1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETE...

By Yasmyns_Dahlia

425K 32.6K 7.7K

Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz."... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 85
BAB 86
EPILOGUE
CHIT CHAT
Dendam Cinta 2

BAB 84

5.5K 504 111
By Yasmyns_Dahlia

SENYAP-SENYAP Harraz masuk ke dalam wad VIP yang menempatkan isterinya. Daun pintu ditolak perlahan. Tidak mahu Marissa sedar yang dia curi-curi masuk untuk melihat keadaan dirinya.

Kakinya melangkah setapak demi setapak. Perlahan dan tiada bunyi tapak kasut. Risau juga kalau Marissa tiba-tiba sedar. Memang gamat bilik ni nanti dengan suara nyaring isterinya.

Katil isterinya dituju. Harraz melepaskan helaan panjang tatkala melihat wajah polos yang sedang nyenyak tidur itu. Makin serba salah Harraz dibuatnya saat wajah pucat itu menyapa pandangan. Ingin sekali dibelai rambut Marissa. Tapi Harraz gusar jika isterinya tersedar dari lena dan terus menghalaunya keluar seperti tadi.

"I'm so sorry, sayang..." bisiknya perlahan. Dadanya terasa sebu. Tidak dapat menahan diri lagi, Harraz lantas melabuhkan ciumannya di dahi putih milik Marissa. Lama.

Tatkala ada gerakan daripada Marissa, Harraz cepat-cepat menjauhkan diri. Jantung semakin kencang saat melihat isterinya yang menggeliat kecil. Tahu pun takut dengan bini. Namun tidak lama, seulas bibirnya tersenyum lebar dengan aksi comel itu.

"Erm... Haus la pula," omel Marissa perlahan. Matanya digosok lembut dan dibuka luas-luas bagi mengusir kantuk. Ni semua gara-gara ubat penenang yang doktor berikan kepadanya tadi. Seketika, dia menguap kecil. Kehadiran Harraz di hujung pintu masih tidak diperasan.

"Aduh, jauh betul si Aini ni letak air. Kenapa tak letak je dekat atas sofa sana tu?" rungutnya lalu bergerak sedikit ke tepi katil. Terkapai-kapai dia hendak mengambil jug. Dalam pada itu, sempat lagi Marissa menceceh sambil mengutuk Aini.

Tergelak kecil Harraz mendengar bebelan isterinya. Suaranya dikawal. Hanya sipi-sipi terdengar di hujung telinga. Dia cuma memerhati gerak geri sang isteri.

"Nak abang tolong?"

"Opocot!" Terkejut Marissa dibuatnya tatkala koklea disapa dengan suara garau itu. Dadanya diurut. Laju rentak jantungnya tika ini. Mata meliar mencari suara yang cukup dikenalinya.

"Awak buat apa kat sini?" Kasar Marissa bertanya. Renungannya tajam menghantar langkah Harraz yang mendekat. Bibirnya tiada segaris senyuman pun. Hilang terus rasa hausnya tadi. Kini yang bertapa adalah rasa marah yang kian membuak-buak.

Tenang seraut wajah kacak itu. Dari tadi, sengihan kerang busuknya tak terpadam dari wajah. Entah apalah yang disukakan sangat tu.

"Abang nak teman sayanglah..."

Marissa rasa nak muntah mendengar perkataan sayang itu. Sayang konon! Masa suka, sayang. Masa tak suka, dibuang. Ingat Marissa ni apa? Barang? Tak ada hati, tak ada perasaan?

"Awak tak payah nak bersayang-sayang dengan sayalah! Geli telinga ni dengar," getus Marissa lalu menyilangkan tangannya. Wajahnya dipalingkan menghadap dinding bilik itu. Tenang sikit tengok dinding putih itu berbanding melihat wajah suaminya.

Harraz menyabarkan hati. Dia tak boleh cepat melatah untuk memujuk Marissa.

"Mestilah kena panggil sayang. Sebab abang sayang Ris," pujuknya.

Sekonyong-konyongnya, bilik VIP itu gamat dengan tawa Marissa. Sinis.

