๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

De utieyab

619K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... Mais

PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

8

12.5K 489 98
De utieyab

Alvin menunggu Nurul di luar rumah gadis itu. Nurul sedang berada di dalam rumah untuk mengemas pakaiannya.

Hawa yang waktu itu lalu di hadapan rumah Nurul bersama anaknya lantas berhenti di hadapan Alvin. Soffiyah dengan muka gediknya melihat ke arah Alvin yang jelas tidak suka dengan kehadiran mereka berdua.

"Tunggu siapa dekat sini? Nurul?" soal Hawa kepada lelaki tersebut. Alvin melihatnya lama sebelum dia menggangukkan kepalanya.

Hawa memberi isyarat tangan kepada Soffiyah untuk pergi mendekati tubuh Alvin. Soffiyah yang faham dengan isyarat ibunya, lantas pergi kepada Alvin.

"Awak, awak nak pergi mana? Awak dengan perempuan tu ada apa-apa hubungan ke?" soal Soffiyah dengan suara gediknya. Alvin menjadi rimas.

"Bukan urusan kau," balas Alvin dingin. Soffiyah melirik ke arah ibunya. Hawa memberi isyarat agar terus rapat dengan Alvin.

"Awak, awak janganlah sombong sangat. Awak tak kesian ke dekat saya? Saya ni dahlah cantik, baik, hati pun suci dan tak murah macam Nurul tu. Awak tak kesian ke dekat saya? Saya ikhlas nak berkawan dengan awak." katanya lagi dengan wajah sayu. Alvin sama sekali tidak memandang wajah tersebut.

Hawa menjadi geram dengan sikap Alvin yang tidak memandang wajah anaknya walau sedikit. Apa yang kurang dengan anaknya? Anaknya sudah cukup cantik dan menjadi idaman lelaki di kampung tersebut. Takkan lelaki tu buta tak nampak semua tu?

"Kau jangan nak dekat sangat dengan aku boleh tak? Rimas tahu tak? Rimas!" kasar Alvin berkata. Soffiyah terdiam begitu juga dengan Hawa.

"Saya cuma nak berkawan dengan awak! Takkan itu pun salah?" ujar Soffiyah bengang. Alvin mengetap gigi menahan perasaannya daripada meletus. Tak faham bahasa betul perempuan ni.

"Kau janganlah nak sombong sangat dengan aku. Aku tahu kau pun terpikat dekat anak aku kan? Sebab dia cantik kan? Cuma kau jual mahal je. Acah yang kau tu tak pandang rupa. Padahal kau sama je macam lelaki lain yang pandang rupa kan?" ujar Hawa kepada Alvin. Lelaki tersebut tergelak sinis.

"Ouh..really? You are wrong. I'm not like that. Please talk to your daughter to stop bothering me," balas Alvin dingin. Jelas terpancar di wajahnya yang dia tidak suka dengan sikap Soffiyah yang suka menggeletis dengan dirinya. Rimas tahu tak?

"Anak aku cuma berkawan dengan kau je. Dia tak buat pun yang bukan-bukan dekat kau. Buat apa aku nak halang kalau dia cuma nak berkawan?" kata Hawa tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Alvin. Soffiyah menjeling Alvin sekilas sebelum dia memandang wajah ibunya dengan senyuman sinis.

"I'm not interested in being friends with your daughter," balas Alvin sinis. Soffiyah menyumpah seranah dengan sikap poyo Alvin. Begitu juga dengan Hawa. Lelaki itu sangat dingin dan poyo.

"Sombong betul kau kan? Kau jangan menyesal kalau suatu hari kau tergila-gilakan anak aku pula!" kata Hawa. Alvin membuat wajah tidak berminat.

"Awak akan menyesal sebab tolak saya untuk jadi kawan awak. Awak akan menyesal sebab pilih untuk rapat dengan Nurul! Nurul tu bukanlah sebaik yang kau sangka," kata Soffiyah bersungguh-sungguh. Hawa mengganguk dengan apa yang dikatakan oleh anaknya. Alvin tergelak.

