Unreachable Princess

By luvvakie

182K 16.3K 1K

Aella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihor... More

| chapter 1
| chapter 2
| chapter 3
| chapter 4
| chapter 5
| chapter 6
| chapter 7
| chapter 9
| chapter 10
| chapter 11
| chapter 12
| chapter 13
| chapter 14
| chapter 15
| chapter 16
| chapter 17
| chapter 18
| chapter 19
| chapter 20
| chapter 21
| chapter 22
| chapter 23
| chapter 24
| chapter 25
| chapter 26
| chapter 27
| chapter 28
| chapter 29
| chapter 30
| chapter 31
| chapter 32
| chapter 33
| chapter 34
| chapter 35
| chapter 36
| chapter 37
| chapter 38
| chapter 39
| chapter 40
| chapter 41
| chapter 42
| chapter 43
| chapter 44
| chapter 45
| chapter 46
| chapter 47
| chapter 48

| chapter 8

4.3K 426 8
By luvvakie

SELEPAS sahaja selesai membersihkan diri, Liviania memilih untuk memakai pajama daripada memakai gaun kembang setaman yang memenuhi almari pakaiannya.

Dan di dalam almarinya hanya pajama sahaja yang selesa untuk dipakai bergerak kesana dan kesini dengan lincah.

Maid yang bertugas membantu menyalin pakaiannya hanya mampu menuruti sahaja katanya.

".........."

Satu buku diambil dan dibaca kemudian dia melabuhkan badannya di katil. Tak lama selepas itu muncul seorang lagi maid di biliknya.

"Your Highness. Madam Medea is calling for you."

Medea merupakan Head Maid di palacenya. Oleh kerana palace Seventh Princess berada paling jauh dari Main Palace ditambah dengan Princess yang mereka layani tidak dipeduli oleh Emperor, Medea yang hanya seorang low-rank noble dari bandar kecil berlagak seperti master di palacenya sejak dia masih kecil lagi.

Liviania menjawab tanpa memandang maid tersebut.

"Tell her to come in person."

Air muka maid itu berubah setelah mendengar katanya tadi.

"Maaf, Princess?"

Tanyanya meminta kepastian. Setahunya, Princess Liviania hanya akan menuruti apa sahaja perintah daripada Medea.

"Suruh dia sendiri yang datang berjumpa saya." Kata Liviania sekali lagi dengan dingin.

Maid itu hanya mampu menelan air liur yang terasa kelat sebelum melangkah pergi.

"And you." Ujar Liviania kepada maid yang sama ketika mengejutkannya pagi tadi.

Terhinjut bahu gadis tersebut sebelum menjawab. "Y-ya, princess ?"

"Mana Rhea?"

"Rhea demam, Y-Your Highness."

Ah. Demam.

Jadi mahu tidak mahu dia sendiri yang perlu uruskan baju yang ingin ditempah. Dan pakaian tersebut berupa seluar dan baju berlengan panjang beserta dengan cloak hitam untuk memudahkan dia menyusup keluar dari palace.

Liviania memandang ke luar tingkap.

Cuaca hari ini sangat sesuai untuk keluar. Bila difikir kembali, semenjak sampai di dunia ni, dia tidak pernah terfikir untuk berjalan-jalan di sekitar Imperial Palace memandangkan ramai yang akan memberi pandangan jelek jika terserempak dengannya.

".........."

Langit yang berwarna biru cerah yang terserlah indah di tingkap besar biliknya dipandang sekali lagi.

Buku ditutup.

Tanpa membuang masa dia terus keluar menuju ke taman yang terletak berdekatan dengan Main Palace.

•••

SETELAH penat berjalan, Liviania perasan terdapat satu pohon rendang yang berada di bahagian belakang taman yang agak terselindung disebalik pokok-pokok yang lain.

Kaki dibawa melangkah mendekati pohon tersebut kemudian dia melabuhkan duduk.

Tidak sampai beberapa minit dia tukar posisi kepada berbaring sambil berteduhkan di bawah pohon yang redup tersebut.

Rambutnya yang saat ini pasti sudah serabai akibat berbaring dan berterbangan ditiup angin langsung tidak dihiraukan.

Dia menutup matanya untuk lebih fokus mendengar alunan muzik alam semula jadi yang sememangnya salah satu aktiviti kegemarannya.

