Babad Saribu Bhyangkara

Av mynameismas

7K 833 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... Mer

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 43

109 17 2
Av mynameismas

" Ttuankuuu.." 

Kaii sedaya upaya cuba untuk menggerakkan tubuhnya sebaik sahaja bingkai wajah yang amat dikenalinya sedang memandangnya dengan raut wajah yang sukar ditafsir.Ada rasa lega dan gusar yang bercampur-baur.

Tidak sempat dia bangkit dari tempatnya berbaring,ada tangan lain yang pantas menyambar lengannya dan menepuk bahunya perlahan mengisyaratkan agar dia kembali berbaring.

Bibirnya disuakan dengan cawan berisi air dan selepas meneguknya bagi menghilangkan rasa kesat pada kerongkong,sehelai kain basah yang hangat ditekapkan pula ke dahi dan pipi.

Perlu sedikit masa untuk Kaii menghadam keadaan ruangan di mana dia sedang berada.Katil bertiang empat dengan juraian sutera yang sebahagian daripadanya diikat ke tiang.Ruangan luas dengan bumbung berkubah lalu ada pula tingkap tinggi berlangsir baldu warna kuning keemasan.Hiasan berupa bunga-bungaan dalam pasu juga perincian yang teliti dan kemas.Lukisan besar pada dinding dan akhir sekali pintu yang bertutup rapat.

" Tuanku tidak apa-apa?"

Walaupun sakit ketika dia mengangkat kepala untuk menundukkan sedikit kepalanya ke arah lelaki tersebut,dia berusaha untuk menghormati baginda.

" Anakanda berehatlah.Ayahnda baik-baik sahaja.."

Anakanda? Ayahanda??

Kaii mengerutkan kening sebaik sahaja dua perkataan tersebut jelas memasuki indera pendengarannya.Namun ketika dia menoleh ke sebelah,sekali lagi dia tergamam.Permaisuri Adhreya sedang menatapnya dengan mata yang basah dan dia tidak tahu mengapa wanita itu mendadak merengkuhnya ke dalam satu pelukan yang kejap.

Malahan dari sebalik bahu wanita itu,dia melihat dengan jelas bagaimana ada Putera Amadeus berdiri saling bersebelahan dengan Athreyu dan juga ayahnya.Dayang-dayang pembantu berjejer berhampiran pintu juga berada d situ.Menghantar gestur biasa di hadapan para bangsawan dan kerabat diraja.Tunduk menghadapkan wajah ke arah lantai buat beberapa saat.

Istana.Bagaimana dia boleh berada di istana? 

" Ayyahh..ayah tak apa-apa?"

Takut-takut Kaii menatap wajah sang ayah demi memikirkan apa yang telah berlaku sebelum ini.Idea tidak masuk akalnya tidak ada kena mengena dengan Athreyu kerana dia tahu abangnya itu tidak akan meninggalkannya dalam keadaan begitu.Kaii tahu abangnya tidak bersetuju dengan rancangannya sebelum ini namun pemuda itu tetap akur setelah didesak berkali-kali.Mujur.Sangat mujur tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.

" Tuanku berehatlah dulu.Kita akan berbual panjang apabila keadaan tuanku sudah semakin sihat."

Lelaki pertengahan usia itu menundukkan kepala hormat lalu melayangkan sekilas senyuman sementara Athreyu yang juga berada di sebelahnya sekadar menganggukkan kepala bagi mengisyaratkan mereka baik-baik sahaja.

Bukan kecil kebingungan yang melanda Kaii apabila mendengar patah-patah perkataan yang ditujukan kepadanya.Apa sebenarnya yang sedang berlaku? 

Mengerling ke kiri dan ke kanan dan cuba mencari posisi yang tidak kekok baginya tatkala dipandang oleh beberapa pasang mata begitu,Kaii mengaduh apabila merasakan ada rasa sakit yang menusuk dadanya.Segalanya jelas dalam ingatan namun kejadian selepas dia melepaskan panahan kepada tentera yang cuba mencederakan Permaisuri Adhreya langsung kabur dari memorinya.

Dan tahu-tahu sahaja dia sudah berada di istana dengan dikelilingi oleh Raja Metheus,Permaisuri Adhreya,Putera Amadeus juga Athreyu serta ayahnya.Lalu dipanggil dengan gelaran anakanda.

