1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETE...

By Yasmyns_Dahlia

424K 32.6K 7.7K

Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz."... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
EPILOGUE
CHIT CHAT
Dendam Cinta 2

BAB 68

3.1K 313 103
By Yasmyns_Dahlia

     SHAFQI memandang wajah sembab Marissa. Air mata wanita itu masih menitis lebat. Ingin sekali diseka, tapi Shafqi sedar status Marissa. Dia tidak boleh sesuka hati menyentuh wanita itu. Nanti apa pula kata Marissa?

"Saya tak sangka yang dia sanggup curang dekat belakang saya, Shafqi. Patutlah dia tak pernah pun nak call saya masa kat Johor. Rupa-rupanya, dia tengah berfoya-foya dengan pekerja dia sendiri," luah Marissa sambil tersedu-sedu.

"Awak yakin yang Harraz curang?" soal Shafqi, sengaja menguji Marissa. Dia tidak boleh terlalu gelojoh dalam mendapatkan wanita itu kembali. Strategi harus dibuat dengan rapi. Kalau boleh, dia tak mahu rancangannya gagal.

Marissa mengangguk lemah.

"Awak tengoklah ni. Bukti dah cukup jelas kan? Tapi, dia sendiri masih nak nafikan. Saya pun tak faham kenapa dia beria sangat tak nak mengaku. Sedangkan dah jelas dia salah."

Telefon pintarnya dihulurkan kepada Shafqi. Gambar dan video yang diterimanya tadi ditunjukkan kepada lelaki itu. Biar Shafqi melihat dengan kepala matanya sendiri.

Shafqi mengoyak senyuman sinis dalam diam. Cekap betul adiknya membuat kerja. Tak sia-sia rancangan yang telah diatur oleh Nana. Dari amatan Shafqi, dia rasa Marissa dah terpedaya dengan bukti palsu ini.

Puas.

Puas melihat keregangan hubungan suami isteri itu. Tak lama lagi, pasti akan berantakkan. Dan itulah peluangnya untuk memiliki Marissa semula.

"Saya simpati dengan awak, Marissa. Tak sangka Harraz macam ni. Sanggup dia duakan awak? Dah ada isteri yang cantik dan sempurna ni pun masih nak mencari yang lain. Huh, dia dengan Damian sama je. Dua-dua kaki perempuan." Fitnah Shafqi. Kedengaran nada suaranya juga tidak berpuas hati.

Makin bertambah kerutan di dahi Marissa. Tidak faham dengan bicara lelaki itu. Namun tidak pula dia bertanya. Entahlah, tak ada kudrat lagi untuk dia membuka mulut. Hatinya terlalu sakit.

"Saya dah minta Harraz untuk lepaskan saya. Tapi dia berkeras tak nak ceraikan saya. Saya terseksa, Shafqi. Muka dia pun saya tak sanggup nak pandang. Setiap kali saya nampak Harraz, segala perbuatan dia seolah-olah berulang tayang kat dalam kepala saya ni."

Pandangannya dilontarkan ke arah jalan raya yang sesak dengan beribu kenderaan. Tidak tahu kenapa Shafqi yang dipilihnya untuk meluahkan segala rasa. Sedangkan, boleh saja dia ke rumah Aini dan mengadu pada rakan baiknya itu.

Tapi Marissa tahu, Aini akan membela Harraz. Jadi, diambil keputusan untuk bertemu dengan Shafqi. Walaupun masih baru hubungan persahabatan mereka, namun Marissa sangat selesa dengan lelaki itu.

"Bercerai? Awak biar betul, Marissa? Takkan sampai macam tu sekali awak buat keputusan?" Shafqi bertanya, berpura-pura terkejut. Irisnya membulat besar. Walhal, gembiranya tak usah dicakap. Sungguh, dia memang sejenis manusia yang hipokrit dan pandai berlakon.

"Apa pilihan yang saya ada? Awak nak suruh saya bermadu? Saya tak sanggup, Shafqi. Lebih baik saya pergi dari hidup dia daripada bermadu dengan Natalia," keluh Marissa seraya memandang redup Shafqi di sebelahnya.

