๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

615K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

6

13K 572 102
By utieyab

Nurul termenung jauh. Dia berfikir tentang nasibnya. Dugaan yang diberikan sangat berat untuk dia hadapi. Dia bukanlah seorang yang kuat.

"Kenapa hidup aku macam ni? Aku memang selalu malang ke?" gumamnya sayu. Airmata ditahan agar tidak tumpah.

"Akak, akak dimana? Kenapa akak tak pernah jenguk Nurul? Akak tak sayangkan Nurul ke? Sampai hati akak buat Nurul macam ni. Sampai hati akak biarkan Nurul hadap masalah Nurul seorang diri. Akak anggap Nurul ni apa dalam hidup akak?" soalnya sendiri dengan wajah yang mendung. Kakak kandungnya tidak pernah menjenguknya.

Gadis itu juga sudah menukar nombor telefonnya dan itu menyebabkan Nurul tidak dapat menghubungi lagi.

"Takpe, Nurul doakan akak sentiasa bahagia. Nurul takkan lupakan akak. Nurul kan adik akak." katanya lagi lalu tersenyum tipis. Nurul meraup wajahnya dengan lembut lalu dia bergegas keluar dari rumah untuk membeli makanan.

Dia tidak ada mood untuk memasak. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk membeli makanan yang sudah masak untuk dia makan.

Dalam perjalanan dia hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang memandu dengan sangat laju.

"Eh mak hijau! Ya Allah, laju betul dia bawa kereta. Dah macam orang gila aku tengok dia pandu. Tak reti bawa kereta slow-slow ke? Nak juga pandu laju." bebelnya bengang. Jantungnya diurut berkali-kali. Pemilik kereta tersebut keluar dari perut kereta lalu menuju ke arahnya.

"Miss, lain kali kalau jalan tu tolong gunakan mata dengan baik. Nasib je aku tak langgar kau masa kau jalan tadi." kata orang tersebut membuatkan Nurul tercengang.

'A-apa???? Aku yang salah???'









Syed Arnizam memandu kereta dengan kelajuan yang maksimum. Dia ingin mengejar masa untuk berjumpa client di satu kampung yang agak jauh dari kawasan bandar.

Dalam perjalanan, dia hampir saja terlanggar seorang gadis genit yang ada di jalan raya. Dia mencarut kuat dengan hal tersebut. Lantas dia keluar dari perut keretanya dan menuju ke arah gadis itu.

"Miss, lain kali kalau jalan tu tolong gunakan mata dengan baik. Nasib je aku tak langgar kau masa kau jalan tadi." kata Syed membuatkan gadis itu tercengang.

Dapat dia lihat yang gadis itu sedang menahan geram. Namun, dia bukannya kisah. Bukan salah dia pun. Buat apa nak takut?

"Encik, saya memang dah guna mata saya dengan baik tapi encik tu yang tak reti pandu kereta encik dengan baik. Ini kawasan perkampungan dan encik pula pandu kereta laju sangat macam nak mampus. Cuba encik bayangkan kalau waktu tu encik terlanggar saya? Encik juga yang sudah tahu tak? Lain kali pandu kereta tu biarlah berhemat sikit," balas Nurul geram. Syed memandangnya dari atas hingga bawah. Cantik. Tapi dia tidak terpikat pun.

"Apa-apa jelah. Kau takde cedera apa-apa juga kan? Kiranya aku tak salah." ujar Syed dengan dingin lalu kembali masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.

Sekali lagi Nurul tercengang dengan Syed. Macam tu je dia pergi? Sombong betul. Nampak dari segi penampilan lelaki itu seperti anak orang kaya. Nurul malas mengambil tahu. Dia melanjutkan langkahnya untuk membeli makanan.








Adyan memandang gambar seseorang yang telah mencuri hatinya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Dia sangat rindukan orang tersebut.

"Mana kau sekarang? Kau tak nak balik ke? Kau tak rindu aku? Aku rindukan kau. Sumpah aku rindu. Aku nak kau. Cuma kau je." katanya perlahan. Dia mengusap gambar tersebut dengan lembut.

"Aku tak boleh nak terima Nurul. Sumpah aku tak boleh. Dialah penyebab aku dengan kau tak boleh berkhawin. Kalau dia tu tak gatal sangat nak luah yang dia suka aku dekat kau, mesti kita dah khawin dan hidup kita tentu dah bahagia." kata Adyan lagi dengan wajah yang suram.

"Aku takkan maafkan Nurul, Zulaikha. Aku takkan maafkan dan aku takkan biarkan dia hidup bahagia. Senang pula hidup dia nak bahagia sedangkan aku sengsara sebab kehilangan kau. Selagi aku tak dapat bahagia dengan kau, selagi tu aku takkan biarkan dia hidup dengan bahagia. Biar hidup kami berdua adil."  ujar Adyan dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

Tok! Tok! Tok!

"Tuan Ad? Tuan tidur ke?"

"Tak, kenapa?"

"Datin panggil suruh turun ke bawah,"

"Okey. Kejap lagi aku turun,"

"Baiklah,"

Pembantu rumah mereka terus meninggalkan bilik Adyan dan menyambung kerjanya semula. Adyan mengeluh sebelum gambar Zulaikha diletakkan kembali di atas meja lalu dia melangkah keluar dan menuju ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan ibunya.

"Ye, umi? Kenapa umi panggil Ad?" soalnya terus apabila sudah sampai di hadapan Datin Salha. Wanita itu memberi isyarat agar Adyan duduk. Adyan yang faham terus duduk bersebelahan dengannya.

