๐ˆ'๐Œ ๐๐Ž๐“ ๐€ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐‘๐„๏ฟฝ...

By utieyab

616K 21.9K 3.5K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah at... More

PROLOG
1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
TAMAT
SPECIAL CHAPTER

5

13.5K 581 193
By utieyab

Adyan tersenyum sinis apabila dia teringat akan Nurul yang sudah mulai dibenci oleh keluarganya. Dia berasa tenang dan bebas kerana akhirnya gadis itu sudah pergi di dalam hidupnya.

"Terima jelah nasib kau, Nurul." katanya sendiri lalu tergelak jahat. Dia membetulkan rambutnya sedikit sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Kaki menuju je tingkat bawah. Datin Salha dan suaminya sedang berbual tanpa perasan akan kehadirannya.

Adyan membuat wajah yang mendung dan sayu. Dia harus membuktikan kepada kedua orang tuanya yang dia seperti kehilangan nyawa setelah Nurul pergi meninggalkannya.

"Mummy?" serunya perlahan. Datin Salha tersentak. Begitu juga dengan suaminya. Mata mereka berdua terarah kepadanya.

"Ad? Kenapa ni? Kenapa muka Ad sedih je ni?" soal Datin Salha. Adyan memeluk tubuh ibunya lalu menghamburkan tangisan palsu.

"Ad tak sanggup macam ni lagi. Ad sayangkan Nurul. Ad nak Nurul semula. Tolong carikan dia untuk Ad. Ad merayu dengan mummy," ujar Adyan sambil mengeluarkan airmatanya. Datin Salha mengusap kepala anaknya dengan perasaan yang bengang.

"Ad, jangan jadi bodoh. Dia dah curang dekat belakang Ad tahu tak? Kenapa Ad masih terhegeh-hegeh dekat perempuan tak guna tu? Ad nak dia buat Ad macam tu lagi ke? Ad nak ke dia pijak kepala Ad sebab Ad sangat sayangkan dia? Ad nak macam tu ke?" marah Datin Salha tidak suka. Ad tersenyum sinis disebalik pelukan mereka berdua.

'Ad pun tak ingin nak dekat dia. Sampai mati pun Ad tak nak dekat dia balik.' getus hati Adyan.

"Tapi Ad sayangkan dia. Dia je yang sanggup gantikan tempat Zulaikha. Dia baik. Ad tak sanggup untuk lepaskan dia. Ad tak sengaja lafazkan talak tu dekat dia. Ad nak rujuk dekat dia semula. Tolong Ad," kata Adyan seakan merayu. Datin Salha menahan amarahnya. Dia tidak mahu memarahi anak kesayangannya kerana yang salah bukan anaknya tapi salah bekas menantunya yang tak guna tu.

"Takpe. Nanti mummy carikan yang lain untuk Ad ye? Jangan sedih. Mummy tak suka tengok anak kesayangan mummy ni sedih," kata Datin Salha. kepada Adyan sambil mengusap kepala anaknya dengan lembut. Dato Izamil memandang wajah anaknya.

"Ad, kenapa Ad nak sangat dekat dia? Sedangkan Ad sendiri yang dah ceraikan dia?" sampuk Dato Izamil setelah lama berdiam diri. Ad meleraikan pelukannya.

"Sebab Ad sayangkan dia. Dia kawan baik Ad serta isteri Ad sendiri. Memang betul Ad yang lepaskan dia. Tapi waktu tu Ad dalam keadaan marah. Ad tak dapat berfikir secara waras. Ad menyesal. Kalau Ad boleh putarkan masa, dah lama Ad putarkan semula," katanya dengan nada yang sayu. Pasangan suami isteri tersebut memandang wajah anak mereka dengan perasaan simpati.

"Ad nak balik dekat dia?"

"Nak. Ad nak sangat. Tapi kalau dah ditakdirkan kami berdua takde jodoh. Ad terima dengan hati terbuka. Mungkin ini memang dah ketentuan Allah," balas Adyan lalu tersenyum hambar. Datin Salha mengusap lengannya.

"Ad jangan risau ye sayang. Nurul akan terima balasan sebab buat anak mummy macam ni. Mummy janji yang dia takkan hidup dengan senang. Dia harus terima balasan. Dah dapat suami yang baik macam Ad pun masih juga nak curang dekat belakang Ad. Perempuan tak reti bersyukur. Menyesal mummy jadikan dia menantu," ujar Datin Salha. Ad hanya menggelengkan kepalanya.