"Saya sayangkan dia, Shafqi. Tapi kenapa dia sanggup buat saya macam ni?" Kelopak mata semakin berat menahan air mata. Kalau ada baldi tika ini, dah penuh agaknya baldi itu dengan air matanya.

Terdengar Shafqi merengus perlahan. Kulit putih yang sudah bertukar merah itu ditatapnya sayu.

"Harraz macam mana? Dia nak ke lepaskan awak?" Kini, empat mata saling berlaga.

Lemah Marissa menggeleng. Kepala menekur jalan yang berbatu itu.

"Dia tak nak lepaskan saya. Entahlah Shafqi. Saya pun masih keliru dengan diri saya ni. Hati saya memang sakit sangat, tapi untuk berpisah dengan Harraz, saya tak mampu walaupun mulut saya yang minta untuk diceraikan."

Dalam diam, Shafqi mengetap rahangnya. Bicara wanita itu menusuk dalam. Nampak sangat Marissa masih sayangkan Harraz.

"I know. I can see it through your eyes."

Kepalanya terus mendongak memandang Shafqi. Tergamam dengan kata-kata itu.

"Your eyes can't lie, Marissa." Shafqi meneruskan katanya. Dia senyum nipis. Memang betul, mata hazel itu tak mampu menipu. Dapat dilihat jelas iris Marissa yang sarat dengan rasa cinta terhadap Harraz. Meskipun begitu, Shafqi tetap tak akan mudah berputus asa. Dia yakin, rasa cinta wanita itu terhadap suaminya akan memudar.

Perlahan-lahan bibir Marissa mengukir senyuman hambar. Ya, memang matanya tak dapat menipu. Dan kerana itu, Harraz tidak rela melepaskannya.

Mereka membiarkan hening mengambil tempat. Marissa dengan pandangan jauh yang dilontarkan ke arah kesesakan jalan raya. Macam mana sesaknya keadaan di sana, begitu juga dengan fikirannya.

Sempit. Seolah-olah tidak ada ruang untuk dia berfikir.

Manakala Shafqi pula masih tunak merenung wanita itu. Andai Marissa tahu isi hatinya tika ini, agak-agak boleh tak wanita itu menerima dirinya dan melupakan Harraz?

"Awak tak boleh terlalu ikutkan perasaan sedih tu, Marissa. Kesian baby yang tengah membesar tu. Tercebik-cebik agaknya bibir comel dia dekat dalam tu." Dia cuba berseloroh demi menggembirakan hati Marissa.

"Awak ni, Shafqi..." Lantas Marissa mengulum senyumannya bersama usapan lembut pada perut. Betul, orang mengandung sepatutnya dijaga emosinya. Tidak boleh terlalu ikutkan perasaan. Kerana si bayi juga akan turut merasakan benda yang sama.

"Kan manis bila awak senyum. Saya suka tengok lesung pipit awak. Anak awak lahir nanti mesti ada lesung pipit juga," beritahu Shafqi, lembut. Dia terpanar melihat senyuman manis wanita itu.

"Ada-ada ajelah awak ni." Ketawanya meluncur keluar. Baru tika inilah Marissa dapat bergelak tawa. Jika tidak, penemannya hanyalah air mata.

"Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" soal Shafqi tiba-tiba.

"Awak nak tanya apa?"

"Harraz dah tahu yang awak mengandung?"

Marissa menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Masih segar di ingatan akan reaksi suaminya tatkala mendapat tahu bahawa dia sedang mengandung. Lelaki itu kelihatan sangat gembira. Mungkin tak sabar mahu bergelar bapa tak lama lagi.

"Dia tahu pun sebab saya pengsan tadi. Kalau tak, saya memang tak nak bagitahu Harraz pasal kandungan ni." Marissa jongket bahunya.

