ZA'IM UKHROWI [C]

By nurfrhnnh

770K 31.8K 600

# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Ad... More

🌷Mukadimmah🌷
PROLOG
☘1.0☘
☘2.0☘
☘3.0☘
☘4.0☘
☘5.0☘
☘6.0☘
☘7.0☘
☘8.0☘
☘9.0☘
☘10.0☘
☘11.0☘
☘12.0☘
☘13.0☘
☘14.0☘
☘15.0☘
☘16.0☘
☘17.0☘
☘18.0☘
☘19.0☘
☘20.0☘
☘21.0☘
☘22.0☘
☘23.0☘
☘24.0☘
☘25.0☘
☘26.0☘
☘27.0☘
☘28.0☘
☘29.0☘
☘31.0☘
☘32.0☘
☘33.0☘
☘34.0☘
☘35.0☘
☘36.0☘
☘37.0☘
🍀38.0🍀
🍀39.0🍀
🍀40.0🍀
🍀41.0🍀
🍀42.0🍀
🍀43.0🍀
🍀44.0🍀
🍀45.0🍀
🍀46.0🍀
🍀47.0🍀
🍀48.0🍀
🍀49.0🍀
🍀50.0🍀
🍀51.0🍀
🍀52.0🍀
🍀53.0🍀
🍀54.0🍀
🍀55.0🍀
🍀56.0🍀
🍀57.0🍀
🍀58.0🍀
🍀59.0🍀
🍀60.0🍀
🍀61.0🍀
🍀62.0🍀
🍀63.0🍀
🍀64.0🍀
🍀EPILOG🍀
🦋SERI TUN NAILA🦋

☘30.0☘

11.4K 475 20
By nurfrhnnh

Keesokkan harinya. Adra membuka matanya perlahan-lahan. Mata meliar memandang sekeliling bilik tidurnya. Tiada apa yang berubah hanya pakaian pada dirinya dan cadar sahaja yang berubah.

"Apa yang berlaku semalam?" Soal Adra sendiri. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Tangannya memegang dahi yang terasa perit itu.

Skrin di telefon dilihat. Jam 6.00 pagi tertera pada skrin tersebut. Adra bergegas pergi ke bilik air membersihkan diri.

Selesai sahaja solat Subuh, Adra turun ke bawah menuju ke dapur. Terkejut Puan Fadzilah melihat Adra yang sudah lengkap dengan pakaian seragam sekolah.

"Adra, nak pergi mana ni?" Soal Puan Fadzilah.

"Sekolah lah..." Jawab Adra dengan suara serak-serak basah seperti lelaki. Tekaknya berasa sangat perit.

"Tak boleh." Sampuk Encik Nashif yang baru sampai di meja makan.

"Kenapa pula?" Soal Adra.

"Adra demam. Abi tak benarkan Adra pergi sekolah dengan keadaan yang macam ni. Ni mana sihat lagi ni." Tangan Encik Nashif ditekap di dahi Adra.

"Adra okay lah, abi. Adra demam sebab kena air hujan semalam je. Nanti kebah lah." Ujar Adra.

"Tak boleh, Adra. Jadi apa-apa kan susah." Kata Encik Nashif lagi.

"Adra ada seminar add math petang ni. Adra kena pergi juga. Adra nak pergi sekolah." Kata Adra lagi.

Encik Nashif mengeluh. Lemah betul apabila melihat dan mendengar pujuk rayu anak sulungnya itu.

"Boleh lah, abi. Adra janji Adra okay dekat sekolah."

"Yelah yelah... Makan cepat. Abi hantarkan. Nanti balik, call abi. Hari ni abi bagi duit bonus. Jangan berjoli..." Pesan Encik Nashif.

Adra mengukirkan senyuman.

"Terima kasih, abi."

Sebenarnya Adra masih rasa sakit satu badan. Dia perlu gagahkan diri juga. SPM kan nak dekat. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

******

Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Adra menuju ke kelas 5 Beta. Sampai sahaja di sana Adra melihat lampu kelas sudah bernyala terang.

Sampai sahaja di hadapan pintu, Adra lihat Za'im berada di meja sedang mengulang kaji. Adra cuba menahan riak wajah.

Tanpa memperdulikannya, Adra bergerak ke meja belakang. Sempat Adra meletakkan beg sandang di atas meja Adra sebelum bergerak ke meja belakang. Dia sedar ekor mata Za'im mengekori langkahnya. Mungkin dah viral satu batch yang Adra pengsan kat rumah semalam.

Kerja Jannah lah ni. Bukan boleh. Semua benda nak bagitahu dalam group WhatsApp. Kalau boleh dekat semua media sosial dia nak viralkan.

Adra terus meletakkan kepala di atas meja dengan beralaskan lengannya. Dia malas nak join perhimpunan hari ni. Tak mampu nak berdiri lama-lama.

Sementara menunggu kawan-kawan dengan Puan Faridah datang, tidur lah dulu. Kelas untuk masa pertama dan kedua subjek add math. Kejap lagi mesti kena berleter dengan Puan Faridah sebab ke sekolah dalam keadaan yang sakit.