"Menyesal? Aku takkan menyesal dan kau cakap yang aku akan menyesal sebab pilih Nurul? Emm..takpe. Aku rasa aku takkan menyesal sebab itu adalah pilihan aku sendiri. Kau tak perlu masuk campur," balas Alvin lalu melemparkan senyuman sinis kepadanya Soffiyah.

Soffiyah mengecilkan matanya ke arah Alvin dengan perasaan bengang. Susah betul nak goda lelaki itu. Dingin dan hati batu!

Nurul yang sudah selesai mengemas kesemua pakaiannya, dia keluar mendekati Alvin dengan kerutan di dahi. Dia melihat Soffiyah sebelum berpindah ke Hawa.

"Korang buat apa dekat sini? Ada apa-apa yang jadi ke?"

"Kau perempuan! Kau memang takde harga diri kan? Kau nak pergi mana pula dengan beg kau? Nak ikut jantan ni? Memang murah betul harga diri kau kan? Sayang je bertutup bagai tapi perangai macam jahanam!" ujar Soffiyah dengan kuat. Alvin menggengam tangannya.

"Dia memang murah tu. Takde harga diri. Dah tahu yang jantan tu bukan suami dia, takde hubungan yang halal. Masih je nak ikut," sampuk Hawa pula. Makin berasap dengan Alvin mendengar hal tersebut.

"Stop! Apa masalah korang berdua? Kalau Nurul ikut dengan aku sekali pun, ada masalah dengan korang berdua ke? Aku bawa dia pergi dengan aku, guna duit korang ke? Kalau bukan guna duit korang, baik korang dua diam-diam je. Tutup mulut tu!" ujar Alvin kepada dua beranak tersebut.

"Aku rasa yang dia ni dah kena santau dengan si Nurul tak guna ni! Kau buat apa dekat dia sampaikan dia bela sangat dengan kau ni?" marah Hawa.

"Apa makcik cakap ni? Mana ada buat apa-apa. Kenapa makcik selalu tuduh saya je?" soal Nurul tidak suka. Alvin di sebelah sudah tidak tahan lagi dengan kehadiran Hawa dan Soffiyah disitu. Boleh jadi gila dia kalau lama lagi dia berada disitu.

"Dah. Jom Nurul. Tak payah layan sangat dua orang manusia ni. Tak penting pun. Mari sini beg kau. Biar aku yang angkat. Jom." kata Alvin lalu mengambil beg pakaian Nurul dan diangkat menuju ke kereta mewahnya lalu dimasukkan ke dalam bahagian penumpang. Nurul mengeluh sambil melirik ke arah Hawa dan Soffiyah sebelum turut masuk ke dalam kereta milik Alvin.

Alvin memandang wajah kedua orang tersebut dengan senyuman sinis sebelum dia masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Hawa dan Soffiyah memandang pemergian kereta milik Alvin dengan ekoran mata.

Setelah kelibat kereta tersebut sudah tiada. Soffiyah menjerit separuh kuat dengan layanan Alvin terhadap dirinya. Lelaki itu sama sekali tidak memandangnya walau sedikit pun. Apa yang kurang dengan dirinya? Dia sudah cukup cantik dan seksi. Buta ke apa?

"Ergh!!! Bencilah!! Dia tak pandang pun dengan aku. Aku kurang apa, ibu? Aku tak cukup cantik ke sampaikan dia tak pandang aku walau sedikit?" soal Soffiyah geram.

"Anak ibu dah cukup cantik. Sangat cantik. Dia je tu yang buta tak nampak semua tu. Ibu rasa yang dia tu dah kena santau dengan budak Nurul tu. Tengoklah cara dia tu. Nampak sangat macam kena sihir. Asyik belakan Nurul je. Semua yang dia nampak dekat Nurul, semuanya baik dan cantik. Dah memang sah dia kena santau. Perempuan tu memang tak guna. Munafik! Dari luaran macam baik tapi perangai macam apa je. Pelacur lagi bagus daripada dia," kata Hawa dengan tuduhan yang belum tentu betul.

