Mrs. Ayden

By nurasyaa_

186K 14.6K 4.6K

[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11 (Edited)
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 32

4.6K 328 52
By nurasyaa_

"Siap pun!" Airish tersenyum puas setelah dia siap mencuci pinggan. Kalau ikutkan hati dia, malas nak cuci lagi akibat terlampau kenyang. Perut dia pun dah ke depan dah!

Bukan sebab makan banyak tapi disebabkan kenyang dengan air! Tekaknya terliur sangat nak makan ramen Carbonara tadi sampai tak kisah pedas ataupun tidak. Setelah sesudu ramen masuk ke dalam mulutnya, habis segelas air yang dia minum.

Dah tahu tak boleh tahan makan pedas, gatal juga nak makan! Tapi nak buat macam mana, nikmat sangat makan ramen sambil layan drama!

Pintu peti sejuk dibuka sebelum tangannya laju mencapai aiskrim Kitkat Gold. Dia membuka plastik aiskrim setelah pintu peti sejuk itu ditutup semula. Aiskrim itu digigit sedikit.

"Sedapnya..." Dia memejam matanya buat beberapa saat menikmati aiskrim Kitkat Gold itu. Plastik aiskrim tadi dibuang ke dalam tong sampah lalu dia menghayun kakinya ke ruang tamu. Nak sambung layan drama!

"Dah tak ada makanan yang lebih sihat ke kau nak makan, tesoro?" sergah Ayden yang datang entah dari mana. Tangannya disilangkan ke dada.

Mujur tak terlompat ke belakang si Airish ni dek kerana terkejut dengan sergahan Ayden. Mana tak terkejut kalau disergah sebegitu? Tapi lain pula jadinya bila aiskrim Kitkat Goldnya yang menjadi mangsa. Terpelanting aiskrimnya! Terus lesap dari tangan.

"Ei apa awak ni Ayden..." rengeknya apabila aiskrimnya sudah elok mencium lantai. Dia menghentak kakinya ke lantai. Aiskrim tu mahal kot! Memang la bukan guna duit dia tapi tetap juga rasa nak menangis.

Ayden menahan senyum. Elok juga aiskrim tu jatuh. Isteri dia tu suka sangat makan makanan manis. Lagi-lagi aiskrim! Kalau ramen tu pula, memang jarang sangat isteri dia makan. Mungkin dua bulan sekali.

"Makan makanan yang sihat sikit tak boleh ke?" tanyanya sambil menjongketkan kening. Matanya dikecilkan. Tadi makan ramen, sekarang makan aiskrim pula.

Airish mencebik. Nak salahkan dia pula. Padahal suami dia sendiri yang belikan makanan ni semua. Dalam peti ais tu pula penuh dengan pelbagai jenis aiskrim! Mana dia tak tergoda dengan aiskrim-aiskrim tu? Sudahlah semuanya sedap-sedap belaka!

Rasanya kalau bukan dia yang makan, memang aiskrim tu terbiar ajelah dalam peti ais tu. Ayden? Suami dia mana la makan makanan macam tu. Takkan nak suruh toyol pula yang makan? Dia menarik muka masam. Ni dia rasa nak menangis ni!

"Pergi duduk dekat ruang tamu dulu. Biar aku bersihkan," kata Ayden setelah melihat muka cemberut isterinya. Badan isterinya didekati sebelum ciumannya dilabuhkan ke dahi isterinya.

"Tak apalah. Saya boleh bersihkan." Perlahan aje suara Airish. Aiskrimnya yang sudah mencair dipandang dengan mulutnya yang dimuncungkan sedepa. Turut bersimpati dengan nasib aiskrimnya. Haih! Sayang pula rasanya bila membazir macam tu aje.

Ayden tergelak kecil dengan telatah isterinya. Alahai sampai macam tu sekali penangan aiskrim Kitkat Gold tu! Kepalanya digelengkan.