"Kalau awak sayang saya, awak takkan buat saya macam ni, Harraz. Apa yang awak buat kat saya ni, bukan menunjukkan yang awak sayang saya. Please, stop jadi hipokrit. Saya menyampah." Mati hilaiannya. Diganti dengan panahan mata yang tajam memanah ke arah Harraz.

Harraz bungkam sendiri. Terasa hati? Tipu sangat jika dia kata tidak. Tapi apa yang Marissa cakap itu, memang betul belaka. Menyakiti hati sang isteri bukanlah definisi sayang yang sebenar. Itu mendera perasaan namanya.

"By the way, awak tak balik ke? Tak rindu dengan isteri kesayangan awak tu?" Marissa memerli selamba. Walau bagaimanapun, dia masih mengambil berat meskipun hatinya sudah cukup dilukai oleh lelaki itu. Tidak dinafikan, semarah mana pun dia, Harraz tetap suaminya.

Melihat pakaian lelaki itu yang masih lengkap dengan kemeja kerja, Marissa agak, Harraz tidak pulang ke rumah. Lebam pada biji mata Harraz membuatkan dia ingin ketawa. Padan muka kena belasah!

Isteri kesayangan. Marissa merujuk kepada perempuan gedik yang bernama Natalia. Takkan tak risau kut tinggalkan madunya seorang diri di rumah? Yalah, Natalia kan baru mengandung... Itulah ayat yang sering Harraz berikan.

"Isteri kesayangan abang ada kat depan abang sekarang ni."

Serta merta Marissa mencemik menyampah. Ayat yang terlalu klise untuk didengarinya. Ingat bila Harraz cakap macam tu, dia akan cair? Ouh tidak. Bukan semudah itu.

"Oh please, Harraz. Nak muntah saya dengar." Bebola matanya dijulingkan ke atas. Sebal dengan sikap suaminya. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Lebih baik dia tidur daripada melayan lelaki di tepinya ini.

Keluhan demi keluhan dilepaskan. Harraz mengurut pelipisnya. Kebuntuan idea hendak memujuk si isteri.

"Tadi, sayang nak minum air kan? Biar abang tuangkan, ya?"

Mata yang dipejam kembali dibuka. Marissa mendecit kasar. Dia tak suka Harraz mengambil berat terhadap dirinya. Sebab Marissa tahu, lelaki itu berkelakuan seperti itu kerana berasa serba salah. Bukan kerana keikhlasan mahupun cinta. Sudahlah, makin menyirap pula Marissa jadinya. Dia benci betul dengan manusia hipokrit.

"Tak perlu." Ringkas Marissa berkata.

"Tapi tadi sayang nak minum air kan? Kesian anak abang haus." Entah apa yang Harraz cakap, dia hentam sajalah. Punyalah nak ambil hati si Marissa, sanggup dia menadah telinga mendengar wanita itu berleter.

"Ouh, kesian dekat anak. Tapi apa yang awak buat semalam tu, ada awak fikir pasal anak ni? Awak tahu tak, perbuatan awak semalam tu berisiko besar untuk saya hilang anak-anak saya! Ayah jenis apa awak ni? Kalau saya hilang anak-anak saya, sampai mati pun saya takkan maafkan awak! Sampai mati!" Marissa mengungkit. Laharnya dihamburkan keluar.

Berdesing telinga Harraz. Tercucuk-cucuk tangkai jantungnya bila disembur begitu.

"Abang minta maaf. Abang tahu semua tu salah abang sendiri." Egonya direndahkan. Kata maaf tak putus-putus terzahir di bibir.

Kekura isterinya disentuh. Harraz mengharapkan tiada tepisan seperti selalu. Dan ya, kali ini Marissa membiarkan tautan tangan mereka bersatu lama.

"Saya tak kesah kalau awak nak terus sakitkan diri saya. Tapi tolonglah Harraz, jangan sesekali babitkan anak-anak saya. Mereka je kekuatan yang saya ada sekarang. Andailah semalam tu saya keguguran, awak rasa apa yang akan jadi dekat saya? Awak ingat, sesenang itu saya akan terima? Awak dengar sini baik-baik, saya sanggup hilang awak, Harraz. Tapi bukan anak-anak saya."

Bam!

Bagai ada petir yang menyambar tubuh Harraz tika ini. Dia kejung mendengar bicara isterinya. Sampai macam tu sekali Marissa terasa hati dengannya?

