ZA'IM UKHROWI [C]

By nurfrhnnh

775K 32K 608

# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Ad... More

🌷Mukadimmah🌷
PROLOG
☘1.0☘
☘2.0☘
☘3.0☘
☘4.0☘
☘5.0☘
☘6.0☘
☘7.0☘
☘8.0☘
☘9.0☘
☘10.0☘
☘11.0☘
☘12.0☘
☘13.0☘
☘14.0☘
☘15.0☘
☘16.0☘
☘17.0☘
☘18.0☘
☘19.0☘
☘20.0☘
☘21.0☘
☘22.0☘
☘23.0☘
☘24.0☘
☘25.0☘
☘26.0☘
☘27.0☘
☘28.0☘
☘29.0☘
☘30.0☘
☘31.0☘
☘32.0☘
☘33.0☘
☘34.0☘
☘35.0☘
☘37.0☘
🍀38.0🍀
🍀39.0🍀
🍀40.0🍀
🍀41.0🍀
🍀42.0🍀
🍀43.0🍀
🍀44.0🍀
🍀45.0🍀
🍀46.0🍀
🍀47.0🍀
🍀48.0🍀
🍀49.0🍀
🍀50.0🍀
🍀51.0🍀
🍀52.0🍀
🍀53.0🍀
🍀54.0🍀
🍀55.0🍀
🍀56.0🍀
🍀57.0🍀
🍀58.0🍀
🍀59.0🍀
🍀60.0🍀
🍀61.0🍀
🍀62.0🍀
🍀63.0🍀
🍀64.0🍀
🍀EPILOG🍀
🦋SERI TUN NAILA🦋

☘36.0☘

12.4K 525 15
By nurfrhnnh

Za'im terkejut apabila Datin Maissa mengajaknya untuk ke rumah Adra. Ada majlis perpisahan Adra untuk sambung belajar di London. Lelaki itu langsung tidak mengetahui hal ini. Patutlah 3 bulan ni Adra cuba mengelak dari pada berjumpa dengan Za'im.

Bukan...

Za'im sendiri yang cuba mengelak dari jumpa darinya.

"Kenapa tak ada siapa yang bagitahu Za'im? Mana Adra sekarang?" Soal Za'im dingin.

Dia memandang tajam ke arah kedua orang tuanya silih berganti.

"Za'im boleh jumpa Adra malam ni. Mama dengan papa pun tak tahu, Za'im. Pagi tadi mama baru dapat call dari Adra katanya ada majlis doa selamat untuk dia sambung belajar. Itu pun Adra cuma jemput mama dengan papa saja. Dia tak nak Za'im tahu. Tapi mama tak sanggup nak diamkan diri. Dia nak tinggalkan kita lama, Za'im. "

Za'im terus berlari keluar. Helmet dan kunci motorbikenya sempat disambar. Dia mahu ke rumah gadis itu sendiri. Dia nak dengar sendiri dari mulut Adra.

******

Adra sibuk menyimpan semua barangannya di dalam beg, subuh esok dia akan pergi ke KLIA dan dia akan tinggalkan Malaysia bertahun-tahun. Dia perlu capai cita-citanya dahulu. Bekerja dan berjaya.

Za'im berhenti di luar pagar rumah Adra. Pagar yang besar itu di tutup rapat. Za'im terus ke arah loceng lalu di tekan berkali-kali. Namun tiada sahutan mahupun pagar di buka.

"Adra! Buka!" Panggil Za'im. Za'im mengetuk pagar itu kuat.

"Pakcik Yahyah!!" Panggil Za'im lagi.

Adra terdengar jeritan dari luar. Dia bingkas bangun lalu mengedap ke luar di sebalik langsir.

"Dia dah tahu." Keluh Adra.

Sebenarnya dia tak nak pun buat majlis doa selamat ni. Tapi keluarga dia nak juga buat kecil-kecilan. Dia juga dipaksa menjemput orang tua Za'im. Dia dapat menganggak yang Datin Maissa akan beritahu hal ini kepada anak terunanya.

