๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

619K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

34

17.3K 518 40
By utieyab

Alvin dan Soffiyah bergegas ke hospital apabila mendapat berita keberadaan Nurul. Soffiyah sudah bergelar isteri kepada Alvin. Lelaki itu rela menjadi ayah kepada anak di dalam kandungan gadis tersebut.

Dia yang menjaga Soffiyah dengan baik sewaktu mereka masih belum bergelar suami isteri lagi. Alvin membuat keputusan untuk menikahi gadis tersebut kerana dia ingin menjaga gadis itu berserta anak di dalam kandungannya. Dia akan cuba membuka hatinya untuk menerima Soffiyah. Sedikit sebanyak perasaan sayang hadir di dalam hati Alvin untuk Soffiyah.

Keluarga Alvin tidak kisah siapapun yang anak mereka sukai. Bagi mereka, apa yang terbaik untuk Alvin mereka hanya turuti. Soffiyah bersyukur kerana keluarga suaminya menerimanya dengan hati terbuka.

"Awak, janganlah pandu kereta laju sangat. Bahaya tahu tak?" tegur Soffiyah kepada suaminya. Alvin tersengih.

"Sorry. Okey, aku tak pandu laju lagi," ujar Alvin lalu mengurangkan kelajuan keretanya. Soffiyah menggelengkan kepalanya. Perutnya yang sudah besar, diusap perlahan.

"Anak mama jadi anak yang baik tau. Mama tak sabar nak jumpa anak mama ni," kata Soffiyah dengan senyuman. Alvin turut tersenyum. Tangannya diletakkan pada perut Soffiyah lalu diusap.

"Aku pun tak sabar nak tunggu dia keluar," ujar Alvin pula. Soffiyah mengambil tangan suaminya lalu dikucup. Dia sudah berubah semenjak kejadiannya yang membuatkan hidupnya terbuang daripada keluarganya sendiri. Dan semenjak bersama Alvin dia juga perlahan-lahan untuk menutup aurat dengan sempurna.

"Terima kasih sebab terima aku dalam hidup awak," ujar Soffiyah kepadanya. Alvin menggosok kepala isterinya.

"Kau janganlah cakap macam tu. Mungkin takdir dah tertulis nama kita berdua. Apa yang jadi dekat kau cuma sebab untuk kita bersatu," balas Alvin menggenggam tangan isterinya.

"Aku bersyukur sebab dapat suami macam awak walaupun kau dulu jual mahal dengan aku," kata Soffiyah lalu tergelak. Kelakar jika diingat semula waktu dia cuba menarik perhatian lelaki itu dulu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dan sekarang lelaki itu sudah bergelar suaminya. Dia seakan tidak percaya.

"Sebab dulu kau agak jahil," kata Alvin lalu tergelak. Soffiyah menggaru keningnya yang tidak gatal lalu tersenyum.

"Hehehe. Dulu je. Sekarang aku dah tak macam tu kan?"

"Ye, tak dah. Isteri aku dah jadi baik," kata Alvin lalu mencubit pipi Soffiyah. Gadis itu mengadu kesakitan.

"Sakitlah!! Hish!!"

"Eleyy..cubit sikit pun dah cakap sakit," ejek Alvin. Soffiyah mencubit lengan Alvin untuk melepaskan geramnya.

"Aduhh..sakit. Janganlah cubit kuat sangat,"

"Hah! Tahu pun sakit. Waktu cubit pipi aku takde pula awak fikir sakit ke tak?" jeling Soffiyah. Alvin tergelak lagi. Dia suka melihat wajah isterinya.

"Dah. Jangan buat muka macam berok dekat sini. Aku takde isteri berok jadian," kata Alvin selamba. Soffiyah hanya mampu pasrah. Redha dengan mulut suaminya yang sangat menyakitkan hati. Namun, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana dia tahu lelaki itu cuma bergurau.

"Yelah..cik abang isteri kepada berok," balas Soffiyah malas.

Mereka berdua sudah sampai di hospital dimana Nurul diletakkan. Alvin memimpin tangan isterinya yang berbadan dua. Risau jika gadis itu tergelincir ke apa ke, bahaya.

"Assalamualaikum, tumpang tanya. Bilik untuk pesakit Nurul Adawiyyah dekat mana ya?" soal Alvin kepada pekerja yang bertugas disitu.

"Kejap ye, encik," balasnya kepada Alvin. Lelaki itu mengganguk faham.

"Tingkat 1, bilik 6,"

"Ouh..terima kasih,"

Alvin dan Soffiyah bergegas menuju ke bilik tersebut. Setelah sampai, Alvin mengetuk pintu sebanyak 3 kali.

Tok!! Tok!! Tok!!

Pintu wad Nurul dibuka dari luar. Mereka berdua terkejut melihat keadaan Nurul. Nurul dikelilingi oleh seorang doktor dan beberapa orang jururawat.

Di sebelah gadis itu pula ada seorang lelaki yang berwajah kacak tidak kurang seperti Alvin. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Keluarga pesakit ke?"

