1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETE...

By Yasmyns_Dahlia

426K 32.6K 7.7K

Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz."... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
EPILOGUE
CHIT CHAT
Dendam Cinta 2

BAB 65

3.1K 292 55
By Yasmyns_Dahlia



"UWERK!"

Masuk kali ini, dah tiga kali dia berulang alik ke dalam bilik air untuk muntah. Tekaknya terasa amat perit. Tercungap-cungap Marissa mencuri nafas.

"Sayang? Are you okay?" Cemas nada Harraz. Dia menggosok belakang tubuh isterinya. Marissa yang berasa dirinya disentuh, pantas dia menepis dan menolak Harraz menjauhinya.

"Uwerk!"

Harraz tidak berputus asa. Beberapa kali dirinya ditolak pun, dia tetap kembali mendekati dan menggosok batang tengkuk isterinya. Resah hati dia melihat Marissa yang asyik muntah-muntah. Nak kata isterinya salah makan, dari semalam Marissa tak jamah apa-apa makanan.

Mulut dikumur. Berkerut-kerut dahi Marissa menahan loyanya. Spontan, perut diusap. Sejak berbadan dua ni, boleh dikatakan tiap pagi dia akan muntah. Biasalah, morning sickness.

Mata Harraz melorot jatuh melihat tangan isterinya yang mengusap perut. Lama dia memerhati sehingga Marissa perasan akan renungan tajam itu. Lantas, tangannya dibawa menggaru kening yang tidak gatal. Lebih baik dia cepat-cepat keluar dari bilik air tersebut. Dirinya terasa lemas dengan panahan mata itu.

"Are you hiding something from me?" soal Harraz tidak teragak-agak. Melihat reaksi aneh dari sang isteri, menimbulkan banyak persoalan di mindanya. Perut wanita itu disentuh. Kening Harraz menjongket tinggi.

Terkesima Marissa jadinya. Liur ditelan walaupun terasa berpasir. Laju kepalanya menggeleng. Sedangkan mulut nak sekali memberitahu tentang kehamilannya. Lekas kakinya melangkah keluar dari kamar mandi. Tak betah dia berlama-lama di situ.

"Bukan gelengan yang abang nak dengar sebagai jawapan." Keras nada Harraz. Dia tahu, Marissa ada menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Then, awak nak dengar jawapan apa daripada saya?" Marissa mula membentak. Mencuka wajahnya tika ini. Katil dituju dan badan direbahkan. Dia terlalu letih dengan apa yang sudah terjadi. Kepala semakin berdenyut. Rasa mahu melelapkan mata saja.

Nafas dihela lemah. Harraz memujuk hatinya agar bersabar. Dia tahu Marissa masih marah. Kalau isterinya menjadi api, seharusnya Harraz menjadi air. Mencari jalan penyelesaian tidak sepatutnya menggunakan emosi.

"Kita dah berjanji yang tiada rahsia di antara abang dan Ris. Abang nak dengar pengakuan jujur sayang." Kalau tadi nadanya kendengaran keras, kali ini Harraz cuba berlembut. Punggungnya dilabuhkan di sisi Marissa. Walaupun mata itu terpejam seakan tidur, namun masih jelas bebola mata wanita itu bergerak-gerak.

"Abang tahu sayang belum tidur. Jawablah pertanyaan abang ni," tegur Harraz menahan rasa. Melihat kebisuan isterinya, hati Harraz semakin mencucuk pedih.

"Saya penatlah Harraz. Bagi saya tidur boleh tak? Saya letih! Letih dengan lakonan awak! Lebih baik awak keluar dari sini dan bincang pasal perkahwinan awak dengan Natalia!" Halau Marissa tanpa mempedulikan perasaan suaminya. Dia mengalihkan tubuh memandang ke sisi lain. Tak sanggup dia nak tengok wajah sayu itu.

Darah Harraz mula naik. Sekejap saja emosi yang dirasakan sudah cukup bertenang tadi berubah arah.

"Boleh tak Ris stop cakap pasal perempuan tu? Sampai bila Ris nak desak abang berkahwin dengan dia? Sampai bila?" Bingkas Harraz bangun. Lengan wanita itu juga turut ditarik menyuruh isterinya bangun.

"Sampai bila-bila! Selagi awak dengan dia tak berkahwin, saya tetap akan desak awak! Cuma satu awak kena tahu, lepas saja awak dengan dia bernikah, tolong lepaskan saya! Sebab saya tak nak bermadu dengan betina tu!" lantang suaranya. Turun naik dada menahan lahar yang mula meletus. Macam mana lajunya nafas Marissa, begitu juga lajunya air mata menhujani pipi.