"Tak payah buat muka macam tu. Pergi ambil yang lain je," suruhnya sambil mengambil tisu yang terletak di meja. Ingin membersihkan aiskrim yang terjatuh tadi. Isteri dia pula hanya pegun di tempatnya tadi.

"Tak nak dah..." Airish menggelengkan kepalanya beberapa kali. Terbantut seleranya untuk makan aiskrim. Nanti kang tak pasal-pasal aiskrim tu rezeki lantai lagi.

Terletus tawa Ayden. Pasrah betul bunyinya. Ni dah serik ke apa ni? Ke merajuk? Tapi tak ada nampak macam merajuk pun. Dia berlalu ke sinki untuk membasuh tangannya setelah siap membersihkan lantai.

"Haih nasib engkaulah aiskrim," keluh Airish. Masih tak dapat terima kenyataan. Suami dia bersihkan lantai tadi pun dia tak perasan. Lupa pula. Sepatutnya dia yang perlu bersihkan lantai itu.

Dia menuju ke arah suaminya yang sedang membasuh tangan. Tak berkelip dia memandang suaminya. Tengok dari tepi pun dah segak! Dari kata lainnya, tengok dari sudut mana pun, suami dia mesti akan kelihatan segak!

"Tak nak ambil gambar ke? Nanti boleh letak bawah bantal. Buat teman tidur." Penuh sarkastik ayat yang dituturkan oleh Ayden. Bibirnya dihiasi dengan senyuman sinis.

"Saya tak buat macam tu pun awak memang akan selalu teman saya tidur la," cebik Airish. Suami dia lupa ke yang mereka berdua memang tidur sebilik? Cara cakap tu macam mereka ni tidur berasingan pula.

"Sebab budak kecil tu selagi aku tak peluk, selagi tu la tak nak tidur," ujar Ayden sinis. Seronok juga dapat perli isteri comelnya itu.

Airish mendengus tidak suka. Tidak suka bila diusik seperti itu. Bukan apa. Dia malu! Bila diingatkan balik, kadang-kadang dia rasa yang dia ni mengada pun ada. Macam mana la suami dia boleh tahan dengan perangai dia.

"Dahlah... Saya nak pergi basuh baju," rajuknya sebelum meninggalkan Ayden yang masih galak menyakatnya. Lebih baik dia pergi basuh pakaian. Ada faedahnya juga. Pagi nanti dia hanya perlu jemur je. Dah tak perlu susah-susah nak basuh bagai.

Pakaian kotor yang berada di dalam bakul diambil satu persatu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Apabila dia mengangkat bajunya yang dipakai ketika pergi ke supermarket semalam, ada sesuatu yang terjatuh dari poket bajunya.

"Sampul surat?" gumamnya sambil mengerutkan dahinya. Dari mana pula datang sampul surat ni? Rasanya itu bukan milik dia. Tapi macam mana boleh ada dalam poket baju dia?

"Buka nantilah." Dia kembali menyiapkan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sampul surat itu pula dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Nasib baik muat!

"Tesoro," panggil Ayden sambil menghampiri isterinya. Belakang badan Airish dipandang.

Airish buat tak layan dengan panggilan suaminya. Pandai sangat usik dia tadi. Nak-nak pula suami dia tu tak habis-habis dengan senyuman sinis dan ayat sarkastik dia tu.

"Sayang..." Sekali lagi, Ayden menyeru isterinya. Kali ini sekali dengan pakej suara yang penuh merdu dan romantis!

Kejung terus tubuh Airish. Aduh! Masa ni juga la suami dia nak bersayang bagai. Bukan dia tak suka tapi... macam tak kena je dengan situasi.

Sekarang ni dia nak lancarkan perang yang tak berapa dingin kot dengan Ayden! Kalau macam ni gayanya, memang tak jadi la dia nak buat-buat tak layan Ayden. Rasa nak terus melompat masuk dalam pelukan Ayden je.

"Apa?" soalnya sepatah. Semampu mungkin dia cuba untuk menutup perasaan terujanya. Macam boleh rasakan je rama-rama yang tengah berterbangan di dalam perutnya!

Tatkala suaminya tidak membalas pertanyaannya, dia memusingkan badannya. Terbeliak matanya apabila terpandang tubuh suaminya yang hanya dibaluti tuala yang dililit di pinggang.

Melihatkan rambut suaminya yang messy itu masih kering, dia dapat mengagak yang suaminya mahu mandi. Tapi kenapa turun bawah lagi ni? Kenapa tak mandi dulu dekat atas? Bilik mereka pun bukannya tak ada bilik air.

"Anything wrong with my body, huh babygirl?" Ayden tersenyum senget apabila mata isterinya masih melekat di dada bidangnya. Sengaja dia turun bawah sekejap.

Berbahang muka Airish apabila ditegur. Dah macam udang kena bakar je rasanya muka dia saat ini. Panas!

"Err ya... Eh maksud saya tak!" Pipinya yang tidak gatal digaru. Dah macam orang tak betul dah. Kejap cakap tak, kejap cakap ya.

Makin tak senang duduk dia dibuatnya saat suaminya semakin mendekati dirinya. Gelabah teruk! Jantung dia pun dah buat hal! Berdegup macam dah tak ada hari esok. Alahai!

Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang. Bila terlanggar mesin basuh, dia beralih sedikit ke tepi sehingga belakang badannya bertemu dengan dinding.

Ayden mengepung tubuh kecil isterinya dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya pada dinding sekali gus mengunci setiap pergerakan isterinya.

"A... awak nak buat apa ni?" Terketar-ketar suara Airish. Lantaklah ayat dia betul ke tidak. Yang penting sekarang ni, macam mana dia nak lari ni? Dia dah tak keruan kot!

Perut suaminya yang berketul-ketul itu dipandang sebelum air liurnya diteguk. Tiba-tiba perutnya terasa sebu.

"Like it, hm?" Ternaik sedikit hujung bibir Ayden. Mukanya didekatkan lagi dengan muka Airish. Kira-kira hanya tinggal satu inci je lagi jarak di antara mereka.

Ya Allah! Airish rasa macam nak pengsan je dekat situ. Suami dia ni pun aish! Ayden sedar tak yang badan dia tu seksi sangat? Seksi dan seksa! Seksi tu suami dia, yang seksa tu pula jiwa dan raga dia! Lepastu boleh pula suami dia buat muka selamba badak macam tu aje!

Dia menghembus nafas lega apabila suaminya menjarakkan sedikit kedudukan mereka setelah terdengar telefon berbunyi yang sayup-sayup kedengaran datang dari arah ruang tamu.

Dengan drastik, dia menolak dada bidang suaminya dengan kuat sebelum dia berdesup berlari meninggalkan suaminya di situ.

"Ish Ayden ni... Sengaja je kan." Dia merungut kecil setelah berjaya melarikan diri ke bilik. Dadanya yang berdetak laju dipegang. Haih! Baru boleh bernafas dengan elok! Berterima kasihlah dekat si pemanggil yang menelefon Ayden sebab dah selamatkan diri dia!

Terletus tawa Ayden dek kelakuan isterinya. Tanpa berlengah, dia terus ke ruang tamu. Telefonnya tidak henti-henti berdering minta diangkat. Button hijau diseret ke tepi sebelum dia melekapkan telefonnya pada telinga.

"Apehal kau lambat sangat nak angkat telefon kau ni? Lembab la kau ni," rungut Haydar geram sebaik sahaja talian disambungkan. Masa ni juga la Ayden nak lambat macam siput!

"Tengah berasmaradana la tu dengan bini dia. Ayden kan lelaki tua miang." Terdengar suara Ivan yang menyampuk di corong telefon.

"Bukan ke bini Ayden single?" celah Mark dengan muka tak bersalahnya. Apa kejadah soalan Mark ni?