"Dahlah tu. Takpe. Semua orang pernah buat kesilapan kan? Kita doakan je supaya Nurul dapat berubah. Semoga dia tak buat macam tu lagi dekat bakal suami dia," kata Adyan.

"Ad terlampau baik sangat. Bersyukur mummy dapat anak yang baik macam Ad," ujar Datin Salha kepada Adyan. Lelaki tersebut tersenyum manis ke arah Datin Salha.

"Ad pun bersyukur sebab dikurniakan ibu yang sangat sayang dengan Ad," kata Adyan lalu mengucup tangan ibunya dengan lembut.

Dato Izamil hanya berdiam. Dia tidak tahu jika apa yang dikatakan oleh anaknya itu adalah betul ataupun tidak. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anaknya.










Nurul mengemas rumah dengan tekun. Peluh di dahinya tidak dihiraukan olehnya. Dia tersenyum puas setelah semua kerjanya sudah selesai.

"Alhamdulillah. Selesai juga kerja aku." katanya dengan senyuman manis. Dia terus merebahkan punggungnya di atas bangku kayu. Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Kejap lagilah aku nak mandi. Nak rehat dulu." kata lagi. Dia menutup matanya seketika untuk menenangkan fikirannya.

2 minit selepas itu, matanya terbuka luas apabila pintu rumahnya diketuk. Dia berdiri dan berjalan ke arah pintu tersebut.

"Assalamualaikum!! Nurul!! Oh, Nurul!"

"Waalaikumsalam,"

Nurul terkejut dengan kehadiran Datin Salha diikuti beberapa orang lelaki yang berbadan sasa. Wajah wanita itu seperti hendak menelannya saja.

"Umi? Kenapa umi datang kesini?"

"Kau jangan nak berlakon baik depan aku. Aku jijik dengan lakonan kau tu!" balas Datin Salha dengan sedikit kuat. Nurul tergamam. Kenapa dengan wanita itu? Apa yang dia telah buat sehingga dia dibencikan sedemikian?

"Umi..kenapa ni? Nurul ada buat salah apa-apa ke dekat umi?" soalnya dengan mata yang berkaca. Datin Salha tersenyum sinis.

"Kau ni memang pandai berlakon kan? Tak sangka pula. Rupa macam baik tapi dalaman sangat munafik. Aku menyesal jadikan kau menantu aku dulu,"

"Astghfirullahalazim, umi. Apa umi cakap ni? Nurul tahu yang Nurul tak baik. Tapi Nurul tak munafik macam yang umi fikirkan," ujar Nurul kepadanya.

"Masih nak berlakon lagi? Bagus sangatlah Ad tu ceraikan kau daripada dapat isteri yang kaki curang belakang dia! Kau memang tak cukup satu ke? Terdesak sangat ke nak lelaki yang ramai? Dah ada suami yang kaya, hensem, baik pun masih juga nak curang," kata Datin Salha. Nurul terkejut dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"Curang? Siapa yang curang?"

"Kau tanya siapa yang curang? Kau tanya diri kau sendiri,"

"Ya Allah, umi. Sumpah umi yang Nurul tak buat semua tu. Sumpah demi Allah. Tolong percayakan Nurul," kata Nurul dengan linangan airmata. Datin Salha hanya membuat riak wajah kosong.

"Kau nak suruh aku percaya cakap kau? Sampai mati aku tak percaya. Kau tu——"

"Umi stop!"

Ayat Datin Salha terhenti. Mata mereka semua terarah ke Adyan yang baru sahaja sampai di tempat tersebut. Lelaki itu mendekati Datin Salha. Nurul memandangnya dengan penuh kebencian.

"Umi, tolong jangan macam ni. Ad tak nak umi gaduh dengan orang yang Ad sayang." katanya dengan sayu. Nurul menangis kerana lelaki itu pandai berlakon di hadapan ibunya sendiri.

"Perempuan ni memang tak sedar diri! Umi kesini pun sebab nak bagi dia sedar diri sikit! Tak cukup dengan miskin tapi tambah pula dengan gatal!"

"Umi stop! Ad tak suka umi cakap macam tu!"

"Kenapa Ad bela sangat dengan perempuan tak guna ni! Dia dah curang dekat belakang Ad tahu tak? Ad buta ke apa? Buka mata Ad tu! Jangan jadi bodoh!"