"Kahwin! Kahwin! Kahwin! Tak habis-habis perkataan tu je yang Ris sebut! Abang nak berkahwin dengan dia buat apa? Abang tak buatlah kerja terkutuk tu! Berapa kali abang nak cakap?" Hilang sabar Harraz dibuatnya. Mata helangnya kian memerah dek menahan marah.

Terangkat bahu Marissa. Gerun bila dijerkah. Dapat dilihat sisi lain suaminya. Urat-urat dahi mula timbul. Wajah Harraz tika ini kelihatan bengis dan tegang.

"Bukti dah ada kan? Awak nak nafikan apa lagi? Tolonglah jadi lelaki yang bertanggungjawab. Awak tak kesian dekat Natalia ke? Maruah dia dah tercalar disebabkan awak!"

"Ris kesian dekat Natalia?"

Marissa diam. Mahu saja ditampar mulutnya ini. Dek terlalu marah, sampai tak sedar ayat itu yang meluncur keluar. Apahal dia nak kesian dekat Natalia pula?

"Ris pernah kesian dekat abang tak? Ris pernah bagi peluang pada abang untuk jelaskan semuanya? Tak... Tak pernah... Ris cuma tahu menghukum abang. Apa yang abang cakap, sikit pun Ris tak percaya. Ris lebih percayakan kata hati Ris berbanding abang." Semakin kendur oktaf suara Harraz.

Terpempan. Marissa mati bicara. Keras lidahnya saat ini. Luahan Harraz betul-betul menyesakkan sangkar dadanya.

"Ni apa? Jelas awak berdua-duaan dengan dia kat atas katil kan? Siap tak berbaju lagi. Hati isteri mana je yang tak sakit bila tengok suami dia bermesra dengan perempuan lain? Entah-entah, apa yang saya nampak dekat pejabat awak haritu memang betul pun kan? Cuma masa tu nasib korang tak berapa baik. Saya terjah secara tiba-tiba. Kalau saya tak datang haritu, mesti awak dengan dia dah..." Marissa tak meneruskan katanya. Tak sanggup dia nak cakap akan perihal itu.

Telefonnya dihulurkan. Gambar Harraz di atas katil bersama Natalia ditunjuk. Remuk hati Marissa sewaktu menerima gambar tersebut. Bagai disiat-siat tanpa sebarang ehsan. Sakit sangat!

Terhenyak Harraz di situ. Terketar-ketar tangannya memegang telefon Marissa. Gambar dia bersama Natalia di atas katil... Dalam keadaan dirinya tidak berbaju. Kencang jantung Harraz. Amarahnya semakin meluap-luap.

Tak guna kau Natalia! Kau memang sengaja cari nahas dengan aku!

"Apa lagi yang awak nak sangkal Harraz? Semuanya dah jelas. Lelaki dekat atas katil tu awak. Awak bermaksiat dengan dia..." Tersekat-sekat suara Marissa. Semakin mendayu-dayu tangisannya. Kenapa Harraz sanggup memperlakukan dirinya sampai begini sekali? Kenapa suaminya curang dibelakangnya?

"Tak sayang... Abang tak buat benda tu... Abang merayu... Percayalah cakap abang... Abang merayu sayang..." Harraz melutut. Kepalanya digelengkan menafikan.

"Cukup Harraz... Cukup menafikan lagi... Hati saya terlalu sakit Harraz... Kenapa awak buat saya macam ni? Bukan diri awak yang terseksa, tapi saya... Awak seksa cinta saya pada awak. Awak hancurkan kepercayaan saya pada awak. Sekarang ni saya tak tahu nak rasa apa lagi. Semuanya seakan mati. Cinta saya pada awak dah mati. Yang tinggal cuma luka yang awak beri."

Marissa meluahkan rasa yang dipendam. Tangannya pantas ditarik tatkala lelaki itu cuba meraih. Hatinya membeku! Kepala semakin berdenyut-denyut sakit.

"Demi Allah... Abang tak buat..." Bersungguh-sungguh Harraz membela dirinya. Ada air jernih yang bertakung di hujung mata. Tanpa dapat ditahan lagi, ia melimpah jatuh. Dia menundukkan wajah bersama gelengan. Cara apa lagi yang harus dia buktikan kepada sang isteri yang dia tidak bersalah langsung?