"Saya sanggup hilang awak, Harraz. Tapi bukan anak-anak saya."

Terkatup rapat matanya. Dada di sebelah kiri dipegang. Di situlah organnya sedang berdetak. Namun, detakan itu seakan terhenti tatkala seluncur ayat itu diterimanya. Sakit untuk Harraz menelan bait-bait ayat itu.

"Tak boleh ke sayang bagi abang peluang untuk abang tebus balik semua kesilapan abang pada sayang?" soal Harraz. Nadanya lirih.

Tertawa halus Marissa mendengarnya. Ketawa yang penuh kepuraan-puraan dan diselitkan kesakitan yang dipendam. Peluang? Berapa banyak peluang yang perlu dia bagi jika lelaki itu hanya tahu membaziri peluang yang pernah diberi?

"Saya tak minta banyak. Cukup letak diri awak di tempat saya." Dingin dan terselit seribu makna dalam ayatnya. Dia mahu Harraz berfikir panjang. Bukan mudah mahu memberikan seseorang itu peluang sedangkan sebelum ini, peluang tersebut dibiarkan tidak bersambut.

Dan saat itu, barulah otak Harraz berfungsi. Seketika, kepalanya ditundukkan lemah. Akur dengan jawapan yang diberi. Tiada peluang untuknya lagi. Namun, bukan semudah itu Harraz akan berputus asa.

"Tapi, tak salah kalau kita mencuba sekali lagi. Kali ni, abang janji takkan lukai sayang lagi." Yakin Harraz berkata. Tangannya naik seperti bersumpah. Dia betul-betul menyesal dengan layanannya terhadap Marissa dulu.

Marissa mengeluh kecil. Dia ingat Harraz akan faham, tapi dia silap. Sangkaanya meleset terus. Lelaki itu masih tidak berputus asa untuk memujuknya.

Dilema sungguh Marissa tika ini. Patut ke dia berikan Harraz peluang sekali lagi?

"Saya takut dengar perkataan janji tu, Harraz. Saya takut, awak tak dapat nak tunaikan janji tu nanti. Dulu, sebelum kita kahwin, awak pernah berjanji benda yang sama. Tapi tengoklah sekarang ni. Awak mungkiri janji tu." Wajah sang suami dipandang lama. Sinar mata hitam itu benar-benar membuatkan sekeping hati Marissa runtun.

"Abang minta kali ni je... Tolong bagi abang peluang, sayang..." rayu Harraz tidak mengalah. Kedua-dua bahu Marissa disentuhnya. Kalau dia perlu melutut untuk merayu sekalipun, Harraz sanggup melakukannya.

Diam. Itu reaksi yang mampu Marissa berikan tika ini. Dia keliru dan berperang dengan perasaannya. Debaran di dada semakin memalu kuat. Bagai mahu pecah jantungnya tika ini tatkala Harraz mengangkat dagunya. Mata mereka saling bersabung.

"Awak yakin kalau saya bagi awak peluang sekali lagi, awak takkan sia-siakan peluang tu?" soal Marissa, serius. Samar-samar cahaya lampu menyimbah wajah Harraz.

Dan lelaki itu terus diam seribu bahasa. Harraz sendiri tidak pasti dengan dirinya.

"Kenapa awak diam? Sebab awak pun tak yakin dengan diri awak yang awak mampu gunakan peluang tu sebaik mungkin kan? Sebab saya pun rasa benda yang sama. Saya tak yakin dengan awak, Harraz. Susah saya nak percayakan awak lagi. Jadi, patut ke saya bagi peluang tu pada awak?" Sarkastik Marissa berbicara. Hujung bibirnya ternaik. Keningnya juga dijongketkan sebelah.

"Kalau tak cuba, tak tahukan?"

Tawar senyuman Marissa. Cuba? Jadi, Harraz nak jadikan dia sebagai bahan ujikaji? Bila menjadi, hubungan mereka diteruskan. Jika tidak, dia bakal ditinggalkan. Macam tu?

"Awak buat hati saya ni macam barang mainan, Harraz. Saya bukan nak dengar ayat mencuba awak tu, tapi saya nak kepastian dan kesungguhan awak. Bila awak cakap macam tu tadi, saya rasa awak ni memang tak layak untuk diberikan peluang. Even saya bagilah banyak mana pun peluang, kalau awak sia-siakan, tak ada gunanya Harraz."