"Yah. Betul. Saya keluarga dia," balas Alvin lalu meletakkan isterinya untuk duduk. Tubuh Nurul dihampiri. Sayu hatinya melihat Nurul yang terlantar di hospital dengan keadaan yang teruk.

Badannya penuh dengan luka serta kepalanya juga yang berbalut. Airmata ditahan agar tidak tumpah. Dia kena menguatkan hatinya.

"Macam mana keadaan dia?" soal Alvin lalu menarik tangan Nurul dan digenggam. Soffiyah turut menumpang sedih. Dia banyak berbuat salah dengan gadis itu.

"Pesakit sekarang dalam keadaan yang koma. Sudah hampir 2 bulan pesakit tidak sedarkan diri. Dia banyak kehilangan darah dan terdapat hentakkan yang kuat di bahagian kepalanya," balas doktor wanita itu kepada Alvin.

Soffiyah tidak dapat menahan lagi airmatanya. Dia menangis tanpa suara. Dia berharap sangat yang gadis itu akan sedar secepat mungkin.

Alvin merenung wajah Nurul yang pucat lesu. Hatinya berasa sakit yang teramat. Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan gadis itu sehingga dia boleh terlantar di hospital. Dia juga tidak tahu kemana gadis itu menghilang selama ini.

"Jadi selama ini dia berada dekat sini lah?" soal Alvin lagi. Dan sekali lagi doktor tersebut mengganguk.

"Betul. Encik Airiq yang bawa pesakit ke sini dan membayar semua kos rawatan selama pesakit berada disini," balasnya. Alvin memandang wajah lelaki yang bernama Airiq itu dengan senyuman. Lelaki itu turut membalas senyuman tersebut.

"Bila dia boleh sedarkan diri?" soal Alvin sayu. Dia tidak sanggup melihat gadis yang dia sayangi terlantar seperti mayat hidup.

"Kami tidak pasti. Keadaan dia 50/50. Kita hanya perlu berdoa semoga dia akan sedar secepat mungkin,"

Alvin mengganguk lemah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia berharap yang Nurul akan sedar dan pulih seperti biasa.

"Kalau macam tu, kami keluar dulu,"

"Terima kasih, dok,"

"Sama-sama,"

Alvin mengambil tempat di sebelah Nurul. Kepala gadis itu diusap lalu dahinya dikucup. Airmata Alvin mengalir tanpa dipinta.

"Aku minta maaf, Nurul. Aku minta maaf sebab tak lindungi kau macam yang aku janji dekat kau dulu waktu kita kecil. Aku minta maaf," ucap Alvin berkali-kali dengan linangan airmata. Soffiyah turut bersedih. Dia ingin bangun untuk mendekati Nurul namun dia tidak larat untuk berdiri.

"Kau abang dia ke?" soal Airiq kepada Alvin. Alvin mengganguk laju. Dia mengesat airmatanya.

"Alvin,"

"Airiq Miqat," balas Airiq kepada Alvin. Mereka berdua berjabat tangan dengan senyuman di bibir mereka masing-masing.

"Terima kasih sebab selamatkan adik aku. Aku terhutang budi dengan kau," kata Alvin kepadanya.

"Aku memang dah kenal dengan dia. Dia isteri kepada Adyan Hafiz kan?" ujar Airiq kepadanya. Alvin terkejut.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku kawan Adyan. Kami dah berkawan lama tapi kami jarang berjumpa. Pernah sekali tu Nurul datang ke tempat kami waktu kami sedang makan tapi Adyan tak layan dia macam isteri dia. Dia sanggup berbohong yang dia tidak kenal dengan Nurul. Tapi aku rasa ada yang tidak kena. Aku siasat hubungan mereka berdua dan aku tidak sangka yang Nurul adalah isteri Adyan," balas Airiq kepada Alvin.

Dia sudah menyiasat hal tersebut dan dia juga mengajak Adyan untuk berjumpa dengannya. Dia ingin bincangkan hal tersebut. Airiq agak marah kerana lelaki itu sanggup memperlakukan isterinya seperti itu dan sanggup menfitnah Nurul dengan macam cara.

Dia sudah menasihati lelaki itu agar berhenti untuk memperlakukan isterinya seperti itu tetapi lelaki itu tidak mendengar nasihatnya. Adyan sanggup memutuskan hubungan persahabatan mereka berdua kerana rimas Airiq asyik masuk campur dengan urusannya. Dia tidak mahu Airiq berjumpa dengannya lagi. Dan sejak dari itu Airiq tidak lagi berjumpa dengan Adyan dan membuat kehidupan masing-masing.

"Dari mana kau jumpa Nurul? Sebelum dia dekat mana? Apa yang jadi dekat dia sampai dia masuk hospital?" soal Alvin bertubi-tubi. Airiq mengeluh.

"Aku harap kau jangan terkejut,"

"Apa maksud kau?"

