๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

615K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

7

12.6K 524 183
By utieyab

Seorang gadis yang cantik serta berpakaian seksi duduk di sebuah kerusi yang tersedia di tempat tersebut bersama kaca mata hitam dimatanya.

Dia menunggu seseorang untuk menjemput dirinya. Wajahnya yang cantik serta bentuk badannya yang langsing sangat menarik perhatian orang ramai.

"Lama lagi ke dia nak ambil aku ni? Aku penat dah tunggu." bebelnya geram. 5 minit kemudian, sebuah kereta Honda berhenti tepat di hadapannya. Gadis itu menjeling ke arah seseorang yang keluar dari perut kereta tersebut.

"Sayang, maafkan i. I baru habis meeting tadi." ujar lelaki tersebut kepadanya. Wajah gadis itu masam mencuka.

"You memang sengaja kan nak ambil i lambat? Mengaku jelah. I penat tahu tak tunggu you dekat sini!" marah Fryceyla kepada Syed iaitu teman lelakinya.

"Sayang, bukan macam tu. Memang betul tadi i baru habis meeting. Sumpah i tak tipu dengan you," balas Syed dengan lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan buah hatinya. Fryceyla memandangnya lama.

"Betul ke ni? You tak tipu i kan?"

"Tak sayang. Tak tipu," jawab Syed lalu mengucup tangannya. Fryceyla menggangukkan kepalanya. Bibirnya menguntumkan senyuman manis untuk Syed.

"Yelah. Jom pulang,"

"Jom," balas Syed lalu membuka pintu untuk buah hatinya. Selepas itu, dia bergerak ke tempat duduk bahagian pemandu. Pintu kereta dibuka lalu tubuh dimasukkan ke dalam. Enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

"Sayang, lepas ni you nak pergi mana?"

"I ingat nak ajak you pergi club. Lepak dekat sana. Hilangkan stress. Dah lama kita tak pergi sana kan?" ujar Fryceyla. Syed mengganguk sambil menggengam erat tangan kanan Fryceyla.

"Yelah. You nak pergi sekarang ke? Atau you nak pergi lepas you balik rumah nanti? I akan ambil you,"

"Sekarang,"

"Okey,"








Nurul duduk bersendirian di luar rumahnya. Dia memandang ke arah langit yang sangat cantik. Tenang je dia rasakan waktu itu.

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumahnya. Dahinya berkerut dengan mata yang dikecilkan untuk melihat gerangan siapa yang datang. Seorang lelaki yang kacak dan tinggi menghampiri dirinya.

"Assalamualaikum, Nurul."

"Waalaikumsalam," balas Nurul terkejut. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Mata Nurul tidak berkelip melihatnya.

"Alvin!!!"

"Ye, aku ni," balas Alvin dengan senyuman kacaknya atau nama panjangnya Alvin Earl Brian. Nurul menjerit teruja melihat kehadiran rakannya sewaktu kecil. Lelaki itu merupakan anak orang kaya dan mempunyai keturunan Perancis. Alvin terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke Perancis pada usianya 14 tahun. Sejak dari itu, dia dan Nurul terpisah.

"Ya Allah, kau ke ni? Aku tak bermimpi ke?" soal Nurul sendiri dengan airmata. Dia sangat rindukan lelaki tersebut. Hanya Alvin sahaja yang memahami dirinya sewaktu mereka kecil.

"Kau tak mimpilah budak kecil. Ini aku. Alvin poyo," balas Alvin lalu tergelak. Nurul juga turut tergelak dengan airmata mengalir bersama perasaan yang gembira.

"Bila kau datang ke Malaysia? Asal aku tak tahu?"

"Macam mana kau nak tahu kalau nombor telefon aku pun kau takde. Baru je aku sampai sini. Sampai je sini, aku terus datang ke rumah kau ni," balas Alvin lalu mengambil tempat di sebelah Nurul.

"Kau seorang je ke datang ke sini? Mana keluarga kau?"

"Eh, taklah. Bukan aku seorang je. Keluarga aku pun ada sekali tau,"

"Wahh..betul ke ni? Mana keluarga kau? Aku tak nampak pun,"

"Keluarga aku dah balik dekat rumah baru kami," balas Alvin yang tidak lekang dengan senyuman manisnya. Sangat kacak! Siapa je yang melihatnya pasti akan terpikat. Nurul memandangnya pelik.