Marissa menggelengkan kepalanya sebelum dia kembali menarik selimut dan menutup mata. Perutnya diusap.

Harraz menggigit lidahnya. Sedar yang dia sudah tersalah cakap.

"Abang janji takkan sia-siakan peluang tu. Please sayang, give me one more chance." Kali ini, Harraz lebih bersungguh-sungguh. Dia memegang tangan Marissa yang sedang mengusap perutnya.

Marissa memekakkan telinga. Dia malas nak mendengar bicara suaminya lagi. Daripada dia sakit hati, lebih baik dia tidur.

"Sayang..."

"Sayang..."

Naik angin Marissa jadinya. Sayang! Sayang! Orang nak tidur pun tak senang! Lantas, matanya dibuka.

"Awak nak apa lagi, Harraz? Jangan kacau saya tidur boleh tak? Saya mengantuklah! Ergh!" rungutnya lalu menjeling tajam si suami.

"Abang nak jawapan daripada sayang." Muka kesian dipamerkan. Namun, hati Marissa ibarat batu kerikil saat ini. Tiada rasa simpati yang hadir. Dia memandang Harraz dengan pandangan kosong.

"Awak tak faham bahasa ke? Saya takkan beri awak peluang lagi!" Nadanya naik seoktaf. Bengang bila didesak pagi-pagi buta macam ni. Marissa letih. Mental dan fizikalnya terlalu penat. Jadi, dia memerlukan rehat yang cukup.

"Abang cuma manusia biasa, sayang. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please, forgive me..."

Marissa memicit kuat dahinya. Stres betul dengan ayat klise Harraz tu.

"Sayang, tolonglah..."

Tidak tahan lagi mendengar rayuan itu, akhirnya Marissa membuat keputusan yang tidak disangka.

"Saya boleh bagi awak peluang. Tapi dengan satu syarat," ujar Marissa lalu dihembuskan nafas berat.

"Cakap je apa syaratnya. Abang janji akan tunaikan." Bersinar-sinar mata Harraz. Nampaknya, dia memiliki peluang tersebut.

Marissa mencebik sebal. Tak habis-habis dengan janji. Kalau termakan dengan janji tersebut, baru terkena batang hidung sendiri.

"Saya nak tengok kesungguhan awak dalam mengotakan janji tu. Saya nak tengok, sejauh mana awak boleh berubah macam dulu balik. Dan yang paling penting, saya nak tengok kesungguhan awak untuk merawat semula luka ni. Saya nak awak sembuhkan semula sakit yang awak pernah bagi ni. Boleh, Harraz Daniel? Awak mampu?"

Laju Harraz menggangguk. Mungkin bagi lelaki itu, mudah saja nak merawat luka di hati Marissa.

Ternyata Harraz sudah silap besar. Bukan semudah itu Marissa akan terpujuk. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan suaminya untuk mencantumkan semula hatinya yang sudah retak.

Sejujurnya, hati Marissa kian mati. Cintanya pada lelaki itu terhakis sedikit demi sedikit dek layanan Harraz terhadapnya. Bukan mudah untuk dia menerima segala perbuatan suaminya. Dan Marissa juga tidak pasti sama ada dia mampu memaafkan Harraz dan memberi peluang semula kepada lelaki itu atau tidak.

"Abang janji, sayang! Abang janji!"

•••

"ADUH, sakitlah! Buat slow sikit boleh tak?" getus Shafqi, geram. Adiknya yang sedang menuam ais di pipinya dijeling.

Nana menjelirkan lidah. Makin kuat dia menonyoh ais yang dibalut dengan kain kecil pada pipi abangnya.

"Yang abang pergi bergaduh dengan Harraz tu buat apa? Sengaja cari penyakit?" bebel Nana separa marah. Balik dari ofis tadi, terkejut dia melihat muka abangnya yang bengkak. Bibir lelaki itu pula pecah dikerjakan oleh Harraz.

"Kalau dia tak start cari gaduh dulu, takdenya aku nak tumbuk dia. Masalahnya, Harraz tu layan Marissa macam sampah. Memang patut pun aku marah. Salah ke?"