"Ad tak buta. Ad sayangkan dia dengan ikhlas. Ad tak nak dia sedih," balas Adyan lalu melihat ke arah Nurul yang sedang menangis.

'Tch! Perempuan bodoh. Geli aku nak berlakon baik depan umi aku.' desis hatinya.

"Apa awak cakap dengan umi? Sanggup awak fitnah saya dekat umi? Apa salah saya dekat awak? Tak cukup ke awak dera saya selama saya berkhawin dengan awak? Takkan itu tak cukup?"

"Eh, perempuan! Kau jangan nak salahkan anak aku. Kau jangan nak berdalih lagi. Anak aku ni baik bukannya macam kau tu munafik! Tak cukup ada suami sendiri masih juga nak bergatal dengan lelaki lain!"

"Dah! Umi tolong berhenti. Malu orang tengok. Jom kita pulang,"

"Umi masih belum puas dengan dia! Ad jangan nak halang umi!"

"Tolong bawa umi aku masuk ke dalam kereta," Arah Adyan kepada beberapa orang lelaki yang menjadi bodyguard uminya. Tubuh wanita tua itu ditarik lembut masuk ke dalam kereta.

"Aku akan pastikan kau takkan hidup bahagia sebab buat anak aku sengsara!"

Nurul hanya menangis. Ramai mata yang memandang ke arah mereka semua. Dia berasa malu. Adyan tersenyum sinis ke arahnya.

"Hmm..kesian. Kenapa nangis ni?" kata Adyan lalu ingin mengesat airmata Nurul namun ditepis kasar oleh gadis itu.

"Kau jangan nak sentuh akulah!"

"HAHAHA. Aku pun tak ingin nak sentuh kau, Nurul. Aku rasa jijik nak sentuh kau,"

"Kenapa sanggup buat aku macam ni? Aku buat apa dekat kau sampaikan kau sanggup fitnah aku dekat umi kau? Tak puas lagi ke kau dera masa aku bergelar isteri kau? Takkan itu masih belum cukup?" kata Nurul berubah kasar. Dia benci dengan lelaki tersebut. Sumpah dia benci.

"Memang aku tak puas. Aku belum puas! Kau faham? Selagi aku tak dapatkan Zulaikha dan khawin dengan dia. Aku akan pastikan kau takkan hidup bahagia. Disebabkan kau, dia pergi tinggalkan aku. Aku takkan sesekali benarkan kau bahagia," kata Adyan lalu tersenyum sinis. Nurul mengetap giginya.

"Kau memang lelaki tak berhati perut!"

"Aku tak kisah. Dahlah, aku nak blah! Tengok muka kau ni buat aku macam nak muntah. Buruk sangat muka kau," katanya dengan senyuman mengejek lalu melangkah pergi meninggalkan kawasan perempuan Nurul.

Nurul menangis tanpa suara. Dia memandang pemergian Adyan dan juga Datin Salha dengan ekoran mata.

"Ya Allah, kenapa banyak sangat ujian yang kau beri dekat aku?" katanya dengan airmata yang deras.

Hawa datang menghampirinya dengan senyuman sinis. Dia melirik tubuh Nurul dari atas hingga bawah.

"Tak sangka pula kan kau ni kaki curang? Muka macam baik. Tapi gatal nak mampus." kata Hawa sinis. Nurul mengesat airmatanya lalu memandang Hawa dengan dingin.

"Biar Allah je yang tahu," balasnya dengan tenang. Hawa tergelak.

"Masih nak berlakon baik. Perempuan murah!"

"Jaga sikit mulut makcik. Siapa makcik nak tentukan saya murah atau tak? Makcik tak tahu pun diri saya macam mana. Makcik cuma tahu diri saya melalui mulut orang lain. Jangan nak berlagak tahu siapa diri saya yang sebenar," balas Nurul cukup pedas. Hawa terdiam sebelum dia melangkah pergi dengan perasaan menyampah.

Nurul mengeluh kecil. Dengan langkah yang lemah, dia terus masuk ke dalam rumahnya semula. Dia ingin menenangkan fikirannya.

'Kuatkan hati aku, Ya Allah.'

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 91.8K 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling...
232K 15.1K 52
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 3 ) ๐Ÿ†BEST MYSTERY BOOK AWARD ๐Ÿ†TOP 2 BEST GOLD AWARD ๐Ÿ†TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang p...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
1.6M 59K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...