| chapter 46

1.3K 176 5
                                    

"REPEAT what you said earlier."

"His Excellency Duke Kyrell ingin berjumpa dengan Master untuk berbinc-"

Dia memberi lirikan tajam sehingga pemuda dihadapannya berhenti daripada bersuara, gerun untuk meneruskan ayatnya.

"Not that."

"Err, ada laporan mengatakan terdapat seseorang menggunakan VVIP Gold Band milik Ramone Guild di Empire Asterin."

Sejurus mendengar itu, Akira Tushenka, Guildmaster kepada guild terkemuka tersebut terus bangkit dari duduknya. Sempat dia mengambil cloak sebelum menuju keluar dari ruangan kerjanya.

".............."

Pemuda yang melaporkan perkara tersebut, hanya mengerdipkan matanya beberapa kali tanpa mampu bersuara walaupun saat itu dia berasa hairan kerana Guildmaster mereka yang selalunya kelihatan tenang, beriak sebegitu setelah mendengar laporannya tadi.

"Arah beberapa orang untuk jejak orang tersebut. She must have left some mark." Ujar Akira kepada orang bawahannya yang lekas mendekatinya seperti bayang-bayang.

"Yes, Sire!"

Balas bayangan tersebut sebelum kembali lesap menghilang.

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar daripada pintu, kedengaran bunyi derapan langkah kaki sebelum diikuti dengan bunyi tepukan tangan.

"Woah... It is really hard to see Ramone Guildmaster yeah?"

Kyrell De'Lairence.

Pemuda berambut hitam yang berusia 23 tahun itu kelihatan ramah dengan senyuman manis tak lepas di bibirnya.

Akira mendengus kasar sebelum memberikan jelingan tajam.

"What an honor to meet our Young Duke. Apa yang membuatkan His Excellency datang sendiri ke sini?" Katanya bersama dengan senyuman.

Walaupun saat ini kedua-dua pemuda tersebut memberikan senyuman manis, namun aura disekeliling mereka sangat tajam sehingga membuatkan orang lain yang berada disekeliling menjauhkan diri.

•••

APABILA bulan mula menunjukkan kelibatnya, Liviania mula mencari inn yang tidak terlalu sibuk.

Sesampai sahaja dia di sebuah inn, dia melihat sekeliling bahagian dalam inn tersebut, tidak terlalu ramai seperti di inn sebelumnya.

Sambil Liviania melihat sekeliling, seorang pelayan mendekatinya.

"Selamat datang. Meals or lodging?"

"Both."

"Apabila kamu naik ke tingkat satu, jalan lurus dan pusing ke koridor kiri. Kamu boleh bermalam dan tidur di sana."

"-Dan kos untuk kedua-duanya sekali adalah 3 silver coin."

"Okay. Bring me my meal first. Dan tolong sediakan dua tong daging untuk wolve saya."

"Awooo!"

Mendengar itu, Jaen dan Jay kembali bersemangat setelah penat beberapa hari berlari tanpa henti menuju ke ibu kota Asterin.

"Yes!"

Selepas memberi jawapan pantas, pelayan itu berlari ke dapur.

Liviania memandang pelayan itu seketika, sebelum kemudian mula mencari tempat duduk kosong untuk diduduki.

"Hei tengok! Manusia macam apa yang bawa ras Human-Beast seenaknya masuk ke kawasan kita?"

"Is she really a human?"

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now