"Nurul masuk hospital pun sebab Adyan dan rakan subahat dia Fryceyla. Isteri Syed,"

"Apa maksud kau? Aku tak faham," kata Alvin kurang faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Airiq. Soffiyah setia menjadi pendengar perbualan mereka tanpa menyampuk.

"Waktu aku dalam perjalanan pulang, aku nampak kereta Adyan dan kereta Ceyla jalan ke suatu tempat. Waktu tu aku rasa tak sedap hati jadi aku ikut mereka berdua dari belakang. Adyan dan Ceyla berhenti di kawasan yang jauh dari bandar dan masuk ke dalam kawasan pendalaman. Tapi mereka berdua tak perasaan yang aku ikut mereka dari belakang. Aku terkejut waktu Ceyla mengangkat tubuh Nurul keluar dari keretanya. Dan yang paling aku tak sangka Adyan yang menyuruh Ceyla untuk membuang Nurul ke bukit yang agak tinggi tu. Aku tak sangka dia macam tu. Bila mereka berdua sudah pergi dari tempat tu, aku terus telefon ambulans untuk selamatkan Nurul dan bawa dia pergi ke hospital," terang Airiq panjang lebar dengan kesal. Alvin menumbuk meja dengan kuat. Soffiyah juga turut terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Airiq. Tidak sangka Adyan sangat kejam dan tidak punya hati kemanusiaan.

"Arghh!! Kau memang sial!!" jerit Alvin seperti orang gila. Soffiyah menjadi takut melihat suaminya yang seperti dirasuk setan.

"Bro, tenang. Kau tak boleh macam ni,"

"Macam mana kau nak suruh aku tenang kalau lelaki sial tu buat adik aku macam ni? Kau nak suruh aku tenang?" marah Alvin dengan lantang. Airiq meraup wajahnya.

"Aku tahu. Tapi benda dah jadi. Kita tidak boleh buat apa-apa," ujar Airiq kepadanya. Alvin cuba menenangkan dirinya.

"Kenapa kau tak lapor dekat pihak polis tentang hal ni? Kenapa kau biar je?" soal Alvin pelik. Airiq terdiam.

"Kenapa kau diam? Jawablah!!"

"Aku tak boleh,"

"What!! Are you kidding me? Kenapa tak boleh pula? Kau boleh je kan lapor dekat pihak polis tentang hal ni biar dia masuk dalam penjara!!"

"Aku tak boleh sebab ada nyawa yang akan jadi mangsa kalau aku lapor dekat pihak polis,"

"Apa maksud kau dengan nyawa akan jadi mangsa?" akhirnya Soffiyah membuka mulutnya setelah lama berdiam diri.

"Zuilakha,"

Soffiyah dan Alvin berpandangan satu sama lain. Nama itu adalah rakan baik kepada Nurul yang hilangkan diri waktu majlis perkahwinan dia dan Adyan berlangsung.

"Zulaikha? Zulaikha kawan Nurul?"

"Yup,"

"Kenapa dengan dia? Bukannya dia larikan diri ke waktu majlis dia dengan Adyan dulu?" soal Soffiyah pelik.

"Memang betul dia dah larikan diri. Aku pun terkejut juga bila nampak Adyan pergi rumah usang yang kosong waktu tempoh hari. Aku ikut dia dari belakang setelah selesai menghubungi pihak ambulans. Aku pada awalnya nak bagi dia pengajaran sebab buat Nurul macam tu tapi lain pula benda yang aku nampak. Aku nampak Zulaikha dikurung di dalam sebuah bilik. Waktu tu Adyan nampak aku, dia ugut aku kalau aku beritahu atas kesalahan dia yang buat, nyawa Zulaikha akan melayang. Aku taknak nyawa dia hilang. Aku tak sanggup sebab aku sukakan Zulaikha," balas Airiq perlahan.

Alvin terdiam begitu juga dengan isterinya. Adyan memang sangat licik. Dia kena mencari akal untuk memasukkan lelaki itu ke dalam penjara.

"Dan Adyan juga seorang psycho,"

Pernyataan tersebut membuatkan mereka berdua terdiam seribu bahasa. Airiq menunduk lemah. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Dia bingung dalam masa yang sama dia risaukan Zulaikha. Dia memang ada perasaan dekat gadis itu tapi disebabkan Adyan juga turut menyukainya, dia mengundurkan diri.

"Sekarang dia dekat mana? Masih dekat rumah usang tu?" soal Alvin. Airiq mengganguk laju.

"Takpe, nanti kita cari jalan untuk selamatkan dia. Kau jangan risau," ujar Alvin kepada Airiq.

"Hmm,"

Alvin melihat kembali wajah Nurul. Dia mengusap pipi Nurul. Wajah dan tubuh Nurul penuh dengan luka.

"Nurul, kau kena bangun. Kau tak boleh terlantar macam ni. Kau kena kuat. Aku tak sanggup hilang kau," ujar Alvin perlahan lalu mengucup dahinya lama.

Continue Reading

You'll Also Like

810K 41.8K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...
1.4M 61K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
674K 24.8K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
1.5M 87.9K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...