Tergelak Nana mendengarnya. Kepala digelengkan kecil. Kerana seorang perempuan yang bernama Marissa, abangnya sanggup bergaduh dengan Harraz. Bukan itu saja, Shafqi turut lunyai dikerjakan oleh Harraz. Memang teruk mereka bergaduh.

"Abang rasa, apa yang abang buat ni berbaloi ke huh? Tak pasal-pasal abang dapat sakit disebabkan perempuan tu," soal Nana lantas menekan kuat rahang Shafqi yang membengkak. Mendesis sakit lelaki itu dibuatnya.

"Abang akan buat apa saja untuk Marissa. Kalau diri abang sakit pun, abang tak kesah. Sebab abang sayang dia. Abang akan lindung buah hati abang daripada jantan tu. Opps, cinta hati kau." Selamba Shafqi memerli. Tangan adiknya dialihkan. Isi pipi ditolak dengan lidah. Bisa juga penangan tumbukan Harraz ni. Boleh tahan sakit.

Menyampah Nana mendengar omongan abangnya. Sayang konon. Tapi sayang tak berpada-pada sampai sanggup sakitkan diri sendiri. Itu bukan sayang, tapi bengong namanya.

Nana pun tak faham kenapa abangnya suka sangat pada Marissa. Perempuan itu biasa-biasa saja pada pandangan mata dia.

"Adik tak fahamlah, apa yang abang suka sangat kat Marissa tu? Lagi satu, dia bukan suka abang pun," tanya Nana sekadar ingin tahu. Dia nak juga tahu apa yang special sangat si Marissa tu hingga membuatkan abangnya terlalu angau. Atau lebih tepat lagi jatuh suka pada perempuan itu.

Mahu ketawa, tapi mulutnya tidak mampu dibuka pula. Sudahnya, Shafqi menyengih ajelah. Remot tv diambil lantas ditukar satu-persatu siaran televisyen.

"Marissa tu special untuk abang. Abang sayang dia sangat-sangat," beritahu Shafqi sambil tersenyum. Dia pun tak tahu kenapa dia suka sangat pada Marissa. Rasa ini hadir tanpa dipinta.

"Dia tu kan bini orang," ujar Nana tak semena-mena.

"Hahaha." Mengekek-ngekek Shafqi ketawa.

"Habistu, Harraz tu bukan suami orang? Lelaki yang kau tergila-gilakan sangat tu?" tempelak Shafqi, sinis. Terdiam Nana. Dia mengetap bibir.

"Dik, tujuan kita sama je. Kita nak apa yang sepatutnya jadi milik kita, dipulangkan semula. Kau nak Harraz. Abang nak Marissa. Kan sama tujuan kita tu?" Terjongket kening Shafqi. Sisa tawanya dilepaskan.

Hujung bibir yang terasa pedih disentuh berhati-hati. Nampaknya, esok dia tidak boleh masuk ofis. Jika tidak, habislah budak-budak kat ofis tu jadi wartawan bertanyakan itu ini kepadanya nanti.

Nana masih diam. Sedar yang Harraz masih suami kepada Marissa, hatinya diragut cemburu yang membuak-buak. Sakit hatinya melihat orang yang dia sayang dimiliki oleh perempuan lain.

"Sabar sikit aje lagi. Abang yakin, rumah tangga diorang tu makin hampir ke penghujung. Tak lama lagi, Harraz lepaskanlah Marissa. Dan masa tu, Harraz adalah milik kau sepenuhnya." Bahu Nana dipaut lantas dipeluk.

Mendengarkan itu, muka masam Nana terus bertukar manis. Matanya dan Shafqi bertaut sebelum masing-masing melepaskan tawa.

Ya, Harraz bakal menjadi miliknya. Sekarang ni, dia harus bersabar saja. Lagipun, Nana rasa Natalia takkan duduk diam untuk membiarkan Harraz dan Marissa bahagia. Tak sabar dia mahu melihat rumah tangga mereka berantakkan. Dan ketika itu, barulah Nana akan bersorak meraikan kejayaannya.

___________________


Continue Reading

You'll Also Like

970K 45.6K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
1.7M 61.6K 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup...
2.2M 89.6K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
1.3M 35.1K 54
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...