Kelas mula bising dengan suara rakan-rakan Adra. Adra pula masih menutup mata. Malas nak buka. Tiba-tiba kepalanya berasa sakit yang menyegat. Kerongkongnya menjadi kering.

"Bangun!" Arah Haziq.

Semua pelajar termasuk Adra berdiri tegak. Adra menuju semula ke arah meja Za'im dan mejanya. Za'im di sebelah boleh rasa bahang dari tubuh gadis itu. Boleh tahan panas juga demam Adra. Degil! Nak juga ke sekolah.

"Assalamualaikum, cikgu." Ucap mereka serentak.

"Walaikumsalam, duduk." Arah Puan Faridah .

"Hari ni kita buat soalan vector. Buka soalan past year sekarang." Arah Puan Faridah. Matanya tertancap ke arah Adra yang kelihatan tidak bermaya itu.

"Adra..." Panggil Puan Faridah.

Adra mengangkat wajah memandang Puan Faridah. Semua pelajar di situ turut memandang ke arahnya serentak.

"Okay tak?" Soal Puan Faridah. Adra mengangguk perlahan. Terasa berat mulutnya ingin bercakap.

"Jangan mengitu, kamu tak sihat ni. Nina... Syafa... Bawa Adra pergi bilik rawatan sekarang." Arah Puan Faridah. kepada Nina dan Syafa.

"Saya okay, cikgu." Tolak Adra lembut.

"Jangan degil, Adra. Kamu kalau demam boleh pengsan. Nina, Syafa..."

"Tak apa. Saya pergi sendiri." Tolak Adra lagi. Za'im di sebelah hanya mendiamkan diri. Adra bingkas bangun lalu bergerak ke hadapan menuju ke pintu kelas.

Entah kenapa pandangannya menjadi kabur dan gelap. Terhempas dia ke lantai kelas. Bunyi kuat menyentakkan semua orang.

"Ya Allah, Adra!!" Terjerit Puan Faridah.

Za'im yang terkejut terus menuju dan melutut di sebelah Adra yang sudah tidak sedarkan diri. Berkali-kali dia menampar pipi Adra namun tiada respon dari dia. Za'im sempat menekap belakang tangannya di dahi Adra. Ni dah boleh goreng telur dah dekat dahi Adra.

"Ehh! Za'im nak buat apa ni?" Soal Puan Faridah gelabah dengan tindakan Za'im yang mengangkat Adra seperti bridal style

"Bawa pergi hospital." Jawab Za'im. Tanpa menunggu respon dari Puan Faridah, Za'im bergegas keluar kelas.

"Za'im!" Panggil Puan Faridah.

Kelas 5 Epsilon yang mendengar jeritan Puan Faridah bingkas bangun. Jannah serta Ayu berdiri berlari ke muka pintu apabila ternampak Za'im mendukung Adra dengan tergesa-gesa.

"Wey! Za'im! Kau nak bawak Adra pergi mana?!" Jerit Jannah kuat namun tak dihiraukan oleh Za'im.

******

Lepas sahaja habis sekolah. Semua kawan-kawan Adra bergegas ke hospital. Kelas seminar add math tadi terus di batalkan oleh Puan Faridah.

Bilik yang di tempatkan oleh Adra di tuju. Mereka melihat Adra masih terbaring tanpa sedarkan diri. Za'im di sebelah Adra pantas bangun memberi ruang kepada Ayu dan Jannah.

"Ya Allah, Adra..." Ayu menghampiri duduk di sisi Adra. Tangan adra diraih. Berair mata melihat tubuh Adra yang lemah dan wajah yang pucat itu.

Jannah menyilang tangan memandang tajam ke arah Za'im yang jelas kelihatan risau.

"puas?" soal jannah kepada za'im.. Za'im hanya mendiamkan diri. Za'im membalas renungan jannah. Jelas riak wajah jannah sangat marah. Tinggal nak meletop sahaja.

"Seronok tengok kawan aku menderita?" Soal Jannah lagi.

"Jannah dah lah..." Ayu cuba menghentikan pergaduhan yang cuba dimulakan oleh Jannah.

"tak! aku kena ajar mamat ni.. Eh za'im, ego kau tu tak boleh tinggi lagi? Hah?! Aku geram lama dengan kau ni.. Kalau kau tak suka adra.. Putus pertunangan ni, Kau jangan buat dia beria dari awal.. Salah apa adra dekat kau. hah?!" soal jannah dengan suara yang dingin

"Sebab kau tau dia demam!"

"Berani betul kau tinggal kawan aku dekat situ... Hujan tahu tak semalam!!"

"Dah lah waktu birthday dia.  Kau boleh mengatal dengan perempuan tak cukup sifat tu..."

"Kawan tu beria belikan kau kek.. Nak sambut birthday kau... Belikan kau jam! Ehh seronok pula pergi date dengan perempuan sundal tu... Dia sihir apa dekat kau sampai seronok sangat berkepit dengan perempuan tu! "

"Jannah..." Panggil Safuan.