"Kenapa awak tak nak bagitahu Harraz? Itu kan anak dia juga?" soal Shafqi meminta penjelasan. Pelik, selalunya berita gembira ini akan dikongsi bersama sang suami. Tapi Marissa lain pula. Mungkin kerana masalah yang berlaku membuatkan wanita itu tidak mahu suaminya tahu tentang kehamilannya. Teka Shafqi.

"Dengan apa yang dah jadi di antara kami, saya tak rasa sekarang adalah waktu yang sesuai untuk dia tahu. Tapi nak buat macam mana kan? Saya boleh pengsan pula tadi. Dah tak pasal-pasal Harraz call doktor suruh cek saya. End up, dia tahu saya mengandung." Marissa tunduk ke bawah sambil merenung perutnya. Lagi enam bulan, lahirlah si kecil ini.

"Yalah, kalau awak sorok pun tak ada gunanya. Lambat laun nanti, perut awak akan membesar. Takkan masa tu baru awak nak bagitahu Harraz kan?"

Marissa mengangguk. Bersetuju dengan ujaran Shafqi.

"Pasal awak punya sakit..."

"Tak, itu Harraz tak tahu. Dan saya kalau boleh tak nak dia tahu. Saya minta sangat awak rahsiakan hal ni, Shafqi. Cuma kita je yang dengar apa yang doktor cakap haritu." Pantas Marissa memotong percakapan Shafqi. Riak wajahnya seakan merayu.

Shafqi menarik nafas dan menghelanya perlahan.

"Awak tak nak buat rawatan ke, Marissa?"

"Tak boleh, Shafqi. Awak tahu kan apa risikonya nanti?" Lirih Marissa menjawab. Matanya dipejam rapat. Lepas satu dugaan, ada ujian lain pula yang mendatang.

"Saya tahu, tapi doktor kan dah cakap awak ada jalan lain? Anak tu nanti..."

"Saya tak nak, Shafqi. Kalau boleh, biarlah baby ni lahir cukup umur. Saya tak kesah kalau nyawa saya yang jadi galang gantinya, asalkan anak saya selamat. Baby ni segala-galanya untuk saya." Laju Marissa menggeleng.

Bungkam terus Shafqi jadinya. Bibirnya mati daripada sebarang kata-kata. Gusar hatinya bila teringat akan kesihatan Marissa. Mahu memaksa? Sedar, dia bukanlah sesiapa untuk wanita itu.

"Awak dah fikir masak-masak?"

"Dah, Shafqi. Awak janganlah risau. Saya tahu, inilah keputusan yang tepat. Cuma awak saja yang tahu pasal perkara ni. Saya harap awak tak akan bagitahu sesiapa tentang penyakit saya ni," pinta Marissa bersungguh-sungguh. Dia sangat berharap agar lelaki itu dapat menyimpan rahsia tersebut.

Lama lelaki itu mengunci mulutnya. Pelipis diurut.

"Please, demi saya..."

"Baiklah, Marissa. Kalau itu permintaan awak, saya akan cuba tunaikan. Cuma saya harap awak dapat pertimbangkan keputusan awak ni lagi. Kalau bukan untuk awak pun, buatlah demi anak ni. Awak nak ke dia membesar tanpa kasih sayang daripada seorang ibu?"

Hilang aksara Marissa. Butir bicara Shafqi bermain-main di minda.

"Ibu mana yang tak nak tengok anak dia membesar kat depan mata kan?" Marissa gigit bibirnya. Hatinya terasa hiba tatkala mengenangkan nasib anaknya.

Shafqi memandang sepi. Hatinya turut diragut pilu.

"Dan saya harap, saya dapat tengok anak saya membesar walaupun sekejap." Pahit dia mengukir senyuman.

"Marissa..." Bahu wanita itu disentuh.

"Saya masih ada peluang untuk tengok anak saya membesar kan, Shafqi? Saya masih ada kesempatan untuk tengok gelak tawa dia kan? Bila dia dah besar, saya boleh hantar dia ke sekolah. Saya masih ada peluang untuk tengok dan buat semua tu kan, Shafqi?" Bening mata terasa panas. Pandangan Marissa kabur dengan linangan air matanya. Tunggu masa untuk jatuh ke pipi.

