๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

619K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

36

20.4K 606 110
By utieyab

Adyan menjerit sekuat hati. Dia memandu keretanya dengan kelajuan yang maksimum. Hatinya dilanda perasaan marah pada waktu itu. Dia bersama dengan Siti Kasirah pada waktu itu. Dia ingin meminta pertolongan dengan gadis tersebut.

"Berani kau larikan diri dari aku? Arghh!!! Kau memang nak mampus awal perempuan!!" kata Adyan. Rahang diketap kuat. Dia akan pastikan yang gadis itu menyesal kerana membuat keputusan untuk melarikan diri. Dia akan pastikan gadis itu lenyap di muka bumi sama seperti Nurul.

"Kau tunggu je nasib kau!!" katanya keras. Adyan tidak memperdulikan kereta di sekelilingnya. Dia memandu dengan sangat laju.

"Boleh tak kau jangan pandu kereta laju sangat? Kalau kau nak mati awal, jangan bawa aku sekali!!"

"Eh..kau diamlah perempuan!!!"

Pak!!

"Argh!!!"

"Kau tahu tak berapa lama aku nak jejak dia tu? Dah sekarang dia terlepas macam tu je!!! Arghh!!! Memang sial betul lah!!"

Kepala Siti Kasirah dihantukkan dengan kuat oleh Adyan. Fikirannya seakan tidak waras pada waktu itu. Siti Kasirah meraung kesakitan. Dia memegang dahinya yang mengeluarkan cecair merah.

Pin!! Pin!!

"Tepilah bodoh!!! Lembab betul!!" tengkingnya dengan kuat. Adyan memotong kereta yang berada di depannya.

Dia tidak sedar bahawa dia sudah melawan arus. Sebuah lori bertembung dengan keretanya. Adyan tidak sempat untuk mengelak. Bunyi hentakkan yang kuat akibat pertembungan tersebut.

Pin!! Pin!!!

"Arghhh!!!!"

Kereta Adyan hancur dan terbalik. Kepala Adyan dipenuhi dengan cecair merah. Dia meraung kesakitan kerana kakinya tersangkut pada kereta tersebut. Manakala Siti Kasirah pula tidak menyedarkan diri di sebelahnya.

"Erghhh!! Bodohlahhh!! Siall!!"

Adyan cuba menarik kakinya tetapi tidak berjaya. Dia meminta pertolongan agar dirinya dapat dikeluarkan dari situ.

"Tolong!!! Tolong!!"

Adyan terbatuk-batuk menghidu asap yang keluar dari keretanya. Dia yakin yang kereta itu bakal meletup tidak lama lagi.

Terdapat satu susuk tubuh yang berada disitu dengan berpakaian putih. Dia mengamati wajah tersebut dengan lama. Wajah orang tersebut sangat dia kenali.

"Nurul..."

Nama tersebut disebut dengan perlahan. Nurul tersenyum segaris ke arahnya. Adyan meminta pertolongan dari gadis itu.

"Nurul..tolong aku. Keluarkan aku dari sini. Nurul!!! Tolong aku, Nurul!!" pintanya berkali-kali. Tetapi, Nurul hanya tersenyum.

"Nurul!! Tolong aku. Tolong keluarkan aku dari sini. Aku merayu," katanya dengan tangisan. Terimbas kembali semua dosa-dosa yang telah dia lakukan.

"Aku tak boleh buat apa-apa. Maafkan aku," balas Nurul lalu melangkah pergi. Adyan menjerit sekuat hati memanggil namanya agar dirinya ditolong.

"Nurul!! Nurul!! Tolong aku!! Maafkan aku, Nurul!! Maafkan aku!!" Adyan menjerit sekuat hati dengan seribu sesalan atas dosa yang dia telah lakukan.

"Maafkan aku, Nurul. Maafkan aku,"

Boom!!!







"Ad!!!"

Datin Salha terjaga dari tidurnya dengan nafas yang termengah-mengah. Suaminya juga turut terjaga kerana mendengar jeritannya.

"Kenapa ni? Buat orang terkejut je."