Adra membiarkan Za'im di luar. Dia tak bersedia untuk berjumpa dengan lelaki itu. Za'im menekan loceng rumah lagi sekali.

"Adra buka! Aku tahu kau ada kat dalam... Adra!" Jerit Za'im.

Adra masih berdiri statik di situ. Memandang wajah Za'im yang mula memerah disebabkan oleh matahari. Serba salah menyelubung diri namun ego masih di atas.

"Bukalah.." Panggil Za'im sayu.

Za'im mula mencangkung. Hampir 5 minit Za'im berdiri namun tiada sahutan. Tiba-tiba pintu kayu dibuka oleh seseorang. Za'im terus berdiri memandang ke arah pintu tersebut.

"Za'im." Panggil Puan Fadzilah.

"Ibu"

Puan Fadzilah membuka pintu pagar automatic itu dengan remote. Za'im terus menuju ke arah Puan Fadzilah.

Dia melihat Puan Fadzilah masih memakai telekung. Mungkin dia bergegas membuka pintu untuk Za'im sampai tak sempat nak buang.

"Ibu minta maaf. Ibu solat tadi. Masuk lah..." Ajak Puan Fadzilah.

"Adra ada?" Soal Za'im.

"Ada... Ada kat atas..." Jawab Puan Fadzilah.

"Za'im naik atas boleh?"

Puan Fadzilah mengangguk. Tanpa membuang masa Za'im terus mendaki tangga menuju ke bilik Adra.

Za'im berhenti di hadapan pintu bilik Adra. Menghela nafas terlebih dahulu. Perlahan-lahan Za'im mengetuk pintu.

Adra yang berada di dalam tersentak dari lamunan. Dia menoleh ke arah pintu biliknya yang berkunci. Nasib baik dia kunci tadi.

"Adra... Aku ni Za'im. Buka pintu... Aku nak jumpa kau..." Za'im bersuara.

Namun tiada sahutan.

"Bukalah... Adra..." Panggil Za'im lagi.

Matanya mula berair..

"aku nak minta maaf.. Aku minta maaf.. Aku banyak sakit kan hati kau.."

Adra hanya mendiamkan diri di situ. Dia dengar suara lelaki itu. Badan dia berat untuk berjalan menuju ke arah pintu. Dia tak nak jumpa lelaki itu.

"Tolonglah buka pintu ni. Kita bincang elok-elok... Adra.." Za'im mengetuk lagi pintu.

Masih sama tiada sahutan.

Seminit.

Dua minit.

Masih sama.

Za'im mengeluh nafas yang berat. Air mata dia lap mengunakan belakang tangannya.

"Tolonglah bagi peluang untuk aku bercakap..."

"Aku bawa kek coklat. Kita makan sama-sama... Jomlah." Za'im cuba memancing

Tiba-tiba tangan Za'im diraih oleh Puan Fadzilah. Mata Za'im yang bertakung dengan air mata itu dipandang dengan sayu oleh Puan Fadzilah.

Puan Fadzilah menarik Za'im ke ruang tamu.

"Ibu minta maaf bagi pihak Adra, dia tak bersedia nak jumpa kamu lagi. Tapi malam majlis hari ini kamu boleh jumpa dia. Kamu balik dulu. Malam nanti datang jumpa dia." Pujuk Puan Fadzilah.

"Jangan risau, dia ada malam ni. Balik dulu, ya." Pujuk Puan Fadzilah lagi.

******

Majlis doa selamat yang dibuat oleh Encik Nashif secara kecil-kecilan diadakan di rumah mereka.

Adra banyak bersembunyi, kadang-kadang dia ke dapur, ke bilik tetamu bawah, ke tandas. Dia cuba untuk mengelak dari berjumpa dengan Za'im.

Za'im yang baru sampai bersama Dato Zain dan Datin Maissa terus masuk ke dalam rumah Adra, dia melabuhkan punggung dan duduk di sebelah Safuan dan Adham yang sudah lama sampai.

"Baru sampai ke?" Bisik Adham.