"Umi nak cakap sikit dengan Ad."

"Cakap apa tu, umi? Macam serius je ni,"

"Umi nak khawinkan Ad dengan kawan umi. Umi yakin yang Ad takkan menyesal," ujar Datin Salha dengan teruja. Adyan tergamam. Wajah Datin Salha dipandang tidak berkelip.

Dia salah dengar ke apa? Khawin? Dengan anak kawan dia? Ini memang kerja gila. Aku tak suka hidup aku diatur apalagi disuruh khawin dengan orang yang dia tidak cinta. Alamatnya perempuan tu nanti jadi janda muda macam bekas isterinya, Nurul.

"Apa ni? Ad tak nak khawin dengan siapa-siapa umi. Tolonglah faham Ad. Ad cuma nak Zulaikha tapi Ad tak tahu dia dekat mana sekarang dan yang hanya boleh jadi pengganti dia adalah Nurul. Cuma Nurul," balas Adyan sedikit tinggi. Datin Salha berdecit halus.

"Ad! Berapa kali umi nak pesan dekat Ad ni? Umi dah kata kan yang umi tak suka dengan perempuan tak guna tu? Kenapa Ad degil sangat ni? Apa yang perempuan tu ada sampaikan Ad jadi macam ni? Ad dah jadi bodoh disebabkan perempuan tak guna tu! Umi rasa yang Ad dah disihir oleh dia sampaikan Ad jadi macam ni," tuduh Datin Salha tanpa ada bukti. Adyan mengeluh lalu menundukkan kepalanya.

"Sebab Nurul adalah separuh dari nyawa aku. Aku tak boleh hilang dia macam mana aku kehilangan Zulaikha. Cukuplah Zulaikha pergi tinggalkan aku. Aku tak nak yang Nurul pula tinggalkan aku," balas Adyan lalu mengukirkan senyuman hambar kepada uminya. Datin Salha membuat wajah tidak berminat.

"Umi tak nak Ad membantah! Kalau Ad tak setuju dengan pilihan umi, Ad boleh cari calon isteri Ad sendiri tapi dengan syarat iaitu isteri Ad bukan Nurul! Kalau Ad nak umi terima calon isteri Ad, pastikan yang dia bukan Nurul. Faham?"

"Tapi——"

"Takde bantahan lagi! Itu tetap keputusan umi!"

Selepas berkata, Datin Salha terus membuka langkah untuk pergi. Ad memandang kelibat uminya yang semakin menghilang sebelum dia mengukirkan senyuman sinis.

"Ad pun tak nak perempuan tak guna tu jadi isteri aku balik. Menyampah tengok muka dia." kata Adyan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia tidak pergi ke office kerana ingin merehatkan fikirannya yang kusut memikirkan keberadaan Zulaikha.






Soffiyah terserempak dengan Nurul di sebuah gerai. Dia mendekati tubuh gadis itu dengan senyuman yang senget.

"Perempuan kaki curang ada dekat sini eh? Nak beli apa? Makanan? Kenapa tak minta belikan dengan lelaki-lelaki yang kau goda?" ujar Soffiyah dengan senyuman sinis. Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua.

"Aku takde masa nak layan perangai kau ni," balas Nurul rimas. Soffiyah tergelak lalu menolak bahu Nurul.

"Kau jangan nak berlagak dengan aku. Kau tu cuma perempuan murah! Luaran nampak baik, tutup aurat tapi perangai yang sebenar macam apa je. Aku lagi elok daripada kau. Walaupun aku ni tak tutup aurat dengan sempurna tapi aku tak macam kau yang munafik dan kaki curang," kata Soffiyah dengan bangga. Nurul menjeling tajam ke arahnya. Nak je dia tarik rambut minah tu biar gugur sampai botak.

"Kalau aku tak baik pun, ada masalah ke dengan kau?"

"Memang ada masalah dengan aku. Kau curang dan buat Adyan macam dia takde perasaan. Dah ada suami yang baik plus kaya pun masih je tak menggatal dengan lelaki lain. Perempuan jenis apa kau ni?"

"Perempuan jenis limited. Betul lah tu Ad memang baik. Baik sangat. Untung siapa dapat dia," balas Nurul dengan senyuman terpaksa.

"Perempuan murah! Memalukan orang kampung je dengan perangai kau ni," Soffiyah berkata dengan wajah menyampah. Nurul membeli makanan lalu membuka langkah meninggalkan tempat tersebut.

"Lebih baik kau berambus jelah dari kampung ni! Kau tu tak layak tinggal dekat sini! Memalukan orang kampung je!!" pekik Soffiyah dengan kuat. Nurul menjadi malu apabila dia menjadi tatapan oleh orang lain. Dia berjalan dengan sangat pantas sambil wajah di tundukan ke bawah.

Soffiyah tersenyum senget. Puas hatinya kerana dapat memperlakukan Nurul seperti itu. Dia memang sangat bencikan Nurul.

'Aku akan pastikan yang aku akan dapat Adyan! Adyan tu layak dengan aku je' getus hati Soffiyah lalu menuju pulang ke rumah mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

319K 11.1K 51
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminl...
232K 15.1K 52
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 3 ) ๐Ÿ†BEST MYSTERY BOOK AWARD ๐Ÿ†TOP 2 BEST GOLD AWARD ๐Ÿ†TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang p...
1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
32.2K 2.3K 30
Aydan Qays ร— Maysa Arrani Aydan Qays sering mengelarkan Maysa Arrani 'debab' membuatkan gadis itu berasa geram dengan sikap annoying Aydan Qays. Teta...