"Abang!! Anak kita abang. Anak kita," kata Datin Salha dengan wajah yang penuh dengan peluh. Hatinya berasa tidak sedap. Dia sangat risaukan anak mereka, Adyan.

"Kenapa dengan Ad?"

"Salha mimpi buruk. Salha mimpi Ad kemalangan!!" kata Datin Salha dengan tangisan. Dato Izamil cuba menenangkan isterinya.

"Mimpi je tu. Takdelah. Anak kita baik-baik je,"

"Tak..itu bukan mimpi abang. Salha nak cari Ad!!"

Katanya lalu berdiri dan membuat keputusan untuk mencari Adyan. Naluri seorang ibu tidak pernah salah. Dia yakin ada terjadi sesuatu kepada Adyan.

Tidak sampai beberapa minit, mereka mendapat penggilan dari seseorang. Dato Izamil menjawab panggilan tersebut.

"Yah, waalaikumsalam."

"Yah, betul. Saya Dato Izamil, ayah kepada Adyan Hafiz. Ada apa ye?" soal Dato Izamil dengan ramah dengan degupan jantung yang laju. Mendengar jawapan dari pihak tersebut membuatkan dia mati kata. Dia memandang wajah isterinya yang setia menunggu apa yang keluar dari mulutnya.

"Kenapa abang? Mereka kata apa?"

Tetapi, Dato Izamil tidak menjawab. Panggilan tersebut terus dimatikan olehnya. Dia menangis tanpa memberitahu sebab dia menangis.

"Abang!! Kenapa abang menangis? Mereka cakap apa? Ad kenapa abang? Salha tanya ni!! Abang!!"

"Ad..Ad.."

"Kenapa dengan Ad abang!! Jangan buat Salha risau!!"

"Kereta milik Adyan kemalangan dan meletup," balas Dato Izamil lemah. Datin Salha terkejut. Dia terjatuh terduduk. Badannya menggeletar.

"Ya Allah, Salha!!"

Dato Izamil mendapatkan isterinya lalu dia memanggil pembantu rumah mereka dan menyuruh agar membuat panggilan kecemasan.

"Salha...Ya Allah. Allahukabar,"










Alvin dan juga yang lain meluru masuk ke hospital dengan langkah yang laju. Bilik kecemasan ditujui. Hati masing-masing dilanda perasaan yang risau.

Mereka takut terjadi sesuatu kepada gadis tersebut. Hanya mampu berdoa agar semuanya dalam keadaan yang baik.

Zulaikha menangis semahunya. Dia takut kehilangan seorang sahabat yang telah banyak berkorban untuknya. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu.

"Nurul...jangan tinggalkan aku. Aku sayangkan kau. Aku mohon jangan tinggalkan aku. Kau kena kuat. Kau kena lawan. Aku tahu kau kuat," katanya dengan perlahan. Airiq duduk disebelahnya dan memberikan Zulaikha semangat.

"Kau kena banyakkan berdoa. Aku yakin dia kuat. Kita kena letakkan kepercayaan kita dekat Allah. Apa yang jadi nanti kita kena terima dengan hati yang terbuka sama ada kita rela atau tak," ujar Airiq tenang. Zulaikha menangis terhinjut-hinjut.

"Aku sayangkan dia. Aku tak sanggup hilang dia,"

"Aku faham. Tapi kalau Allah lagi sayangkan dia, kita tak boleh buat apa-apa," balas Airiq. Zulaikha terus diam dan terus menangis.

Alvin berasa sedih dan dalam pada masa yang sama dia berasa marah kerana dia sudah berkali-kali menghubungi Syed untuk berjumpa dengan Nurul tetapi lelaki itu menolak.

Dia sama sekali tidak membagi peluang langsung untuk dia memberitahu kebenaran. Lelaki itu sudah berubah sepenuhnya.

"Aku tak bolehlah. Aku kena pergi jumpa dia!!"

"Awak..awak nak pergi mana ni?" soal Soffiyah kepada suaminya. Alvin mengucup dahi Soffiyah sekilas.