Za'im membalas dengan anggukan. Mata dia meliar mencari susuk tubuh Adra. Namun hampa, langsung dia tak nampak.

Bacaan Yassin dimulakan. Za'im menyambut huluran dari Adham. Buku Yassin itu diambil.

Adra yang nampak Za'im di ruang tamu terus meminta izin ke dapur membantu apa yang patut. Lepas habis majlis dia boleh keluar dari pintu belakang.

Selesai sahaja majlis doa selamat dan makan. Za'im dan keluarga Za'im, serta Safuan dan Adham pun ingin pulang. Dah lama sangat duduk rumah Adra. Lama mana pun Za'im kat sini, batang hidung Adra langsung dia tak nampak.

"Adra mana?" Soal Za'im kepada Puan Fadzilah. Matanya meliar ke kiri dan kanan.

"Tadi dia sembang dengan kawan dia. Entah kemana pula dia pergi." Ujar Puan Fadzilah dengan serba salah. Kelihatan Za'im berubah riak.

"Kitaorang balik dulu lah..." Ujar Datin Maissa.

"Tak nak jumpa Adra dulu ke?" Soal Puan Fadzilah kepada Za'im.

" tak apa la.. Kirim salam za'im dekat dia ya... Za'im rasa dia memang tak nak jumpa za'im dah.. " ujar Za'im

"Yelah..." Balas Puan Fadzilah.

Encik Nashif menepuk perlahan belakang Za'im memberi kekuatan. Adham dan Safuan di sebelah Za'im hanya mendiamkan diri. Adham tahu yang Adra sedang bersembunyi di dalam kereta Ayu. Dia nampak tadi.

Za'im mencium tangan dan memeluk Encik Nashif. Lama dia memeluk Encik Nashif, meminta kekuatan.

"Doakan Adra selamat ya kat sana." Ujar Encik Nashif.

"Lebih pada itu saya doakan..." Kata Za'im.

"Abi minta maaf bagi pihak Adra ya, inshallah ada rezeki esok kamu berdua jumpa lagi di KLIA. Doakan..." Pujuk Encik Nashif.

"Jom, kami balik dulu. Pesan dekat Adra suruh dia jaga diri. Assalamualaikum..." Dato Zain mengusap perlahan bahu Encik Nashif.

"Yelah... Walaikumsalam..." Jawab Puan Fadzilah dan Encik Eashif serentak.

Za'im mula mengikuti langkah Datin Maissa dan Dato Zain dari belakang namun matanya masih meliar memandang rumah Adra, masih berharap yang Adra muncul namun hampa.

"Aku tak menyesal suka kau, Adra." Ujar Za'im perlahan. Senyuman Za'im kembali terukir sebelum dia mula melangkah menuju ke kereta.

Thank you for writing this chapter with me and this night when the moon rise up. I'm no longer with you.

I guess my chapter with you is about to end, the next chapter will be a new journey for you...

Perlahan-lahan kereta milik Dato Zain bergerak pergi meninggalkan perkarangan rumah Adra.

******

Adra memandang Za'im yang berlalu pergi meninggalkan rumahnya. Dia bersembunyi di dalam kereta Ayu sepanjang bacaan doa tadi. Dia hanya memandang susuk tubuh Za'im dari jauh. Tak mampu untuk menyapa lelaki itu.

"Kenapa kau tak nak jumpa Za'im? Kesian dia." Marah Ayu.

"Aku tak ready nak tinggalkan dia. Aku taknak dia serba salah, sedih." Jawab Adra.

"Kau fikir kitaorang ready ke?" Soal Jannah pula.

Adra terdiam sebentar .

"Aku tak sanggup nak hadap dia lagi. Aku nak undur diri. Aku nak move on. Lagipun, aku dah tekat nak mintak putus tunang melalui kertas ni." Kertas yang dia tulis digengam kuat.

"Kau pasti?" Soal Ayu.

Adra terdiam.

"Aku dah penat jaga hati dia, Ayu. Aku nak pulihkan balik hati aku yang rosak ni. Aku nak capai cita-cita aku dulu. Nanti ada rezeki aku jumpa dia lagi. Tapi bukan sebagai 'tunang'. Mungkin sebagai sahabat?" Kata Adra sayu.