"Awak masih ada peluang untuk semua tu, Marissa. Saya akan pastikan awak dapat tengok anak awak membesar. Lepas awak bersalin, saya nak awak teruskan rawatan. Buat demi anak awak, Marissa." Tautan mata mereka berlaga lama. Shafqi memegang kejap bahu Marissa.

"Awak akan teman saya kan? Bila Harraz dah lepaskan saya, awak tetap akan ada di sisi saya kan? Awak tak akan biarkan saya seorang diri?" Laju air matanya turun menhujani pipinya. Entah kenapa ayat itu pula yang dituturnya.

"Saya akan ada selalu dengan awak, Marissa." 

Dari jauh, Harraz memerhati dengan ketapan kuat pada giginya. Laharnya semakin meruap-ruap ingin meletus. Mukanya merah bersama kepalan penumbuk.

•••

"PERGI MANA?" soal Harraz, keras. Dia tidak menoleh ke arah Marissa yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Mukanya tegang sambil tangan disilangkan pada dada.

"Keluar." Mendatar saja nada Marissa. Kakinya mendaki anak tangga. Namun, suara keras Harraz membantutkan langkahnya.

"Keluar ke mana?" Ekor mata memerhatikan sang isteri yang tercegat berdiri.

"Ris pergi kubur Lisa tadi," jawab Marissa. Memang betul pun di ke kubur arwah Lisa. Lepas saja bertemu dengan Shafqi, dia melawat kubur arwah pula.

"Pergi kubur arwah Lisa?" Harraz bangkit seraya tersenyum sinis.

Berkerut dahi wanita itu. Dah kenapa pula dengan suaminya itu? Muka macam nak marah aje?

"Ya... Ris ke kubur arwah." Perlahan suaranya.

"Pergi kubur arwah atau pergi jumpa jantan lain?" sembur Harraz tanpa ditahan lagi.

Marissa tercengang. Tak berkedip dia memandang Harraz. Dah nak maghrib ni pun masih nak cari gaduh lagi ke? Tak boleh tunggu esok?

"Apa masalah awak ni? Jantan mana pula yang awak maksudkan?"

Terdengar dengusan kasar yang meluncur keluar. Harraz memanah tajam wajah isterinya.

"Tak payah nak buat-buat tak faham, Marissa. Jujur, Ris jumpa siapa tadi?"

"Ya Allah! Kan saya dah cakap yang saya pergi kubur arwah Lisa. Apa lagi yang awak tak faham?"

"Bohong! Ris pergi mana sebenarnya?" jerkah Harraz, kuat. Barannya tak dapat ditahan lagi. Berlegar-legar wajah Marissa dan Shafqi di mindanya. 

Terangkat bahu Marissa dek jerkahan kuat itu. Anak matanya berlari menatap wajah tegang sang suami.

"Berapa kali saya nak ulang, Harraz? Saya pergi kubur Lisa." Marissa cuba menahan sabarnya. Dia tidak mahu terlalu tertekan.

"Pergi kubur Lisa atau pergi jumpa Shafqi?!" Menggigil-gigil tubuh Harraz. Sungguh, dia tersangat marah tika ini. Kalau isterinya bertemu dengan orang lain, dia tak kesah. Ini Shafqi! Lelaki yang pernah menaruh harapan pada isterinya dulu.

"Ma... Mana awak tahu?" Membulat biji matanya. Jantung dah berdegup laju. Harraz ekori dia ke? 

"Mana abang tahu, semua tu tak penting. Jadi, betullah kan? Ris pergi jumpa dengan dia? Tanpa keizinan abang? Betul tak?!"

Marissa raup wajahnya seraya mengeluh. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

"Betul, memang saya jumpa dia pun. Saya luah segala-galanya dekat dia! Apa yang saya rasa, saya cerita pada Shafqi. Awak nak tahu kenapa? Sebab dia je yang faham apa yang saya rasa!" hambur wanita itu. Bibirnya diketap kuat. Kini, mereka saling bertikam pandangan.