"Aku nak pergi jumpa Syed dulu. Kau tunggu dekat sini dengan yang lain okey?" kata Alvin dibalas anggukan dari Soffiyah.

"Aku gerak dulu,"

"Aku ikut!!"

Alvin mengganguk membenarkan untuk lelaki itu ikut pergi bersamanya.

"Aku pergi dulu tau. Kau jangan sedih. Kau kena kuat," kata Airiq. Zulaikha hanya tersenyum hambar lalu mengganguk.





Syed menyambut ulang tahun Fryceyla dengan sangat meriah. Gadis itu kelihatan sangat cantik sekali. Ramai tetamu yang hadir ke majlis gadis tersebut.

"Happy birthday, girl," kata Syed dengan senyuman yang kacak. Fryceyla turut membalas senyuman tersebut.

"Thank you,"

"Welcome, dear. Buat hajat dulu lepastu tiup lilin," kata Syed. Fryceyla mengganguk. Dia memejamkan matanya untuk membuat hajat lalu matanya kembali dibuka. Lilin ditiup dengan senyuman di bibir.

Orang ramai memberikan tepukan apabila lilin sudah ditiup olehnya. Datin Mirah tersenyum melihat menantunya.

"Selamat hari jadi, Ceyla,"

"Thank you, mummy," ucap Fryceyla lalu memeluk tubuh Datin Mirah. Keadaan yang meriah terus senyap apabila mendengar suara Alvin yang lantang.

"Syed!! Syed!!!"

Pengawal yang berada disitu cuba menghalang Alvin dan Airiq masuk ke dalam tetapi tidak berjaya.

"Lepaslah!!!"

Syed memberi isyarat mata agar membiarkan saja Alvin dan Airiq masuk. Wajah lelaki tersebut sukar untuk ditafsirkan. Tanpa berkata apa-apa, Airiq terus menuju ke arah Fryceyla dan memberikan dua tamparan yang kuat di pipi mulus gadis itu.

Pangg!! Pang!!

"Bro!!!"

"Ceyla!!!"

Syed terkejut. Dia tidak dapat menghalang perbuatan lelaki tersebut. Syed menarik kolar baju Airiq dengan gigi diketap rapat.

"Kau apa hal tampar bini aku? Kau siapa nak buat macam tu dekat dia?" marah Syed kepadanya. Airiq menolak tubuh Syed dengan kuat sehingga dia terdorong ke belakang. Orang ramai hanya menjadi penonton tanpa masuk campur.

"Bini? Tch!! Perempuan macam ni kau gelarkan bini? Eh..kau sedar tak yang perempuan ni dah perbodohkan kau? Kau sedar tak?" marah Airiq tidak dapat dikawal.

"Amboii..suka hati kau je kan tuduh menantu aku macam tu,"

"Datin dengan menantu Datin tu sama-sama bodoh!!!" sampuk Alvin pula dengan kuat.

"Alvin!! Kau jangan nak kurang ajar dengan mummy aku,"

"Apa? Kau nak marah? Marahlah!!! Kau memang suami tak guna tahu tak? Aku menyesal letak kepercayaan aku dekat kau!! Menyesal!!!"

"Kau cakap aku suami tak guna? Tapi kau tak cakap pula macam tu dekat perempuan yang acah baik tu!! Dia yang tak guna bukan aku!!"

Satu tumbukkan padu diberikan oleh Alvin. Fryceyla yang ingin menghalang, Airiq menahan tubuhnya.

"Kau diam jelah dekat sini bodoh!!"

"Lepaslah!!"

"Kau lepaskan menantu akulah!!"

"Diamlah!!"

Airiq ingin menampar kedua-duanya namun tangannya dihentikan. Dia mesti menenangkan dirinya. Dato Fikri yang baru keluar dari tandas terkejut dengan kekecohan yang berlaku.

"Apa dah jadi ni?"