"Lagipun, dia dah ada Adriana. Dia boleh jaga Za'im nanti. Entah aku pergi sambung belajar ni pun. Za'im langsung tak kisah... Dia kan mana suka aku. Benci aku ada lah... "

"Adra... Za'im tu suka kau.." Kata Ayu.

"Bukti? Ada bukti yang dia suka aku?" Soal Adra.

"Adham bagitahu aku. Za'im suka kau. Dia cuma marah dengan kau. Kau yang suruh dia jauhkan diri dia dari kau... Pasal 0% tu tipu belaka..."

"Dia cintakan aku pada masa yang sama bercinta dengan Adriana? Tu maksud cinta dia? Berkongsi cinta?" Soal Adra lagi.

Terdiam Ayu dan Jannah di situ.

Adra menoleh memandang Ayu dan Jannah silih berganti. Adra menyerahkan kotak merah besar kepada Ayu yang berada di kerusi pemandu.

"Nanti aku dah pergi. Tolong serahkan kotak ni dekat Za'im. Cakap dekat dia aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak bersedia nak jumpa dia. Aku tak kuat."

Perlahan-lahan Ayu mengambil kotak tersebut.

******

Za'im terjaga. Jam menandakan pukul 6 pagi. Allah!! Adra akan bertolak pukul 6.30 pagi.

Pantas Za'im berlari masuk ke dalam bilik air. Selepas bersiap, dia terus berlari ke garaj kereta lalu membelah jalan menuju ke KLIA.

Sampai sahaja di depan pintu masuk KLIA. Za'im terus berlari. Jam dipandang sekilas. Lagi 5 minit sebelum panggilan terakhir.

"Penerbangan pesawat Oman Air boeing 787 ke united Kingdom. Sekarang bersedia untuk berlepas melalui pintu H3, pintu H3. Terima kasih."

"Oman Air flight Boeing 787 to united kingdom is now ready to boarding Through gate H3. Gate H3. Thank you."

Hampir terhenti nafas za'im apabila mendengar announcement tadi.. Adra dah pergi? Dia dah ada dalam pesawat? Mata za'im mula berair.Dia tidak mahu gadis itu meninggalkannya.. Dia sunyi..

"Za'im." Panggil seseorang.

Zaim mengangkat wajah apabila melihat Encik Nashif dan Puan Fadzilah, Aira dan Jannah serta Ayu juga berdiri di hadapannya.

"Adra dah ada dalam pesawat ke abi?" Soal Za'im.

Encik Nashif mengangguk perlahan. Dia menghampiri anak lelaki itu lalu memeluk erat.

Dia mengusap perlahan belakang badan lelaki itu. Puan Fadzilah yang baru sahaja habis menangis tadi. Matanya berair lagi melihat lelaki itu menangis teresak.

Susah sekali lelaki bernama Za'im ingin melepaskan semua beban dekat orang lain. Beban kali ini tak dapat ditahan lagi. Terlalu berat untuknya.

"Adra kirim salam dekat ibu tadi untuk Za'im. Dia minta maaf sebab tak jumpa Za'im semalam. Katanya dia tak kuat nak hadap Za'im."

"Za'im lambat tadi."

"Tak apa, Za'im. Adra tak tinggalkan kita. Dia pergi sambung belajar... Dia cuma nak capai cita-cita dia. Nanti dia balik jumpa kita. Inshallah, ada rezeki kamu jumpa dia lagi, ya. Bagi dia masa, sayang." Pujuk Puan Fadzilah.

Za'im mengangguk perlahan. Dia merungkaikan pelukkan Encik Nashif tadi. Encik Nashif menepuk perlahan bahu Za'im.

"Jom balik rumah abi. Kita makan sama-sama." Ajak Encik Nashif

Continue Reading

You'll Also Like

521K 19.3K 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER seb...
671K 44.3K 62
-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti...
610K 24.1K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
377K 10.1K 68
SINOPSIS Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebab...