| chapter 9

4.3K 425 6
                                    

LIVIANIA bergerak satu jam lebih awal sebelum slave auction dijalankan. Imperial Knight yang hanya mengendahkannya membuatkan kerja untuk menyusup keluar daripada istana menjadi lebih mudah.

"Hup!"

Dia melompat turun dari tembok tinggi sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Lorong Hitam atau lebih dikenali sebagai 'Black Alley'.

'Mereka kata Black Alley adalah tempat dimana berkumpulnya orang-orang yang melakukan kerja-kerja haram.'

Liviania mengambil langkah berjaga-jaga saat berjalan di lorong yang bersaiz sempit tersebut. Kadang-kadang terbau bauan yang tidak enak disaluran pernafasan. Tikus tidak perlu dicakap, sepanjang dia berjalan ada saja yang menemaninya.

Namun tak lama selepas itu, terdengar bunyi beberapa orang sedang berbual di lorong sama yang dia gunakan.

Dia sengaja memilih lorong yang jarang dilalui untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan orang lain sepanjang perjalanan tetapi nampaknya masih ada juga yang gunakan lorong yang sama dengannya.

Liviania mengambil kesempatan tersebut untuk menggunakan kemampuannyanya dan dalam masa yang singkat dia sudah berada di atas bumbung. Ice yang terbentuk untuk mengangkatnya tadi bertukar menjadi serpihan ice yang berbentuk kelopak bunga berwarna putih setelah disentuh.

Tak lama selepas itu muncul beberapa kumpulan lelaki sebentar tadi yang kini sedang menuju keluar dari lorong tersebut.

"Huh? Korang tak rasa tiba-tiba sejuk ke?" Kata salah seorang lelaki semasa melintasi tempat yang sama Liviania berdiri sebentar tadi.

"Estella memang sentiasa sejuk."

"Tak, tak. Sejuk dia lain daripada yang lain."

"Perasaan kau agaknya."

Tanpa mempedulikan mereka Liviania terus sahaja fokus melihat keadaan sekelilingnya dari atas bumbung.

Tidak mengambil masa yang lama untuk dia menjumpai bangunan yang paling tinggi yang ada di belakang Black Alley tempat dia berada sekarang.

Tanpa membuang masa dia segera menuju ke bangunan tersebut.

Liviania melompat turun dari bumbung ke bumbung dengan mudah dan tidak sampai beberapa minit dia sudah sampai di tempat yang ditujunya. Dia bernasib baik kerana saat itu tiada sesiapa yang menjaga pintu bahagian belakang bangunan.

Bila dia tolak sahaja pintu besi didepan, terhasil bunyi gesekan yang agak kuat. Tapi bunyi bising dan meriah di dalam menenggelamkan bunyi yang terhasil dari pintu tadi.

Liviania segera memasuki bangunan tersebut. Terdapat beberapa lagi pintu yang sudah kelihatan usang dan berkarat.

"WHO ARE YOU!"

Tanya seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari salah satu pintu yang dilimpasinya sebentar tadi. Dengan spontan icenya membekukan tubuh lelaki tersebut.

Liviania segera menuruni tangga yang menuju ke ruang bawah tanah. Sampai sahaja di ruang bawah tanah, terdapat tiga orang lelaki yang sedang bertugas mengawal di ruangan itu.

"Penceroboh!??" 

Walaupun ketika itu Liviania memakai cloak yang menutupi seluruh tubuhnya dari kepala sehingga ke kaki tetapi saiz tubuhnya yang kecil itu membuatkan ketiga-tiga lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak.

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now