"Habis tu, kita nak buat?"

"Takpe. Biarkan je. Ada banyak lagi lelaki kaya yang boleh digoda kan? Bukan dia je," kata Hawa kepada anak perempuannya. Soffiyah tersenyum sinis lalu mengganguk.

"Betul," balasnya lalu mereka berdua tergelak.









Nurul asyik diam dan termenung ke arah luar tingkap. Alvin perasaan dengan sikapnya yang tidak mengeluarkan sebarang suara sejak mereka tinggalkan kawasan kampung tersebut.

"Nurul, kau kenapa diam je ni? Kau okey tak?" soal Alvin prihatin. Nurul tersentak. Dia menoleh ke arah Alvin lalu melemparkan senyuman nipis.

"Aku tak apa-apa. Okey je. Cuma tak tahu nak borak dengan dengan kau," balas Nurul kepada Alvin.

"Yeke ni? Kau tipu aku kan? Ni mesti kau fikir tentang kes fitnah kau curang tu kan?" teka Alvin kepadanya. Nurul mengganguk lemah.

"Haih..kau tak payah fikirkan sangat. Kau takde pun buat benda tu kan? Jadi kau tak perlulah nak fikir. Buat semak kepala otak kau je. Lebih baik kau fikir hal lain daripada kau fikir hal tu je," balas Alvin kepadanya. Dia tidak mahu melihat gadis itu bersedih. Dia juga akan turut sedih kerana dia sayangkan Nurul.

"Hmm..aku tak tahu. Aku pun tak sangka yang Adyan sanggup fitnah aku macam tu. Apa salah aku dekat dia? Dulu dia tak macam tu pun waktu kami masih berkawan." kata Nurul lemah. Alvin hanya membiarkan Nurul meluahkan apa yang dia rasakan.

"Tapi lepas je kami khawin, dia terus berubah. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Dia selalu salahkan aku yang aku ni penyebab dia dan Zulaikha tak jadi khawin. Padahal aku takde niat pun dan tak pernah terfikir pun yang Zulaikha melarikan diri sewaktu majlis perkhawinan mereka berdua berlangsung." kata Nurul lagi.

"Dia tak tahu semua tu. Dia cuma tahu yang aku ni adalah penyebab kesemuanya yang jadi dekat dia. Aku dah cuba terangkan dekat dia tapi dia yang taknak percaya," luah Nurul panjang lebar. Dia sudah menceritakan kepada Alvin tentang dia dan Adyan dari A hingga Z. Alvin jatuh kasihan dengan nasib Nurul.

"Nurul, kau kena sabar. Aku tahu kau kuat. Kau tak lemah. Kau perempuan yang kuat pernah aku jumpa. Walaupun kau takde ibubapa dan kakak di samping kau. Tapi kau mampu hadap semuanya. Kau mampu hadap dugaan yang diberikan oleh Allah. Aku yakin kau mampu hadap semua ni. Kau jangan risau, aku ada di samping kau selalu. Kalau kau nak minta pertolongan, aku ada setia membantu," balas Alvin lalu tersenyum kecil. Nurul menjadi terharu kerana dikurniakan seorang sahabat yang baik seperti Alvin.

"Aku bersyukur sangat sebab ada kawan macam kau. Aku tak sanggup hilang sahabat macam kau. Terima kasih." kata Nurul dengan ikhlas.

"Takde hal lah. Hal kecil je pun. Kau jangan risaulah. Aku kan kawan baik kau. Jadi kenalah sentiasa ada dengan kau," balas Alvin lagi. Nurul mengganguk lalu tersenyum manis.

"Yelah. Kau kawan baik aku," kata Nurul. Alvin tergelak kecil. Nurul dan Alvin sudah sampai di hadapan sebuah rumah yang mewah dan cantik. Nurul tergamam melihat rumah tersebut. Sangat besar dan mewah.

"Wah..cantiknya. Rumah kau ke? Cantik sangat." puji Nurul ikhlas dengan hati yang teruja. Alvin tergelak melihat reaksi Nurul. Comel je dia tengok.

"Ye, rumah aku. Tapi aku nak bagi dekat kau. Kau boleh tinggal dekat sini," ujar Alvin kepadanya. Nurul terkejut. Dia memusingkan tubuhnya memandang Alvin.

"Kau cakap apa tadi? Kau nak bagi rumah mahal ni dekat aku? Kau biar betul? Tak sayang duit ke? Takkan kau nak bagi aku? Eh, taknak aku," balas Nurul segan. Alvin menggelengkan kepalanya. Dia tahu yang gadis itu pasti berasa malu dan segan untuk menerima rumah tersebut. Tapi dia ikhlas memberi rumah itu kepada Nurul kerana tidak mahu Nurul dalam kehidupan yang susah.

"Aku tak main-main. Aku nak bagi rumah ni dekat kau. Kau boleh tinggal sini sebab rumah ni dah sah jadi milik aku. Aku tak nak kau hidup susah. Aku risau dengan keselamatan kau tinggal dekat kampung tu. Kau tu perempuan, lepastu tinggal seorang lagi tu. Bahaya tahu tak? Mana tahu ada orang jahat yang perhatikan kau dan buat benda tak elok sebab tahu yang kau duduk seorang je dalam rumah tu," balas Alvin serius. Nurul terdiam. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Alvin.

Tidak mustahil perkara tersebut terjadi. Malang tidak berbau. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Dia berasa malu dan dia rasa dirinya seperti kaki kikis.

"Tapi nanti keluarga kau cakap apa pula pasal aku? Nanti mereka fikir yang aku ni kikis harta kau. Aku tak nak macam tu," balas Nurul dengan keluhan. Alvin tersenyum.

"Takdelah. Kau jangan risau. Keluarga aku takkan fikir macam tu dekat kau. Jangan risau eh? Aku nak kau duduk dekat sini. Kalau ada apa-apa kau nak perlukan. Aku beritahu je dekat aku. Nanti aku akan tolong. Faham tak ni?" ujar Alvin kepadanya. Nurul merenung wajah Alvin sebelum kepala dianggukan perlahan-lahan.

"Bagus. Sekarang..jom aku temankan kau masuk ke dalam." kata Alvin. Nurul hanya mampu mengganguk sahaja. Matanya meliar melihat setiap kawasan rumah tersebut. Hanya tuhan je yang tahu betapa gembiranya dia waktu itu.

Pintu rumah dibuka oleh Alvin. Dia menoleh ke arah belakang dan memandang Nurul. Nurul tidak perasan yang lelaki itu sedang memandangnya kerana matanya sibuk memandang setiap kawasan rumah mewah tersebut.

"Nurul?"

"Ha? Ye? Kenapa?" soalnya dengan sengihan malu. Alvin hanya menggelengkan kepalanya terhadap Nurul. Gadis itu menggaru keningnya yang tidak gatal sambil melihat Alvin yang sedang tersenyum kepadanya.

"Nah, ni kunci rumah. Kau masuklah. Aku tak boleh masuk ke dalam sebab kita dua bukannya ada hubungan yang halal. Tak pasal-pasal nanti kita dua kena khawin free." kata Alvin sambil tergelak. Nurul pun turut tergelak.

"Tahu pun. Yelah. Kalau macam tu..aku masuk dulu," balas Nurul kepadanya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dengan senyuman.

"Eh, kejap!"

"Kenapa?"

"Malam nanti aku ambil kau ek? Kita makan dekat luar," kata Alvin kepadanya. Nurul mengganguk faham sambil tersenyum.

"Yelah,"

"Okey. Aku pulang dulu. Jaga diri kau elok-elok ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, kau pun sama. Pandu kereta tu elok-elok. Jangan pandu laju sangat,"

"Okey, budak kecil," balas Alvin. Dia masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Nurul tersenyum lalu pintu rumah ditutup.










Syed dan Fryceyla keluar bersama untuk makan malam selepas mereka keluar dari club. Tangan mereka berdua berpegangan tangan.

"Sayang nak makan apa?" soal Syed kepada teman wanitanya. Fryceyla melihat menu yang disediakan.

"Emm...i ikut dengan makanan yang you nak makan. Tak kisah pun," balas Fryceyla. Syed mengganguk lalu membuat pesanan untuk mereka berdua. Selepas membuat pesanan, mereka berbual kosong sementara menunggu makanan mereka siap.

"You bila nak langsungkan pertunangan kita? Dah lama i tunggu." kata Fryceyla kepada Syed. Wajahnya bertukar masam. Syed mengeluh panjang.

"Sayang tak rasa awal sangat ke kita nak bertunang? I tahu yang sayang dah lama tunggu tapi masih awal untuk kita langsungkan pertunangan kita," balas Syed kepadanya. Fryceyla menjelingnya tajam.

"Apa yang awal sangat? Dah nak 2 tahun kita kenal tau. Tu pun you kata awal sangat? You nak bila langsungkan pertunangan kita? Nak tunggu kita dah tua? Macam tu ke yang you nak?" ujar Fryceyla sedikit marah dengan Syed. Tangannya disilangkan ke dada dengan wajah cemberut.

Syed meraup wajahnya dengan kasar. Dia masih belum bersedia untuk semua itu. Tapi dia juga tidak mahu kehilangan gadis yang dia cinta. Dia keliru dengan dirinya sendiri.

"Okey, i minta maaf. I janji kita akan bertunangan secepat yang mungkin. Janganlah marah i. Please!!!"

"Betul ni? You tak tipu i kan?"

"Tak sayang. I tak tipu dengan you. I janji hujung bulan ni kita akan langsungkan majlis pertunangan kita berdua," balas Syed kepadanya dengan senyuman manis. Fryceyla tersenyum bahagia.

"Terima kasih!! Tak sabar nak tunggu hari tu," kata Fryceyla dengan teruja. Syed tergelak kecil melihat wajah teruja dari teman wanitanya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan gadis itu. Dia sangat cintakan Fryceyla sepenuh hatinya.

"Yelah sayang,"









Nurul dan Alvin masuk ke sebuah restoran yang mewah dan ramai orang yang sedang berada di restoran tersebut. Alvin memilih tempat duduk untuk mereka berdua lalu duduk di tempat tersebut. Pesanan dibuat lalu mereka bersembang.

"Kenapa kau bawa aku makan tempat yang mahal? Kita boleh je pun makan dekat restoran yang murah. Jimat sikit duit kau." kata Nurul kepadanya. Dia rasa dirinya menyusahkan Alvin kerana semuanya lelaki itu yang tanggung.

"Takpelah. Aku tak kisah pun. Mahal pun untuk makanan kita juga. Kau jangan risaulah," ujar Alvin kepadanya. Nurul hanya mampu mengganguk. Bercakap dengan lelaki itu memang tidak akan menang.

"Kejap tau. Aku nak pergi ke tandas dulu," kata Alvin kepadanya. Nurul mengganguk faham. Alvin berdiri lalu pergi ke tandas. Mata Nurul meliar pada setiap kawasan restoran tersebut. Dia terdengar seperti suara perempuan yang sedang berada di belakang.

"I tahu apa yang i buat nanti. Dia kata nak langsungkan majlis pertunangan kami bulan depan. I tak rasa dia akan buat betul-betul. Dah lama i sabar dengan dia tu. Kalau nak cepatkan, kita kena buat sesuatu untuk perangkap dia khawin dengan i secepat mungkin."

Nurul mendengar dengan cekap. Dia menolehkan kepalanya sedikit untuk melihat gadis itu. Tapi wajah gadis itu tidak terlihat kerana dia membelakangi Nurul. Nurul memusingkan kembali kepalanya.

"Ye. I nak you ikut rancangan yang akan i buat. Faham?" katanya lagi. Nurul berasa kasihan terhadap lelaki yang ingin diperangkap oleh gadis yang dia dia kenal.

"Okey. Nanti i call you balik. Dia dah datang."

Panggilan tersebut dimatikan. Nurul mencuri-curi melihat wajah lelaki yang akan diperangkap oleh gadis yang dia tidak kenal.

'Emm..kacak. Patutlah perempuan ni tergilakan dia. Mungkin lelaki ni kaya kot sebab tu perempuan ni buat rancangan supaya mereka berdua berkhawin' getus hati Nurul.

"Sayang, lama ke you tunggu?" soal Syed kepada Fryceyla. Dia keluar sebentar untuk mengambil telefonnya yang tertinggal di kereta.

"Takdelah. Tak lama pun. Telefon you dah ada ke?"

"Dah ada,"

"Yelah,"

Nurul hanya berdiam saja. Fryceyla tidak perasan yang Nurul dengar kesemuanya dari awal hingga akhir apa yang dia cakap. Nurul memikirkan cara untuk memberitahu lelaki tersebut mengenai rancangan jahat dari Fryceyla.

Alvin kembali ke tempat duduk mereka berdua. Dia melihat wajah Nurul yang sedang dilanda risau. Dia menjadi pelik.

"Nurul..kau okey tak?"

"Ada benda aku nak cakap dekat kau. Kalau kau nak tahu, perempuan dekat belakang aku ni ada buat rancangan yang tidak elok untuk teman lelaki dia. Aku dengar tadi waktu dia cakap dengan seseorang melalui telefon," terang Nurul jujur. Alvin melihat ke arah Syed dan Fryceyla.

"Dia nak rancang apa?"

"Tak tahu pula. Kesian dekat teman lelaki dia nanti," ujar Nurul. Alvin terdiam. Dia kenal dengan lelaki itu. Itu adalah Syed Arnizam yang sangat terkenal.

"Aku kenal dengan lelaki tu," kata Alvin membuatkan Nurul terkejut. Matanya membulat memandang ke arah Alvin.

"Betul ke? Baguslah kalau macam tu. Kau kena bagitahu dekat dia yang teman wanita dia nak buat sesuatu yang tak elok dekat dia nanti," kata Nurul dengan perasaan risau. Alvin mengganguk.

"Kau jangan risau. Tapi aku tak boleh cakap dekat dia tanpa ada bukti. Nanti dia kata aku cuba fitnah teman wanita dia pula," balas Alvin cerdik. Nurul terdiam. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Alvin. Kenapalah dia tak rakam perbualan Fryceyla waktu itu. Alahai..

"Betul juga. Jadi kita nak buat macam mana? Takkan kita nak biarkan rancangan dia berjaya? Kesian nanti dekat lelaki tu. Tak tahu apa-apa,"

"Takpelah. Kita tak boleh masuk campur urusan mereka berdua. Kita orang luar, takde kena mengena pun dengan mereka berdua," kata Alvin kepada Nurul. Gadis itu terdiam. Dia berasa kasihan terhadap lelaki yang akan diperangkap oleh teman wanitanya sendiri.

Tanpa mereka berdua sedar. Ada seseorang yang memerhati mereka dari jarak yang agak jauh dengan berpakaian hoodie, mask hitam dan juga kaca mata hitam.

"Gembira ek kau sekarang? Kau memang takde rasa bersalah langsung kan? Kau dah buat Zulaikha pergi dari hidup aku dan kau pula hidup dengan bahagia dengan jantan lain. Aku takkan benarkan kau bahagia. Selagi aku dapat kebahagian aku, jangan harap aku benarkan kau hidup bahagia dengan orang lain. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu kau akan turut sama macam aku." kata Adyan dengan senyuman sinis.

Dia sudah menyuruh orang upahannya untuk mencari keberadaan Zulaikha tapi kedudukan gadis itu tiada. Dia takkan berhenti mencari gadis itu sehingga dapat.

'Kau tunggu nasib kau, Nurul.'

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.5M 87.9K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
46.6K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
809K 41.8K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...