"Perempuan yang kau cakap tu adik aku!! Adik yang aku sayang!! Aku dah berkali pesan dekat kau supaya periksa cctv yang ada dekat rumah kau ni untuk mencari kebenaran dia. Tapi apa kau buat? Kau langsung tak dengar cakap aku!!! Kau percaya bulat-bulat dengan surat yang kononya dari Nurul!! Kau memang tak guna!!!" marah Alvin lalu menumbuk wajah Syed secara dua kali.

Buk!! Buk!!

"Uhuk!! Uhuk!! Kau nak apa lagi? Bukti dah ada!! Buat apa lagi aku nak tengok cctv sedangkan bukti yang jelas sudah ada?" kata Syed. Airiq menarik tangan Fryceyla dan menolaknya ke arah Syed.

"Perempuan ni!! Perempuan munafik ni yang buat surat palsu tu!! Bukan Nurul!!" kata Airiq lalu memberi Syed lihat gambar dimana Fryceyla sedang mengangkat tubuh Nurul yang berlumuran darah.

Dia sudah membagi bukti tersebut kepada Alvin dan Alvin juga sudah menghantar gambar tersebut kepada Syed tetapi lelaki itu hanya melihatnya.

Syed tergamam. Tangannya terketar-ketar mengambil telefon bimbit tersebut. Pandangannya diahlikan ke arah Fryceyla.

"Kau kan ni?"

"I-i.."

"Kau apa!!"

"Yah..memang betul itu adalah i," jawab Fryceyla takut dengan wajah bengis suaminya.

"Aku dah hantar gambar tu dekat kau tapi kau langsung tak balas. Aku chat, hantar mesej berpuluh suruh kau jumpa Nurul tapi kau balas taknak. Kau memang tak kesian dekat dia ke? Kau tahu tak Nurul dalam keadaan yang tenat sekarang? Tapi kau langsung taknak jumpa dia," kata Alvin dengan suara yang mengendur. Tiada guna dia memarahi lelaki tersebut.

Sekali lagi Syed terkejut. Dia sama sekali tidak menerima mesej dan gambar daripada Alvin. Telefon bimbitnya jarang bersamanya kerana Fryceyla selalu memegangnya dengan alasan telefon bimbitnya rosak dan sedang dibaiki di kedai.

"Kau kan yang terima mesej tu? Kau kan yang balas mesej Alvin?" katanya lalu mencengkam tangan Fryceyla sehingga gadis itu mengadu kesakitan.

"Aku tanya ni, jawablah!!!"

"Yah..i yang buat semua tu. Tapi i buat sebab i taknak hilang you!! I takut you akan tinggalkan i!!"

"Boleh pergi mampuslah kau perempuan!!!" kata Syed lalu menampar pipi kanan Fryceyla dengan kuat. Wajah gadis itu sudah bertukar merah kerana menerima tamparan dari Airiq dan juga Syed.

Tidak cukup dengan itu, Syed menarik rambutnya dengan kuat sehingga kepala gadis itu terdongak ke atas.

"Sakit..tolong lepaskan rambut i,"

"Sakit? Kau kata sakit? Mari aku tambahkan rasa sakit kau tu," Syed mengambil kek lalu dilemparkan ke wajah Fryceyla dengan kasar.

Selepas itu, dia melepaskan rambut Fryceyla dengan kasar. Datin Mirah hanya melihat saja. Dia terkejut dengan apa yang dia dengar.

"Mummy..tolong Ceyla." katanya kepada Datin Mirah tetapi wanita itu diam. Datin Mirah perlahan-lahan mendekati Fryceyla.

"Mummy..tolong Ceyla,"

Datin Mirah tidak berkata apa-apa. Dia menyimbah wajah Fryceyla dengan minuman sejuk yang terdapat disitu.

Majlis hari jadi Fryceyla bertukar menjadi majlis yang akan menghancurkan hidupnya dengan kebohongan dan perbuatan jahat yang dia telah buat. Dia tidak menyangka semuanya akan terbongkar juga.

"Mummy..pleasee!!!"

Pangg!!!

"Jangan panggil aku mummy. Aku jijik!!"

Kata Datin Mirah dengan airmata. Dia sayangkan gadis tersebut tetapi gadis itu sanggup menipu dan memperbodohkannya hidup-hidup.