Marissa tak sanggup melihat suaminya begitu. Walaupun dia tidak nampak lelaki itu menangis, namun jelas ada titisan air mata yang jatuh. Perlahan-lahan dia turun dari katil dan berlabuh di hadapan Harraz. Pipi suaminya disentuh. Empangan yang ditahan pecah lagi. Mata mereka saling bertaut lama meskipun ia kabur dek butiran jernih itu.

Teresak-esak Marissa sambil menyeka air mata suaminya. Tubuh lelaki itu dipeluk lama.

"Kenapa abang? Kenapa Ris tak mampu nak benci abang? Kenapa Ris lemah tengok abang menangis? Kenapa abang buat Ris macam ni? Kenapa abang seksa Ris?"

Ngongoinya di dalam pelukan suaminya. Seketika cuma, Marissa menumbuk bahu lelaki itu. Harraz membiarkan perbuatan isterinya. Dia sakit. Sakit melihat isterinya sedih. Tangan naik mengusap wajah wanita itu.

"Abang jahat!"

"Maafkan abang... Tolonglah percayakan abang..." rayu Harraz seraya mendakap Marissa.

"Kenapa abang curang? Kenapa duakan Ris? Ris terseksa tengok abang merayu macam ni... Tapi Ris lagi terseksa bila dapat tahu abang curang kat belakang Ris..." Di dalam pelukan suaminya, Marissa meluahkan segala perit yang disimpan.

"Ceraikan Ris..." pintanya dalam tangisan.

"Tak... Abang tak akan ceraikan Ris... Abang akan bersihkan semula nama abang. Abang akan buktikan pada Ris yang abang tak bersalah dalam hal ni. Abang mangsa keadaan, sayang... Kita sama-sama mangsa keadaan. Tolonglah percaya..."

Harraz cuba memujuk. Dia tahu hati isterinya masih belum keras. Buktinya, wanita itu sendiri mengaku tidak mampu untuk membenci dirinya. Beberapa detik kemudian, Marissa diam tidak bersuara. Esakannya juga tak lagi kedengaran.

"Sayang?" panggil Harraz seraya menggoncang perlahan tubuh isterinya yang tidak berdaya. Pipi wanita itu ditepuk lembut. Pucat mukanya seakan tidak berdarah. Marissa pengsan!

Lantas, tubuh itu dicempung dan diletakkan di atas katil. Segera telefonnya diseluk dan nombor seseorang dicari.

"Helo, Razin! Datang rumah aku sekarang! Isteri aku pengsan!"

•••


  RAMBUT ikal Marissa dibelai mesra. Dari tadi, bibir Harraz tak lekang dengan senyuman. Wajah polos yang sedang tidur itu ditatap. Tangan jatuh pada perut isterinya.

"Anak papa ada dekat dalam ni rupanya. Patutlah mommy selalu muntah-muntah," bisik Harraz, perlahan. Lembut usapannya di perut Marissa. Tatkala rumah tangganya diuji, Tuhan hadirkan satu nyawa untuk mengubat hati. Bayinya sedang membesar di dalam rahim sang isteri. Hanya lafaz syukur yang dapat dizahirkan ke hadrat Ilahi di atas pemberian yang tidak ternilai ini.

"Macam mana dengan isteri aku, Razin?" soal Harraz, jelas riak kerisauan terpancar. Dari tadi dia mundar-mandir semasa Razin merawat isterinya. Resah tak payah cakap. Macam nak pecah dada dia melihat Marissa yang terbaring lemah.

Doktor yang bernama Razin itu menoleh. Bahu Harraz ditepuk perlahan. Mukanya keruh memandang kawannya itu.

"Aku harap kau dapat persiapkan diri dalam beberapa bulan yang akan datang nanti," ujar Razin, sengaja membuat ayat sedih.

"Hah? Apa... Apa maksud kau? Kenapa dengan isteri aku? Kau jangan main-main, Razin." Semakin cuak Harraz dibuatnya. Gusar mula bertapak. Marissa yang sedang lena itu dipandang.

"Sabar Harraz. Bawa bertenang." Tak habis-habis ingin menyakat. Kepala ditundukkan lantas Razin menggeleng lemah. Mahu saja dia ketawa terbahak-bahak di situ. Kelakar sungguh muka Harraz tika ini.

"Macam mana aku nak bertenang? Cuba kau cakap, kenapa dengan isteri aku? Dia sakit ke?" Harraz menyoal dalam keresahan. Jantungnya berdegup laju seolah-olah baru lepas marathon.