"Rumah baru? Maksud kau?"

"Kalau kau nak tahu, aku dan keluarga aku dah berpindah dekat Malaysia. Kami akan tinggal dekat sini untuk selamanya," balas Alvin dengan gembira. Dia yang memujuk keluarganya untuk menetap di Malaysia. Keluarganya bersetuju kerana mereka sangat menyayangi anak tunggal mereka.

"Betul ke wehh??? Ya Allah, aku gembira sangat ni!! Wehh!!! Yeayyyy!!!!" kata Nurul lalu memeluk tubuh Alvin kerana terlalu gembira. Alvin tergamam sebelum dia membalas pelukan tersebut dengan senyuman yang bahagia.

"Betul. Aku tak tipu kau budak kecil," balas Alvin. Nurul meleraikan pelukan mereka berdua. Dia dengan Alvin seperti adik-beradik. Tak pernah sekali pun mereka bergaduh.

"Yelah,"

"Aku nak tanya kau ni."

"Apa dia?"

"Kau tinggal sini seorang je ke? Mana kakak kau? Aku tak nampak dia pun,"

"Hmm..kakak aku lepas je dia khawin dengan anak orang kaya, dia tak pernah jenguk aku. Dia tak pernah pun datang ke sini," balas Nurul kepadanya. Alvin yang perasan akan wajah mendung gadis itu terus menukar topik. Dia tidak mahu melihat gadis itu bersedih.

"Eh, takpelah. Kakak kau mungkin dah mati,"

Pak!!

"Auch!!"

"Merepek je kau ni. Boleh pula kau kata kakak aku dah mati kan?"

"Erk..hehe. Gurau je," balas Alvin dengan sengihan. Nurul menggelengkan kepalanya. Alvin merenung wajah Nurul yang sangat cantik.

"Nurul?"

"Kenapa?"

"Aku nak bawa kau ikut dengan aku. Nanti dekat sana aku belikan rumah untuk kau. Kau tak perlu tinggal dekat sini. Bahaya tahu tak? Kau tu perempuan,"

"Ikut kau pergi mana pula?"

"Pergi bandar. Kau akan tinggal sana dengan aku,"

"Tapi—"

"Takde alasan. Aku nak kau ikut aku juga! Aku risaukan keselamatan kau dekat sini. Kau ikut aku okey? Semua keperluan kau dekat sana, aku akan tanggung," ujar Alvin dengan serius. Nurul berfikir sejenak sebelum dia menggangukkan kepalanya.

"Yelah. Tapi kalau kita bertolak petang sikit boleh ke?"

"Boleh sayang," balas Alvin lalu terdiam. Nurul memandangnya tidak berkelip sebelum dia menghamburkan tawanya. Alvin menjadi malu. Dia menggosok lehernya bersama sengihan.

"Amboii..kau. Sayang eh? Dah pandai ek kau sekarang cakap sayang bagai ni."

"Dah. Jangan nak menyakat aku," kata Alvin dengan wajah yang malu. Nurul tergelak melihat wajahnya yang malu. Comel je.

"Yelah. Aku tak sakat kau," kata Nurul lalu mereka berdua sembang kosong mengenai kehidupan masing-masing.

"Nurul, jom kita pergi mana. Aku laparlah." kata Alvin kepadanya. Dia menggosok perutnya yang lapar dengan wajah yang cemberut.

"Lah, kau lapar ke? Jom, aku bawa kau dekat gerai hujung sana tu. Kita makan dekat sana. Kau nak tak? Dekat rumah aku takde makanan sebab biasanya aku beli untuk aku seorang je. Sebab itu, makanan dekat rumah aku ni cepat habis," terang Nurul. Alvin mengganguk faham dengan apa yang dikatakan olehnya.

"Boleh je. Jom,"

"Jom,"

Mereka berdua menuju ke kereta Alvin dan meloloskan diri ke dalam. Nasib baik Nurul memang sudah pakai tudung. Kerana dia memang akan menutup auratnya tidak kira didalam atau diluar rumah.

Sampai di gerai tersebut. Kereta di parking di tempat yang tidak jauh dari gerai itu. Alvin dan Nurul keluar dari perut kereta. Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua.

Alvin tidak sedikit pun senyum. Nurul pula menjadi kekok kerana mereka berdua menjadi tumpuan. Matanya bertembung dengan mata Hawa.

