๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

624K 22K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

14

11K 467 34
By utieyab

"Dia..."

Alvin memandang Nurul pelik. Sebelah keningnya dijongketkan melihat reaksi wajah gadis tersebut. Dia memusingkan kepalanya untuk melihat apa yang gadis itu lihat.

Alvin turut mengecilkan matanya untuk mengenal pasti wajah orang yang mereka berdua lihat. Dia juga terkejut melihat orang tersebut.

"Itu bukan kakak kau ke?"

Alvin mengajukan soalan kepadanya. Nurul tidak menjawab. Dia tekun melihat pasangan sejoli itu yang sangat gembira. Seketika hatinya berasa sebak kerana kakak kandungnya terlihat bahagia tanpa ada dia disisi.

"Iya. Memang kakak aku pun," balas Nurul hambar. Alvin memusingkan kembali kepalanya memandang Nurul yang jelas terpancar riak sedih pada wajahnya. Dia berasa kasihan. Bibirnya mengeluh pendek.

"Kau tak payah sedih sangatlah eh? Biarkan je dia. Dia lebih memilih kebahagiaan dia sendiri tanpa kau ada dekat sisi dia. Orang macam tu tak perlu untuk kita bersedih. Buang masa je," ujar Alvin memberi dia semangat. Dia tidak mahu gadis itu bersedih. Jujur dia tidak suka melihatnya.

"Aku cuma rindu kakak aku je. Aku rindu. Aku dah takde siapa-siapa dekat dunia ni. Cuma dia je keluarga yang aku ada. Tapi dia anggap aku ni macam bukan keluarga dia je. Dia tak pernah sekalipun jenguk aku. Tanya khabar aku. Tak pernah. Semenjak dia khawin dengan suami dia," sayu dia berkata kepada Alvin. Lelaki tersebut terdiam.

Nurul menundukkan kepalanya sebelum diangkat lalu berdiri. Alvin terkejut. Dia terus mengajukan soalan kepada gadis itu.

"Eh..kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak jumpa kakak aku. Aku rindu dia. Aku nak peluk dia. Kau tunggu je dekat sini,"

"Eh..kejap! Aku ikut!"

Alvin berkata separuh menjerit. Dia mengikuti langkah Nurul dari belakang. Nurul berjalan dengan langkah yang sangat laju mengejar kakak kandungnya.

"Akak!!"

"Akak!!"

"Akak!! Tunggu!!!"

Nurul menjerit memanggil nama kakaknya. Gadis itu bersama suaminya menoleh ke arahnya yang semakin menghampiri mereka berdua. Nurul tersenyum gembira kerana mereka berdua menghentikan langkah mereka. Dia berlari anak menuju ke tempat gadis itu lalu memeluknya dengan erat.

Gadis itu terkejut. Begitu juga dengan suaminya. Alvin tersenyum kecil tapi matanya memandang ke arah suami kakak kepada Nurul.

"Akak..akak pergi mana je? Kenapa akak tak pernah jenguk Nurul? Akak tak rindu ke dekat Nurul? Nurul rindu akak sangat-sangat. Nurul bersyukur sangat Allah pertemukan kita dua kak," ujar Nurul dengan tangisan. Gadis itu tidak menjawab. Dia juga tidak membalas pelukan Nurul. Badannya hanya kaku.

"Akak..kenapa akak diam?"

"Kau siapa? Siapa kakak kau?"

Kata-kata yang terkeluar dari mulut gadis itu membuatkan Nurul terkejut dan merenung wajah kakaknya dengan lama. Dia tidak salah dengar ke?

"Akak..ni Nurul kak. Adik akak. Adik kandung akak," balas Nurul dengan mata yang berkaca. Gadis itu memandangnya dari atas hingga bawah.

"Sejak bila aku ada adik? Awak kenal ke dia ni siapa?" soal gadis itu kepada suaminya yang berada di sebelah.

"Tak kenal. Tapi dia kata dia adik sayang. Bukannya sayang kata adik sayang dah meninggal ke sama-sama dengan ibu dan ayah sayang?" ujar suaminya. Sekali lagi Nurul terkejut. Alvin yang berada disitu juga turut terkejut. Tidak berkelip mereka memandang wajah gadis itu.

"Memang betul adik sayang dah meninggal. Sayang tak kenal pun dia ni siapa. Mungkin dia salah orang ni," balas Siti Kasirah iaitu kakak kandung kepada Nurul. Sebenarnya waktu dia berkhawin dengan suaminya, dia tidak menjemput adiknya datang ke majlis dan memberitahu keluarga suaminya yang dia hanyalah anak yatim piatu dan sebatang kara. Oleh sebab itu, suaminya tidak mengenali Nurul.