Maid yang dari tadi mengekorinya terkejut melihat kelakuannya. Bukan sahaja Liviania yang merupakan seorang Princess di Empire besar sedang berbaring di rumput, tapi dia juga keluar dengan hanya memakai pajama sahaja, tanpa berselipar.

Tapi dari riak wajah Liviania yang tenang itu dia tahu yang gadis tersebut tidak kisah dengan pandangan orang terhadapnya.

"Liviania?" Panggil satu suara gemersik.

Usai mendengar suara itu terasa satu bayangan besar di kepalanya. Dan membuatkannya terpaksa perlahan-lahan membuka mata.

Seorang gadis rambut ikal berwarna silver yang juga memiliki sepasang iris mata bewarna biru langit memenuhi pandangan. Dilihat Edelmira sedang melihatnya dengan senyuman manis diwajah.

Tidak sampai sesaat riak wajahnya bertukar setelah perasan pakaian yang dipakai Liviania.

"Oh my, kenapa Liviania pakai pajamas?"

Tanpa ada niat ingin menjawab, Liviania hanya diam dan memejamkan kembali matanya. Malas mahu melayan.

"Kalau Liviania tak ada baju, your sister can give you some, dear." Katanya dengan nada lembut.

Semua maid Princess Edelmira yang ikut berada di situ tersentuh dengan kelakuan gadis itu.

Tapi bukan Liviania.

Princess Cassandra dan Iysadora menyerang musuh mereka secara depan-depan. Namun Princess Edelmira agak berbeza. Dia lebih seperti ular yang menyerang musuhnya dari belakang.

Liviania yang asli juga tahu yang selama ini Princess Edelmira hanya berpura-pura innocent dihadapan semua orang. Tapi bagi dia yang terdesak inginkan kasih sayang, walaupun palsu Liviania tetap gembira dilayan dengan baik oleh Edelmira.

Walaupun sekarang Liviania hanya melihat 'lakonan' Edelmira dengan pandangan kosong.

"Liviania?" Edelmira berhenti berbicara setelah dia perasan yang gadis itu langsung tidak mengendahkannya dan masih berbaring dengan mata terpejam.

"Well, kalau Liviania nak tahu, Ryker is coming!" Katanya riang.

"Sebab tu Edel berhias cantik-cantik harini. Hehe."

Ryker Quinney.

Satu-satunya waris bagi Duchy Quinney yang merupakan salah satu Dukedom di Estella Empire. Dia juga terkenal di antara gadis-gadis bangsawan kerana rupa parasnya yang menawan mata sesiapa sahaja yang memandang.

Edelmira kemudian menyuruh seorang maid yang turut berada disitu untuk membawa Ryker ke taman tempat mereka berada apabila lelaki tersebut tiba nanti.

Jelas terlihat yang Edelmira ingin memalukan dia yang hanya berbaju tidur dihadapan Ryker nanti.

Sementara itu Edelmira yang masih lagi tidak berhenti berbicara dari tadi tetap tidak dilayan oleh Liviania.

"........."

"Kalau Liviania nak join kami pun boleh juga. Crown Prince kemarin ada bagi serbuk teh dari Rowan. Serbuk teh tu memang popular dengan ras-" belum sempat habis ayatnya Liviania sudah mencelah.

"Princess Edelmira." Akhirnya dia bersuara juga setelah lama membiarkan Edelmira berbicara seorang diri dari tadi.

"Ya?"

Senyuman masih tidak pudar di wajahnya. Gembira mungkin kerana fikirnya Liviania mula berasa cemburu terhadapnya seperti yang dia inginkan.

"-Get out of the way."

"Yes?

"You are so noisy." Matanya dicelik seketika.

"A-apa?"

Edelmira masih tidak dapat menangkap situasi tersebut. Dia tidak percaya saat ini Liviania yang naif dan mudah diperbodohkan itu sedang melayannya dengan dingin.

Tak lama selepas itu terdengar pula bunyi ketawa kecil seorang lelaki yang saat ini sedang menghampiri mereka.

Wajah Edelmira serta-merta bertukar merah padam akibat marah dan malu bercampur aduk kerana diketawakan oleh Ryker yang kebetulan sudah sampai.