'Haih. Memang aku kena selalu jumpa dengan makcik ni ke? Pening aku.' desis hati Nurul.

"Kita ambil tempat duduk sebelah sana." kata Alvin. Nurul hanya mengganguk sahaja. Mereka berdua memilih tempat duduk yang agak jauh dari Hawa.

Hawa memerhati Nurul dari jauh. Bibirnya tersenyum mengejek. Dia masih belum tahu yang lelaki disebelah Nurul itu adalah Alvin. Maklumlah, Alvin dan keluarganya dulu pernah duduk di kampung tersebut sebelum berpindah ke bandar dan selepas itu berpindah ke Perancis.

"Ni mesti lelaki simpanan dia. Perempuan murah. Semua lelaki dia nak ambil. Muka dah baik tapi perangai macam pelacur." kata Hawa sendiri sambil menjeling tajam ke arah Nurul yang sibuk bercerita dengan Alvin. Soffiyah yang baru sampai terus duduk berhadapan dengan ibunya.

"Ibu! Ibu tengok apa?" kata Soffiyah. Hawa mengurut dadanya perlahan dengan suara anaknya yang muncul entah dari mana.

"Eh, kau ni! Cuba bagi salam sikit. Main terjah je. Ibu tengok perempuan murah tu! Kau tengok. Tengok. Ibu rasa itu lelaki simpanan dia. Murah betul dia tu," kata Hawa lalu menunjuk ke arah Nurul dan Alvin. Soffiyah memandang Alvin dengan senyuman gedik.

"Hensemnya!!! Siapa tu bu? Nampak dari gaya macam orang kaya. Kalau jadi suami aku mesti sepadan kan ibu?"

"Mestilah sayang. Anak ibu ni cantik. Sesuai dengan lelaki tu. Bukan macam perempuan murah tu. Tak sepadan langsung," ujar Hawa dengan senyuman sinis. Soffiyah tersenyum lebar. Matanya tidak lepas memandang wajah Alvin.

"Ibu tunggu sini kejap. Nak pergi sana dulu." katanya lalu berjalan menghampiri Alvin dan Nurul. Dia mengambil tempat di sebelah Alvin.

"Hai, awak. Assalamualaikum." kata Soffiyah dengan senyuman manis. Alvin menoleh sekejap sebelum dia berpaling. Nurul dengan wajah menyampah memandang ke arahnya.

"Awak, nama awak siapa? Awak baru berpindah ke dekat sini?" soal Soffiyah namun tidak dihiraukan okeh Alvin. Alvin malas nak melayan gadis itu.

"Em, nama saya Soffiyah. Saya anak orang kaya dekat kampung ni dan yang paling cantik,"

Katanya lagi tapi tetap tidak dihiraukan oleh Alvin. Soffiyah menjadi bengang. Nurul hanya membuat tidak tahu sahaja.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Nurul setelah lama tidak bersuara. Soffiyah memandangnya tajam.

"Suka hati akulah nak dekat sini. Sibuk je. Yang kau tu macam mana kau boleh kenal dengan mamat hensem ni? Ke lelaki ni lelaki simpanan kau?"

"Dia bukan lelaki simpanan aku,"

"Nak berlakon baik konon. Awak, awak jangan percaya sangat dekat perempuan yang ada di depan mata awak ni. Kalau awak nak tahu, dia ni murah. Bekas suami dia pun dah ceraikan dia sebab tak tahan dengan perangai dia tu yang suka curang. Satu kampung ni dah tahu perangai dia yang sebenar tau," ujar Soffiyah kepada Alvin berharap agar lelaki itu akan mempercayainya dan meninggalkan Nurul.

"Apa kau cakap ni? Kau boleh tak jangan fitnah aku?"

"Aku tak fitnah kau! Bekas suami kau dan bekas mertua kau sendiri yang cakap. Mustahil mereka tipu,"

"Awak, awak jangan percaya tau dekat si Nurul ni. Dia pan—-"

"Stop! Aku tak nak dengar apa-apa. Kau boleh berambus. Semak je dekat sini. Ganggu aku dengan Nurul je nak makan," balas Alvin dingin. Suaranya yang tinggi menarik perhatian orang yang berada di situ. Soffiyah menjadi malu. Dengan wajah yang bengang. Dia melangkah pergi menuju ke tempatnya semula. Nurul mengeluh kecil lalu menundukkan kepalanya. Alvin melihat ke arah Nurul yang seperti sedih dengan apa yang dikatakan oleh Soffiyah.

