itu.

"Eh, bila kau masuk? Dah habis kelas dah? Tak dengar pun kau buka pintu," Raisya pantas menukar topik. Rynn duduk di birai katil.

"Ada lah dalam tiga minit yang lepas. Mana kau nak perasan. Dari tadi aku tengok kau macam mak hilang anak," seloroh Rynn sambil menyikat rambut perangnya yang panjang itu.

Raisya ketawa kecil. Dia berlalu ke loker dan memakai minyak wangi bagi menghilangkan rasa gemuruh di dada.

"Kejap! Kau nak pergi mana ni? Ada kelas lagi ke?" soal Rynn apabila dia mula perasan bahawa Raisya seperti bersiap-siap untuk pergi ke sesuatu tempat.

"Rynn, aku cantik tak? Baju ni okay tak? Muka aku? Nampak pucat ke?" bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Raisya membuatkan Rynn tergelak di situ.

"Risau lah aku dengan kau ni. Ya, cantik. Perfect! Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau nak pergi mana?"

Pertanyaan buat kali kedua daripada Rynn itu tidak dijawab oleh Raisya. Sebaliknya, dia menilik sekali lagi dirinya di hadapan cermin. Raisya tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Okay, Rynn. Thanks. Aku pergi dulu."

Raisya mencubit perlahan pipi Rynn yang sedang melihatnya dengan pandangan pelik bin hairan itu sebelum dia berlalu keluar dari bilik.

Debaran kian terasa. Kakinya dengan pantas melangkah menuju ke taman yang berdekatan dengan institusi tersebut.

*****

BUK!

Raisya yang laju berjalan itu tidak perasan bahawa ada seseorang yang muncul dari arah kirinya membuatkan beberapa fail hitam yang dipegang oleh orang yang dilanggarnya itu jatuh ke lantai.

Dalam fail tersebut berisi banyak kertas. Disebabkan kertas-kertas di dalam fail itu tidak dicangkukkan pada lubang yang sedia ada menyebabkan kertas-kertas putih tersebut mula membanjiri lantai.

"Aduh! Hei, kau jalan pakai lutut ke pakai mata?" tegur satu suara garau. Kedengaran marah bunyinya.

Raisya mencangkung. Mengutip helaian demi helaian kertas yang bertaburan di atas lantai tersebut sambil dalam hati memaki dirinya sendiri.

"Sorry! Sorry sangat! Saya tak sengaja. Saya nak cepat--"

Tiba-tiba, kertas yang dipegang oleh Raisya itu dirampas kasar oleh lelaki tersebut. Raisya mengangkat kepala dan melihat seorang lelaki berbaju merah memasukkan kertas-kertas itu semula ke dalam fail.

"Kalau nak cepat pun, gunalah mata masa berjalan. Tengok ni! Dah satu kerja lagi aku nak kena susun balik semua kertas ni dalam fail yang betul. Dah lah seharian aku habiskan masa buat benda alah ni je," bebel si baju merah itu. Kertas-kertas tersebut disatukan lalu diletakkan di dalam satu fail.

Ketika itu, Raisya bukanlah fokus pada bebelan lelaki tersebut. Sebaliknya Raisya fokus pada wajahnya. Mengapa wajah lelaki itu seperti pernah dia lihat ya? Macam familiar.

"Kau pandang apa? Tolonglah aku susun kertas-kertas ni balik!" si baju merah itu menggertak. Lamunan Raisya serta-merta terhenti.

"Tak.. Tak boleh. Saya ada hal. Saya kena cepat. Maaf!" Raisya menggelengkan kepalanya laju. Dia berdiri dan mula membuka langkah.

Namun, si baju merah itu lebih pantas menarik tangannya membuatkan langkah Raisya terdorong ke belakang. Riak wajah bengis ditayang oleh si baju merah.

"Memang tak ada adab ya? Dah susahkan aku, lepas tu kau tinggal je macam ni?" sindir si baju merah sambil memandang tepat ke dalam mata Raisya.

Nak menangis Raisya dibuatnya. Aduhai, orang nak cepat. Mamat ni pula yang melambat-lambatkan.

Dia gentar akan tatapan garang lelaki itu. Genggaman yang semakin kuat pada tangannya Raisya cuba lepaskan.

"Okay, fine! Awak tunggu dekat situ. Kejap lagi saya datang balik. Saya betul-betul ada hal sekarang ni," pinta Raisya dengan bersungguh-sungguh. Berharap agar lelaki itu melepaskannya pergi.

"Berapa lama aku kena tunggu? Boleh percaya ke yang kau datang balik?" soal lelaki itu dengan penuh rasa tidak percaya dan curiga terhadap Raisya.

"Fifteen minutes? Saya janji saya datang sini. Saya tak pernah mungkir dengan janji yang saya buat," kata Raisya lagi. Tanpa sengaja, dia melakukan puppy eyes pada lelaki itu.

Lelaki itu tidak menjawab. Tangannya diangkat sedikit, sebagai isyarat menyuruh Raisya beredar segera. Baru saja beberapa langkah Raisya menjauhinya, dia terdengar satu amaran daripada lelaki itu.

"Make sure you come back here. Kalau lambat, tahulah apa nasib kau."

Raisya tidak berhenti sebaliknya dia meneruskan perjalannya menuju ke taman. Dia tidak boleh berlenggang-lenggang lagi.

Sebelum tamat lima belas minit, dia mesti kena ada di sana semula kalau tak mahu 'mati'.

[ BERSAMBUNG ]

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

52.2K 3.3K 57
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
46.7K 5.4K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
566K 21.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
295K 6.1K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...