"Itu masih belum cukup," Alvin tersenyum senget. Dia mengeluarkan sampul yang berisi gambar Fryceyla dengan berasmara dengan lelaki lain. Terdapat juga gambar gadis itu sedang tidur dalam keadaan separuh bogel. Dalam sampul itu juga terdapat gambar dia bersama dengan Adyan sewaktu mereka menbuat rancangan jahat.

Manakala lelaki yang tidur bersama gadis itu adalah lelaki yang diupah oleh Alvin kerana dia tahu yang gadis itu memang seorang mata duitan.

Fryceyla terkejut. Begitu juga yang lain. Datin Mirah sekali lagi menampar pipinya dengan kuat. Hatinya sakit dan sedih kerana mempercayai perempuan seperti Fryceyla.

"Kau memang perempuan tak guna!! Berani kau tipu aku hidup-hidup!!!" kata Datin Mirah lalu menampar-nampar pipi Fryceyla dengan kuat. Tidak cukup dengan itu, dia melemparkan semua makanan yang ada disitu ke arah Fryceyla.

Dato Fikir menarik tubuh isterinya menjauh dari Fryceyla. Gadis itu menjadi malu. Wajah dan tubuhnya dipenuhi dengan bekas makanan yang dilemparkan kepadanya.

Syed mendekatinya. Dia menarik tubuh Fryceyla keluar dari rumah tersebut dengan kasar. Gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

"You...i minta maaf. I minta maaf. Tolong maafkan i," rayunya dengan tangisan tetapi Syed tidak mendengarnya. Dia menolak tubuh Fryceyla dengan kasar di atas jalan raya dengan wajah yang bengis.

"Boleh pergi mampus dengan maaf kau!! Perempuan munafik!!! FRYCEYLA IQAWANAH BINTI HAZMAN, AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3!!!!!!!"

"YOUU!! YOU!! YOU TAK BOLEH BUAT I MACAM NI!!!! YOU...MAAFKAN I,"

"Jangan benarkan perempuan ni masuk ke dalam rumah. Faham?"

"Faham, Tuan!"

"You!!! Maafkan i!!! You!!! Jangan tinggalkan i. Syed!!! Erghhh!!!!" Jeritnya bagai orang gila. Dia mengelap wajahnya yang dipenuhi dengan kek. Rambut juga sudah tidak teratur. Begitu juga dengan pakaiannya yang sudah kotor.

Dia menangis sambil mengelap wajahnya bersih. Dia berjalan seorang diri. Dia tidak tahu kemana dia hendak pergi.






Syed meraup wajahnya dengan beribu sesalan kerana tidak mengikuti kata-kata daripada Alvin. Jika dia mendengar kata lelaki tersebut, pasti dia akan dapat mengetahui kebenaran dengan cepat.

Tetamu yang hadir sudah bergerak pulang ke rumah masing-masing. Datin Mirah dan Dato Fikir duduk bersebelah dengan Syed manakala Alvin dan Airiq pula duduk berhadapan dengan mereka bertiga.

"Aku minta maaf atas semua yang jadi. Aku mengaku aku salah," kata Syed kesal. Alvin tidak menjawab. Dia hanya mengeluh.

"Aku pun insan biasa yang tak lepas daripada buat kesilapan. Aku takde hak nak hukum kau," balas Alvin kepada Syed. Semakin bertambah rasa bersalah pada diri Syed apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Nurul dekat mana sekarang?" soal Syed membuatkan kedua jejaka kacak itu terdiam. Syed berasa tidak sedap hati.

"Mana dia? Dia ada dengan korang ke? Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dekat dia," kata Syed lagi.

"Aku takut kau tak sempat je jumpa dia,"

"Apa maksud kau?"

"Nurul sekarang dah tenat. Nyawa dia hanya 50/50. Dia sedang bertarung nyawa. Aku tak tahu apa yang akan jadi,"

Continue Reading

You'll Also Like

4.6K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
47.5K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.4M 76K 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ad...