"Nurul.."

"Hmm,"

"Kau janganlah sedih. Aku yakin kau bukan macam tu. Kau kan baik," kata Alvin dengan senyuman. Nurul mengangkat wajahnya.

"Kau percaya kan dekat aku?"

"Ye, aku percaya dekat kau. Kau jangan risau eh? Walau macam mana pun aku tetap percaya dekah kau. Sebab aku dah kenal kau dari kecil. Aku yakin kau tak buat benda bodoh macam tu," balas Alvin dengan senyuman manis. Nurul turut membalas senyuman tersebut.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Tapi betul ke kau dah pernah khawin? Dengan siapa?" soal Alvin ingin tahu. Sekali lagi Nurul mengeluh kecil.

"Panjang cerita dia. Nanti aku cerita dekat kau eh? Aku janji,"

"Yelah," balas Alvin lalu mereka bersembang dengan gembira tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Hawa dan Soffiyah menjadi panas melihat mereka berdua.

"Hish!! Ibu!! Tengok tu! Lelaki tu tak pandang aku pun. Bencilah macam ni!" geram Soffiyah. Hawa pun turut geram juga dengan Alvin.

"Sabar ye sayang. Takpe, nanti kau cuba lagi goda lelaki tu. Sabar ye," balas Hawa kepada anaknya. Soffiyah menghentakkan kedua kakinya dengan wajah yang cemberut.










Adyan menumbuk meja dengan kuat. Sakit hatinya melihat Nurul dan seorang lelaki yang dia tidak kenal sedang bergelak tawa sewaktu berada di rumah Nurul.

Dia sentiasa memerhatikan Nurul dari jauh kerana dia tidak mahu melihat sesiapa yang mendekati Nurul. Dia tidak boleh melihat gadis itu bahagia sedangkan dia merana kerana kehilangan Zulaikha.

"Ergh!!!!! Siapa lelaki tu? Siall!!' marahnya dengan wajah yang merah padam. Wajah Nurul yang tergelak bahagia terbayang.

"Aku takkan biarkan kau bahagia! Apa kau ingat kau boleh bahagia ke? Selagi aku tak bahagia, selagi itu aku takkan biarkan kau bahagia." katanya dengan penuh dendam. Selepas itu, bibirnya mengukirkan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Aku akan buat sesuatu yang buat kau terikat dengan aku selamanya. Aku akan pastikan rancangan aku berjaya dan aku takkan biarkan lelaki itu dapatkan kau." katanya lalu tergelak jahat. Tidak sabar untuk memulakan rancangannya nanti.

Dia keluar dan mencari ibunya. Dia ingin memberitahu sesuatu dan berharap agar ibunya bersetuju.

"Umi..umi!!"

"Umi dekat dapur," jerit Datin Salha. Adyan menuju ke arah dapur untuk berjumpa dengan ibunya. Wanita itu sedang memasak. Adyan duduk di kerusi meja makan.

"Umi, Ad ada benda nak cakap dengan umi."

"Apa dia sayang? Cakaplah,"

"Ad nak rujuk dengan Nurul secepat mungkin,"

"Apa? Ad ni gila ke apa? Takkan Ad nak rujuk semula dengan perempuan tu? Umi tak setuju!" bangkang Datin Salha kepadanya. Adyan membuat wajah sedih.

"Umi, tolonglah. Ad merayu dekat umi. Ad dah tak sanggup tahan rindu Ad dekat dia. Ad dah tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Hati Ad sakit menahan rindu dekat dia. Umi tak kesian ke dekat Ad? Umi tak sayang ke dekat Ad?" soalnya sayu. Datin Salha mengeluh lalu duduk berhadapan dengan Adyan.

"Bukan umi tak sayangkan Ad. Sebab umi sayanglah, umi tak nak Ad sakit lagi. Umi nak yang terbaik untuk anak umi. Umi tak nak anak kesayangan umi bersedih,"

"Kalau umi tak nak Ad sedih lagi. Umi kena tolong Ad rujuk semula dengan Nurul. Tu je cara supaya Ad boleh bahagia. Boleh umi?" pintanya dengan bersungguh-sungguh. Datin Salha terdiam sejenak sebelum dia mengganguk.

"Baiklah. Umi akan tolong Ad,"

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 91.7K 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling...
1.4M 60.8K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
492K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...