The Secret Instafamous✓

By queenz_isya

228K 21.4K 1.1K

Mengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya... More

CAST
TSI 01
TSI 02
TSI 03
TSI 04
TSI 05
TSI 06
TSI 07
TSI 08
TSI 09
TSI 10
TSI 11
TSI 12
TSI 13
TSI 14
TSI 15
TSI 16
TSI 17
TSI 18
TSI 19
TSI 20
TSI 21
TSI 22
TSI 23
TSI 24
TSI 26
TSI 27
TSI 28
TSI 29
TSI 30

TSI 25

5.4K 623 32
By queenz_isya

"Hye Lee, come in" pelawa Puan Sri Ara mesra.

"Lama tak jumpa makin cantik Al sekarang" balas Datin Khaleeda pula. Mereka bersalam-salaman. 

"Shaz tak ada ke Ara?" soal Dato' Arffan kerana hanya melihat Puan Sri Ara sahaja yang menyambut mereka. 

"Tak ada Fan. Dia tak balik lagi outstation. Ada aku dengan anak-anak je" balas Puan Sri Ara yang sudah menjadi kebiasaan. 

"Eh, masuk-masuk apa sembang dekat pintu ni. Ni—" mata Puan Sri Ara terarah kepada anak lelaki Dato' Arffan dan Datin Khaleeda yang berdiri di belakang Datin Khaleeda. 

"Isyraf, anak bongsu kami" tutur Datin Khaleeda memperkenalkan Adrian kepada kawannya. 

Adrian menunduk tanda hormat bersama senyuman yang memaniskan wajahnya. 

"Oh, kacak ye. Jom masuk jom" pelawa Puan Sri Ara. Mereka semua berjalan masuk ke ruang tamu untuk berbual-bual sementara menunggu makanan dihidangkan di atas meja. 

"Duduk Isyraf. Isyraf umur berapa?" soal Puan Sri Ara yang mula ingin tahu tentang anak bongsu kawannya kerana dia belum pernah berjumpa dengan anak mereka yang ini. 

"18 aunty" balas Adrian bersama senyuman. 

"Eh, sama la dengan anak-anak aunty" tutur Puan Sri Ara memandang Datin Khaleeda. 

"Haah la Ara. Anak kita lahir tahun yang samakan? Cuma masa tu kau dekat Spain" tutur Datin Khaleeda. Lupa pula dia bahawa mereka mempunyai anak yang lahir pada tahun yang sama cuma ketika itu kawannya berada di luar negara bersama keluarganya. 

"Haah"

"Edwin dengan Erissya kan? Kembar sepasang" celah Dato' Arffan. 

Puan Sri Ara mengangguk sebagai tanda betul. Manakala kedua-dua belah kening Adrian sudah bercantum. Edwin? Nama itu seperti tidak asing baginya. 

"Puan Sri makanan sudah siap dihidangkan" datang pembantu rumah memotong perbualan mereka. Segera Puan Sri Ara mengajak mereka untuk ke meja makan. 

"Tolong panggilkan twins, Mak Iti" pinta Puan Sri Ara. mak Iti mengangguk lalu hilang ke tingkat atas untuk memanggil anak-anak majikannya untuk turun makan. 

Adrian bangun dari sofa, namun matanya terpandang satu frame gambar seorang lelaki yang elok memakai tuxedo. 

'Syaf?'

"Mama looks at your daught—" Syaf masuk ke ruang makan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat satu figura yang dikenali sedang duduk di meja makan di rumahnya. 

"Mengadu je kerja kau" bebel Aira yang sedang berjalan menuju ke ruang makan. Tidak perasan akan Syaf yang sedang berhenti di pintu ke ruang makan, dia terlanggar tubuh lelaki itu. 

"Kau kenapa?" soal Aira yang masih berdiri di belakang Syaf, tidak nampak apa yang dilihat Syaf saat itu. 

"We have guests over here" Puan Sri Ara mula memberi amaran. Mendengar suara Puan Sri Ara, Aira berjalan ke tepi kerana pandangannya dihalang oleh kepala Syaf. 

Sama seperti Syaf, Aira keras membatu di tempat dia berdiri di sebelah Syaf. 

Adrian mengangkat wajahnya sebaik mendengar suara anak lelaki Puan Sri Ara. Matanya dan Syaf bertemu. Maknanya sangkaannya betul. Pada masa yang sama dia terdengar suara seorang perempuan tetapi figuranya masih belum kelihatan. Menanti dengan penuh sabar, kerana dirinya sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah anak perempuan Puan Sri Ara merangkap kembar kepada Syaf yang tidak pernah diketahui sesiapa tentang lelaki itu mempunyai kembar. 

Serentak, matanya bertemu dengan mata kembar kepada Syaf. Dirinya terkedu sebaik sahaja melihat dengan jelas figura yang berdiri di sebelah Syaf tika ini. 

'Sya'a?'

Manakala Syaf dan Aira sudah kematian kata-kata dan masih keras membatu di tempat mereka berdiri saat ini. 

"What are you guys waiting for? Sit" tutur Puan Sri Ara pelik melihat anak kembarnya yang pegun seperti patung cendana di gerbang masuk ke ruang makan. 

"Cepat la jalan" bisik Aira sambil tangan mencuit pinggang si adik agar Syaf membuka langkahnya. 

"Segak betul dua-dua anak kau ni Ara" puji Datin Khaleeda melihat Syaf dan Aira yang sedang duduk di hadapannya. Puan Sri Ara hanya tersenyum manakala lain pula air muka dua beradik itu. 

"Sekolah dekat mana, Edwin" soal Dato' Arffan. 