Sinis Harraz menentang isterinya. Dia bergerak menuju ke arah Marissa.

"Bukan sebab Ris dengan dia ada hubungan kat belakang abang?" tempelak Harraz lantas merentap lengan Marissa.

"Jawablah! Ris dengan dia ada hubungan kan? Kononya, Ris kata abang dengan Natalia ada hubungan sulit. Habistu sekarang ni apa? Ris keluar dengan dia berdua. Berdua!" Amarah dan cemburu saling bersatu.

"Apa yang awak merepek ni? Dia tu cuma kawan sayalah! Yang awak nak tuduh saya yang bukan-bukan ni kenapa?"

Bengang. Dadanya mula berombak kencang. Beg tangan terlepas dari tangan.

"Kawan? Sejak bila pula Ris berkawan dengan dia? Sejak bila?!" amukkan Harraz semakin menjadi-jadi.

"Kenapa awak nak persoalkan perkara ni? Salah ke kalau saya berkawan dengan dia? Apa yang awak tak puas hati sangat?"

"Memang! Memang abang tak puas hati! Abang tak suka Ris berkawan dengan dia! Faham tak?"

Marissa geleng kepala lantas mendekati suaminya. Dada lelaki itu ditolak.

"Kenapa? Awak marah? Awak cemburu?"

"Ini bukan soal cemburu, Marissa. Bila abang kata abang tak suka Ris berkawan dengan dia, that means abang tak suka!" Dalam maksudnya. Sedari tadi, mata helang Harraz tak putus menikam wajah sang isteri.

Marissa diam.

"Lagi satu, ni apa? Ris marah bila abang berpelukan dengan Natalia. Sedangkan Ris? Dua kali lima je!" Lantas, gambar yang diterimanya semasa di tasik ditunjukkan.

Seketika, wanita itu terpanar melihat gambarnya bersama Shafqi ketika berada di kedai aiskrim Baskin Robins. Dia tarik nafas sebelum wajah tegang Harraz dipandang sekali lagi. Sudah dapat dijangka perang yang bakal meletus di antara mereka.

"Yup, itu memang saya dengan Shafqi pun. Kenapa? Awak pun nak kata yang saya curang pada awak?" Sarkastik. Marissa angkat kening. Dia langsung tak takut dengan panahan mata helang itu.

Buku lima Harraz kepala kuat. Dia tercabar dengan pertanyaan isterinya.

"So, betullah yang Ris curang?"

"Kalau betul pun kenapa? Adillah kan? Awak curang, saya pun curang." Mengiyakan pun tidak, menafikan pun tidak. Marissa dah penat dengan masalah mereka ini. Kalau Harraz nak beranggapan dia curang sekalipun, Marissa dah tak kesah. Hakikatnya, dia saja yang tahu apa yang jadi pada waktu itu.

"Patutlah Ris nak bercerai sangat dengan abang kan? Rupanya sebab ni? Ris ada lelaki lain? Lepastu Ris suruh abang berkahwin dengan Natalia seolah-olah abang ni yang bersalah kan?"

Marissa menahan sakit di dadanya. Sesak untuk dia bernafas tika ini.

"Memang awak bersalah pun, Harraz. Tak perlu nak tegakkan benang yang basah."

Harraz paling ke sisi lalu mengangguk perlahan. Jantungnya bagai ditusuk dengan sembilu tika ini.

"Jadi, Ris memang nak abang berkahwin dengan Natalia?"

Buat sedetik, Marissa pejamkan matanya.

"Kahwinlah, Harraz. Tapi awak jangan lupa untuk ceraikan saya juga."

Guruh berdentum kuat saat perkataan cerai itu dilafazkan sekali lagi.

"Baik. Kalau itu yang Ris nak, abang akan kahwini Natalia."

_____________________


Continue Reading

You'll Also Like

574K 16K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ❀ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
124K 1K 8
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
2.2M 89.5K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...