Niatnya untuk memalukan Liviania dihadapan Ryker punah dan sebaliknya pula kena kepada dirinya sendiri.

Liviania yang sudah kembali memejamkan mata masih mencuba menikmati suasana tenang yang dirasai sebelum Edelmira datang.

Maid yang membawa Ryker ke garden sudah berubah pucat. Dia hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh Princess Edelmira. Tidak sangka pula yang lelaki itu dapat mendengar perbualan kedua princess tersebut.

"R-ryker. Liviania cuma bergurau aje. Dia tak ada maksud pun nak kurang ajar dengan saya."

Katanya cuba menukarkan keadaan walaupun terang-terang Ryker ketawa bukan kerana itu.

Kata-kata Edelmira Ryker biar tidak berjawab dan hanya melihat Liviania yang tenang berbaring di rumput siap dengan berpajama.

Dia tertawa kecil sekali lagi setelah melihat pemandangan yang jarang atau mungkin tidak pernah berlaku selama ini.

'Jadi, inilah dia 'the unsosial Seventh Princess'? Bisik hatinya.

Bbzuupp

Perasaan dingin tiba-tiba menyelubungi dirinya sebelum dia kemudian mendekati Liviania dan memberikannya penghormatan kali pertama.

'Penghormatan kali pertama' agak berbeza dari penghormatan biasa. Ia adalah satu adat di Estella  yang dimana seseorang akan menunjukkan apa pandangan pertama yang mereka lihat dari seseorang yang mereka jumpa buat pertama kali dengan cara mereka memberi hormat.

Apabila seseorang itu memberikan penghormatan kali pertama dengan sangat tertib dan hormat, ia menunjukkan yang mereka sangat menghormati orang tersebut dan sebaliknya pula jika seseorang itu hanya sekadar angguk menunjukkan yang 'first impression' mereka tidak berapa baik.

".........."

Ryker memberi hormat dengan meletakkan satu lutut di tanah dan merendahkan badannya di hadapan Liviania yang masih selesa berbaring.

"It's is an honor to finally meet you, Your Highness the Seventh Princess."

Tambahan pula, sebagai salah seorang Swordman yang sudah biasa berada di medan pertempuran, dia dapat merasakan aura yang tidak biasa disekitar gadis itu walaupun ramai orang mengatakan yang gadis itu masih belum awakening.

"Ryker!?"

Jerit Edelmira kecil. Terkejut melihat tingkah laku lelaki tersebut yang bagi mereka sangat aneh.

Kenapa perlu memberikan penghormatan sebegitu kepada Liviania? The Useless Princess?

Semua maid yang berada di situ juga ikut terdiam melihat keadaan tersebut.

Ryker Quinney diketahui tidak gemar meletakkan lututnya di lantai ketika memberi hormat kecuali kepada orang yang dia akui. Dan sekarang lelaki yang sama sedang berlutut memberi hormat kepada Liviania.

"........."

Moodnya untuk 'berfotosintesis' sudah hilang. Matanya yang tertutup dari tadi dibuka perlahan-lahan.

"Yeah." Balas Liviania singkat.

Bangun sahaja dari pembaringan, rambutnya yang panjang terurai lembut berayun ditiup angin. Daun-daun kering dan debu yang melekat di bajunya ditepuk-tepuk.

Ryker masih terdiam tidak bercakap apa-apa. Mata lelaki itu tidak lepas memandang gadis dihadapannya yang sudah berdiri.

'So pretty and yet so cold.'

Edelmira disebelah berdecit.

Paling membuatnya sakit hati ialah walaupun Liviania hanya memakai pajama, kecantikan gadis tersebut masih tidak dapat diselindung.

"Then, have a nice time."

Pamit Liviania sebelum melangkah pergi dari taman tersebut.

Lain kali jika dia ingin 'berfotosintesis' dia akan pastikan dahulu keadaan sekelilingnya tiada orang agar tidak ada yang menganggu.

•••

Continue Reading

You'll Also Like

12.3K 54 1
hamba sex
434K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
230K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...
287K 18.3K 55
Betul ke dia hanya sekadar 'abang pengawas'? Kalau hangpa pikir yang cerita ni macam "Hi abang pengawas awak hensem lah i love you" Maaf hangpa janga...