"Natang ni aku tampar terberak jugak kau karang," marah Haydar. Dia dah dapat rasa dah yang telinganya dah keluar asap! Ivan yang sudah ketawa dipandang dengan pandangan membunuh. Serabut!

Ayden mendecit. Call dia semata-mata nak suruh dia dengar dorang bergaduh je ke? Kalau macam ni, lebih baik dia biarkan je telefon dia berbunyi tadi!

Ketika dia ingin menamatkan panggilan, terdengar suara Haydar menyeru namanya. Dia mendengus kecil.

"Nak apa?" Dia bertanya dengan suara yang mendatar.

"Mentua kau kena culik la bahlol!" Belum sempat Haydar membuka mulut, Mark dan Ivan sudah menjawab bagi pihaknya.

"Damn it!" Ayden menggenggam penumbuknya. Bibirnya diketap kuat. Entah kerja siapa yang berani menculik mentuanya. Takkan Qusyairi?

"Aku dah call Elinna untuk datang ke rumah kau. Dia akan temankan Airish. Kejap lagi dia sampai," tutur Haydar senada.

Seiring dengan kata-kata Haydar, Ayden terdengar enjin kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumahnya.

"Jumpa dekat sana." Ayden berkata dingin. Talian dimatikan sebelum dia bergegas ke bilik untuk memakai baju dan seluar. Isterinya yang kelihatan terpinga-pinga dibiarkan. Seusai itu, dia menarik lengan Airish untuk mengikutinya turun ke bawah.

"Kenapa ni Ayden?" Airish menatap wajah suaminya yang tegang. Ada yang tak kena ke? Atau dia ada buat salah?

Setibanya di ruang tamu, dia ternampak seorang perempuan yang cantik memakai tudung. Siapa?

"Hai Airish!" sapa Elinna dengan senyuman manis. Laju dia mendakap tubuh genit Airish. Semenjak Airish boleh melihat semula, dia masih belum ada kesempatan untuk menjenguk gadis itu.

Perlahan-lahan Airish mengorek senyuman. Kak Lin dia rupanya! Dia membalas pelukan Elinna. Setelah itu suaminya dikerling. Bertaut keningnya apabila dia rasakan hoodie yang dipakai oleh suaminya ketika ini sangat familiar.

"Ayden... Awak yang tolong saya malam tu kan?" soalnya tidak percaya. Kalau betul la tu suami dia, kenapa suami dia buat-buat tak kenal dia? Hatinya berbolak-balik. Entah mahu Ayden menjawab ya ataupun tidak.

"Yes, tesoro."

Airish terpana dan agak terkilan. Perasaannya kini bercampur baur. Kepalanya diasak pelbagai soalan namun dia hanya membiarkan soalan itu berlegar-legar difikirannya.

"Elinna, bawa Airish ke bilik bawah tanah. Jangan keluar selagi aku tak balik. Faham?" Ayden mula mengeluarkan arahannya menyebabkan fikiran isterinya makin bercelaru.

"Baik, bos." Elinna mengangguk akur. Airish yang terkebil-kebil dipandang. Haih! Jangan la Airish tanya dia benda bukan-bukan kejap lagi. Jenuh la dia nak mengelat.

"Awak nak pergi mana Ayden?" tanya Airish kehairanan. Bertambah bingung bila Ayden suruh Elinna membawanya ke bilik bawah tanah.

"Kerja. Take care, babygirl." Ayden mencium sekilas ubun-ubun isterinya. Tergesa-gesa dia keluar dari rumah setelah memastikan Elinna dan isterinya sudah masuk ke dalam bilik bawah tanah.

Airish yang masih belum dapat menghadam apa yang terjadi, mengerutkan dahinya. Sudahlah dia tak sempat nak bersalam dengan suami dia.

"Malam-malam pun Ayden kerja ke akak?" Dia menyoal Elinna. Agak musykil. Rasanya suami dia kerja pejabat je. Takkan malam-malam macam ni pun ada kerja ataupun meeting? Kalau ya pun kenapa sampai kena duduk dekat bilik bawah tanah ni?