"Evolution High" balas Syaf sedikit tersentak apabila disoal. 

"Ouh. Kamu kenal dengan Isyraf?" soal Datin Khaleedaa pula. Di dalam hati Aira sudah menggelakkan si adik sambil tangan menceduk nasi ke dalam pinggan. Dia sedikit lega apabila bukan dirinya yang perlu menjawab soalan-soalan itu. Tetapi lain pula apa yang dirasakan Adrian kerana dia berharap soalan itu diajukan kepada Aira. 

"Ke— kenal aunty" balas Syaf. 

"La anak-anak kita kenal rupanya" ujar Datin Khaleeda. 

"Itu la. Mari-mari jemput makan. Sembang tu nanti-nanti boleh" tutur Puan Sri Ara mengajak mereka untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum meneruskan perbualan mereka. 

Dalam diam Aira menghela nafas lega kerana dia terselamat dari semua soalan maut yang ditanyakan kepada Syaf. Mungkin Dato' Arffan beranggapan bahawa mereka berdua satu sekolah yang sama. Jadi itu satu perkara yang normal bagi pasangan kembar yang lain, malangnya tidak bagi mereka. 

"Mati la aku mati la. Argh!" mundar-mandir Aira di hadapan pintu dapur atau lebih tepat di halaman belakang rumahnya. 

Syaf yang baru masuk ke dapur untuk meletakkan pinggan kotor melihat si kakak melalui cermin yang berada di hadapan singki. Sebelah keningnya terangkat melihat kelakuan si kakak bersama bebelan yang diluahkan melalui mulut gadis itu. 

Syaf berjalan menghampiri pintu yang terbuka luas itu. 

"Oi, kau apahal?" tegur Syaf pelik. Kedua-dua belah tangannya naik dilipatkan ke dada lalu memerhati si kakak yang sudah berhenti ke mundar-mandir. 

Aira bercekak pinggang memandang Syaf. 

"Kau ni boleh tanya aku apahal? Kau nampak tak siapa dekat depan tu?" soal Aira geram. Mahu sahaja dia mencekik-cekik Syaf. Boleh pula dia tanya macam tu? Argh! Susah juga kalau ada adik macam Syaf ni!

"Habis tu kau nak buat macam mana?" soal Syaf bersandar pada pintu. Aira memandang Syaf dengan harapan adiknya yang bijak itu dapat membantu malangnya dia kembali menyoal kepadanya. 

"Ish, kau ni tak membantu langsung la" ujar Aira. 

"Sya, Syaf buat apa lagi tu? Come here!" panggilan Puan Sri Ara membuatkan kembar itu serentak. Kelam-kabut Aira menanggalkan selipar lalu masuk ke dalam. Manakala Syaf hanya melihat sambil menggeleng kepalanya. 

Puan Sri Ara menghidangkan pencuci mulut di atas meja kopi buat para tetamunya. 

"Anak kembar kau tu memang melekat je ke, Ara?" soal Datin Khaleeda masih tidak kelihatan anak kembar kawannya di ruangan itu. 

"Tak juga. Ada hari bergaduh, ada hari berbaik macam tu la. Nak berkepit tu tak sangat la sebab tak sama sekolah" balas Puan Sri Ara mengenai sikap anak kembarnya itu. 

Adrian mengangkat wajahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Sri Ara bahawa Syaf dan Aira tidak bersekolah di tempat yang sama. Maknanya sangkaannya tepat. Kembar itu tidak menuntut di sekolah yang sana jika tidak tentu Fekry akan memberitahunya soal Sya'a bersekolah di tempatnya. 

Syaf dan Aira berjalan mengambil tempat di sofa yang masih kosong. Aira mencuit pinggang Syaf lalu menghantar isyarat mata. Syaf hanya mengangguk, mengerti dengan isyarat yang dihantar oleh si kakak. Aira sebolehnya mahu mengelak dari terus duduk di situ dan bersemuka dengan Adrian. 

"Ma—"

"Hah Syaf, Sya apa kata kamu sembang dengan Isyraf tu dekat meja luar" potong Puan Sri Ara tanpa sempat Syaf membuka mulut. 

Aira sudah menyentuh pelipis kepalanya. Sudah pening apabila Puan Sri Ara menyuruh mereka duduk berbual di luar. Sudah tentu orang tua mereka mempunayi banyak perkara yang mahu dikongsikan bersama. 

"Hah? Oh— okay" jawab Syaf terkejut. 

Aira membuka langkah terlebih dahulu mendahului mereka hanya lain ke luar melalui sliding door di ruang tamu itu. 

'I am a dead meat now!'

"Duduklah Ad" pelawa Syaf menarik kerusi buat Adrian untuk duduk lalu dia melabuhkan punggung pada kerusi yang terletak di sebelahnya. 

"So, twins?" Adrian memulakan topik perbualan mereka. 

Aira masih berdiri membelakangi mereka berdua melihat tanaman Puan Sri Ara. Syaf terdiam dengan harapan kakaknya mahu membuka mulut. 

"Tak semua orang perlu tahu latar belakang kami, Ad" akhirnya Aira bersuara. 

'Tak semua perkara kita perlu cerita pada orang kerana mereka tidak penting sama sekali'

TO BE CONTINUED

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 70.7K 33
Glatic Highschool,sekolah yang sangat cemerlang dalam bidang akademik,sukan serta disiplinnya. Peraturan sekolah itu dikawal ketat oleh pengawas di...
5.9M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
1.7M 114K 72
Instagram VS Wattpad? Erm sangat jarang kita dengar ataupun lihat. Kebiasaannya ialah budak Instagram dengan budak WeChat sahaja. So weird la kenap...