Kaii kembali menutup matanya apabila dirasakan ia sedikit berdenyut dengan satu demi satu hal yang serentak berlaku kepadanya.Dia membiarkan sahaja ada seseorang yang menaikkan serkupan selimut lebih rapat ke leher lalu mengusap sisi kepalanya dengan lembut.

Matanya tertutup tetapi fikirannya meliar ke mana-mana.Babad Saribu Bhyangkara berubah lagikah??

*             *             *

" Athreyu.."

Derap tapak kaki dan satu suara menyeru membuatkan Athreyu yang berdiri menghadap ke arah halaman istana pantas menoleh.Putera Amadeus diiringi oleh Panglima Agean jelas dalam penglihatannya.

" Tuanku.." 

" Ambil masa untuk berehat.Ada dayang dan pembantu istana yang akan menjaganya."

" Telah menjadi tanggungjawab patik untuk menjaganya,tuanku.Jika bukan sebagai pengawal diraja sekalipun,akan patik lakukan juga sebagai seorang abang."

Tenang sahaja dia menyahut dan sejujurnya dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi kepada kejadian tersebut.Sejak dulu lagi,entah mengapa istana merupakan suatu hal yang tidak disukainya dan kejadian yang menimpa mereka jelas membuktikan bahawa prasangkanya sebelum ini tepat.

Siapa sangka ayahnya itu-yang sepanjang pengetahuannya merupakan seorang pandai besi miskin di pinggir permukiman Lemuria- merupakan Panglima Eleius mantan jeneral handalan kerajaan Darmenta dan adik yang membesar di hadapan matanya itu pula merupakan Puteri Kaiiara-kembar kepada sang putera mahkota ?

Istana dan politik kotornyalah  yang mengakibatkan segalanya.Seorang panglima dilucutkan dari gelaran lalu dibuang jauh menjadi orang kebanyakan.Kerana istana jugalah seorang anak yang sepatutnya membesar dalam gelimang kasih-sayang ibu dan ayahnya sendiri terpaksa bersembunyi dalam sebuah keluarga yang disisihkan daripada masyarakat.

Dan kerana istana jugalah Kaii tercedera dalam usaha untuk menyelamatkan ........

" Semuanya berlaku terlalu pantas,tak begitu?" ujar Putera Amadeus .

" Jika tuanku ingin patik berkata jujur,patik lebih suka keadaan kembali seperti dulu ketika keluarga patik jauh daripada istana dan patik tidak mengetahui kebenaran tentang Kaii."

" Dan kita tahu tentang hakikat bahawa kita semua merupakan mangsa kepada kelicikan Tuan Ares,bukan?"

Athreyu mengetap giginya kerana kenyataan yang terkandung dalam butir bicara Putera Amadeus ketika itu terlalu betul untuk disangkal.Namun,tetap sahaja Athreyu berasa sangat terganggu dengan kejadian yang berlaku.Sukar untuknya menjernihkan fikiran.

" Sudah ada khabar tentang keberadaan Tuan Ares?"

Putera Amadeus menggelengkan kepala." Panglima Madeia telah menggerakkan Balai Temenggung untuk mencari pengkhianat tersebut termasuklah menampalkan potretnya pada papan Eridu.Ada juga tentera yang berkawal di semua pintu masuk dan keluar di pelabuhan."

" Bangsawan dan para menteri yang memihak kepadanya?"

" Tikus ialah haiwan pertama yang akan melarikan diri daripada kapal yang akan karam,Athreyu."

" Maknanya tuanku tidak akan berburu lagilah?"

Mahu tidak mahu Putera Amadeus tertawa juga kerana dia tahu ke mana arah percakapan pemuda yang satu itu.Athreyu mengetahui identiti sebenarnya sebagai pembuat onar di ibu kota dengan mengucar-kacirkan para menteri juga bangsawan bermakna Kaii telah berpanjang mulut kepada abangnya.

Dan jika difikir-fikir,itu merupakan satu lagi misteri bagaimana Kaii mengetahui bahawa dialah susuk berpakaian hitam yang kerap kali menghamburkan bukti jenayah dan korupsi para menteri juga keluarga diraja kepada khalayak umum.Mereka yang mengetahui akan hal tersebut sangat tidak ramai.Hanya Panglima Agean,Dayang Ghea,Efra dan juga Azka.

Tetapi yang pasti,dengan kejadian yang sedang berlaku dalam istana-para bangsawan dan menteri dengan kegelisahan mereka tentu tidak senang duduk bahkan akan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang mencetuskan rasa tidak senang Raja Metheus.