Razin angkat kepalanya. Kesian pula melihat Harraz yang kelihatan gusar. Bahu lelaki itu ditepuk sekali lagi sebelum dia membuka kata.

"Congrats, bro," ucap Razin seraya tersenyum lebar.

Makin terpinga-pinga Harraz jadinya. Tahniah? Tahniah untuk apa? Ah keliru!

"Congrats? Untuk apa? Razin, kau jangan buat aku risau boleh tak?"

Kalau tak dikenangkan Razin itu kawannya, memang Harraz dah siku perut lelaki itu. Tadi senyum, sekarang ni boleh gelak pula?

"Congrats, bro. Your wife is pregnant. Kau bakal jadi ayah tak lama lagi." Razin berterus terang. Dia kerling Marissa sekilas.

Tiada reaksi. Harraz tak tahu sama ada nak percaya dengan omongan Razin atau tidak.

"Be...betul ke? Abistu yang kau kata persiapkan diri untuk beberapa bulan lagi tu apa?" Sangsi kembali menerjah. Dia masih tidak percaya dengan berita itu.

"Slow macam siputlah kau ni, bro!" Selamba Razin memerli. Dia ketuk kepala Harraz menggunakan stetoskopnya.

"Yang aku cakap tu untuk preparation kau dalam beberapa bulan lagi sebelum anak kau lahir. Bersiap sedia layan karenah isteri kau masa mengandung ni. Kau ingat nak jaga diorang time mengandung ni senang? Fuh, susah bro. Silap cakap sikit mulalah diorang merajuk. Biasalah ibu-ibu mengandung ni sensitifnya lain macam. Cepat terasa hati. Kadang-kadang tu menangis tiba-tiba. Itu baru permulaan kau nak jadi ayah. Belum anak kau lahir lagi. Bersengkang matalah kau nanti."

Razin gelak. Pengalaman tersebut sudah dilaluinya. Sebab itu dia berpesan kepada Harraz awal-awal.

"Jadi betullah bini aku mengandung?" Kini, Harraz kembali ceria. Bukan itu saja, rasa nak melompat-lompat mendengar berita gembira itu.

"Yup, she's pregnant."

"Lagi satu, kalau boleh kau jangan bagi Marissa terlalu tertekan. Dia pengsan ni pun sebab dia terlalu stres. Tak elok untuk anak korang. Jangan buat dia sedih. Kalau sedih si ibu, anak dalam perut tu pun turut rasa benda yang sama. Emosi dia kau kena jaga. Dan jangan bagi dia buat kerja berat," nasihat Razin seraya berlalu keluar dari kamar tersebut.

Terangguk-angguk Harraz mendengar pesanan daripada Razin. Segala nasihat itu disimpan kemas dalam kotak memori. Patutlah lain macam mood Marissa kebelakangan ini. Rupa-rupanya, isterinya itu mengandung.

"Anak papa duduk dalam ni baik-baik okey? Jangan susahkan mommy. Kesian nanti mommy penat." Harraz mendekatkan mulutnya di perut Marissa. Seolah-olah anaknya sedang mendengar apa yang dia cakap.

Tak lama selepas itu, Harraz mencium perut isterinya yang berlapik baju. Gembira tak usah cakap!

Bibirnya perlahan-lahan melorekkan senyuman. Terbayang-bayang gambaran anak yang bakal dicium dan dikendong nanti. Tak sabar mahu menunggu cahaya matanya yang bakal lahir ke dunia.

"Sayang rehat okey? Abang turun bawah sekejap buatkan bubur." Dahi Marissa dikucup lantas Harraz turun dari katil dan menuju ke pintu bilik. Sesaat kemudian, daun pintu kembali tertutup rapat.

Di atas katil, Marissa mencelikkan matanya selepas memastikan Harraz sudah berlalu pergi. Tubuhnya disandarkan di kepala katil. Keluhan berat dilepaskan. Segala percakapan Harraz tadi sudah didengarinya. Perut yang belum membukit itu diusap lagi. Suaminya dah tahu tentang kewujudan bayi ini.

Hatinya tersentuh mendengar bicara Harraz. Memesan kepada si kecil seakan anak mereka mendengar bicara papanya. Tak dinafikan, suaminya mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ayah yang baik. Dan Marissa pun berharap begitu.

_________________

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 240K 85
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...
89.7K 5.4K 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar se...
2.1M 97.9K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...