"Airish... Macam mana perasaan Airish bila boleh melihat semula?" Elinna berdalih. Riak mukanya sengaja dibuat-buat teruja. Tapi dia memang nak tahu pun apa yang dirasakan oleh Airish.

Airish makin curiga. Kenapa dia rasa semua orang tengah menyembunyikan sesuatu dari dia ni? Lagi-lagi tentang pekerjaan suami dia.

"Airish?" Elinna memetik jarinya di depan muka Airish yang sedang mengelamun. Dahinya berkerut seribu.

Airish tersedar ke alam realiti. Sengihan ditayangkannya sambil menggaru kepalanya. Soalan yang diutarakan oleh Elinna sebentar tadi bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.

Tergeleng-geleng kepala Elinna dengan karenah Airish. Matanya jatuh pada sampul surat yang berada di atas lantai. Betul-betul berdekatan dengan kaki Airish.

"Sampul surat apa tu Airish?" soalnya ingin tahu. Sampul surat itu diambil sebelum dihulur kepada Airish.

"Oh sampul surat ni! Airish pun tak tahu kak. Airish terjumpa masa nak basuh baju tadi," balas Airish seraya membuka sampul surat itu. Dia pun curious apa yang ada di dalam sampul tu. Nak kata surat, sampul tu tebal semacam je. Duit ke?

Dengan cermat, dia mengeluarkan isi di dalam sampul itu sebelum mukanya pucat tak berdarah. Masa bagaikan berhenti berdetik.

"Aryana dan Ay... Ayden?" Dadanya kian berombak melihat gambar-gambar yang ada di dalam sampul itu. Apa yang lebih mengejutkan, keadaan Aryana dan suaminya di dalam gambar itu begitu memalukan.

Hampir terkeluar bebola mata Elinna apabila melihat gambar-gambar tersebut. Seriuslah tu bos dia? Tapi tak mungkin bos dia macam tu!

"Airish... Akak rasa ada yang sengaja nak kenakan Airish ni. Akak yakin bos akak bukan lelaki macam tu." Dia cuba untuk meyakinkan Airish. Gambar-gambar yang berada di tangan Airish cuba dirampas namun Airish lebih pantas mengelak.

Kata-kata Elinna tidak dihiraukan oleh Airish. Kabur pandangannya akibat matanya yang berkaca. Pandangannya kini tertumpu pada satu tulisan yang berada di belakang gambar.

"Airish... Airish... Kau ingat Ayden sayang ke dekat kau? Seminggu dia tinggalkan kau. Kau rasa sebab apa ya? Oh lupa! Kau kan bengap. Mestilah kau tak tahu kan?"

Airish mengetap bibirnya. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum dia menyambung membaca tulisan tersebut.

"Let me tell you, darling. Selama seminggu tu Ayden ada dengan aku tau. Hm kau tengoklah sendiri memori-memori terindah aku dengan dia. Lepas kau tengok gambar ni, jangan nak menangis air mata darah pula ya? Ops!"

Airish mengepal kuat penumbuknya sambil merenyukkan gambar-gambar tersebut. Elinna yang sedang menenangkannya tidak dipedulikan.

Ya Allah, apa semua ni?

--------------------------------------------
Maaflah kalau hambar. Lama tak mengarang rasa kekok pula huhhu

Boleh tak korang bagitau part mana yang korang rasa lawak dalam cerita ni? Sebab saya nak promote cerita ni dekat tiktok hahha

Atau ada yang sudi buatkan? Jangan risau sebab saya akan letakkan credit video tu dari siapa💕

Continue Reading

You'll Also Like

843K 36.4K 51
- my husband is mafia - Haziq Haikal | Qaseh Humaira 🎖️THE BEST ACTION 2020🎖️ 🥇FIRST STORY FROM LUVPATTRICIA 🥇 - this was not a love story but a...
627K 26.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
186K 14.6K 42
[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihad...
4.2K 203 43
he's my series 3 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...