Usahkan para menteri dan bangsawan,blok Keluarga Ares yang kucar-kacir juga merasakan tidak ada jaminan untuk mereka  terselamat daripada kemurkaan Raja Metheus hatta Permaisuri Aerya dan Putera Ardius sekalipun.

" Jika perlu,mengapa tidak?"

" Patik khuatir ,tuanku.Tidakkah tuanku merasakan ini merupakan kesenyapan sebelum ribut membadai?"

Patah demi patah perkataan Athreyu yang jatuh ke dalam relung pendengaran Putera Amadeus terasa menohok hulu hatinya senyap-senyap.Blok Keluarga Ares yang berantakan,memang benar namun dia tahu lelaki licik tersebut punyai banyak cara untuk membalas semula kekalahan memalukan yang menimpanya.

Jika tidak,bagaimana mungkin lelaki itu mampu membina bloknya sendiri dengan mengumpulkan sokongan daripada hampir separuh para menteri,petinggi dan keluarga bangsawan kerajaan Darmenta? Bahkan sekutunya juga bukan calang-calang orang dan kebanyakannya merupakan orang-orang penting istana.

Jauh daripada itu,hendak mereka kemanakan pengaruh Permaisuri Aerya dan Putera Ardius? Walaupun mereka senyap setakat ini dengan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam rancangan terperinci menggulingkan Raja Metheus-Putera Amadeus tahu itu bukan kebenarannya.Hanya sahaja dia tidak ada bukti untuk menguatkan sangkaan tersebut.

Dan kini,dia bukan sahaja risau akan keselamatan ibunya semata-mata kerana Kaiiara-gadis aneh yang entah bagaimana selalu terkait dengan hampir semua kejadian yang melibatkannya tidak ada angin tidak ada ribut diperkenalkan kepadanya dengan juraian air mata sebagai adik kembarnya pula.

Jauh di dalam hatinya mengatakan mungkin ikatan darah antara mereka berdua itulah yang mengakibatkan ada pintasan aneh dirasakan ketika dia meletakkan mata pedang ke leher Kaii lama dulu di dalam bangsal rumah keluarga tersebut.

Menggagalkan rancangan Tuan Ares untuk meracuni para tetamu semasa majlis sambutan hari lahir Putera Ardius atau ketika gadis tersebut menyelamatkannya dengan membawanya keluar dari ibu kota dalam keadaan cedera dan bahkan ketika mereka bertarung saling bahu membahu untuk menewaskan pembunuh upahan yang menyerang hendap semasa perjalanan mereka untuk berjumpa Aduria dan banyak lagi kejadian sebelumnya.

Semuanya berkaitan dengan Kaiiara.

Dia tahu Tuan Ares akan melakukan apa sahaja untuk membalas kekalahannya termasuklah dengan mengancam sesiapa sahaja yang penting kepadanya. Jika dahulu ketika hidup sebagai seorang putera yang tidak dianggap,segalanya menjadi mudah kerana dengan keadaannya begitu-tidak ada sesiapa pun yang perduli kerana menganggap bahawa dia tidak akan mendatangkan sebarang ancaman kepada kejayaan rancangan Keluarga Ares untuk menguasai istana.

Dan kerana itulah apa sahaja nilai buruk yang akan menjatuhkan nama baiknya sebagai putera mahkota akan disuburkan oleh Tuan Ares melalui orang-orang yang menyebelahinya hanya kerana satu niat paling jahat iaitu menjadikannya seorang raja boneka yang boleh dipergunakan sesuka hati.

" Beta akan sedaya-upaya melindunginya,Athreyu.Mungkin inilah masanya untuk kita berkongsi tanggungjawab sebagai seorang abang."

*              *             *

Fortsett å les

You'll Also Like

21.7K 2.1K 25
MISTERI ASRAMA M.A.T.A. _____________________________ Ejen Ali Book 1 : Misteri Asrama M.A.T.A Book 2 : Misteri Asrama Rintis 💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀�...
21.9K 2.4K 55
Hak milik Authors : Xiao Qi Ye Penafian : bukan hak milik saya. Translate novel untuk bacaan ofline Yun Luo Feng, genius Sekolah Perubatan Hua Xia, m...
81.9K 9.8K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
1.2K 941 33
Seorang gadis Tingkatan 2 iaitu Nurul Aifaazalyia telah jatuh cinta dengan seorang senior Tingkatan 5 di sekolahnya iaitu Tengku Mohd Aiman ketika pe...