Mengenai perkhawinannya Nurul mendapat tahu dari rakan kepada Siti Kasirah. Dia yang memberitahu Nurul yang kakaknya sudah berkhawin dengan pilihannya sendiri.

"A-akak..."

"Eh, Siti. Kau sedar tak apa kau cakap ni? Dia adik kau tahu tak? Kenapa kau cakap yang dia dah meninggal? Kau gila ke apa?" sampuk Alvin bengang. Kecil besar je dia tengok minah tu.

"Kau siapa? Macam mana kau tahu nama isteri aku?" soal suami Siti Kasirah iaitu Alief kepadanya. Gadis itu menjadi tidak senang duduk. Dia kena bawa suaminya pergi dari situ. Nanti pembohongannya akan terbongkar jika dia lama berada di situ.

"Isteri kau ni kakak kepada kawan aku. Dia tu kakak kandung kepada Nurul! Tapi perempuan sial ni pandai berlakon pula," bengang Alvin tidak dapat dibendung. Sakit pula hatinya mendengar perkataan yang Nurul telah mati. Kau yang patut mati lah!!

"Kau jaga sikit mulut kau. Perempuan sial yang kau cakap tu isteri aku! Kau siapa nak cakap macam tu?"

"Dah memang isteri kau macam perangai sial! Apa yang salah?"

Buk!!

"Alvin!!"

"Itu akibatnya sebab cakap isteri aku macam tu. Isteri aku ni baik. Kau jangan nak berlagak kenal dia," balas Alief lalu menggengam erat tangan isterinya. Gadis itu tersenyum menang dalam diam.

"Kau tak apa-apa ke? Ya Allah." risau Nurul lalu membantu Alvin berdiri. Ramai mata yang memandang ke arah mereka berempat.

Alvin mengusap pipinya yang terasa kebas. Matanya tajam memandang pasangan yang tak berapa romantik itu. Nasib je dia fikirkan gadis itu adalah kakak kandung orang yang dia sayang. Kalau tak dah lama dia bagi tamparan maut. Bagi dia sedar diri sikit!

"Aku tak apa-apa. Kau jangan risaulah,"

Siti Kasirah membuat muka menyampah. Dia menjulingkan bebola matanya ke atas. Malas, benci melihat wajah mereka berdua. Buat menyakitkan mata dan suasana je.

"Awak..jom kita pulang. Dua orang ni salah orang kot. Takpelah kalau macam tu, kami pergi dulu ye. Maaflah tapi kami dua memang tak kenal langsung dekat korang. Apalagi perempuan ni. Aku takde adik dah. Adik aku dah lama meninggal. Jangan nak menyamar jadi adik aku pula. Nasib baik korang jumpa orang baik macam kami. Takpe. Lain kali jangan buat macam tu lagi dengan menyamar jadi orang lain. Kalau nak duit, korang cakap je nanti kami boleh bagi," ujar Siti Kasirah dengan senyuman sinis. Nurul memandangnya tidak berkelip.

"Eh, kau blah ah! Kau ingat kami hamak sangat ke dengan duit korang tu? Kau ingat kami ni miskin sangat?"

"Tak cakap pun korang miskin. Kau yang cakap," balasnya kepada Alvin. Makin berasap telinga Alvin mendengar balasan dari gadis itu.

"Dah. Jom sayang kita pulang. Jangan layankan sangat. Buang masa kita je. Jom kita pulang,"

"Jom. Kami minta diri dulu. Bye,"

Selepas berkata seperti itu, mereka berdua melangkah pergi meninggalkan Alvin dengan Nurul disitu. Setelah kelibat mereka sudah hilang. Nurul berjalan sambil menundukkan kepalanya. Alvin turut mengikuti langkahnya.

"Nurul! Weh. Kau okey tak?" soal Alvin risau. Gadis itu tetap menundukkan kepalanya. Alvin menarik tudung Nurul dari belakang sehingga gadis itu mengangkat wajahnya dan memandangnya lama.

"Kenapa?"

"Kau okey tak? Kau janganlah sedih. Biarkan jelah dia. Dia tak layak jadi kakak kau dan tak berbaloi kalau kau bersedih sebab dia. Sebab kenapa? Sebab dia takde perasaan kasihan dan sayang langsung dekat kau. Sia-sia je kalau kau bersedih sebab orang tak guna tu!"