"Diam!" Marah Jannah.

"Bagitahu aku sekarang. Apa salah Adra dekat kau. Dia buat apa dekat kau sampai kau hukum dia sampai macam ni.."

" apa tak cukup baik ke Adra layan kau selama ni? Aku perhati je kau layan kawan aku macam sial selama ni.. Kalau ikutkan hati aku.. Aku nak lumur kau dengan tahi lembu kau tahu tak! "

Berdas-das tembakan dan percikan asid dari mulut Jannah. Puas dia melemparkan ketidakpuasan hati dia kepada Za'im.

Za'im pula hanya mampu diam. Dia tahu salah dia, kalau lah dia tidak meninggalkan Adra dekat kafe semalam. Benda ni tak akan jadi. Kalau lah dia tidak tipu gadis itu, kalau lah dia tak jilat balik ludah dia balik untuk bersama semula dengan Adriana. Semua ni takkan jadi. Adra tak kan stress sampai macam ni.

Doktor yang rawat Adra tadi bagitahu yang dia sangat lemah. Air tak cukup dalam badan. Tekanan darah dia juga agak tinggi tak masuk dengan sakit gastrik dia lagi. Sebab tu dia kerap pengsan.

Tapi Za'im juga serabut. Za'im juga ada masalah dia sendiri.

Dia tahu dia salah. Dia tahu, dia lukakan hati Adra. Dia tahu semua tu. Dia sayangkan Adra. Dia cintakan Adra.

Tapi pada masa yang sama dia perlukan adriana. Adriana cinta pertamanya. Tapi dia ego.. Dia juga tak nak adra beria. Itu sahaja. Tapi tak sangka benda lain pula jadi.

Serba salah menguasai diri.

"Keluar..." Halau Jannah.

"Jannah... Dia tolong Adra tadi..." Safuan bersuara lagi.

"Tolong tak tolong... Keluar!" Jerit Jannah.

Dengan langkah berat Za'im melangkah keluar. Namun langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang Adra yang kelihatan pucat itu.

"Sorry..." Ucap Za'im perlahan.

"Pergi mampus dengan sorry kau!"

Adham yang dari tadi hanya mampu menepuk bahu rakannya memberi kekuatan. Za'im hanya membalas dengan anggukkan.

Dia terus keluar dari bilik Adra. Pada masa yang sama dia terserempak dengan Puan Fadzilah dan Encik Nashif yang kelihatan risau.

"Za'im..." Panggil Encik Nashif.

"Abi..." Za'im mencium tangan Encik Nashif. Puan Fadzilah pula dia hanya membalas dengan segaris senyuman.

"Mana Adra?" Soal Encik Nashif.

"Ada kat dalam. Masih tak sedarkan diri." Jawab Za'im.

"Adra tu degil... Abi dah tak bagi dia datang sekolah. Nak juga pergi. Kan dah susahkan orang lain." Keluh Encik Nashif.

"Dengar cerita Za'im yang bawa Adra ke sini, betul ke? " soal Puan Fadzilah.

"Iya, ibu. Saya yang bawa dia ke sini." Jawab Za'im.

"Terima kasih lah sebab bantu kami sekeluarga. Kalau tak ada kamu tak tahu lah apa jadi." Encik Nashif mengenggam erat tangan Za'im.

"Abi saya ada hal. Saya minta izin pergi dulu ya. Asalamualaikum... "

"Walaikumsalam..." Balas Encik Nashif. Matanya hanya mengekori langkah Za'im yang mula menghilang

"Jom, sayang." Panggil Encik Nashif.

Mereka terus bergerak ke pintu bilik wad Adra. Pintu tersebut ditolak dari luar menyebabkan semua manusia di dalam menoleh.

Jannah dan Ayu mencium tangan Puan Fadzilah manakala Safuan dan Adham mencium tangan Encik Nashif.

"Doktor cakap apa? Macam mana keadaan Adra?" Soal Puan Fadzilah.

"Demam dia tak kebah lagi, lepas tu air dalam badan kurang. Tekanan darah dia pun tinggi dan Adra sampai sekarang tak sedarkan diri."

Puan Fadzilah terus mengambil duduk di hujung katil. Diusap perlahan wajah anaknya yang masih panas itu. Sayu sahaja pandangan Puan Fadzilah kepada Adra.

Dia tahu, anaknya banyak memendam rasa dan dia juga sedar yang anak dia tak seceria dulu.

"Terima kasih ya semua sebab jagakan Adra. Pakcik tak tahu nak balas jasa apa dekat kamu semua. Terima kasih sangat-sangat sebab jaga anak pakcik dengan baik." Ujar Encik Nashif.

"Memang tugas kami sebagai sahabat Adra, kami sayang dia." Balas Ayu.

Adham di sebelah Ayu hanya menepuk perlahan belakang gadis itu memberi kekuatan.

Continue Reading

You'll Also Like

206K 13.2K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
849K 34.4K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
98.2K 4.3K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
3.1M 280K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...