Alvin berkata kepada. Nurul mengganguk perlahan-lahan dengan senyuman segaris sebelum melanjutkan kembali langkahnya.

Alvin mengeluh. Dia tidak tahu nak buat apa lagi. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk diam dan membiarkan gadis itu menenangkan fikirannya.








Syed melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 9 malam. Namun, Nurul masih belum pulang ke rumah. Dia berasa pelik.

"Pergi mana pula minah mata duitan ni? Hari dah lewat malam tapi masih belum pulang. Siap dia nanti kalau pulang. Aku yakin dia mesti berfoya-foya dengan lelaki lain dekat luar sana. Dasar perempuan murah! Munafik!" bengang Syed. Dia menuju ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya.

Nurul yang baru sampai terus masuk ke dalam. Dia duduk di sofa untuk berehat seketika sebelum dia menuju ke tingkat atas.

Baru beberapa langkah dia melangkah. Dia memusingkan kembali tubuhnya dan menuju ke dapur untuk minum. Tekaknya terasa haus.

Peti sejuk dibuka lalu sebotol air sejuk dikeluarkan. Gelas diambil lalu air tersebut dituangkan ke dalam gelas lalu air tersebut diminum dengan rakus.

Dalam keadaan yang masih minum. Dia mendengar suara seseorang yang sangat dia kenal sedang menghampirinya.

"Baru pulang? Dari mana je?"

Soal Syed sambil menyilangkan kedua tangannya di dada dengan badan yang disandarkan pada dinding. Matanya tidak lepas memandang wajah isterinya yang tidak melihatnya walau sedikit.

"Dari luar jalan-jalan dengan kawan," balas Nurul jujur. Syed tersenyum senget. Ingat dia percaya ke? Dia bukannya bodoh nak percaya apa yang gadis itu cakap. Baginya, Nurul seorang yang pandai berlakon dan juga mata duitan.

"Kau ingat aku percaya ke cakap kau?"

"Aku tak suruh kau untuk percaya cakap aku. Kau yang tanya aku pergi mana kan? Aku jawablah. Percaya atau tak itu bukan urusan aku," balas Nurul berani. Dia malas nak cakap baik dengan lelaki itu. Bahasanya juga semakin lama semakin kasar dengan Syed. Dia tidak peduli. Kalau cakap elok-elok pun bukannya lelaki itu reti balas elok-elok. Asyik nak marah je.

"Wow!! Menarik. Makin lama makin kurang ajar kau ek? Mana hilangnya sifat kau yang ayu tu? Mana perginya sifat acah baik macam wanita solehah tu? Dah hilang dah? Mestilah dah hilang kan," balas Syed sinis. Nurul menjelingnya sekilas sebelum dia meletakkan semula air tersebut ke dalam peti sejuk.

"Apa-apa jelah. Malas nak bergaduh dengan kau," malas Nurul lalu mengorak langkah untuk pergi namun pergelangan tangannya ditahan oleh Syed.

"Kau jangan pergi dulu. Aku masih belum habis dengan kau ni."

"Kau nak apa? Aku penat tahu tak?"

"Mestilah aku tahu kau penat sebab kau keluar dengan jantan lain tadi kan?"

"Kau merepek apa ni? Aku dah kata kan yang aku keluar dengan kawan aku. Kau pekak ke?"

"Kau tunggu sini,"

Nurul menunggu Syed seperti yang diarahkan oleh lelaki itu. Syed kembali bersama sepucuk bunga yang berisi coklat. Tidak ketinggalan juga sepucuk surat ada pada bunga tersebut.

"Jadi ini apa? Kau memang tak cukup satu ke perempuan?" kata Syed. Semasa Nurul tidak berada di rumah, dia mendapat bunga tersebut berada di luar rumah. Jadi dia mengambil bunga tersebut dan membacanya.

"Aku tak tahu. Siapa punya tu?"

"Kau tanya dekat aku? Kau nak berlakon lagi perempuan! Kau tidur dengan jantan lain kan? Kau memang tak cukup satu ek? Nafsu kau memang tak boleh kawal? Kau baca nota ni. Dia tulis dekat sini terima kasih untuk layanan kau tadi. Kau nak berdalih lagi?" kata Syed dengan wajah tegang. Nurul terkejut.

Dia melihat surat tersebut dan membacanya. Tidak berkelip matanya. Sejak bila pula dia keluar dengan lelaki lain selain Alvin?

'Siapa yang fitnah aku?'

Continue Reading

You'll Also Like

551K 27.2K 70
Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang kera...
4.8K 409 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...